Thursday, May 6, 2010

BILA DIRI DIKENAKAN

Lanskap di Taman Burung

Hari Selasa 3 Mei aku agak sibuk... mana nak call roti utk murid2 yg mengikuti lawatan... tempah sarapan pagi... nak tempah makanan utk makan tengah hari... dan macam2 hal yg perlu diuruskan... bagi orang yg biasa handle benda mcm nie tak jadi masalah.... tu pentingnya, pengalaman... bukan tempoh perkhidmatan, tetapi bila suruh semua tak tahu.... siapa yang susah.... mcm aku sekarang lah... terkial2.

Aku ingat lagi member2 yg kuar sksb, ge sekolah lain boring... sebab tak ada keja... nak buat keja pun cikgu2 sekolah tu tak bagi buat rajin2... pelik kan... klu aku biar lah org nak buat rajin... sebab org yang rajin tu akan menaikan nama sekolah... klu nak harap kan kita yg malas... alamaknya mundur sekolah tu.... tapi yg biasa selesa di sekolah lama.. datang sekolah nie ada yang tension... tu yg ada kes malas nak datang sekolah.

Berbalik kepada ceta asal....Naik rehat aku panggil murid yang mengikuti rombongan... nak beri taklimat ringkas ... tu pun aku bercakap sikit je... yang lain dihandle oleh adik manja aku... siapa lagi klu bukan Nana ... kebetulan minggu lepas dia dah pe...so ada sikit input yang berkaitan dengan tempat yang akan kami lawati...

Time aku dok sibuk2 uruskan budak2... cikgu Abdul Rahman pulak datang...
"cikgu faridah boleh beri nama guru yang terlibat dalam lawatan esok... nak buat relief" di tangan dia dah siap dgn pen nak ambil nama guru yang terlibat.
"Boleh" sambil tu dok mencari phone aku yg tiba2 berbunyi lah pulak.....

"Hello" phone aku yg line digi nie org tertentu je aku save kat situ..so tak tahu lah siapa yg call
"Boleh saya bercakap dengan cikgu faridah" suara mamat nie memang serius.. sampai aku tak cam.
"Ya saya bercakap"
"Saya dari Public Bank, keta Cikgu kan WKD dah 5 bulan tak bayar"
Masa tu mcm nak luruh jantung aku... aku ingat klu dah lima bulan... tu mesti orang nak tarik keta dah ada kat pagar sekolah.
"Kejap2 Encik.... mcm mana nama saya boleh ada dalam rekod bank nie...boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa" aku dah mula rasa cuak... setahu aku, aku memang ada loan dgn Public Bank... tapi loan umah di Johor. Due pun lambat lagi... selalunya bank tak pernah lah pulak call... sebab aku tak pernah sangkut...

Lepas tu si mamat nie "Anda telah terkena, saya lah akak Hafiz"
Dan2 tu aku menjerit "bengong2 ....... Hafiz memang bengong..." depan2 cikgu Abdul Rahman, sampai PK aku pun naik pelik....

Hafiz lain kali jangan buat lagi... sakit jantung kakak hang nie...sebenarnya dia call aku nak tanya aku bawak tak dia pe rombongan.... tu lah gatal sangat... org ajak baik2 tak nak pe... tiba2 nak pe pulak... dah tempat tu dah past kat orang lain...Dia pulak ingatkan aku supaya save no.... klu tak nanti terkena lagi... Buat lah, kalu nak kena pelankong dgn akak, Hafiz.

2 comments: