Saturday, December 27, 2008

BIJAK PANDAI BERKATA......

" Tiada satu perkara pun yang tiada risiko"
(William Durer)

" Manusia yang akan merasai kegembiraan adalah manusia yang mencari dan menemui cara untuk berbakti "
( Albart Schitzer )

" Lebih ramai orang gagal kerana kekurangan matlamat berbanding kekurangan bakat "
( Billy Sunday )

POTRAIT PENUTUP TIRAI 2008

Ha..ha..ini lah hasil potrait yang ambil time orang tak ada di rumah...almaklulah cuti tak tahu nak buat apa.....Nie..gambar penutup tirai 2008...gambar di rumah kawan yang aku jaga tu......

JEJAK KASIH

Siapa sangka kan.....dah 18 Tahun tak jumpa....masa kenduri sepupu pulak dapat jumpa kawan semasa di SK Damak. Ku Norlela Ku Zin, bersama kakak iparnya Salina Mohd Isa..... yang juga kawan kami di sekolah rendah. Nasib baik Lela ingat lagi nama aku....aku tak perasan langsung dia duduk sebelah aku masa makan...maklumlah orang ramai.....control le...

On the way nak balik KL sempat lagi aku dengan Liza singgah kat kedai Suri....ha...ari tu...seronok betul....borak2 dengan Liza..tahu2 dah sampai KL.. Selalu drive sorang...mak ai boringnya......

PERMAISURI SEHARI


Selamat pengantin baru buat sepupu aku, Cikgu Norsaupiah binti Sulaiman dan pasangannya. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Mereka selamat menjadi pasangan suami isteri pada 25 Disember 2008....sama tu...dengan Hari Krismas. Setiap tahun dah confirm punya cuti....
Sory lah dah lewat datang....tak dapat nak ambil gambar pasangannya....yang penting majlisnya cukup meriah. Menantu sulung lelaki...mesti meriah....

SHOPPING DI JALAN TAR

Memenuhi permintaan kawan dari Pekan nie....kuar awal2 pagi semata-mata nak shopping....lepas tu petang balik.... kemudahan memudahkan urusan kan.....
Nasib baik lah tahun nie...Pak Lah bagi bonus...boleh lah shopping sikit kan.......Apa pun... janji kawan aku nie........Fairos Jannatul Naimah Jaafar enjoy ari tu......

GIFT DARIPADA KAK YONG



Terima kasih daun keladi,
Kalau ada lagi jangan lupa bagi.

Monday, December 15, 2008

CUBA MEMENUHI TAG ANIS

Ini tag yang aku kena kali pertama ....pada 2 November ari tu... baru ari nie berkesempatan memenuhi tuntutan tag dari Anis....he he....baru pandai copy paste...... bukan tak nak memenuhi permintaan kawan2 nie.....tu lah....bila ingat banyak keja lain....aku akan cuba jawab dengan jujur....

1. The age you’ll be on your next birthday:
dah tak banyak bulan je lagi....31 tahun

2. Place you want to travel to:
teringin sangat nak ke Brunei.... berangan masa di sek rendah lagi....tu...

3. Your favorite place:
depan tv le.......balik kg pun..itu lah tempatnya....

4. Your favorite food:
mihun sup...tak ada lada...

5. Your favorite pet:
Ikan....tapi sekarang tak sempat nak bela......tunggu umah sendiri...dah ada kawan nak bagi aquarium...he.he...

6. Favorite color combination:
aku hentam je suka hati aku......

7. Favorite piece of clothing:
T.shirt dan jeans sebab simple.....

8. Your all time favorite song:
Lagu balada dan rock ada sikit2...

9. Favorite TV show:
Berita..la...lepas tu layan je...mana yang ada....

10. First name of your significant other/crush:
apa ha......

11. Which town do you live in:
Sungai Buloh le...panjang umur....dah tak ke mana rasanya....

12. Your screen name/nickname:
eeeda...

13. Your first job:
toreh getah....lepas SPM...ha..ha...

14. Your dream job:
Nak jadi pemantau.....selalu orang je pantau kita....

15. One bad habit that you have:
malas nak basuh pinggan lepas makan....

16. Worst fear:
kehilangan.....orang telah banyak berbakti...

17. Things you’d like to do before you die:
jumpa semua saudara mara yg belum pernah jumpa...

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
berhenti keja.....buat keja amal je....

