Monday, May 24, 2010

RINTIHAN GURU

Kita selalu dengar ayat yang keluar daripada mulut yg bukan bergelar cikgu.
"ooo keja cikgu... seronok lah keja sekerat hari"
"Dah le cuti sekolah banyak...cikgu keja cuti je....sekolah cuti dia cuti"

Masyarakat di luar memandang kerjaya seorang guru sangat mudah... semudah apa yang dituturkan... tetapi jika kita berpeluang menyelami hati seorang guru... rintihan seorang guru, baru lah kita tahu... bertapa beratnya bebanan seorang guru... sanggup membakar diri menerangi orang lain..

Ini adalah salah satu kerja guru yg harus dilakukan....kalau di pejabat, kemaskini fail nie keja kerani... tapi tidak bagi kami yang bergelar guru....ini adalah salah satu bidang tugas aku sebagai setiausaha kepada GPM merangkap penolong GPM... nak buat ari sekolah tak sempat... terpaksalah datang ari Sabtu siapkan fail2 nie....member aku nie terpaksa angkut anak sekali....

Itu belum lagi nak key in buku di perpustakaan... nak taip dokumentasi yang lain lagi... pendek kata... kalau datang pukul 7.30 a.m balik pukul 1.30 ptg... tak siap semua keja nie....

Belum kira lagi terpaksa hadir pada hari Sabtu untuk kelas tambahan....Kelas tambahan time cuti sekolah....aktiviti yang lain pada hujung minggu.... kalau keja pejabat... dah tentu Sabtu dan Ahad cuti.... boleh cuti2 Malaysia lagi... Bagi kami nak tempah tiket nak pe bercuti pun kena fikir byk kali.... takut nanti ada mesyuarat last minutes bagi tahu.... terpaksa kena hantar murid untuk perkhemahan.... dan macam2 lagi aktiviti...

Aku bukan merungut kerana pilih kerjaya sebagai guru.... aku seronok menjadi seorang guru ... kerana kerjayaku sebagai seorang guru lah... menjadikan aku insan serba boleh.... dan mungkin tak ada pada mereka yg bukan bergelar guru....

Kalau lah keja guru masuk kelas, mengajar dan menanda buku.... aku setuju kalau orang kata keja guru nie senang.... tapi sebenarnya bukan tu je keja guru....
Guru kini tak sama dengan guru dulu...

Hari nie aku terbaca di BH, 4 langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan beban tugas guru... andainya beban tugas ini dapat dikurangkan secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada para guru menumpukan perhatian kepada usaha mempertingkatkan mutu pendidikan selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment