Saturday, July 31, 2010

DRAMA LAILA ASYIKIN



Orang nie mcm2 ragam, gaya, perangai, minat dan sebagainya. Kalau kita tak kenal dan tidak berusaha untuk mengenalinya... kita tidak akan kenal. Orang yang kenal aku, dia dah tak heran dgn aku nie... boleh duduk di depan laptop berjam-jam lama.

Dan lagi satu, aku jarang mengikuti ceta bersiri / sambung2 di TV. Tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Tapi sekali aku tengok... aku akan mengikuti. Sebelum aku dok tergilakan ceta Laila Asyikin, aku dok mengikuti ceta Adam Maya.

Gara2 ceta slot Samarinda, minggu lepas aku tersalah umah... dari tempat tuisyen ke umah lebih kurang setengah jam... so aku bergegas drive, punya lah tak nak ketinggalan. Sekali dah kuar keta nak buka pinta pagar.... rupanya salah umah. Minggu nie ari Khamis, bekalan elektrik terputus.... boleh aku pe umah kawan aku di Desa Moccis, gara2 tak nak ketinggalan.

Padahal boleh tengok kat tenet... tapi tu lah, tak sama klu tengok ari tu.... tengok kat tenet ceta dah basi. Nanti tak seronok lah, semua orang dok sembang time minum pagi... kita tak boleh nak menyampuk...sebab tak tahu hujung pangkal. Aku akan mengikuti sesebuah ceta tu bergantung kepada beberapa faktor:
  • Jalan ceta yang menarik. Padat dengan pengajaran, terutamanya ceta yang berkaitan kekeluargaan dan masyarakat.
  • Pelakon yang aku minat. Selain daripada Eja, ada beberapa orang pelakon lain yang aku minat. Termasuklah, Laila nie. Walaupun kali pertama aku tengok lakonannya, secara jujur kesimpulan awal yang boleh aku katakan....dia memang berbakat dan boleh berjaya dalam bidang lakonan sekiranya tak buat perangai.
Aku suka, sebab bakat kamu....
Aku suka, sebab kemampuan kamu...


REUNION INTAKE 22/96

Semalam terlalu bermakna buat aku...dan mungkin jugak kekawan yang lain kerana berjaya kumpul kekawan intake 22/99 dalam satu majlis yg ku kira berjaya.... semuanya berjalan dengan lancar. Persiapan selama tiga bulan yang lalu berakhir dengan meriahnya...rata-rata menyuarakan agar diteruskan di masa akan datang dan mungkin akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Annual Dinner 14 Tahun, 1ntake 22/96- 30 Julai 2010, ini memperlihatkan barisan pengurusan bekerja keras bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Hasilnya, banyak sumbangan diperolehi. Malam tadi, boleh dikatakan semua orang dapat hadiah cabutan. Tahniah kepada barisan Ajk sambutan tahun nie yang terdiri daripada mereka di TUDM Subang. Next year mungkin Ajk di TUDM Kuantan akan ambil alih tugas nie. Insya Allah jika ada kelapangan aku akan join.

Julung kalinya setelah 14 tahun berlalu. Aku begitu terharu keran amasih ada kawan yang still ingat aku, yang telah lama tinggalkan mereka....untuk menceburi bidang pendidikan...betul lah semalam diingati, esok dirindui....

Tema malam nie, hitam dan merah. Aku, siap pe beli baju tema hitam merah di Jusco Kepong dan jeans hitam....gara2 nak pe reunion... buat keja last minute. Sampai umah sempat lagi basuh keta. Keta pun nak smart gak. Aku sebenarnya segan gak nak join. Macam2 aku fikir penerimaan mereka. Tapi bila pe, lain jadinya. Kesimpulannya, memang seronok. Makanan pun memang sedap dan berlebih lagi...siap boleh bungkus.

Sesi memotong kek yang memenuhi tema... he he he....kek pun ikut tema. Sayang gambar aku tak nampak pulak....depa2 tu tinggi belaka.

Time nie terasa diri dihargai... apabila diberi peluang memperkenalkan diri dalam majlis tersebut. Geng2 aku nie siap panggil 'cikgu'... Bangga jugak jadi cikgu...dalam apa pun keadaan gelaran cikgu tu dah melekat. Ramai yang mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan member2.

Pengerusi reunion kali nie....tahniah Bro Nizam. Harapan pengerusi tinggi menggunung agar intake 22/96 nie akan jadi seperti keluarga. Mungkin selepas nie pengurusan akan lebih lancar dengan adanya akaun sendiri. Banyak cadangan yg diketengahkan, sebenarnya akan memberi kemudahan dan kebaikan kepada ahli2 yang lain.

Lidi apabila satu akan cepat patah....
Tapi bila diikat secara banyak akan teguh...

Thursday, July 29, 2010

JANGAN TERTIPU DENGAN SKIM CEPAT KAYA

Hari ini kita dikejutkan dengan penangkapan...bunyi mcm kasar bahasa yg aku gunakan... penahanan kaki tangan kerajaan yg terlibat dengan skim cepat kaya di sekitar Mentari Sunway malam tadi....gara2 nak kaya cepat. Aku sempat gak le tengok kat youtube gambar mereka yang terlibat...memang rata-rata muda2 belaka. Kita hari nie mudah betul terpedaya dengan cara...

Mudah nak dapatkan wang...
Jalan mudah nak hidup mewah....
Jalan singkat nak bergaya hebat....


Aku nak bagi nasihat pun, bukan pakar motivasi....cuma ingin ingat mengingat sesama kita. Bukan apa nanti ada orang yg komen kat blog aku, diri sendiri pun tak betul nak beri nasihat kat orang... bukan beri nasihat... sekali lagi, ingat mengingat.

