Bunga Punding
Mungkin akan datang aku perlu lebih berhati-hati.
Membaca blog mu, membuatkan diri ini begitu bersalah.
Apatah lagi membuatkan dirimu tertunggu-tunggu, ternanti-nanti.
Sampai masa yg dijanjikan aku tidak juga muncul.
Aku lagi rasa bersalah membuatkan kau menangis.
Walaupun perkara tu telah berlaku. Perasaan bersalah tetap ada.
Tidak sepatutnya perkara sedemikian berlaku.
Aku tidak kisah apa pun tanggapan mu terhadap aku.
Tapi hari tu aku betul2 tertido... dek kerana kepenatan.
Niat aku hanya untuk melelapkan mata seketika.
Rupanya aku lena sampai ke petang.
Sekali lagi aku minta maaf kerana tidak menepati janji.
Mungkin akan datang aku perlu lebih berhati-hati.
Jangan terlalu mudah berjanji dan kemudian sukar untuk tepati janji.
Sekali pun klu ko serik utk berjanji dgn aku.
Aku tak salahkan ko.
No comments:
Post a Comment