19. Your husband/wife:
coming soon tak tahu lagi siapa insan bertuah tu....

20. Tagged anyone?
*Sulia*

p/s : su....ko plak jawab
.

TAG DARIPADA KAK YONG

Salam buat semua yang mengunjungi blog saya ni. Ini tag yg saya terima di awal pg td. Dikirim oleh kawan maya saya Kak Yong. Sory lah..ambil masa yang lama...nasib baik anis bagi gambar yang ada dalam simpanannya.....

Nie... gambar kahwin Tahun 2000. Tahun nie...dah masuk tahun ke 10......

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambarperkahwinan anda dlm blog anda...
2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambarperkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernahanda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawanbaik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawaseribu erti buat anda...
3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab tag...

PENGORBANAN SEORANG KAWAN

Sejak di bangku sekolah lagi aku suka berkawan. Bagi aku berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Berkawan nie tak terbatas sesama jenis, malah kita tidak dilarang berkawan berlainan jenis. Selagi kita tahu menjaga batas pergaulannya. Pada pandangan masyarakat timur yang penuh adab sopan santun tetap tidak manis sekiranya keluar berdua-duaan. Untuk mengelakkan pandangan sedemikian kita perlulah pandai mencari ruang yang sesuai supaya dapat keluar dalam kumpulan. Ini sebenarnya lebih menyeronokan.

Nie pandangan kawan aku. “ bagi aku kita tak perlu ada ramai kawan, kalau ianya hanya menyusahkan kita. Biar sedikit tetapi boleh mengembirakan kita dan berkualiti daripada ramai…tapi tak boleh pakai.”

Nie pandangan salah seorang lagi kawan aku. “ pada pandangan aku…jika kita ingin menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan, kita perlu bersedia untuk berkorban. Berkorban dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan buah fikiran. Kita perlu bersedia meluangkan masa untuk bersama kawan2. Kawan2 juga akan mencuri masa kita untuk berbual melalui telefon, sms atau pun untuk berjumpa dengan kita. Dari segi tenaga, kita perlu bersedia memberikan pertolongan kepada kawan2 yang memerlukan pertolongan. Ada kalanya kita akan menggunakan wang ringgit untuk belanja kawan makan, membelikan hadiah hari2 istemewa, membayar bil telefon untuk bertanya khabar, kos untuk berjumpa kawan2 dan sebagainya. Terpaksa memerah otak mencari jalan sekiranya kawan2 memerlukan pandangan atau tunjuk ajar dalam sesuatu perkara.”

Mampu ke kita?….sanggup ke kita….? berkorban 4 perkara berkenaan. Tepuk dada tanyalah diri sendiri di mana tahap kemampuan kita.

Pada pandangan aku, semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini memerlukan pengorbanan. Bezanya adalah, sama ada pergorbanan itu mampu kita lakukan ataupun tak mampu untuk kita laksanakan. Apa yang aku rasakan hari ini, pengorbanan yang dilakukan secara ikhlas… kita akan merasai keseronokkannya dan akan mengulangi perbuatan berkenaan. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit, masa dan tenaga untuk seorang kawan. Tetapi pengorbanan secara terpaksa, bukan saja kita tidak senang untuk melakukan… malah rasa lebih tertekan.

Bab kata Farah Fauzana, warna2 kehidupan ini terlalu indah. Berwarna-warni mengikut orang yang mencorakkannya. Tetapi warna yang indah itu kita hanya merancangnya…kita jangan lupa bahawa ada Yang Maha Esa menentukan sama ada warna itu kekal atau pun pudar di pertengahan perjalanan. Belajarlah menerima ketentuan Ilahi…belajar menerima hakikat impian yang dibina tak seindah reality kehidupan. Warna2 kehidupan 2008 akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi.

“Belajarlah menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata, bukan bersifat kekal abadi”
“Biarlah Abby je yang akan kekal jadi Abby abadi”
”Jangan sesekali menyalahkan takdir, tapi belajar terima hakikat dengan redha”

MENGISI MASA TERLUANG

Seronok jugak kan…bila boring…tak ada apa yang hendak dilakukan…tambah pulak bila malam melabuhkan tirai dan heningan pagi yang sunyi….sesuai sangatlah…berangan-angan, walaupun kita tahu angan-angan tu tak mungkin jadi kenyataan. Tapi angan-angan tu sesuatu yang menyeronokan….walaupun ianya bersifat sementara….aku memang suka berangan-angan.

