Thursday, March 31, 2011

LELAKI BERIYA-IYA BOLEH DIPERCAYAI KE???

Dunia hari ini penuh dengan warna-warna kehidupan... suka duka, kegembiraan, kesedihan, tangisan, ketawa... pastinya setiap orang pernah mengalaminya. Mereka yang mengalami akan lebih merasai kepahitan dan kemanisannya.

Lelaki yang beriya-iya nie boleh dipercayai ke????
Pernah rakan sekerja... nasihatkan aku, "kak, ko kalau nak cari calon suami.... carilah yang beriya-iya nak kepada kita... jangan kita je lebih-lebih..."

Aku terima pandangannya, mungkin dia bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya. Suami dia sekarang ialah seorang lelaki yang beriya-iya hendak kan dia. Alhamdulillah bahagia.

Beberapa bulan yang lepas, member aku nie sibuk nak kahwin. Ya lah kan... umur semakin meningkat. Bila ada lelaki yang beriya-iya ajak dia kawin... bukan main suka lagi lah member nie. Tanpa rasa curiga dan was-was terus menerima lamaran lelaki berkenaan. Perkenalan yang singkat akhirnya sampai ke jinjang pelamin.

Di sebalik kegembiraan, rupanya ada kekecewaan. Mana taknya, setelah tarikh pernikahan telah ditetapkan... persiapan hampir siap, tetamu telah dijemput. Pada awalnya pelbagai alasan diberi, apabila member den minta separuh duit hantaran... di saat akhir, baru si mamat tu cakap yang dia tak ada duit nak kahwin.

Apa perasaan kekawan apabila seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga, mudah je memberi alasan????

Pada masa tu, tuhan sahaja yang tahu... tensionnya member aku nie. Memang dia buat loan... tapi... tak kan nak menanggung semua kos berkenaan. Demi maruah keluarga, member aku nie tetap juga meneruskan majlis tersebut. Selamat lah mereka menjadi suami isteri. Rupa-rupanya lelaki berkenaan sememangnya mempunyai masalah kewangan yang kronik. Sara diri sendiri pun tak mampu.

Hari nie, wanita yang bekerjaya... memang diburu oleh lelaki yang macam nie... semasa tempoh perkenalan sanggup berhabisan... berlakon bagai nak rak... punyai lah takut tembelangnya pecah...

Apabila ikatan telah termateri, dah tak boleh buat apa... 'Makan hati berulamkan jantung' je setiap hari kawan aku nie... nama je sudah menjadi isteri orang... tapi segalanya kena tanggung sendiri... dan terpaksa berlakon dengan keluarganya... demi menjaga maruah suaminya di mata ahli keluarga.

Dah le, hutang kenduri kahwin kena tanggung sendiri. Kesian aku tengok member nie. Langsung tiada keceriaan di wajahnya. Setiap hari sedih je... memikirkan nasib yang menimpanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Kita diberi peluang untuk berfikir...
Banyak petanda, perlu ditafsir...

PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS

Hari nie, dah hari Khamis kan... sekejap je. Hari nie juga, hari terakhir bulan Mac. Esok dah masuk bulan baru... selamat tinggal Mac. Semalam aku dah isi borang CRK untuk 9 April nie... yang 8 April dah pun diluluskan oleh my boss. Oleh kerana tak sempat nak hantar semalam... so hari nie, pepagi lagi aku dah naik ke pejabat. Bersemangat tu..

Rupanya ada cara jugak nak kira CRK nie... bukan sesuka hati je nak mohon. Kita ada CRK setahun 7 hari. So tujuh hari tu dibahagikan dengan 12 bulan.

7 hari bahagi 12 bulan = 0.58

Sekarang baru 3 bulan x 0.58 = 1.75 ( baru layak sehari je CRK)

Kalau macam nie gayanya, bergantung kepada budi bicara guru besar lah... ingat senang ke cikgu nak mohon cuti. Kalau MC pulak, hanya dihadkan 12 hari je untuk klinik swasta.

