Hari nie aku memenuhi jemputan terakhir dan rasanya penutup tirai bagi tahun 2009 bertempat di Lembah Kesang, Merlimau Melaka. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aishah Jantan dan pasangannya Nurul Anwar semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Hari nie perjalanan kami ke Merlimau agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik hujan turun selebat-lebatnya menyebabkan berlaku kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan. Aku tidak memandu sendirian, tetapi ditemani k.su...
Keadaan lalu lintas ke Selatan tanah air , bergerak agak perlahan. Mungkin ramai antara kita mengambil kesempatan untuk bercuti. Alhamdulilah perjalanan aku hari nie berjalan dengan lancar, walaupun terpaksa tido di hentian Seremban kerana mengantuk sangat. Pukul 7.30 mlm baru sampai umah.
Antara rakan lain yg hadir ialah En. Zul bersama isterinya dan Nana dengan ......
melaka memang hujan dr pagi membawa ke sekarang walau renyai!!
ReplyDeleteTu le... mencabar betul drive dalam keadaan hujan nie... perlu lebih berhati2.
ReplyDelete