Masa zaman sekolah….aku berangan-angan dapat kerja yang bagus2…lepas tu…dapat beli keta….tau keta apa aku minat….ha…ha..ha…keta kancil. Dulu orang yang pakai keta nie.. kira berduitlah…lain lah sekarang.. student pun pakai keta…kalah org dah keja….

Bila dah keja…ada gaji lain pulak…angan-angan2nya…tak nak pakai kancil…kecil sangat. Jalan jauh tak selesa…sakit badan…sebab melantun-lantun….mcm2 manusia nie…berlagak….sebab kancil dah mampu beli…..nak yang lebih sikit….memang dah sikap manusia…tak pernah puas dengan apa yang mereka ada…..ada baik dan buruknya org yg berperangai mcm nie…..lepas tu berangan pulak nak beli umah….kononnya nak buat asset….puh…tinggi betul angan2 nie…

Bila angan2…kita tercapai…..kita akan berangan….dan berangan lagi..pendek kata…angan2 nie…tak pernah mati dalam diri kita….tak kurang jugak yang tak suka berangan…”penat je berangan…belum tentu dapat pun”. Tu pandangan orang. Pandangan berbeza-beza…tapi reality tetap satu.

Dah keja banyak tahun sikit…mula berangan-angan…nak sambung belajar…nak lagi gaji besar…seronok dapat jalan-jalan ke luar negara….dapat jenguk saudara-mara yang jauh2….dapat jumpa kawan2….bila ada duit banyak…banyak perkara kita boleh buat….ya lah tengok orang, bila cuti je melancong…bila cuti je melancong...wah..seronok kan…tido kat hotel…makan2…aku…belum sampai lagi tahap mcm tu…..

Ada jugak angan2 yang masih tak kesampaian…orang tua selalu cakap….”kalau nak pakai baju….ukur badan sendiri”..semua org tahu maknanya….tak kisah lah…janji aku suka…berangan pun jadilah…sekali pun tak dapat…aku tak kisah….tapi..kalau dapat, dah tentulah seronok…..tau apa dia yang selalu aku dok berangan…..ha..nak ambil lessen B…nak beli motor berkuasa besar….seronok tengok Erra tunggang motor besar…tau lah ..harga motor lebih mahal daripaada harga keta…..dapat motor Honda CBR ke..ZZR ke…tak pun TZM je….jadi lah….

Ha..jangan tak caya….aku pernah tunggang motor TZM dalam KL…cetanya mcm nie….ada kwn aku nie ( boy )…keja DBKL, pakai motor TZM…masa tu aku pakai RG Sport….duduk lepak sambil minum….nanti org faham minum apa pulak kan… minum teh tarik…aku sibuk dok Tanya… berapa harga?…berapa bayar muka?…berapa bulanan?….last2 dia cakap apa “ cikgu minat ke…motor macam tu…nak try bawak ambil lah” “ boy betul ke nie bagi cikgu bawak” memang dah minat orang offer….apa lagi…mcm org yang mengantuk disorongkan bantal lah…laju je…

Kawan2 yang lain risau…..”boy… kau biar betul bagi cikgu bawak…pandai ke dia tu…motor tu kan ada clutch…” ”alah tau lah tu dia” aku pun apa lagi….start motor…masa tu kami minum kat gerai abg Zul di Batu 5, Jalan Ipoh…start di Jln Ipoh…masuk Jln Kuching…lalu Jln Tuanku Abdul Rahman…depan Sogo…masuk balik Jln Ipoh….puh… jauh jugak tu….masa tu seronok tak terkata…berhenti kat traffic light semua mat2 motor tengok je…nak jadi kan ceta…besoknya motor tu kena curi…last sekali.. boy pakai motor kriss. Motor Virago dah merasa jugak bawak…tapi pusing2 kawasan sekolah je….member kat sekolah ada pakai….nak kuar tak boleh le..tak ada lessen B…

Sekarang dok berangan apa tau….nak pakai keta baru….tengok keta Toyota Wish tu…sporty jugak…tapi naik sorang je….dok minat kat Honda Civic 1.8 tu….harga tu…lebih kurang sama je dengan Wish….tapi….bulanan seribu lebih….mana nak cari….baki gaji pun tak sampai banyak mcm tu….kan patah balik zaman makan maggi…keta punya pasal….kawan2 ada dok hangat kan….”boleh tu farid…tak lama naik time-based…kan nanti gaji degree…nak pakai.. beli…gaji kita..duit kita” betul jugak tu….sayang jugak duit…elok2 boleh buat benda lain…habis kat keta je…