Banyak betul cabaran kali nie... harap percutian aku ke Jogja memberi seribu satu kenangan... bermacam-macam halangan... daripada nak mohon kelulusan ke luar negara.... tersangkut, kerana tak sertakan tiket penerbangan... time tu pulak member berada di luar negara... tiket semua dia yang booking. Lepas tu permohonan cuti, dah diluluskan sehari.... kena mohon lagi sehari.

Tadi sempat lagi, aku bersembang dengan kerani... mengenai CRK nie... sebab aku nak ambil lagi 2 hari.. bulan Mei dan Oktober.... sempat lagi kakak-kakak kerani nie berseloroh.

" farid jangan habiskan CRK tu... nanti nak kahwin dah tak ada cuti"
dalam pada tu sempat jugak aku melawak...

"ha ah lah akak.... kena simpan untuk kahwin nie"

Dalam hati, nak kawin apa... calon pun tak ada... kalau ada tu, boleh jugak dok berangan. Tapi kalau kawin pun lepas nie... buat yang wajib sudah...

Cuti CRK bukan hak peribadi...
Kami selalu diingatkan hal ini...

Tapi masih boleh diberi...
Bergantung atas budi bicara boss kami...

Tuesday, March 29, 2011

CIKGU KERJA KE HARI SABTU????

Cikgu bekerja ke hari Sabtu??? jawapannya kerja lah my friends... apa?? ingat cikgu macam kakitangan gomen lain ke??? kami nie lain sikit... sebab kami Sabtu pun kerja tau..

Tadi meeting... opps..... bukan meeting lah... taklimat je. Kalau meeting selalu start pukul 8.00 a.m sampai pukul 12.30 a.m dan akan diadakan pada hari Sabtu. So pendek kata kami memang kerja hari Sabtu. Tadi dah pun diberi tarikh hari Sabtu yang perlu hadir ke sekolah.
  • Aku Sabtu minggu pertama & ketiga memang kelas tambahan Tahun 6. Dah tetap sampai UPSR.
  • 9 April 2011 ( sekolah ganti, ikut jadual Isnin )
  • 23 April 2011 ( LADAP 1 Penilaian Berasaskan Sekolah )
  • 30 April 2011 ( Mesyuarat Guru untuk post mortem ujian selaras 1)
  • 22 Mei 2011 ( LADAP 2 di Hotel Crystal Crown )
Sabtu kat atas tu, kebanyakkan bukan minggu pertama dan ketiga... so aku memang bekerja sepanjang bulan... kepada kekawan tu... aku bukan saja-saja mengelak tak mau jumpa dengan hampa ya. Jadual aku memang penuh setiap hujung minggu. Ini baru jadual aktiviti sekolah. Belum tengok lagi jadual lain.

Jangan harap nak buat perancangan aktiviti sendiri...
Sebab aktiviti sekolah memang wajib dihadiri...

Kalau tak datang nanti...
You fikir lah sendiri...

Sunday, March 27, 2011

ADA SKOP BIDANG TUGAS GURU KE????

Baru-baru nie... aku sempat snap gambar member den nie.... dia tak langsung perasan tu.... tekunnya buat keja... kebetulan ada kamera member den... kalau dia tahu mahu kena marah. Sorry ye Da... akak post kat blog nie...

Kerja guru bukan setakat mengajar... tukang kayu pun termasuk sekali ke???... jawapannya tengok gambar tu....sekolah aku tak ada cikgu lelaki ke??? jawapannya ada... siap ada menteri pembangunan lagi... guru khas yang dilantik oleh guru besar untuk buat kerja-kerja baik pulih apa yang patut... tapi tu lah kan... suruh orang bukan dan dan tu dia nak buat... kekadang tu, suruh berkali-kali baru buat... bukan nak mengata kat guru tu.... kita faham sendiri lah, kerja guru nie bermacam-macam... kalau setakat mengajar je... confirm banyak masa terluang.