Dalam dunia nie mana ada duduk goyang kaki boleh dapat duit dengan mudah.... klu ada tu, cuba selidik mesti ada yang tak kena. Cari lah rezeki, bila kita bekerja...kita akan dibayar gaji... ada keja ada gaji...biar kita dapat rezeki sikit tapi lama kelamaan akan bertambah. Daripada keluarkan banyak...tapi sudahnya tidak mendapat pulangan. Sebaliknya menanggung hutang bank bertahun-tahun.

Banyak lagi keja lain boleh buat, nak tambah pendapatan... aku puji lah, bila budak2 muda buat part time berniaga di pasar malam. Itu lebih baik sebenarnya. Bila dapat rezeki kita akan rasa puas dengan apa yang kita dapat, walaupun penat.


Tuesday, July 27, 2010

GELARAN GURU GARANG

Hari nie murid kelas aku ramai yg terlibat dengan latihan nyanyian sempena dengan Program Senam Seni dan Hari Keusahawanan Sekolah...so tinggal lah beberapa orang je yang tak terlibat....aku ambil kesempatan sembang-sembang dengan anak2 nie... masa tu terfikir pulak nak tanya anak2 apa yang mereka seronok time aku mengajar dan apa yang tak seronoknya....saja buat survey... mana tahu klu banyak yg negatif tu perlu penambahbaikan.... yang positif tu perlu dipertingkatkan.

Berdasarkan survey ke atas enam orang murid... rata2 menyatakan aku nie sorang guru yang garang. Guru yg garang? Kalau dah anak murid kata mcm tu... memang betul lah tu. Kawan2 pun ada yang cakap aku nie garang time mengajar... sebab depa ckp budak tak dengar masa depa mengajar....tapi time aku mengajar boleh pulak budak nie beri tumpuan.

Ciri2 guru yang membuatkan murid suka dengan pengajaran dan pembelajaran kita, antaranya:
  • Mempunyai unsur2 kelakar dalam pengajaran dan pembelajaran. Jangan terlalu serius, sehingga murid merasakan subjek yang kita ajar terlalu sukar.
  • Menggunakan perkataan tertentu untuk mengingat formula. Cikgu janganlah terlalu protokol sehingga takut untuk menggunakan istilah lain bagi mengingati sesuatu formula. Murid lebih cepat mengingat sekirannya menggunakan perkataan pelik2 dan jarang mereka dengar. Cth, Whole Number merupakan nombor ajaib. Sebab.....murid aku je yang tahu...
  • Selalu bercerita. Gunakan 5 minit dalam p&p...ataupun 5 minit akhir.... dengan cerita2 yang boleh memberi pengajaran dan berguna dalam kehidupan mereka. Kita sebagai guru, jangan sayang 5 minit sebab nak mengajar. Selitkan cerita2.... setiap hari aku akan cari satu cerita untuk anak aku... sampai satu tahap sebelum tido mesti kena fikir apa nak diceritakan esok. Sebab klu aku lupa, mereka akan ingatkan..."cikgu ari nie tak ada cerita ke?"
  • Marah tak salah... tapi jangan setiap masa marah. Pastikan jika kita memarahi seseorang murid tu....mereka tahu apa kesalahan mereka. Dan ambil hati mereka semula. Aku senang je...time cikgu serius, jangan buat perangai...time cikgu gelak...siapa pun boleh gelak. he he he...
Kerjaya guru sangat mulia.... cuba kita lihat, ada tak kerjaya lain orang akan cium tangannya. Tapi kita sebagai seorang guru, setiap masa ada saja anak murid akan cium tangan kita. Tak kira di mana mereka jumpa akan cium tangan gurunya.

HARI TERAKHIR

Hari nie merupakan hari terakhir Aishah bertugas di sekolah aku.... terasa hiba lah pulak...maklum lah selama setahun lebih dia bertugas di sini.... dia lah peneman aku minum petang... boleh dikatakan setiap hari aku balik mcm office hour. Aku tak kisah janji aku happy. Sepanjang tempoh dia berkhidmat di sini byk perkara yg aku belajar berkaitan dengan ICT. Balik umah pun, bukan buat apa....paling tak pun tido. Semenjak dia ada lah, aku dah mula tak tido petang...dan boleh bertahan sehingga pukul 12 malam... boleh pulak tu bangun 5.30 pagi. Begitulah rutin aku setiap hari. Alhamdulillah rezeki tuhan kurniakan kepada aku.

Tadi, lepas meeting...dia dan suami pe hantar ikan peliharaannya ke umah aku... katanya susah nak bawa balik Kedah... maklumlah bukan dekat kan.... kebetulan pulak, aku memang suka bela ikan... so pucuk dicita ulam mendatang lah. Balik dari hantar ikan tadi...sempat lagi kami singgah makan kat warung berhampiran masjid Sungai Buloh...mungkin ini adalah kali terakhir kami makan bersama.... tapi harap2 ada lah kali2 yang lain.

Di saat akhir pun sempat lagi nuar suami Aishah nie ajar aku edit gambar....download borang DG32 hakiki....tiba2 pulak aku teringin nak isi....walaupun sebelum nie dah berpeluang nak isi....tapi aku tak isi. Kali nie aku mesti isi...kalau ada rezeki, aku akan terima...walaupun terpaksa bekerja dengan orang yang lebih tua daripada aku.....he he he muda lagi ke aku nie??? Rasanya dah sampai masanya aku perlu buat perubahan.... kalau kita tak ubah diri sendiri.... siapa lagi nak ubah kita. Betul tak????

