Friday, June 21, 2013

KADAR KENAIKAN TAHUNAN - GAJI GURU

Beberapa hari yang lepas, telah keluar pekeliling untuk kenaikan tangga gaji Julai nanti... semua kaki tangan awam senyum... aku pun senyum jugak. Rezeki. Kira tahun nie dapat 2 kenaikan gaji. Banyak jugak tu kenaikannya. Contohnya, cikgu gred DG29 akan naik RM190 tahun nie... kalau cikgu gred DG41 akan naik RM450.

Kita selalu mengharapkan kenaikan berkenaan dapat meringankan bebanan yang ada. Jangan menambah hutang lagi sudah lah... aku mengingatkan untuk diri sendiri jugak. Sebab apa, kita nie kaki tangan awam selalunya bank dan koperasi percaya untuk memberi pinjaman kepada kita... kita tak cari mereka... mereka akan mencari kita setiap kali naik gaji... masa tu lah, koperasi nie call, bank nie sms... ayat terbaik... akan keluar "kelulusan segera, pinjam sehingga RM200k dan bla..bla.. lagi ayat manisnya" jangan ikutkan nafsu yang tak pernah puas dengan apa yang ada.

Sepatutnya, kenaikan nie lah... kita ambil peluang untuk merancang semula pengurusan kewangan kita dengan lebih baik.
Contohnya:
  • Kalau sebelum nie tak pernah hantar duit ke kampung... naik gaji nie hantar lah... tak dapat satu tangga gaji... 1/3 pun jadi lah.
  • Bagi mereka yang ada anak... masa nie lah nak rancang untuk tabungan pelajaran anak-anak.
Duit nie berantu... dapat banyak pun tak cukup... ada sikit pun cukup. Jadi pandai-pandai lah kita menguruskan kewangan sendiri... jangan hidup terbeban dengan hutang sana sini. 

KADAR KENAIKAN TAHUNAN PPPS (SISWAZAH)

GRED + KENAIKAN TAHUNAN
IKA (AWAM)
ITP (PERUMAHAN)
DG 41 - RM 225
RM 300
RM 250
DG 44 - RM 250
RM 400
RM 400
DG 48 - RM 270
RM 550
RM 700
DG 52 - RM 290
RM 600
RM 700
DG 54 - RM 320
RM 800
RM 900


KADAR KENAIKAN TAHUNAN PPPBS (BUKAN SISWAZAH)

GRED + KENAIKAN TAHUNAN
IKA (AWAM)
ITP (PERUMAHAN)
DGA38 - RM 195
RM 220
RM 180
DGA34 - RM 165
RM 160
RM 180
DGA32 - RM 155
RM 160
RM 180
DGA29 - RM 145
RM 160
RM 180

Saturday, June 15, 2013

TANAM SAYUR RUMAH TAMAN

Aktiviti masa lapang dan di hujung minggu aku... balik je sekolah... tengok tanaman dulu, petang kan... layan tanaman lagi... seronok.... sekejap je dah mula menjalar. Setiap hari ada je perubahannya. Kacang bendi sampai tak habis nak makan... hari-hari boleh kutip. 

Cuma tu lah... sehari je tak siram, pokok dah mula layu... kawasan belakang ok lagi... sebab sebelah petang cepat redup. Tapi kalau tempat parking kereta memang sampai pukul 6.30 p.m pun masih panas lagi. Pokok memang cepat kering. Sehari lebih je tak siram.... memang selamat tinggal lah pokok tu.

Tanam sebab minat... macam cili aku tanam... padahal tak makan pedas... masak pun kat rumah jarang-jarang je... tak sempat. Tak sempat nak guna sendiri... boleh sedekah kan kepada kekawan. Tak rugi pun.

Menjadi jugak pokok sayur nie...aku gunakan baja tahi ayam... aku beli baja tahi ayam sekampit 40kg yang telah diproses RM45. Siapa yang berminat boleh dapatkan disekitar nursery bunga di Kampung Melayu Sungai Buloh.

Petola dah mula menjalar di atas para.....
Para daripada tali rafia....
Kawasan menjalar yang terhad...
Pokok bendi dah mula berbuah....
Pokok cili padi... dah mula keluar bunga....
Pokok sayur nie baru sebulan setengah.... aku tanam lepas mengundi ari tu....

Tuesday, June 4, 2013

BERSEMANGAT BERKEBUN

Cuti penggal kedua hampir berakhir... hanya berbaki beberapa hari je lagi. Di awal cuti bersemangat aku pe membeli topi dan jugak kasut... ikut kan perancangan awal minggu kedua cuti nak balik kampung. Ingat nak masuk kebun. Semangat tu berkobar-kobar. Nak masuk kebun, apa pun keselamatan perlu diutamakan. Kebun sawit nie, perkara yang paling takut sekali... duri pelepahnya... sangat berbisa macam duri salak.