Kan fikir balik….baik belanjakan 5,6 ribu…buat keta wira eroback tu je….bukan tak ada keta…lagi pun elok lagi keta tu…setakat nak pusing Semenanjung Malaysia nie…lepas je… dok berangan apa tau….tukar sport rim 15”…letak skirting SE….spoiler ala Honda tu…..tukar engine 1.5….ha…baru steady sikit panjat High Way Karak….sekarang merayap je….senang2 je kena potong kat kancil 850….lagi satu tukar kulit… colour white purl. Tak dapat bayang kan…smart giler….org yg drive je sempoi….tetap mcm dulu jugak…apa pun aku senang dengan penampilan skrg…

Jangan pelik….nama panggilan aku berubah2….kat sekolah sksb….semua panggil ‘Farid’ sebab keliru..ramai sangat ‘ida’..sekarang ‘Farid’ pun dah ada dua kat sek nie….satu lagi lelaki…..’idah’ pulak panggilan kawan2 sama belajar dan kawan2 di kampung…’Cikgu’ pulak…kawan2 keja part-time. Kadang2 pening jugak…..apa pun panggilan janji bahagia…..

“ Angan-angan boleh menjadi impian, tapi impian tak semestinya akan menjadi realiti. “

“Jangan mengharapkan impian menjadi kenyataan, tetapi berusahalah untuk mencapai impian”


HOBI

Suatu petang tu…belek2 majalah remaja nie…ternampak lah ruangan hobi…..minah nie…hobi nya kumpul paper beg…cantik2 pulak tu…dalam hati mesti anak orang kaya…shopping tempat yang high class memang dapat paper beg…Setakat kita shopping kat Mydin…Tesco..Giant dapat lah ‘supit geleyar je’ nak buat gapo…last sekali buat isi sampah je…masukkan dalam tong sampah….aku dok fikir2…aku nak cari satu hobi…masa sekolah dulu kumpul setem….tak banyak pun setem menarik….alih2 kelapa sawit…sekarang bila dah ramai orang tak guna setem….Pos Malaysia mula kuar setem cantik2….tu pun bnsnes jugak….

Aku nak cari hobi yang barang boleh tahan lama…tak mudah rosak…dan ada sentimental value….dalam dok fikir2 tu…ada sorang nie…suggest kan hobi mengumpul mug…bagus jugak tu…mug nie…banyak saiz.. pelbagai bentuk…dan harganya pun tak lah mahal sangat…mampu lah nak beli sebulan satu tu….Aku mula mengumpul mug..daripada lepas belajar hinggalah ke hari ini…..

Sekarang aku dah kumpul hampir 100 biji mug pelbagai saiz….sekarang dalam usaha mengumpul mug universiti yang ada di Malaysia…dalam koleksi baru ada UIAM, UM, UKM dan UPM. Ari tu kurang bernasib baik pegi ke UTM Skudai…kehabisan stok mug yang besar… dapat beli yang kecil je…ada peluang lagi tu…tak dapat nak sertakan gambar….Skrg mug2 tu ada dalam kotak….tunggu masuk umah sendiri…aku berangan-angan nak buat satu sudut khas. Siap dengan rak yang pasang siap…berangan lagi….dah memang suka berangan….nak buat mcm mana…..

Ada yang aku beli sendiri…ada hadiah daripada kawan2 sempena besday…daripada anak2 murid….hadiah daripada orang2 yang rapat….masa mereka pe melancong ke..out station ke…alasannya bila hadiah kan benda yang aku suka…aku akan sentiasa luangkan masa untuk tengok…jadi secara tak langsung aku akan sentiasa mengingati mereka setiap kali terpandang pemberiannya….betul jugak kan…”kalau kita sayang kan seseorang, kita hadiahkan apa yang dia suka”

Kalau dah minat kita sanggup berhabisan duit kan….mcm blogger Izman…hobinya mengumpul duit lama…pakai duit jugak tu….Pernah masa offer Vantage di Petaling Jaya….sanggup malam tu pe survey jalan…sebab tak nak esok tercari2….kawan2 yang lain sibuk pilih pinggan mangkuk…aku sibuk pilih mug….seronoknya…tak terkata…maklumlah masa tu offer 70%….kalau nak beli hari biasa jenuh le….ari tu je…aku beli 12 biji harganya cecah RM 200. Kawan aku siap cakap apa “ ko nie giler betul farid, baik beli set pinggan boleh guna. Ini beratus buat perhiasan je…”