Terima kasih kepada rakan aku sulia kerana tak cukup dgn sms, call aku suruh mohon jawatan sebagai guru penolong kanan.... he he mampu ke aku nie???? ada hati tu nak jadi pentadbir. Su, insya allah sebelum 30 Julai nie akak akan hantar borang. Dapat ke.... tak ke.... itu soal yang kedua. Apa yang penting aku nak mohon. Tukar sekolah pun aku tak kisah...

Bila ceta pasal tukar sekolah...aku jadi sedih pulak....tadi masa makan kat kantin...kawan aku datang....dia begitu terasa hati dengan aku.... sebab aku call dia dengan nada yang marah2.... memang aku marah....sebab semua orang tak maklumkan pada aku....tapi bila dengar luahan masing2 tadi...semuanya dah ok seperti sedia kala.

Seandainya ko terasa...
Sebenarnya aku juga terasa....

AROMA IKAN BAKAR JERAM, MAKAN LAGI

Baru2 nie, ada member nie sibuk nak belanja makan ikan bakar di Jeram....rasanya last aku pe sana pun masa orang Johor turun Kuala Lumpur....selepas beberapa tahun baru lah aku berpeluang ke sana lagi.... sebenar, aku tak tahu sangat jalan nak ke sana. Sebab sebelum nie pun org yang bawakan....kecuali lah klu pe dulu tu.... aku yg drive sendiri.... baru senang nak ingat. Kalau ikutkan, dari Sungai Buloh ke Jeram bukan jauh sangat pun....dalam 40 minit je.

Hari Jumaat tu, kalau ikutkan... memang aku ada kelas. Tapi, ikan bakar punya pasal....aku rela gantikan Hari Rabu nie....he he he...perancangan awalnya 7 orang yang nak pe....tapi last minute, Ustazah Haninah tak jadi pe.... sebab ummi dia tak berapa sihat. So kami berenam je le ke sana dengan dua buah keta.

Kami nie antara pelanggan yang terakhir balik...sebab dapat pun antara yg terakhir....sebab,sembang2...ambil gambar....last org dah nak tutup kedai baru kami beredar.

Tengok...semua yang kami oder, boleh pulak sampai dalam masa 10 minit je.....kami pulak makan tak sampai setengah jam je....semua licin, kami belasah... yang tinggal tu je yg nampak dalam gambar....

Muka boring je....tunggu makanan. Tengok....air dah bergelas2 habis.. aku siap main game lagi....

Antara gengs yang ada, Aishah, Ustaz, En. Zul sekeluarga....dan Anwar.. kira time nie sabar lagi tunggu makanan....air pun tak sampai lagi...kejap lagi sampai air....air dah habis, tapi makanan dak gak sampai2....he he he....

Sampai je... ingat makanan dah tersedia.... sebabnya oder sebelum sembahyang Jumaat lagi.... rupa2nya.... sejam tunggu pun tak sampai2...last sekali Aishah dengan Ustaz pe tanya... memang sah, oder makan tak ada...yang ada cuma tempahan table... mcm kelakarkan je kan...masa tu memang dah lapar giler....maklumlah tak minum petang...gara2 nak pe makan ikan bakar...

Apa pun terima kasih ustaz, kerana belanja kami semua makan.....

Monday, July 26, 2010

SELALU AKU TAK KISAH, KALI NIE AKU KISAH

Hari Sabtu, macam biasalah aku...time cuti lah nak settlekan apa yang patut.... nak basuh baju, nak kemas umah, nak cuci keta...ada masa lagi...aku pulon mengedit gambar....sekarang dok giler belajar mengedit gambar.... maklumlah member dah nak berhenti... kena rebut peluang yang ada...sempat lah aku edit beberapa keping... nanti dah siap cuci aku tunjuk kat hampa.....

Petang aku ke Shah Alam...balik dari Shah Alam aku bergegas ke Kuala Selangor... sebab member dah tunggu kat sana ada program English in Camp, di Hotel De Palma....pukul 7.30 mlm aku sampai.... seronok ah...awal2 lagi member kata nak ajak pe tengok klip2 kat Kg. Kuantan.

Sungguh aku tak sangka org tu ada di situ dan terlibat dalam program nie... sebab ini merupakan program Sains, Maths dan BI... aku datang atas tiket Cikgu Maths.... seronok lah esok nak panjat bukit Melawati.... tapi bila aku tahu dia hadir.... terasa mcm aku ditipu oleh kekawan pun ada....Ikhlas aku ckp, kalau aku tahu dia terlibat, aku tak kan datang....

Tapi bila aku call kekawan, depa ingat aku dah tahu... pada mula aku angin gak...datang jauh2....tapi bila kekawan minta maaf tu... aku pun sejuk sikit...tapi tak ada jugak nak tunggu... walaupun dah hampir pukul 10.00 malam.... aku start keta balik umah lagi baik...tido kat umah lagi lena...tak guna jugak klu berada di tempat yang kita tak seronok.... dan dah tak ikhlas...

Kekawan ingat aku tahu....
Rupanya aku memang tak tahu....
Jenis aku memang tak boleh nak buat tak tahu....

Kekawan ingat aku tak kisah...
Sebab selalunya....ada aku kisah....
Tapi kali nie memang aku kisah....
Kalau aku buat tak kisah....
Nanti orang suka2 hati je sebar aku punya kisah....

Thursday, July 22, 2010

MAKAN-MAKAN

Gambar masa aku and the gengs pe makan2 di Hotel.... memang seronok kalau dapat join geng sekali sekala pe makan2... sembang2....Nie boleh dikatakan gengs unit ICT...last minute program... tapi jadi je. Sebenarnya kami pe makan nie sempena nak meraikan Pn. Siti yg akan letak jawatan sbg fasilitator schoolnet kerana mengikut suami berpindah ke Kedah.

