Friday, September 4, 2009

BELANJA BERHEMAH

Masing2 sibuk shopping sana sini....nak raya lah kata kan...yang ada anak, sibuk nak beli kelengkapan anak2. Baju mak dengan ayah tak ada tak apa...janji anak2 dapat pakai baju baru...itu lah ibu bapa kan....segalanya untuk anak2...aku setakat nie..fikir diri sendiri je lah...

Dalam kita berbelanja kena ingat beberapa perkara...supaya dapat berbelanja dengan berhemah....kalau dapat bonus sekali pun tak nak habiskan semua... tambah pulak tak dapat bonus....sendiri mau ingat....

  • Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang2 selain daripada yang disenaraikan.
  • Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
  • Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
  • Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
  • Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Membeli berlebihan adalah membazir.
  • Pastikan barang2 yang hendak dibeli mampunyai harga yang berpatutan.
  • Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
  • Jangan terpedaya dgn jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
  • Gunakan wang tunai. Elakkan penggunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
  • Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
Sumber: http://www.mbsa.gov.my

No comments:

Post a Comment