Member nie... nak tebuk lubang papan kenyataan yang terbiar... nak diguna pakai semula... alat drill tu pun hak peribadi dia... angkut buat mai sekolah... punya lah nak buat kerja sekolah... sikap macam nie lah kalau nak jadi kan contoh... bukan mencari alasan untuk tak nak buat kerja... tapi mencari penyelesaian sebab nak siapkan kerja... susah nak cari cikgu yang buat kerja tak perlu disuruh... aku rasa dia buat kerja nie, hari Khamis... sebab pakai baju batik...

Tu belum cerita pasal kelas dia lagi... memang terbaik lah... bersemangat aku mengajar kelas tu... sebab cantik... aku ajar Maths je... dia guru kelas. Cikgu kreatif nie, buat apa pun mesti cantik kan... tukang jahit pulak tu... semua meja berskirting tu....

Jika guru tidak berkira...
Sekolah pasti akan ceria...

Friday, March 25, 2011

USIA PASTINYA MENINGKAT

Hari nie agak kelapangan sikit... sebab aku memang malas nak libatkan diri dengan aktiviti sekolah... kadang kala kena jugak berkira... waktu untuk diri sendiri pun kena ada jugak... kalau kita tak berkira... takut nanti orang lain yang sibuk dok kira waktu kita...

" farid free je, dia bukan ada apa nak buat kat umah"
Ayat nie selalu sangat singgah di telinga aku... hari nie memang aku berkira... aku nak rehatkan diri di rumah... untuk mengedit gambar he he he... minggu pertama dan ketiga memang dah wajib kerja... so rehat lah ari nie farid.

Sebenarnya kat sekolah ada aktiviti mengemas... maklum lah orang jabatan nak turun. Ada aku kisah orang jabatan nak turun... dah memang kerja dia... biar lah dia turun... kalau kita salah ditegur tu biasalah. Pelik manusia nie kan... kalau boleh tak nak langsung ditegur. Nak yang terbaik je... walaupun terpaksa berlakon... hipokrit... aku tak suka.

Dok mencari gambar untuk diedit... terjumpa lah pulak gambar ketika usia den
33 Tahun 1 hari
Nie pun member tolong ambilkan.... tu sebab aku masukkan tanpa diedit.... dah tua rupanya kan.

Masa nie tengah meeting... biasalah bila meeting nak beri kerja... muka berkerut.

Umur kita akan sentiasa bertambah...
Bermakna makin singkat masa untuk hidup...

Thursday, March 24, 2011

RUMPUT YANG PANJANG

Beberapa hari yang lepas ada seorang kawan nie... tanya aku, perihal rumput di depan rumah yang semakin panjang... jenis aku setiap persoalan perlu ada jawapan... walaupun kadang-kadang jawapan itu tak logik di akal pun... janji ada... jawapan yang tak logik tu jugak lah... kadang kala boleh memecahkan kesunyian... hidup kita nie, kena sentiasa ceria.

"wei, rumput nie dah panjang... bila nak bersihkan"

"aku ingat malas bersihkan, strategi tu... so kalau orang tengok macam rumah yang tak berpenghuni, selamat lah sikit."
Sepatutnya rumput sepanjang tu dah kena bersihkan... selalu aku racun je, cepat sikit... tak ada masa nak cabut.

"Ya, lah tu tak ada orang... tu kereta kan ada"
Member aku tu menambah.

"Boleh kata kereta orang sebelah tumpang parking"

Sebenarnya, bukan nak simpan panjang rumput tu... tapi tak sempat lagi nak bersihkan.... semalam member dari kampung tumpang tidur... pun tegur jugak pasal rumput dah panjang.

Jika ditegur, jangan cepat melenting...
Kadang-kadang benda yang ditegur tu sangat penting...

Wednesday, March 23, 2011

LAWATAN SEHARI KE KUALA LUMPUR

Bergambar bersama dengan warga SK MBS Kuala Lumpur

Panas-panas sempat lagi kami bergambar di tapak perhimpunan sekolah MBS

Hari nie, sekolah den telah mengajurkan lawatan sehari ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Kami bawa murid melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka... lepas tu ke SK MBS di Jalan Hang Tuah dan destinasi terakhir melawat ke Pusat Sains.