Nie gambar makanan masa jamuan di bilik ICT.... terpaksa buat lagi sekali sebab ada member yg tak dapat join masa di Hotel... bab makan aku layan je.... Makanan nie ada sponsernya....so kira ari tu mcm2 ada lah.... kekeyangan jugak lah kami ari tu....

Seronok kan...klu ada kawan yg memang tak berkira.... ckp sekali je jadi..

Nie group cikgu2 tahun 6 bersama keluarga masing2... nie pun pe makan gak... aku nie bab makan memang laju je.... cakap je kat mana, aku tak kisah.... jalan. Kalau ikutkan perancangan asal nak pe Jeram.... tapi ada masalah yg tak dapat dielakkan... terpaksa lah redha, makan je ka Kuang. Ok je... janji kenyang. Antara yg hadir.....Wani, Kak Wan, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Kamis, Kak As dan Kak Gee...

Aku datang gak... walaupun keseorangan...stardard lah tu.... tengok bergambar pun dgn anak2 kat bawah.... he he he.

Wednesday, July 14, 2010

SAMPAH BOLEH BUAT DUIT

Minggu lepas aku sibuk temankan kawan aku nie pe cari kotak...sampai ke tempat kitar semula kami pe.... selalunya org ke sini nak jual kotak..... tapi kami nak beli kotak. Member aku nie nak pindah umah... so perlukan byk kotak.... maklumlah org dah berkeluarga... banyak barang.

Beginilah keadaan tempat kitar semula... tapi tempat kerani, siap berhawa dingin lagi....tak kisah lah keja apa pun janji halal.... teringat pulak zaman dengan k.ita, dan Sulia, kami buat kempen kitar semula kepada murid2. Masa tu selalu lah kuar masuk ke tempat mcm nie. Pernah sekali, aku balik kg.... kat kg, biasalah buang tin, botol plastik kat belakang umah... so aku kutip lah konon2 nanti tunjuk kat anak murid aku...yg aku pun berusaha untuk kitar semua....mak aku pulak nampak... hampa tahu dia ckp apa..
"duit gaji dah tak cukup ke?... sampai kutip tin nak jual nie?"

Mak kita nie sebenarnya risau bila anak2 duduk jauh.... takut terpengaruh dgn anasir luar... takut tak cukup duit...dan macam2 lagi yg mereka risaukan.... tuntutan kerja memaksa kita berjauhan. Nak buat mcm mana.

Tiba2 lah pulak gambar uncle nie aku tempek kat blog.... bukan apa, aku teruja bila dia bercerita pasal artis yang dia minat.... siapa lagi klu bukan penyanyi No. 1 Malaysia. Pendek kata semua dia tahu lah pasal siti...daripada ayah siti masih lagi kerja sebagai polis.... pasal siti kawin... dan terbaru pasal datuk K beli no plate keta KCT1 siap tahu tu harga berapa....uncle nie, seorang yg mudah mesra alam.

Sebenarnya kita je tak tahu.... apa saja barang yang terbuang kat umah tu boleh dijual... bukan sebab kita tak berduit, nak kena kumpul dan jual. Tapi secara rasionalnya kita telah melatih diri supaya menjaga alam sekitar. Alam sekitar kita...kalau kita tak jaga siapa yg nak jaga?

Gambar nie, aku ambil sebab rasa bangga dengan usaha pengutip sampah nie.... dia bersusah payah mencari barang terbuang untuk dijual. Tapi kita yg banyak barang terbuang, tak mahu menjualnya.... sebaliknya sanggup letakkan dalam plastik hitam dan masukkan ke tempat pembuangan sampah.... sebenarnya kita antara salah seorang yg menyumbang sisa buangan sampah....sehingga tempat pembuangan sampah mengalami limpahan.....dan akhirnya akan mengundang musibah kpd kita juga nanti.

Lagi satu, kita lihat banyak bahan buangan yg dia kumpulkan tu....tapi berapakah hasilnya.... berbaloi ke??? kalau kita fikir balik... tentunya kita bersyukur kerana dikurnia rezeki dengan cara yang lebih mudah daripada dia.... tapi dia pun akan bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki sendiri tanpa meminta2 daripada orang lain.

Tiba2 aku teringat pulak... masa mula2 aku sampai di KL... buat keja part time, gaji sejam RM3.50... dalam seminggu, hanya sehari je cuti... penat, memang penat....tu keja pakai kudrat... memang perah tenaga betul. Tapi bila sampai hujung bulan dapat gaji seronoknya.....hilang penat....tu yg tahan sampai 4 tahun buat part time.... Sekarang kalau buat part time, sejam RM40 atau pun RM 50. Nie keja pakai kebolehan dalam bidang kita.... kalau sehari buat part time 2 jam dah cukup....tapi tu lah sampai tahap dah malas... penat... klu fikir duit nie tak pernah cukup je.

MERENDAH DIRI

Hari Selasa telah diadakan hari terbuka...time nie lah parents nak jumpa dengan guru yang mengajar anaknya.... tapi bagi aku, parents boleh jumpa guru pada bila2 masa...aku sentiasa mengalukan kedatangan mereka untuk berbincang mengenai masalah anak2 dan berkongsi idea untuk mempertingkatkan lagi pencapaian anak2.

