Tuesday, June 29, 2010

AKU TAK MENYESAL

Pejam celik..pejam celik...dalam sedar tak sedar...hari ini hampir setahun aku tak bersua muka dan bertegur sapa... bukan niat utk menyatakan kepada dunia...(wah dunia tu....ya lah satu dunia boleh baca klu terjumpa....) yang aku nie seorang yg jenis ego, keras kepala, hati batu.... mungkin ya.... itu yang layak untuk aku... terpulanglah kepada orang yang mengenali aku untuk menilai siapa aku....kerana mereka lebih tahu...

Aku sedikit pun tak menyesal dengan apa yang terjadi.... sekurang2nya aku dah buat yang terbaik untuknya....

Dia minta pendapat... aku beri buah fikiran dan aku minta dia fikir baik buruknya...sebelum buat keputusan.....
Dia minta aku tolong pinjamkan duit....aku buat pinjaman....

Dia minta sesuatu yang aku sayang, aku beri....Pendek kata, dia minta itu ini aku cuba penuhi....sebab aku tahu, dalam hidup aku...dia sorang je yang aku ada...tiada dua... atau pun tiada tiga....

Hari nie aku nak dia tahu....
Aku nak semua yang terbaik, untuk orang yang aku sayang...
Aku tak pernah dengki dengannya.....sebab aku tahu banyak benda yang aku lebih daripadanya.....

Kalau selama ini aku dengki dengannya....aku tak akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia hajati....

Kalau dulu.... ada salah faham.... aku datang jugak ke rumahnya, walaupun aku tidak dilayan. Kalau dulu.... ada salah faham..... aku sms buat tak faham je... seolah2 tiada ada yang berlaku.

Tapi hari ini aku penuhi permintaannya...
Aku anggap, ini mungkin permintaannya yang terakhir daripada aku...

"Jangan ambil tahu, jangan bercerita mengenainya, anaknya dan suaminya"

Aku sedikit pun tidak menyesal, walaupun hidup aku aku hari ini banyak berubah....sedikit sebanyak yang berlaku dipengaruhi hari semalam. Aku sudah hampir mampu menerima keadaan ini. Sekiranya aku ditakdirkan pergi terlebih dahulu....aku tidak mengharapkan dia datang untuk melawat aku...

Apa pun, aku dah maafkan dan halalkan segalanya.

Sekurang2nya pengalaman semalam mengajar aku untuk belajar menghormati pendirian orang lain.

"Kalau kita sayangkan seseorang, beri peluang dia buat pilihan sendiri"

6 comments:

  1. huh..makan dalam tu...hihi apsal tahun ni banyak benor luahan kak farid yang menyentuh jiwa ekss...

    ReplyDelete
  2. Salam eeeda..uiks macam sedih je ni..

    ReplyDelete
  3. Su: Mungkin tahun nie merupakan tahun yang betul2 menguji kesabaran..menuntut byk pengorbanan...

    Relevan: Sedih memang sedih tapi tak kan nak biarkan kesedihan tu selamanya...

    One : Belum sampai lagi tahap tu....

    ReplyDelete
  4. salam...saya aina dari penang. nak minta tolong cik kalau boleh la...macam ne nak cari widget scroller yang ada berita2 penting dan terkini dan ia bergerak naik ke atas spt cik buat utk tarikh penting...saya mohon jsa baik cik untuk sedikit maklumat berkaitan dgn perkara ni ye...tq sgt2...email saya, everaina@yahoo.com

    ReplyDelete