Boleh tahan gak penatnya. Seharian tu berjalan. Tak larat nak cerita panjang malam nie... nanti ada masa den cerita apa yang berlaku di setiap tempat yang kami lawati.

Jika guru rajin mencari ilmu...
Murid yang diajar sudah pasti tidak jemu...

Tuesday, March 22, 2011

KISAH SEMALAM JADIKAN SEMPADAN

Sejak kebelakangan ini, aku sering dihujani dengan masalah rumah tangga mereka yang berada di sekeliling aku. Aku rasa perlu untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan agar menjadi panduan kepada mereka yang berada di luar sana.

Aku langsung tidak berniat untuk mendedahkan siapa pemilik kepada cerita berkenaan. Cukuplah sekadar perkongsian yang boleh diguna pakai... jika ianya berkaitan dengan diri pembaca... dan dibiarkan bersawang sekiranya langsung tidak bermanfaat.

Aku rasa rugi sekiranya, pengalaman yang kita ada hasil perkongsian seseorang tetapi tidak dikongsikan kepada orang lain. Pengalaman semalam, adalah guru yang terbaik untuk membina kehidupan yang lebih sempurna dalam erti kata mendapat keberkatan daripadaNYA.

Hidup kita nie bukannya lama... kita cuma diberi sedikit ruang untuk saling memberi agar orang yang diberi akan merasa kebahagiaannya. Dan mereka yang memberi juga sudah pasti akan mendapat balasanNYA.

HANGIN SELURUH BADAN

Hari nie memang temperature aku naik... pagi tu aku dah pesan dengan sorang cikgu nie... tolong pulang buku aku yang dia pinjam... sebab pukul 1.00 aku ada tuisyen... dah lah ari tu, aku mencari buku tu bagai nak sasau... rupanya dia yang pinjam nak copy tanpa beritahu aku... bukan kedekut... tapi bila menyusahkan aku, terpaksa seharian mencari buku tu... tension jugak. Masalahnya, anak murid aku dah buat banyak latihan karangan dalam tu... kalau hilang memang sayang lah.

Janji melayu... nanti..nanti... tengah hari saya hantar... sampai sudah tak hantar. Pukul 2.00, aku terserempak dengan dia... bila tanya pasal buku... alah, akak saya terlupa... senang je ko jawab. Ko langsung tak fikir kesusahan orang lain.

Kononnya lepas tuisyen terus nak balik... sebab nak pe beli ubat... pe tempat parking kereta... adus... kereta kena blocking lah pulak... dah le cikgu petang nie, aku tak ada nombor... tetiba aku ternampak dia berjalan di kaki lima ke bilik guru... nak jerit kan... macam tak senonoh lah pulak... cikgu menjerit. Terpaksa lah aku memanjat anak tangga... sampai bilik guru... tak ada lah pulak minah tu... cepatnya menghilang...

Jumpa member nie, dia ajak aku pe minum kat kantin... dia tahu tu aku tengah marah... so kasi sejuk sikit. Sambil minum... dia nak beri aku satu job... he he he he... the second job. Janji rajin nak kena rajin... ada je duit tepi... kalau ada side income nie... senang sikit nak berbelanja... dan lagi satu tak payah nak menyusahkan orang lain... bila sesak...sesak tu.. Lepas minum member aku nie call si minah tu suruh alih kereta...

Memang selalu aku balik petang... tapi time aku nak balik awal jenuh mencari cikgu yang blocking keta aku. Pelik betul cikgu-cikgu nie... kereta aku berani blocking... kenapa tak blocking kereta orang lain... AKu parking kat graj hampa block... aku parking kat lorong tu... hampa block... lepas nie aku nak parking luar pagar sekolah je lah.