Tahun 2010, merupakan tahun pertama aku mengajar kelas first. Ini merupakan pengalaman pertama berintraksi dengan parents yang rata2nya berjawatan dan berpelajaran tinggi. Iklas aku cakap, terasa diri nie sangat kerdil. Perasaan gementar, gemuruh tetap ada. Tapi aku kuatkan semangat, sedikit sebanyak buat jugalah persiapan untuk berhadapan dengan mereka.

Kita selalu fikir parents nie mesti mcm nie... parents nie mesti mcm tu.... tapi bila dah jumpa lain sebenarnya. Kita selalu takutkan diri sendiri. Sepatutnya kita kena yakin pada diri sendiri yang kita berkebolehan dalam bidang yang kita ajar. Sememangnya kita seorang guru yang terlatih. Pengalaman 11 tahun belum mampu menjadikan aku seorang yang berani berhadapan dengan parents.

Orang pertama berjumpa dengan aku ialah Pengarah Hospital Sungai Buloh.... Dr. Khalid, orangnya memang tak banyak bercakap. Mungkin anaknya pun tidak mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran. Ada sorang parents nie pulak, bertugas sebagai pensyarah di UIAM...tapi sikit pun tak berlagak....malah meletakkan harapan agar aku dapat menegur dan kalau perlu rotan lah anaknya. Aku memang terharu bila ibu bapa hari ini masih memberi harapan yang tinggi kepada guru untuk mendidik anak mereka. Tidak seperti sesetengah sekolah yg parents nya sentiasa memperlekehkan guru saja.. ada je yang tak kena mengenai guru di mata mereka.

"Cikgu tolong lah tegur anak saya klu dia buat salah.... di rumah saya boleh tengok.... tapi di sekolah saya harap cikgu dapat tengok2kan"
Begitu tingginya harapan ibu bapa apabila menghantar anak mereka ke sekolah.... mereka harap guru dapat mendidik anak mereka supaya menjadi insan yang berguna.

Paling aku tak sangka, dah setengah tahun... baru tahu ada anak kawan aku kat dalam kelas tu....habis selalu yang datang ayahnya...kali nie baru dia yang datang.

Semalam ada seorang parent nie datang... walaupun dah lewat sehari... aku masih mengalukan kedatangannya. Aku malu, dengan parent nie sebab anaknya tak dapat yang terbaik. Tapi dia sedikit pun tak menyalahkan cikgu dalam hal nie. Memang jenis aku, mudah segan dgn orang.... bila orang tu berpendidikan aku segan... bila orang tu berada aku segan... memang aku nie jenis penyegan agaknya. Tambah pulak parent nie tengah sambung PHD di UPSI.

Sebaliknya, parent nie pulak yg menyalahkan diri sendiri, kerana sibuk membuat tesis...sehingga tiada masa untuk anak. Dia sendiri menyuarakan yang dia tak mampu mengajar anaknya Matematik, sebab itu bukan bidang dia.... klu seni memang dia boleh ajar.
"ida, ajar lah anak akak...akak tak kisah ida nak tegur ke...nak rotan ke..."

Kesimpulannya, parents di kelas 5 Mawar.. memang perpendidikan.. tapi mempunyai sikap yang boleh dipuji. Pertama meletakkan martabat seorang guru ditempat yang selayaknya. Sentiasa menghormati guru, walaupun hakikatnya mereka lebih tinggi ilmu daripada guru. Tidak mudah melenting, malah lebih suka berbincang sekiranya mempunyai masalah. Itu lah bezanya orang yg berilmu dengan org yg tidak berilmu.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid kelas 5 Mawar kerana memberi kepercayaan penuh kepada aku selaku guru kelas untuk mendidik anak mereka. Tuhan tahu niat kita.


Saturday, July 10, 2010

APA AKU BUAT HUJUNG MINGGU

Selalunya hujung minggu aku penuh dengan aktiviti.... aku rasa dah menjadi rutin di hujung minggu. Ari nie aku bangun awal.
nak settle kain yg tak berlipat...
rumah yang tak bersapu...
dan mendobi kain yang berlambak seminggu tu...

Selalunya pukul 9.30 a.m aku dah kuar untuk sarapan dan meneruskan aktiviti aku.... pukul 7 kan baru sampai umah. Pendek kata umah aku nie tempat tido je.... kuar umah masih lagi gelap...balik pulak dah tak nampak tanah...
begitulah rutin aku kalau ari biasa...
Kadang2 ari minggu pun dah jadi rutin mcm ari biasa....

Tengok rumput kat belakang umah aku nie....dah panjang... ini pun aku buka pintu belakang sebab jiran sebelah nak hulur nasi lemak... kalau tak, aku pun tak tahu dah sampai menutupi kawasan belakang.... dah macam umah tak berpenghuni lah pulak... punya lah sibuk tuan umah ..

Tutup lubang tandas tu pun aku tak beli2 lagi....aku takut bukan org lain yang jatuh....tapi tuan umah sendiri.....Aku kuar ke Shah Alam tadi lebih kurang pukul 10.00 a.m.... sampai umah tadi dah pukul 7.00 p.m lebih.... tengok keta kotor, aku basuh... selalu pun aku basuh sendiri ... kecuali nak vacum je hantar kedai... rugi kan tak guna air yang free tu....
Bil air dan elektrik free (tak sampai 12 henggit pun) umah aku...guna sementara org bagi free nie..

Malam anak kwn nak datang tuisyen.... jangan jadi mcm minggu lepas sudah.... aku kepenatan camping 2 ari.... budak tu pulak bengkel menjawab peperiksaan 2 ari... so masing2 kepenatan.... oleh kerana esok nak exam paper maths... dia datang lah jugak... sudahnya apa jadi... cikgu dan anak murid tertido...tuisyen entah ke mana....

