Nama je hujung minggu, tapi seawal 6.00 pagi aku dah bangun. Program penuh sampai ke petang. Pukul 7.30 pagi aku dah kuar menuju ke Hospital Sg. Buloh, kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di Audotorium. Sempat lagi aku melayan dua orang kawan aku yg datang dari kampung bersarapan di cafe hospital sebelum mereka bertolak pulang ke Jerantut.
Minta maaf lah Wawa & Azi, atas layanan yg tak seberapa.... tapi jangan serik datang lagi. Walaupun aku dah kosongkan jadual Jumaat petang sampailah Sabtu malam untuk you all.... tapi ada sedikit salah faham kat situ.... salah aku jugak tak maklumkan.... betul lah selalunya Jumaat malam aku ada tuisyen..... tapi telah diganti dengan orang lain.
Lepas tu aku bergegas ke kaunter pendaftaran.... nama tu penting, nanti org cakap aku tak datang... walaupun untuk seketika..... tapi dikira datang gak.
Kebetulan penceramah hari tu merupakan salah seorang blogger yang terdapat dalam senarai link aku....Aku memang mengikuti blognya sekian lama. Bersemangat gak nak jumpa. Dapat jugak jumpa walaupun hanya untuk seketika.
Aku dengan sorang member nie, bergegas pulak ke IPBA. Pandai2 lah nak hidup. Kalau org berkira dengan kita...... kita kena berkira jugak dengan orang. Faham2 je lah ya. Sampai kat IPBA dah pukul 9.40 pagi.... ada masa dalam 20 minit lagi sebelum berakhir kelas pertama. Aku dah lambat. Aku no no je masuk kelas....Lambat punya pasal, semua jadi kelam kabut.
" Assalamualaikum, encik... maaf saya lewat. Ada mesyuarat PIBG tadi" sambil mata melilau mencari tempat duduk.
"Tak pe. Sekurang2nya dapat jugak rumusan" sambil tu encik menghulurkan senarai nama kehadiran.
Aku berkejar2 tu bukan apa... malas nak buat surat. Janji sempat tanda tangan kehadiran. Nie orang kata tamak. Semua nak pegi.
Berkali2 aku cari nama aku... memang sah tak ada dalam senarai.
" Encik, saya rasa dah tersalah kelas nie.... nama saya tak ada dalam senarai" aku bangun utk minta diri ke kelas sebelah lah pulak.
Aku ketuk lah pintu bilik kedua...
"Assalamulaikum.... maaf encik lambat. Saya salah masuk kelas depan" mata melilau mencari k.fatin. Kalau ada k.fatin, betul lah tu kelas aku.
"Ya lah, saya tak handsome... pensyarah depan tu handsome" dalam hati ada pulak ke situ.
Sebenarnya aku je yang pening.... sebab kali nie ada bayak kelas kesihatan.... dah tu capur dengan kohot yang lain.....
K.fatin dan fairus sengih je....
Habis kelas aku terus ke cafe.... k.azi dah tunggu. Katanya nak bagi diari 2010... sem lepas dia bagi kat kami2 nie pendrive 2G lagi....Terima kasih k.azi. Fairus pulak sibuk nak belanja minum. Aku layan.... walaupun itu dah kira air panas yang ke 3 gelas pagi tu.... Secawan nenek buat, teh tarik kat cafe hospital dan kat maktab milo suam. Tak lama Choy pulak datang bagi kain kat aku sepasang.
"K.faridah ini kain untuk you.... nanti you jahit pakai pergi kerja"
"Terima kasih. Susah2 saja you nie."
Murah rezeki betul ari nie.... habis kelas En. Baskaran, K.fatin pulak sibuk nak belanja makan. Lepas makan aku terus drive ke Cheras..... konon2nya nak layan mata kat umah kakak aku kejap.... Minah tu pe pasar pagi lah pulak....
Last sekali aku teus ke Puchong. Aku singgah sembahyang di Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Cantiknya, mcm masjid terapung kat ganu lah pulak. Lepas sembahyang sempat lagi aku menyembang dengan peserta program di masjid tu. Sedar2 dah pukul 3.00 ptg. Aku terus ke tempat yg dituju. Pegi dating ke??? biarlah rahsia.
Sampai di umah dah malam. Begitulah rutin aku setiap hujung minggu. Orang bujang, tak bagi boring kena buat program yang boleh menghiburkan hati.
Jalan-jalan cari ilmu...
Banyak pengetahuan akan ditemu....
cuti sekolah dah ade program ker? 27-28 februari pegi mana? aku nak booking...kalau belum berprogramme....hehe
ReplyDeletetunggu hujung tahun je la.....
ReplyDelete