Mug yang paling mahal ada dalam koleksi aku berharga RM80 sebiji. Abang ipar aku belikan semasa dia bertugas di UK. Harga di sana baru 14 paun sterling. Mug berkonsepkan zaman dinasti …kawan aku bagi hadiah semasa dia out station di China. Yang lain2 nya adalah beli masa pe bercuti….adalah sikit catatan di mug tu….buat kenangan….mengingatkan kita kepada tempat yang pernah kita lawati…

Pernah sekali aku pegi umah kawan aku nie….aku tengok mug hadiah minuman power root colour hitam…aku berkenan sungguh…mug tu ada 2…..aku mintak satu….aku kalau dah minat memang buat muka tempe je…nasib baik dia nie…kalau benda aku minat dia bagi…selagi boleh bagi….dia bagi yang aku minat tu…dan bagi lagi beberapa biji mug yang lain…dia ckp apa …”akak tahu ko nie…jenis pandai jaga barang…akak bukan guna pun…daripada pecah macam tu…lebih baik ko ambil..”.

Sampai anak buah aku yang kecil pun dah tahu…mak itam dia minat kumpul mug…sampai pegi mana2.... nampak mug…sibuk je…

“Harta yang berharga dalam hidup kita, adalah harta yang paling kita sayang.”
“Jika kelauarga yang paling kita sayanng, itu lah harta yang berharga”
“Jika harta kebendaan yang paling kita sayang, itulah harta yang berharga”

Semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk memilih yang mana satu harta yang berharga yang paling dia sayangi.

PERSIAPAN MENGHADAPI KESUSAHAN

Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa.

Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.

Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila mencapai tempoh matang insurans.

Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamic dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai msalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.

Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.

Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.

Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.

Dipetik daripada Harian Metro - 11/10/2008

“Perjalanan hidup ini seperti air sungai yang mengalir. Ada kalanya mengalir lesu dan tenang. Ada ketikanya mengalir laju dan bergelora…sehingga memusnahkan tebing yang tidak berdosa itu.”

PELAKON YANG DIMINATI

Aku dari dulu lagi memang minat betul dengan sorang pelakon nie….Sanggup tunggu lah walaupun pukul berapa ceta nya di tayangkan… sanggup batalkan janji temu semata-mata kerana mu…..bukan apa…bukan selalu dapat tengok wajahnya di kaca tv. Tambah sekarang nie…lagi lah…susah betul… nak tengok…senyap je…ke dah kahwin. Artis Malaysia nie…lain. Bila dah kahwin senyap sepi…penat jugak yang rindukan lakonannya nie.…

Hanya sekadar minat…bukan sampai tahap fanatic yang melampau. Pelakon nie…bukan saja kurang gosip, malah emejnya yang cukup bersih. Aku suka tengok dari segi penampilannya yang kemas, bergaya dan cara dia bercakap memang ciri-ciri perempuan melayu terakhir. Pelakon nie dah la comel…tinggi lampai pulak tu…dah jenis aku…kalau dalam ceta tu ada artis aku tak suka….memang tak tengok dah le….biar pun jalan cetanya menarik. Artis nie…cukup serasi bila digandingkan dengan Rosyam Nor…

Ha…mesti nak tahu..siapa artis yang aku minat nie….tak lain tak bukan….Siti???? tu mesti ingat Siti mana??? Artis Malaysia nie ramai pangkal mula dengan Siti…. Siti yang aku maksudkan nie….Siti Sharizah Saifuddin ( Eja ) ha…ha.. tak ada gambar dia pun dalam simpanan aku….tapi kalau berpeluang bergambar dengan dia suatu hari nanti…confirm aku simpan…atau siap lekat kat dinding lagi….artis edola lah kata kan…..