HARGAI DIRI

Hari semalam aku dan aishah, pe hotel cyristal crown nak booking untuk hi-tea ari nie.... dia nie lah kawan aku lepas waktu sekolah... kawan utk bersembang... kawan ke hulu ke hilir... tapi orang yang kita rapat selalunya tak lama bersama dengan kita. Tiba masanya dia akan meninggalkan kita. So kita kena lah terima hakikat tu....

Pada mulanya, kami booking utk 10 orang.... last minute ada pulak yg nak join.... jadi 14 orang.... hari nie, dah jadi 18 orang. Meriah betul tadi. Tambah pulak dengan kehadiran En. Majid dan Pn. Sulia, GB dan PK Petang SK Bukit Rahman Putra. Aku dgn aishah 2 ari berturut makan kat hotel. Kalau org dengar, mcm orang kaya... makan kat hotel je. Tapi aku selalu ckp, kita keja... duit kita... apa salahnya hargai diri sendiri... nak apa, klu mampu beli. Jangan nak harap org belanja...jangan nak harap org bagi....kita berjimat2, ikat perut... esok orang lain pulak yang tukang perabis....

Paling seronoknya, ari nie kami dapat khidmat jurugambar profesional...tu yang senang hati aku makan... klu tak... aku lah yang tukang ambil gambar... tu selalu dok beranggan2an nak beli kamera yang canggih sikit. Ada gak bercita2 nak berjinak2 dalam bidang nie... klu pun tak keluar... dalam sekolah pun jadi lah.... jaga Unit Dokumentasi Sekolah.... tak kisah lah guna harta sendiri pun... kalau dah minat semua jadi kan....

Keja cikgu je... semua guna harta sendiri. Cuba tengok Jabatan lain... pen pun org sediakan. Kita bukan pen.... printer dengan ink pun guna harta sendiri.... kekadang tu, kertas pun sendirian berhad. Kita tak kisah, sebab suka ke tak... orang atas tahu ada dokumentasi....keja siap... bagaimana?.... pandai2 lah nak hidup... dok gitu cikgu? merepek ke lain lah pulak. Bukan selalu kan... meluahkan perasaan.

Kepada Nurul Anuar Ibrahim.... tahniah kerana berjaya mendpt kerja sebagai pensyarah di IPTS di utara tanah air... esok ada port akak nak singgah kalau ke Utara. Kepada Aishah, berehat lah dulu... lepas bersalin nanti fikir lah nak cari keja ke...apa ke....

Sukar menerima kenyataan...
Tapi terpaksa menerima hakikat...

Begitulah realitinya kehidupan...
Mampu dirancang, tapi sukar diramal....

MACAM MANA NAK BUAT EMAIL

Aku terpanggil, untuk ajar pengunjung2 blog aku mcm mana nak buat email.... biasalah aku akan ajar menggunakan cara aku...ikut yang aku faham je lah.... dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.... apa yang penting pengunjung berkenaan berjaya membuka akaun email....

Bila dah ada email tu... jangan lupa buka... dan rajin2 lah guna. Dan berikan alamat email tu kepada kekawan... mana tahu nanti boleh berkongsi maklumat. Sekarang nie mudah, segalanya di hujung jari.

LANGKAH 1

Macam biasalah guna abg Google kita yang baik hati nie.... taip je gmail.... atau pun nak mudah klik sini. Kalau hang pa klik yang nombor 1 tu..... akan kuar mcm gambar rajah kedua tu.... Jika hang pa klik yg nombor 2 tu... terus kuar mcm yg nombor 3 tu.... so skip sikit le... mana2 pun sama je.



LANGKAH 2

Klik nombor 1, kuar mcm kat bawah nie.... kemudian klik pada create an account. Guna duble click.

LANGKAH 3

Kuar form yang perlu diisi... sekiranya tak tahu bahasa inggeris tak apa.... guna bahasa melayu. Klik tempat pilih bahasa. So tak jadi masalah nak mengisi form nie.... yang jadi masalah kepada mereka yg tak tahu baca je....Isi selengkapnya.

LANGKAH 4

Kalau dah lengkap isi jangan lupa klik I accept create my account. Tunggu kejap... bagi masa dia nak proses... lepas tu dah boleh guna.


Kali nie aku ajar mcm mana nak buka akaun email dulu menggunakan gmail.... akan datang aku akan ajar cara nak buka akaun facebook. Mana lah tahu kan... lepas nie sesiapa yang berhajat nak buka akaun... tapi tak ada org nak ajar... tak ada masa nak suruh kawan ajar... so belajar sendiri je.

Thursday, July 8, 2010

INSAF DI PAGI JUMAAT

Setiap detik berlalu, terasa diri ini semakin dekat dengan kematian...tambah pulak ari nie aku dapat mesej daripada Bro Nizam.... senarai nama rakan2 yg telah pun kembali menemui penciptanya.

Bertuah rasanya, dapat kumpul kawan2 lama... dan sentiasa mengetahui perkembangan mereka... terasa dekat je di hati.. walaupun jauh beribu batu. Tambah pulak Bro Nizam nie...rajin update maklumat yang terkini mengenai kawan2. Terima kasih friend... atas keprihatinan.

