Ari nie mcm biasalah aku.... pagi sarapan di kantin... tinggal jauh pun, sanggup kuar awal sebab kena sarapan dulu sebelum mula keja... kadang2 aku hangin gak le... aku datang lewat 2-3 kali je... yang lain datang awal... tapi orang dok asyik ceta yang aku datang lewat sejak duduk jauh nie.... dia tak tahu aku nie dah macam orang ada anak kecil... kejap2 jaga... pukul 3 jaga... pukul 4 jaga... tido pun dah tak lena punya lah takut terbangun lewat...selalunya pukul 5.30 a.m barulah alarm jam aku berbunyi... pukul 6.30 a.m aku mesti kena gerak...kalau tak dalam Saujana Utama nie pun dah start jem.
Time makan rehat tadi... adalah sorang kawan aku nie...aku cukup suka dengan cara dia... apa pun yang dia rasa tak puas hati atau pun dia dengar daripada orang lain... dia mesti jumpa aku tanya sendiri....aku pun tak kisah... itu yang sepatutnya... kawan yang baik, dia akan ambil berat mengenai kawannya.... nak ambil berat pun biar kena pada caranya... jangan kata nak ambil berat... tapi, sibuk dok ceta ke sana... ke sini yang dia ambil berat.... kalau mcm tu ambil berat ke?? kita boleh fikir sendiri.
Ari Jumaat Wani ada buat majlis bacaan yassin di rumahnya...aku tahu. Wani sendiri jemput aku ari Khamis tu... siap nak bungkus makanan kat aku lagi....kalau tak nak datang...tapi aku memang dah maklumkan kat Wani aku memang ada hal ari tu... tu yang aku tak dapat datang. Bukan saja2 tak mau datang...aku kenal Wani nie lama... dia banyak bantu aku buat asgmnt...
Kawan aku nie mula bersuara...sambil makan.. time makan je lah kami nie dapat jumpa... kalau tak memang susah nak jumpa....
Pernah sekali cikgu pendidikan khas... tegur aku..."kak farid mengajar petang ke sekarang...??"
"Kenapa?" selamber je aku tanya.
"Tak lah, saya jarang nampak akak kat sekolah"... aku rasa aku dah cukup glamor kat sekolah nie... rupanya orang jarang jugak jumpa aku kat sekolah.. he he he...
"Farid, kenapa tak datang majlis bacaan yassin umah wani?, dia tak jemput ke?" punya lah prihatinnya kawan aku nie...
"Dia jemput akak... cuma saya je, ada hal di Shah Alam" Kita dahulukan yang mana lebih penting kan...ke Shah ALam tu urgent.
Insya Allah klu tak ada aral aku akan datang majlis kekawan... bukan apa tak datang majlis orang... esok orang pun tak nak datang majlis kita pulak....so kepada kekawan... yang mungkin telah membuat andaian negative tu...yang aku tak datang ada sebab disebaliknya tu... hentikan lah....
tu le dia asam garam hidup...
ReplyDelete