Tuesday, February 16, 2010

BERKUMPUL SELEPAS 13 TAHUN

Dari kiri, Baha, Azwan, Hairul, aku, Nazirah dan Asma

Setelah hampir 13 tahun berlalu... akhirnya usaha kami untuk kumpul kekawan sama2 belajar di SMJ berjaya jugak. Walaupun hanya 8 orang saja yang hadir..... dah kira 50% nie kehadiran. Kalau ikutkan kekawan kelas 6 Wira 97 hanya tinggal 16 sahaja.... Setelah kuar lepas sorang...sorang kuar. Antara bekas pelajar 6 Wira yang aku kenal kuar..... Yuslizan Ramli sebab dapat tawaran ke UiTM Melaka..... Norhasnah Zakaria, dapat tawaran buat matrikulasi.... dan aku hanya sempat 2 minggu je kat SMJ bersama kekawan nie....

Dari kanan, Fozi dan Nafisah.

Makan kami pada hari itu disponser oleh kawan kami Azwan dan Nazirah. Semoga dimurahkan rezeki. Terima kasih. Berada di KFC selama 3 jam, belum cukup untuk berkongsi cerita yang dah lama tersimpan dengan kekawan.... Apa pun terubat jugak rindu dengan kekawan yang dah lama tak jumpa.

Bila depa semua sembang kenangan masa sekolah.... aku terpaksa dengar je lah... 2 minggu je kat sekolah tu..... tak sempat nak buat apa pun.... sorang cikgu kat SMJ pun aku tak sempat nak ingat. Tapi dengan depa nie aku selalu berhubung.... tu yang jadi hubungan kami sentiasa terjalin.... walaupun aku terpisah lebih awal dgn depa.

Alhamdulillah semuanya berjaya dalam pelajaran dan hari nie dah ada kerjaya serta keluarga. Bak kata Azwan, yang penting tak masuk penjara.....tak masuk pusat.... Kepada Baha kami semua sentisa mendoakan semoga cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Aku baru je diberitahu dia mengidap kanser dan masih lagi bercuti. Aku juga difahamkan dia baru saja selesai menjalani kemo.

Wakil perempuan seramai 5 orang yang datang..... Azwan sibuk dok menyakat fozi... mana tak nya, susah bebeno nak dengar suara.. 4 orang kerjaya sebagai pendidik.... dah tentu bab bercakap tak tahu nak berhenti..... yang 2 orang lagi sebagai buyer.... boleh tahan gak bab bercakap nie.... keja JPA sorang.... dan sorang lagi sampai sudah... jawapannya, keja biasa-biasa je..... layan je lah.

Kami berlapan nie....hanya 2 orang mengajar di Jerantut dan yang 6 orang lagi bekerja di Kuala Lumpur. Sebenarnya boleh sangat nak jumpa kat KL nie.... tapi kalau dah balik KL masing2 dah sibuk dengan komitmen yang lain. Nie dah tentu waktu cuti..... so lebih senang.

Sekejap je masa berlalu kan..... pejam celik... pejam celik. Tahun berganti tahun.... tahu2 je nanti rambut dah beruban.... mata dah mula kabur..... telinga pun dah tak berapa nak dengar... semua tu kita kena bersedia... semua orang akan menempuhnya.... jika dipanjangkan umur....

Terima kasih kepada yang berusaha menguruskan perjumpaan nie..... dan terima kasih jugak kepada kekawan yang sudi hadir.

Timba air di dalam perigi...
Ada masa kita jumpa lagi...

8 comments:

  1. Ada yang macam kawan kenal juga ni..

    ReplyDelete
  2. salam dari bukit istana.. kata nak cll abeli isnin baru ni... punya la tungggu... tunggu punya tunggu.. bulan-tak timbul-timbul...
    tak pe la... lain kali kita jumpa.. bila turun jerantut tu... coling-coling k... miss u

    ReplyDelete
  3. Relevan: Yang mana satu kenal tu.... yang tinggi tu.. memang le kan ari tu kuar dgn dia....

    ReplyDelete
  4. Abe li: Tu ah...dah ramai2 mcm2 hal... tu yang tak call tu.... lain kali ada masa nanti kita call le...

    ReplyDelete
  5. tiada rezeki kami untuk masuk dalam gambar tu..

    ReplyDelete
  6. Betul lah tak ada rezeki... lain kali panjang umur ada tu....

    ReplyDelete
  7. Salam, Saya 6 Wira 1999. Bravo SMJ (Sg. Jan High School)

    http://myskrempes.blogspot.com

    ReplyDelete