SENARAI ANGGOTA YG TELAH MENINGGAL DUNIA

1. ALLAHYARHAM JAMAL (ASE)
- demam panas di KTU alor setar 1997

2. ALLAHYARHAM LABU
- kemalanngan motorsikal dengan lembu di kedah 1998

3. ALLAHYARHAM MOHAD HAFIZ ( AMRA)
-kemalangan kereta terbabas ke gaung 2000

4. ALLAHYARHAM RAMLI
- sakit 2008

5. MENDIANG SHAWN CHRISTOPER
kemalangan ejectition seat 2002

6. 719608 AZNIE MARZUHA BIN ABD GHANI
- 2006 meninggal demam panas di sek pondok kelantan

Wednesday, July 7, 2010

HAPY, SEDIH, BANGGA

Sepanjang minggu nie... mcm2 yang berlaku dalam hidupku.... hapy.. sedih, bangga... sebenarnya nie asam garam dalam kehidupan... setiap orang pun akan merasai perkara yang sama... cuma ada sedikit perbezaan... mungkin dari segi kekerapan dan sebagainya.

Aku nak ceta yang hapy dulu... semua orang pun suka yang hapy... kalau boleh setiap masa nak hapy je kan... tapi mana mungkin ianya berlaku... isnin ari tu, my best friends dapat kembali bersama dengan kekasih hatinya. Aku harap dia dapat menghargai peluang kali ini....aku tahu keduanya gembira sekarang nie.... sebagai kawan aku dah buat yang terbaik dan sentiasa doakan yg terbaik untuk mereka...sebenarnya, semua nie kerana kepercayaan kalian berdua kepadaku...Kalau tak... tak mampu aku nak tolong...mereka berdua nie, kawan baik aku... So dua kali lah aku gembira.

Keduanya, ari selasa 6.10 am, aku dah start keta... pukul 6.15 mesti kena kuar.... klu tak lewat pulak sampai kat sek... siapa yg malu...aku gak. Tiba2 jiran aku buka pintu...
"Da... jap," sambil menghulurkan bekal untuk aku... terharu betul aku... agaknya dia tahu, aku selalu makan kat kedai je...sekali sekali kena makan yang masak sendiri. Aku nak masak sendiri... lambat lagi kot. Dapur pun belum beli lagi.

Sedihnya, aku call member nie... nak mintak duit sewa umah... maklum lah cuti sek kan... banyak pakai duit.. jalan lebih... duit pun lebih.... sebenarnya sebelum nie aku tak pernah tanya pasal duit sewa... dia call suruh ambil aku datang... rasanya ada dalam 3 bulan kot....aku call dia tak angkat, aku sms dia tak balas... tak pe lah mungkin dia sibuk... aku biarkan je lah. Tiga hari selepas tu, dia call... bagi tahu dia berada di hospital. Masa tu, apa lah aku nie.... bukan call nak tanya khabar.... nak mintak duit je call. Sekarang masih lagi berada di hospital. Operation, sakit puan. Aku harap dia cepat sembuh.

Perkara kedua, mak aku balik dari umrah... ahad ari tu... tapi sampai rabu petang baru dapat bercakap dengan dia.
Ari isnin aku call, dia pe kenduri kahwin....
Malam aku call tak angkat. mungkin dah tido....
Ari selasa pagi aku call, ayah aku kat kedai kopi....
Pukul 10, aku call dia kat umah abg aku....
Petang aku call dia tak ada kat umah....
Petang tu gak, ayah aku call balik.... aku pulak kat hospital.. tak boleh nak sembang..
Ari rabu pagi, aku call mak aku entah ge mana....
Petang tu baru dapat bercakap...
Ha.. lega dapat bercakap dgn mak aku....

Seminggu nie gak aku bangga dengan kekawan yg bersemangat nak sambung belajar.... klu kawan minta pendapat aku... aku akan cakap sambung.. jangan lepaskan peluang. Sebab aku sendiri pun masih bercita2 nak sambung hingga ke peringkat master. Niat di hati nak tukar profesion... insya allah kalau ada rezeki. Sedang mencari peluang.
Telefon berdering tanya tu dan ini....sebenarnya aku pun bukan tahu sangat pun.... cuma ada kawan2 yg sentiasa dok sembang mengenai nie... tu je.
Kepada K.ita sy minta maaf lah pasal UPSI nie tak maklum kan kat akak....sy ingat semua sekolah dah dapat sedarannya.

Untuk makluman kepada kekawan yang berada di DG32, kalau berhasrat nak mohon DG32 hakiki... aku dengar dah kuar borang. Cuma kat sek aku ni belum lagi sampai. Rebut peluang... jangan tunggu esok.
"Asingkan diri kita drpd kelompok yang ramai. Dan berusaha menuju ke puncak".

Bukan aku cakap... aku guna pakai ayat pegawai di Jabatan yang aku jumpa ari tu.

Tuesday, July 6, 2010

TAK DENGAR KATA

Sehati sejiwa betul aku dgn k. ana...hari nie elok je, orang lain semua pakai baju koprat.... kami pakai baju kurung biasa. Kami berdua nie, memang tak dgr kata betul....mentang2 lah boss tak ada ari nie....

Hari nie, boleh pakai baju colour sama..... dah le, sarapan pagi2 kat kantin sama2.... sampai kat sekolah pun lebih kurang sama... sebelum pukul 7.00 am dah sampai kat sekolah. Nasib baik balik tak sama...

Orang yang lahir bulan 3 nie, dia memang boleh ngam dgn org yg lahir sama dengan bulannya....ada sikit sikap bertolak ansur.... mcm aku dgr kak ana....he he he , ya ke Kak Ana...?

Sekolah aku nie dah ditetapkan... hari Selasa pakai baju koprat...dan hari Rabu baju unit beruniform....klu ari Rabu tu, siap ambil nama lagi siapa yang pakai ke tak.... he he he...tapi aku biasalah ikut kepala aku je nak pakai ke tak...orang dah pakai banyak kali dah baju koprat yang baru nie.... aku tak pakai lagi. Baju dah ada, kain tudung dah beli..... kain je belum pe tempah lagi....tengok lah ada masa nanti pe tempah kain. Warna kuning tu yang lama.... warna biru tu yang baru... mcm keja kilang lah pulak kan....