Aku paling tak suka orang guna barang aku... lepas tu tak simpan semula di tempat asal... nak guna boleh... aku tak marah... tapi, tolong simpan di tempat yang asal... jangan sampai aku mencari sudah... ari tu, pasal rotan. Selalu lepas guna, aku letak di sebelah meja aku... ada sorang mamat nie, nak guna lepas tu letak merata... esoknya aku nak guna tak ada... ha... kan kena marah. Baru ko tahu... kan dah kena marah...

Ari tu, si mamat nie pulak pinjam buku kerja aku... buat lesson note kononnya... dah tu buat macam harta sendiri... aku nie dah angin kat anak murid... ingat depa yang pinjam tak pulang semula... rupanya cikgu yang pinjam... tension betul duduk dalam bilik yang orang sesuka hati nak guna barang kita... lepas tu menyusahkan kita.

Kepada my friends tu... tolong lah... kalau nak pinjam tu... letak lah di tempat yang asal semula. Lagi elok, pinjam aku tak tahu... tapi bila aku nak guna... ada je kat situ... aku pun tak sakit hati... hampa pun tak kena marah... Penat kepala aku nie nak fikir benda yang remeh-remah macam tu.

Kita selalu nak senang...
Tapi kita lupa, buat orang hati tak tenang...

Sunday, March 20, 2011

PERKAHWINAN KAWAN DEN DI LUMUT

Cerita semalam... oleh kerana kepenatan yang melampau... balik umah mandi dan terus lena... hari nie pulak ada kerja... seawal jam 8.00 pagi perlu keluar... nie pukul 9.00 malam baru sampai umah... kena story jugak lah malam nie... kalau tunggu esok basi lah pulak kan...

Rezeki... dapat jugak bergambar dengan member den yang sorang tu... dari Kedah. Ini pun kami jumpa di tepi jalan... sempat jugak bergambar... itu pun setelah diingatkan oleh anak bujangnya...
"mama tak nak bergambar ke??? "
Untung kan.. orang dah ada anak besar... tengok, dah boleh ingatkan mamanya... tu belum lagi buat kerja-kerja lain.

Seronok sangat dapat menghadiri majlis seumpamanya... pengalaman pertama menghadiri majlis yang diadakan di dalam kem.... yang paling mengelikan hati aku... parking kereta pun ada protokol... semua kereta memang dipesan agar parking secara mengudur...

Tahniah kepada kawan den... semoga berbahagia sepanjang hayat dan dapat menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya.

Friday, March 18, 2011

MENANGISLAH

Hari ini jauh aku meronda... dari Bandar Tun Dr. Ismail, aku memandu keseorangan bertemankan radio setiaku HotFM... menuju ke Selayang. Rasanya sudah hampir 2 tahun lebih aku tak melalui kawasan tersebut... mataku melilau memandang ke kiri dan ke kanan jalan... rupanya banyak perubahan yang berlaku...

Tetiba mata aku terpandang pulak sekolah di sebelah kananku... pandangan tersebut mengingatkan aku tentang kisah lama... sewaktu ketika dulu aku pernah ke sana... masa tu bekas ibu mertuaku menjadi guru besar di situ. Itu cerita 10 tahun yang lalu.

Aku ke sana bertujuan... selalunya adik nie yang selalu ke umah aku... tetiba hari nie aku teringin nak meronda ke sana... dalam hati, sesekali boleh jugak cuci mata... aku banyak terhutang budi dengannya... dia banyak membantu aku... dalam kerjaya, mahupun dalam memberi pandangan dan teguran yang berguna. Dia antara orang yang aku percayai dan boleh simpan rahsia.

Selama nie dia jarang meluahkan perasaannya kepada aku... dia yang aku kenal happy good lucky... telatahnya membuatkan aku terkenang akan sorang teman yang sentiasa ceria...rindulah pulak kat teman aku tu... pastinya setiap kali aku bersamanya, happy sangat. Aku rasa dia ada banyak persamaan dengan temanku... saiz badannya... berkaca mata... senyumannya... gelak tawanya tu ada sedikit berbeza...