Pernah satu malam….dari siang aku sibuk story pasal Eja kat kawan aku nie…” akak saya minat betul dengan Eja. Seronok kan akak, kalau saya dapat jumpa dia…huh..dapat bersalam dengan dia ke….bergambar ke….kalau dapat sembang lagi best kan akak” “ ko nie…ramai2 artis Eja yang ko minat…”

Malam tu aku mimpi jumpa dengan dia… Orang tua selalu cakap…kalau kita sentiasa ingatkan seseorang tu…tak mustahil akan terbawa-bawa dalam mimpi. Seronok tak terkata lah dapat jumpa dengan Eja….dia senyum kat aku…aku menghulurkan tangan untuk bersalaman….belum sempat lagi sentuh dengan tangan dia…..tiba2 phone aku berbunyi…aku angkat le….rupanya kawan aku call…dan..dan tu jugak aku marah kat dia…”ada apa akak call saya malam2 nie….akak nie kacau betul….saya baru nak bersalam dengan Eja….tak sempat lagi…rugi betul lah….” “saja je…call..ingat ko belum tido lagi” “akak sekarang pukul berapa nie…” “ pukul 2.00 pagi”

Harap2 suatu hari nanti aku berpeluang jumpa dengan Eja….pelakon pujaan hati ku…Eja nie…sebenarnya tinggal kat area mana ha…??? Ari tu..kawan adik aku bagi tahu…. Eja ada buat jualan apa entah kat Ampang Point….dah lepas baru tahu.. nak buat apa…kan…

“ Belajarlah mencintailah diri kamu sendiri, sebelum kamu belajar untuk mencintai orang lain.”

“Sayangilah diri sendiri lebih daripada kamu menyangi orang lain.”

KALENDER 2009

Terima kasih....bagi hadiah nie.....first time nie....ambil dari blog orang....
Rupanya semakin hari....ada perubahan jika kita berusaha untuk mencuba....
" Seseorang itu tidak akan berjaya, jika takut untuk mencuba sesuatu yang baru"

Friday, December 12, 2008

KAWAN LAMA

Kawan aku nie....jauh di mata...tapi dekat di hati.......Ija nie kawan tempat aku mengadu....kalau balik kg aku mesti pe jumpa dia......Khairul nie.....kami kawan masa di tadika lagi sampai ke hari nie...... sekarang sambung belajar di UTM Skudai......sentiasa berhubung....baru kali nie...berkesempatan untuk berjumpa.....

SMK DAMAK

Antara gambar yang sempat aku ambil semasa berkesempatan panjat bukit buluh raya kedua....dah banyak perubahan.....dah ada asrama...tambah lagi blok baru.....taman2 yang cantik...pondok tempat aku and keng kawan lepak pun dah berubah....setelah 13 tahun berlalu.....bangga jugak tengok sekolah lama nie.....bertambah baik...

BUAT MAKAN-MAKAN

Bukan senang nak dapat kan gambar nie.....terutamanya gambar satu2nya abang aku...anak buah aku curi2 ambil gambar nie....buat kenangan....sebelah tu...kakak aku yang sulong....mek aku pakai tudung biru...yang lain tu...gambar anak buah....raya kedua kami buat makan2....jemput saudara mara je.....

RAYA AIDILADHA


Nie lah suasana......daripada buat persiapan sebelum...hinggalah ke hari raya.....sudah menjadi kemestian makanan berat mesti ada di pagi raya...tu adik aku kena dera pe....beli ayam nak buat rendang...kuih raya ada lah sikit2....

ANAK SAUDARA (BABY)

Nie....anak buah aku yang suka buat lawak.....dapat kamera dua-beradik nie....sibuk ambil gambar.....nie lah hasil gambar...yang diambil oleh si kakaknya...baru 7 Tahun.....zaman kita.....tak merasa nak pegang kamera....dah keja baru merasa.....dunia dah maju...zaman dah berubah...sesuai lah dengan peredaran masa kan.....

KETA OH..KETA

Keta aku kena langgar belakang seminggu sebelum...raya. Selalu orang kena langgar masa jam...tp lain pulak dengan aku......elok je parking kat umah.....orang yang datang boleh terlanggar.....apa boleh buat kan....nak raya punya pasal repair jugak lah....orang yang langgar belum dapat gaji....." cikgu repair dulu, nanti dapat gaji saya bayar" kuat jugak kancil kan.....nie...dah kali kedua bumper belakang nie aku tukar......
Nie....lah si jantung hati kesanyangan aku.....

JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA

Tahun nie..aku cuti sekolah tak ke mana pun...... member ajak ge Zoo Negara je.... Tapi tak pe lah janji jalan-jalan jugak kan Syahjehane78.....tak dapat ge..jauh...dapat ge dekat pun jadi lah.... Last aku ge....pun Tahun 2003..... Bawa si kecil nie....seronok jugak....