Dan lagi satu, aku jarang mengikuti ceta bersiri / sambung2 di TV. Tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Tapi sekali aku tengok... aku akan mengikuti. Sebelum aku dok tergilakan ceta Laila Asyikin, aku dok mengikuti ceta Adam Maya.
Gara2 ceta slot Samarinda, minggu lepas aku tersalah umah... dari tempat tuisyen ke umah lebih kurang setengah jam... so aku bergegas drive, punya lah tak nak ketinggalan. Sekali dah kuar keta nak buka pinta pagar.... rupanya salah umah. Minggu nie ari Khamis, bekalan elektrik terputus.... boleh aku pe umah kawan aku di Desa Moccis, gara2 tak nak ketinggalan.
Padahal boleh tengok kat tenet... tapi tu lah, tak sama klu tengok ari tu.... tengok kat tenet ceta dah basi. Nanti tak seronok lah, semua orang dok sembang time minum pagi... kita tak boleh nak menyampuk...sebab tak tahu hujung pangkal. Aku akan mengikuti sesebuah ceta tu bergantung kepada beberapa faktor:
- Jalan ceta yang menarik. Padat dengan pengajaran, terutamanya ceta yang berkaitan kekeluargaan dan masyarakat.
- Pelakon yang aku minat. Selain daripada Eja, ada beberapa orang pelakon lain yang aku minat. Termasuklah, Laila nie. Walaupun kali pertama aku tengok lakonannya, secara jujur kesimpulan awal yang boleh aku katakan....dia memang berbakat dan boleh berjaya dalam bidang lakonan sekiranya tak buat perangai.
Aku suka, sebab kemampuan kamu...