Dia bercerita apa yang dia rasa... apa yang orang sekeliling bercerita mengenainya... apa yang orang mengatanya di belakang... aku hanya mendengar sesekali mencelah... ikhlas, selama nie aku langsung tidak mendengar orang bercerita mengenainya... diwajahnya kelihatan terlalu sedih... kemuncaknya air matanya tak bisa ditahan lagi... aku terkedu.

Mungkin dia tak boleh terima apa yang orang bercakap mengenainya... sebab dia tak buat...tetiba aku menjadi hiba... sebab selalunya dia yang aku kenal sentiasa ceria... tetapi hari ini berbeza sangat... perasaan yang dipendam... akhirnya terluah jua...

"Akak tolonglah backing saya..."
Memang aku tahu, dia mengharapkan seseorang yang boleh berada dibelakangnya, bila mana dirinya memerlukan untuk mempertahankan diri. Aku akan tolong sedaya yang mampu... kalau sebab kerja aku... dia yang terpaksa menanggung tuduhan tersebut, aku tak akan berdiam diri...

Jangan sebab dia seorang yang bukan kaki membantah... tolong jangan ambil kesempatan... aku memang tak suka orang yang cuba ambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain... ooo orang nie kau tak berani nak buat... orang nie kau boleh buat sesuka hati... Jangan..... dalam apa keadaan pun kita perlu ada pendirian dalam membuat sebarang keputusan.

Menangislah sayang...
Jika menangis itu boleh jadi penawarnya...

SIBER DIDIK TURUT DIPENUHI AIR

Keadaan luar siber didik yang dipenuhi air... sebelum ini air tidak pernah sampai ke siber didik... hanya setakat di kawasan rendah je....

Bilik tempat peti besi di tempatkan juga dimasuki air... habis lah server...

Siber didik A tempat anak-anak belajar... air berserta dengan lumpuh memenuhi sejenak ruang yang ada.

Bilik aku...........
Habis ditenggelami air... mak ai... nampak tak plastik merah tu... harta karung aku... segala bahan-bahan dari pusat sumber... belum sempat susun di rak..

PA sistem yang berpuluh ribu pun menjadi mangsa...

Aku belum berkesempatan lagi masuk ke makmal... ari Rabu petang aku jengah sekejap dalam pukul 7 petang.... ari nie tak dapat nak bersihkan sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Hari Isnin lah nanti... apa-apa hal pun...

SEKOLAHKU DILANDA BANJIR LAGI

Tanggal 16 Mac 2011 menjadi sejarah buat sksb apabila dilanda banji lagi... kali ini boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan ditenggelami air... aku memang tidak menyangka langsung... apabila mendapat panggilan daripada rakan sekerja menyatakan sekolah kami dilanda banjir... sebab taman aku hanya hujan renyai-renyai sahaja pagi tu.

Kawasan tapak perhimpunan, kantin sekolah dan rumah putih yang baru setahun digunakan juga dimasuki air.. aku difahamkan oleh pembantu pra sekolah yang ada ketika itu... air naik dengan cepat... mereka tak sempat untuk menyelamatkan barang pra sekolah... kebetulan pulak banyak barang pra sekolah yang baru sampai.

Kawasan padang sekolah.... bangunan pra sekolah yang baru dibina dan masih belum mendapat kelulusan untuk menduduki juga turut ditenggelami air.

Tapak perhimpunan tempat kami berhimpun setiap hari...

Jalan dihadapan sekolah juga turut ditenggelami air... ari dari kawasan sekolah mengalir keluar menggunakan pintu utama sekolah. Aku difahamkan oleh pengawal keselamatan, arus memang deras.

Ini pula gambar kuarters guru... kebetulan masa cuti sekolah... ramai cikgu yang mempunyai kereta 2 buah sudah pasti akan tinggalkan sebuah apabila pulang bercuti. Kali pertama kuarters guru dinaiki air.

Ini motor pembantu pendidikan khas... mungkin dia tidak sedar motornya sudah ditenggelami air.

