Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Ramadhan kerana keinsafan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
~ Asma Ambak ~
Biar kulit segelap almond London,
Asalkan hati sesuci Kuih Bangkit,
Biar Iman sekental Dodol,
Jangan Senipis Tempeyek,
Biar jiwa selembut Bahlu,
Asalkan akhlak secantik Biskut Dahlia,
Senyumlah semanis madu agar lebaran yang disambut lebih bermakna.
Salam Aidilfitri maaf zahir dan Batin.
~ Khairul Niza, Ijan, Kak Im, Zam sksb ~
Pelita diletak di atas para….
Hendak dinyalakan ditepi perigi….
Sms dihantar penganti kad raya…
Tanda ingatan di Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin.
~ Ilot ~
Ketulusan untuk saling memaafkan,
Membuat Aidilfitri semakin bermakna,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin…
~ Sauki Indonesia ~
Pejam celik, pejam celik dah nak sebulan puasa,
Pejam celik, pejam celik dah nak raya,
Sebelum pejam tak celik-celik,
Eloklah ucap Selamat Hari Raya,
Serta Maaf Zahir & Batin.
~ Kak Shuriza, Wawa P.Piol ~
Hello my friend, I wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri.
~ Cheong KDP ~
Takbir & Tahmid memuji Ilahi,
Menandakan syukur dan kemenangan di Aidilfitri,
Walaupun jarang berhubungan dan berkomunikasi,
Ingatan sentiasa terpahat di hati…
Selamat Hari Raya.
~ Ayu Pizza ~
Pelita dipasang penaik seri,
Ramadhan diganti si Aidilfitri,
Mesej pendek penganti diri,
Tanda teman sentiasa diingati,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
~ Sulia , Azwan smj ~
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah pakat2 cuti,
Sms sahaja dapat diberi,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini
Yang ada di hujung jari.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
~ 016……445, Iza Kecik ~
Salam Lebaran 1430,
Semoga Aidilfitri ini memberi keberkatan
dan kerahmatan yang berpanjangan dariNya,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Sepanjang kita mengenali 1 sama lain.
~ As Pi/Kh ~
Lisan kadang2 tak terjaga,
Janji kadang2 terabai,
Hati kadang2 berprasangka,
Sikap kadang2 mneyakitkan.
Hidup ini akan menjadi indah jika masih ada rasa maaf,
Menjelang Syawal yang mulia mohon maaf
atas segalanya zahir batin 0-0 ya….
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
~ Nazrul Pizza ~
Kain berlabuh tirai Ramadhan,
Lembaian Syawal kian dinanti,
Luhur Ikhlas mohon kemaafan,
Andai kata asa salah dan silap,
~ Pak Da & Mak Da, 019….835 ~
Lembu tua hilang di sawah,
Orang kg sibuk mencari,
Jika anda tekan ke bawah, dah sah…
Andalah lembu yang kami cari!!!
Kalau ada jarum yang patah,
Tak payahlah disimpan lagi,
Kalau ada hati yang marah,
Kena ingat saya pun terkena tadi,
Jarum yg patah tu pegi la buang,
Jangan dibuang bersama kain,
Kalau tak nak kena sorang2,
Hantarkan mesej ini kat orang lain,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
~ Hadi Pizza ~
Ramadhan berlalu sudah,
Syawal menati ria,
Rindu terhapus sudah,
Tiba masa bersuka ria,
Dari kejauhan ku menyusun jari,
Memohon ampun kesilapan diri,
Biar pun mesej dapat ku beri,
Ikhlas ku katakana ini je la buat masa ini,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
~ Ina KDP I4P ~
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa…
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.
~ Kak Mala ~
Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Silap dan salah jangan dikenagn,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
~ Jumie Kota Masai ~
Walau pun langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak tertatap,
Tapi izinkan hati mohon maaf zahir & batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
~ Kak Sidah ~
No comments:
Post a Comment