Satu lagi sarung tangan mesti pakai... kalau tak kasar pulak tangan yang dah lama tak buat kerja kampung nie... bila pulak dapat balik, tak tahu lah nie... hanya dengar cerita je lah... pokok dah macam nie... pokok dah macam tu... tapi tak boleh nak tengok sendiri, tak puas... sekarang dah masuk bulan 6. Kemungkinan besar bulan penghujung bulan 9 nanti lah baru boleh balik.

Jiwa aku sebenarnya tak sesuai duduk di bandar... tapi aku terpaksa buat pilihan. Pilihan aku nie harap betul lah. Memilih untuk bekerja dan menetap di bandar... sampai bila??? aku pun tak pasti. Balik kampung sekali sekala boleh... sekejap-sekejap boleh... kalau lama-lama belum tentu boleh.

Kasut dan topi nie kena simpan dulu... akan digunakan suatu hari nanti.

Dulu masa kecik-kecik, selalu dok cakap, besar nanti aku nak jadi penoreh getah... selalu je mengamuk nak berhenti sekolah. Sebab seronok cuti je ikut ge kebun dapat upah... bila dah merasa pegang duit sendiri mula lah... masa sekolah, suka ponteng... malas je, penat je... tak pergi sekolah.

Nasib baik lah dah kerja nie, tak buat perangai macam tu... kalau tak jenuh jugak kan... duduk sorang-sorang kalau buat perangai macam tu... ada Guru Besar kejar sampai rumah... Alhamdulillah masih boleh bangun seawal 5.30 pagi. Aku sayang kerjayaku nie... 

Tapi aku dah nekad untuk satu perkara. Aku suka berkongsi angan-angan nie dengan kawan baik aku... harap ianya akan menjadi kenyataan. Tapi aku kena kuat.

Topi kebun RM5.90
Kasut ke kebun RM25.00
Sedia ke kebun

Monday, June 3, 2013

BELI HILUX UNTUK KERJA

Hilux untuk kerja
Perancangan kita orang tak tahu... orang hanya tahu bercakap berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka nampak. Kadang kala penat... bila fikirkan orang. Tapi perlu kah kita fikir tentang cakap-cakap orang. Jika kita ingin berjaya, kita perlu tahu membezakan antara kritikan membina dan juga kritikan berbau dengki / cemburu. Aku pernah menulis dalam entry yang lepas KEKASIH HATI BARU dan HILUX VS VIVA.

Tu lah rupanya Hilux yang dibeli pertengahan bulan April ari tu. Niatnya, beli untuk kerja. Walaupun masih baru, tapi dah meredah banyak kebun pekebun kecil di kawasan kampung aku. Hilux nie digunakan untuk menghantar baja pekebun. Kalau kita tengok gambar kat atas tu, di dalam hilux penuh dengan baja yang akan dihantar ke kebun pekebun kecil.

Diharap syarikat kami dapat membantu pekebun kecil mendapatkan bekalan baja untuk tanaman mereka. Pada asalnya kami beli baja dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan sendiri kerana tempat yang membekalkan baja berkenaan jauh di Kuantan. Jadi, jika dibeli dalam kuantiti yang sedikit, pembeli terpaksa menanggung kos penghantaran... sudah pasti harga baja juga akan meningkat. 

Dalam masa yang sama, tidak sangka ada permintaan daripada pekebun kecil. Jadi kami berusaha menubuhkan syarikat agar dapat menjadi wakil pengedar kepada syarikat pembekal baja berkenaan. Seterusnya melayakkan kami mendapat harga borong. Ini membolehkan kami bekalkan kepada pekebun dengan harga yang berpatutan.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami menghantar baja terus ke kebun pekebun.


Klik pada logo untuk ke blog Syarikat Golden Rengat Enterprise.

TANAM SAYUR DI BELAKANG RUMAH

Petola dah mula memanjat...
Semua ada 9 lubang....
Pokok petola yang aku tanam dah mula memanjat.... aku buat para dengan menggunakan tali... tak tahu lah nanti semak macam mana nie... maklumlah ruangnya amat terhad. Beberapa lubang dah mula memanjat... dan ada beberapa lubang tu baru lagi... yang kemudian tu aku ambil benih di rumah kawan aku kat Klang.

Nie cuti 2 minggu, so aku menghabiskan masa dengan kebun sayur aku je lah. Sampai tak balik kampung... takut nanti tak hujan... mati pulak sayur aku. Padahal kat kampung tu banyak urusan yang perlu aku uruskan. Tapi terpaksa lah. Lagi pun nak minta tolong jiran sebelah pun dia bercuti panjang.

Kalau ikutkan pokok petola aku nie tak lah subur sangat... perlu dibaja NPK 15:15:15 supaya pokok hijau. Pokok petola nie setiap hari akan ada perubahan... memang cepat memanjatnya... ini sebulan lagi dah berbuah nie.

