Thursday, March 4, 2010

NAK MARAH PUN... KENA FIKIR

Time aku gelak depa boleh lah gelak... time aku serius, tak berani depa nie.....cikgu garang...

Mengajar kelas hujung nie perlu banyak sabar.... mana tak nye, huruf besar, huruf kecil pun tak dapat nak bezakan lagi... main tulis je....
"cikgu, nanti mak saya kata... cikgu ajar mcm budak pra sekolah.... tulis ABC"
Aku tak kira, janji aku dapat perbetulkan yang salah. Mak dia nak cakap apa pun tak kisah.

Ada yg kena ajar baca suku kata... kesihan aku tengok, dah darjah 6 pun tak tahu lagi membaca.
Tak pelah kita buat lah yang terbaik.

Siapa kata tulisan murid kelas hujung tak kemas?.... nie antara contoh tulisan murid kelas hujung yang aku ajar... seronok jugak ajar kelas hujung nie... mana tak nya... bilangan murid di kurangkan supaya guru2 dapat memberi tumpuan semasa p & p.

5 comments:

  1. Banyak cabaran guru mengajar dikelas hujung ni yak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. kelas hujung tidak di anak tirikan

    ReplyDelete
  3. selagi perkataan putus asa tidak ada dalam kamus seorang guru.. InsyaAllah.. hanya yang terbaik akan hadir pada penghujung hari..

    ReplyDelete
  4. relevan: sy dah dari awal mengajar sampai ke ari nie kelas ujung je...

    Si tedi:murid nya lebih mengenang jasa guru...

    Qasih : insya allah.

    One zaba: he he he

    ReplyDelete