Masih Merapu
Lelaki-lelaki dari yang bertie hingga ke mati kutu
Masih merayu
Kau menarik aku tertarik
Padahal apa yang kau mahu semua pun tahu
Aku bukan tuan puteri
Yang cuma duduk di istana menanti
Sang putera datang menyelamatkan diri
Aku srikandi muslimah abad ini, Yang sentiasa berpijak di alam realiti
Nah kamu, kalau mahu aku mesti lebih daripada itu
Setakat pujuk rayu tak senang tertipu
Tidak mahu kereta dan wang
Jika iman orangnya senipis kulit bawang
Tidak mahu material dan glamor, Kerana semua itu tak kekal lama
Dan ya… Mana bekalanmu tiba saatnya meninggalkan dunia
Aku mengimpi lelaki sejati
Yang akhlaknya luhur berbudi pekerti
Yang matanya awas, pandangannya berhati-hati
Yang takutkan Tuhan ke mana saja dia pergi
Aku mengimpikan lelaki sejati
Yang rasional akalnya berpandukan hukum illahi
Yang perancangan hidupnya punya strategi
Dunia dan akhirat mahu dibolot
Aku mahu lelaki itu
Iktikadnya jitu, Setianya pada yang Satu
Tangannya memberi tak siapa pernah tahu
Sentiasa berfikir, “Bagaimana dia melihat diriku”
Dan bila dia beristeri (-kan aku)
Tidak akan dihadiahkan aku penyapu
Tetapi menyusun jadual membantu
Bahagia muafakat hingga ke anak cucu
Seorang lelaki yang lucky
Sentiasa ingat akhirat menanti
Berjanji dan mengiringi
Sampaikan jumpaku di syurga nanti
Hasil Nukilan Samwan Pensyarah UiTM Shah Alam
No comments:
Post a Comment