Minggu lepas aku pe lah ke Maybank.... nak masukkan duit kutipan derma sorang murid nie....ambil nombor giliran... aku pun tunggu lah kat situ... maklumlah musim gaji nie biasalah orang pun ramai.... mana bank pun, suasananya sama je... tiba lah giliran aku....dah lah isi borang kuar.... sebenarnya nak masuk duit.... aku klu dalam kepala byk benda do fikir, memang semua tak menjadi. Kerani tu pun key in nombor akaun....
" minta maaf puan, akaun nie dah tutup. Nie akaun siapa?" sambil membelek2 buku akaun tu.
"Anak murid saya, tak pe lah.... kalau mcm tu. Terima kasih"
Hampa rasanya, ya lah... tunggu punya lama. Buku akun dah tutup.

Hari nie, PK HEM suruh aku kuar uruskan buka buku akaun murid aku nie... tapi kali nie kena ke Bank Simpanan Nasional lah pulak. Sebab bank nie tak perlu penjaganya hadir, klu nak buka buku akaun. Bab kuar nie, aku tak kisah janji keja selesai....sebenarnya lagi suka, he he he. Tambah ada orang tolong ganti kelas aku.... selagi tak selesai, selagi tu lah aku dok bawak duit ke hulu, ke hilir. Bukan urusan budak tu je selesai... termasuklah, keja aku pun selesai.

Aku ambil le peluang pe ke Maybank, bank in duit...sebab nak bayar bil brokebeng le....nak bayar insurans....kalau ikutkan....dah lewat nie... nasib baik agen tu aku kenal... klu orang lain tak ada dia nak dahulukan duitnya. Nak bayar bil telefon, yang dah kena sekat ari nie... aku klu tak ada telefon, tak boleh hidup....Lepas tu ke Public Bank nak check duit ada lagi ke tak... untuk ditolak bayaran umah bulan nie.. banyak betul urasan dunia nie kan....tu sebab setiap bulan aku kena buat senarai semak.... mana yg dah buat... mana yang belum buat... siapa yg biasa pe umah aku dia tahu le.... siap tampal kat pintu... so ari2 boleh tengok....

Monday, July 5, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP DI SK KUANG

Kali ini, peserta perkhemahan kami terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. Pada awalnya takut gak nak buat camping melibatkan murid tahap 1 nie.... rupanya, mereka nie begitu bersemangat dan tak sabar2..... awal lagi dah berkumpul di kantin sekolah....Mungkin juga ini merupakan pengalaman kali pertama mengikuti perkhemahan.

SK Kuang jadi tuan rumah.... terima kasih kerana dapat memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Jika berpeluang lain kali boleh lagi kot.... kami tak kisah nak jadi tuan rumah.... tapi takut banjir je le....

Murid2 diberi peluang mengikuti jungle tracking di sekitar kawasan kampung. Sekurang2nya dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang suasana di dalam hutan..... walaupun bukan hutan yang selayaknya bergelar hutan.... tapi boleh lah...

Jumaat malam tu.... lepas je selesai program, dalam pukul 12.30 am... aku kuar pe layan bola kat MC Donal Rahman Putra....kebetulan ada member nak temankan.... selalu tak layan pun bola sebab tak ada geng....sorang2 bukan seronok.... nie ada kawan baru best.... sambil layan bola tu... kalau lapar boleh makan.... kan senang. Orang bujang mcm tu lah.

Biasalah bila dah ramai tu kan.... borak tu, borak nie.... sedar2 dah pukul 5.00 am. Aku terus balik ke tempat perkhemahan... nak tahu, time tu.... anak murid aku dah siap berkumpul kat dataran..... siap dengan uniform lengkap lagi.... cikgunya sorang pun tak jaga lagi....budak dia bukan tahu penat.

Kekawan aku, yang anaknya mengikut perkhemahan.... anak tak kisah apa pun... maknya pulak yang teruja.....pesan tu...pesan nie.... aku lah yang naik rimas, nak melayan parents yg mcm nie..... tu yang malas nak bawak anak cikgu nie... he he he jangan marah ye... Kak Az, Kak Shu dan Kak Asmida.... mereka nie..... sebenarnya risau nak lepaskan anaknya.... maklumlah kali pertama mengikuti perkhemahan.... dapat tak menguruskan diri sendiri. Bagi je peluang... mesti boleh punya....tak boleh pun... dia akan buat sampai boleh...

Tengok lah Faiz dan Hamzi bukan main lagi bersemangat klu bab camping.... kalau dalam kelas.... faham2 je lah...tapi tak pe, pengalaman nie.... jangan jadi mcm sorang budak yg aku jumpa kat kedai buku.... dia tengok aku berpakaian pengakap.... so dia tegur lah...
"akak cikgu ke? datang camping ke??"
"ya cikgu.... ha ah baru habis camping nie"

"Mesti seronokkan, sy tak pernah mengikuti perkhemahan semasa belajar, nie baru nak berjinak2 kat U"

Kesian kan, ada jugak murid yang tak pernah mengikuti perkhemahan masa kanak2nya.... so tak ada pengalaman lah kan.... bertapa ruginya... kegembiraan semasa camping zaman kanak2 tidak dirasai....so kepada ibu bapa, bagi lah peluang kepada anak2 mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah.... sekurang2nya ada sesuatu untuk dikenang bila besar nanti.

Melihat dengan mata hati....
Supaya anak lebih mengerti...
Bahawa dirinya amat dihargai....