Thursday, December 17, 2009

CANTIK TAK SEMESTI ....

Hari Selasa, sementara menunggu kwn dari Segamat & N9 sampai di Hentian Serdang... sempat lagi aku singgah di JJ Equin Park... saja pusing2, mana tahu ada baju yg berkenan, nak shopping beriya-iya belum gaji lagi... sekali terpandang pulak jam tangan.... dah lama aku teringin nak pakai jam tangan... tapi memikirkan kulit aku nie agak sensitif, tu yg malas nak beli.

Last, aku pakai jam masa praktikum.... itu pun sebab nak kena selalu tengok jam....kalau tak kan, lari pula apa yg dirancang.... Bila dah jadi cikgu nie dah tak pakai jam... hampir 10 tahun aku tak pakai jam tangan. Hand phone je lah jam aku....

Sempena dengan azam tahun hijrah nie.... aku nak berubah.... tak mahu lagi sejarah lama berulang kembali....gara2 tak pakai jam... biasalah masuk kelas letak phone atas meja... sebab senang nak tengok masa... Bila nazir pantau, aku buat perkara yg biasa aku buat... letak phone atas meja... tak sangka pulak ada member call.... aku dengan selamber angkat phone siap ckp lagi..

Lepas tu baru aku perasan ada orang tengah memerhatikan aku..... lepas tu tahu2 je lah kena komen berjela dgn nazir.... tak lena tido dibuatnya.... pengalaman tu aku ingat sampai bila2.... nasib baik gb tak tahu... kalau tak mahu sepuluh kali mesyuarat pun dok sebut perkara tu je....

Aku nak ceta disebalik kisah aku beli jam.... maklumlah dah nak mula sesi persekolahan... kalau nak tunjuk jam.... jam beribu boleh le... nie jam tak sampai 2ratus pun... semua org mampu....

Biar murah tapi nampak mahal....
Biar tak berjenama tapi tahan lasak...
Biar tak cantik tapi berguna....

2 comments:

  1. ko pakai la jam lilit kat pinggang punya. ala macam tali pinggang juara gusti tu!!!!

    ReplyDelete
  2. hu hu...itu boleh ramping pinggang tu....tak payah susah2 nak diet..

    ReplyDelete