Lebih makan sendiri, boleh lah sedekahkan kepada kekawan. Bendi aku yang beberapa pokok tu pun tak habis makan... ari tu kawan aku datang dari Melaka pun sempat merasa... kebetulan ada banyak jugak yang dah besar... lagi satu pokok yang di belakang pun dah mula berbuah... yang kat depan dah boleh cabut.

Berbudi kepada tanah tak rugi..

PERCUTIAN KE PEKANBARU, RIAU

Mengimbau kembali kenangan bercuti ke Pekanbaru, Riau pada akhir tahun yang lepas... sebelum nie aku hanya menceritakan pengalaman aku bercuti ke Bukit Tinggi, Padang. Walaupun sudah lama berlalu... tetapi ianya masih segar dalam ingatan... 6 dan 7 Dis 2012 merupakan tarikh yang cukup bermakna. 

Pada tanggal 6 Dis, awal-awal pagi lagi kami telah bersiap untuk ke Pekanbaru. Kami difahamkan oleh pekerja hotel, van (tropel) akan menjemput kami seawal jam 10.00 pagi. Aku tak pernah terfikir pun akan melalui perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang lama... ditambah pula dengan jalan raya yang sangat mencabar. Melalui lekok 9 merupakan pengalaman yang ngeri... aku dimaklumkan oleh salah sorang penumpang van berkenaan... dia selalu berulang-alik dari Pekanbaru ke Bukit Tinggi boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali... jambatan berkenaan mengambil masa hampir 10 tahun... menjelang hari lebaran tahun lepas, ianya mula beroperasi sepenuhnya... 

Bagusnya tropel berkenaan menawarkan perkhidmatan dari hotel ke hotel dengan bayaran hanya Rp80,000. Menjelang senja baru kami tiba di Hotel Amaris.

Copy from google
Hotel Amaris Pekanbaru
Hotel Amaris, Pekanbaru baru beroperasi... semua kelengkapan di dalamnya baru. Selesa sangat menginap di sini. Aku booking menggunakan Asiaroom.com. Sangat mudah dan sangat jimat. Aku dapat save hampir RM61.... banyak kan.... Booking menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setibanya di sana. Aku tahu nie pun, ada sorang kawan di Kuantan (kak Iza), selalu menggunakan perkhidmatan tempahan hotel Asiaroom. Ternyata berbaloi.

Ruangan meja yang simple tapi kemas.
Ruang meja yang cukup selesa untuk menulis dan meletakkan barang-barang. Di tepi sebelah cermin berkenaan ada ruangan untuk mengantung baju. Ala-ala almari le... tapi tidak berpintu.

Bilik tempat aku menginap...
Nie lah ruang beradu... warna kegemaran aku... hijau muda. Lena sangat tidur, mungkin juga kepenatan berjalan jauh. Tapi awal-awal subuh mesti terjaga, sebab bersebelahan dengan Masjid Agung An Nur.

Sinki di luar bilik air..
Bagusnya hotel nie, layanan pekerjanya sangat ramah... kedatang aku disambut dengan senyuman. Aku dimaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan. Kebetulan malam tu aku belum makan... so aku oder bebek goreng.... so sebelum menghantarnya bahagian khidmat pelanggan menelefon terlebih dahulu, untuk meminta kepastian daripada pelanggan mereka... dan seorang jaga mengiringi penghantar bebek ke bilik aku... keselamatan di hotel nie terjamin. Aku oder bebek goreng dari luar... bukan di hotel... kalau kita di sini, macam oder Pizza Hut lah gitu.

Di sini juga mudah untuk mendapatkan teksi... memang seronok lah menginap di sini. Jam 8.30 pagi aku harus keluar... beberapa kali pekerja hotel meminta aku sarapan terlebih dahulu sebelum keluar. Aku bersama teman bersarapan terlebih dahulu... bukan nak berkejar apa pun. Sarapan yang disediakan juga, boleh lah ditelan. 

Masjid Agung An Nur snap dari Hotel Amaris
Suasana pada waktu malam... cantik..
Bergambar kenangan 
 Lapangan Terbang Bandara Sultan Syarif  Kasim II, Pekanbaru
Dah tiba masanya untuk berangkat ke Kuala Lumpur.... di mana saja Lapangan Terbang Bandara perlu membayar cukai kepala.... di sini kita dikenakan Rp75 000. So mesti sediakan wang yang secukupnya.

Perkara penting yang selalu aku akan lalukan jika ke Indonesia:

1) Open Kad Kredit - akan call bank untuk membuka kad kredit sepanjang aku berada di negara berkenaan. Untuk memudahkan membuat bayaran terutamanya hotel.

2) Open kad bank - akan call bank untuk membuka akaun berkenaan supaya boleh mengeluarkan duit di negara berkenaan sepanjang berada di sana.

3) Wang untuk cukai kepala di Lapangan Terbang. Perlu asingkan siap-siap.

Seronok kan... dapat berjalan di negara orang... melihat budaya masyarakat di sana.