Kereta Honda nie baru lagi dibaiki... dah ditenggelami air. Kereta ni parking di hadapan pintu masuk kuarters.

Thursday, March 17, 2011

KELULUSAN TAPISAN KESELAMATAN

Sebelum cuti ari tu, saja aku nak minta kerani semak tarikh pengisytiharan harta... oleh kerana kerani semua sibuk... dia orang minta aku cari sendiri dalam fail peribadi.

Buka je fail, aku terpandang surat kelulusan tapisan keselamatan... tarikhnya hanya beberapa hari lepas diterima..

Lega sangat... sebab tak perlu memohon untuk mendapat kelulusan tersebut...

Kesian pulak aku tengok adik-adik kat sekolah yang belum dapat surat kelulusan tapisan keselamtan... impaknya kelulusan pengesahan jawatan juga akan tertangguh.

Bukan apa, adik-adik KPLI nie bukan muda-muda macam kami keluar maktab dulu... mereka nie kalau boleh nak cepat disahkan jawatan supaya mereka layak menikmati keistimewaan sebagai kakitangan awam.

Perlu ke prosedur...
Jika hanya menyusahkan banyak pihak...

Wednesday, March 16, 2011

BEBANAN CUKAI

Pertama Cukai Pendapatan:

Siapa yang makan gaji, tak pun yang mempunyai pendapatan perlu membayar cukai... nasib baik aku belum layak dikenakan cukai ke atas pendapatan.... tu maknanya gaji aku cukup makan je... tapi, nie dah tahun kedua aku buat e-Filing. Kepada kekawan yang belum buat... buat lah nanti kena semak tahun yang kebelakang lagi susah. Isi je, kalau tak kena... tak payah lah bayar... lupa lah pulak tarikh tutupnya bila... tapi aku selalu settlekan sebelum 31 Mac. Nanti hampa rujuk lah kat mana-mana untuk kepastiannya.

Kedua Cukai ke Atas Makanan:

Sekarang nie kalau pe makan tempat seperti kat atas tu mesti kena bayar cukai... sekarang dah merebak ke kedai makan biasa... dah tu... kat kedai mamak pun dah ada yang kena bayar cukai... nasib baik lah aku nie jenis tak kisah, makan kat kedai biasa pun tak pe... makan kat warung pun tak pe... he he he sebenarnya itu je pun yang mampu.

Ketiga Cukai Jalan Kenderaan:

Cukai nie aku wajib kena bayar... kalau tak bayar nanti kena tahan dengan abang polis, kena keluar duit lagi. Nasib baik tu, sentiasa ada kan... tu lah untungnya pakai kereta cc rendah... dapat lah save sikit masa bayar road tax. Keta aku dah tak sampai RM400 pun setahun bila sambut besdaynya. Alah kereta lama. So kalau nak tukar yang baru... bukan bulanan je nak fikir... road tax pun kena fikir gak... jangan terlepas pandang.

Keempat Cukai Pintu:

Wajib bayar kepada mereka yang memiliki rumah... selalu kena bayar sebelum 28 Feb... boleh pulak tahun nie lanjutkan sehingga 31 Mac. Cukai nie aku dah settle. Terima kasih Ustaz tolong bayarkan... kalau tahu tempohnya dipanjangkan tak ade aku nak minta tolong orang. Cuti sekolah boleh bayar sendiri. Rugi kalau bayar lambat... dendanya RM20. Lebih baik buat makan-makan lagi kenyang.

Kelima Cukai Tanah:

Kalau dah memiliki umah... sah-sah lah dengan tanahnya sekali... kecuali lah rumah flet... hak milik serata... tak dikenakan cukai tanah. Cukai nie aku belum settlekan lagi. Sekarang aku bayar guna wang pos je... dulu rajin pe bayar sendiri di Pejabat Tanah Johor Baharu. Bukan mahal pun... tak sampai RM20. Walaupun murah, tetap jugak kena bayar kan....

Keenam Cukai Kad Kredit:

Begang betul aku hari nie, buka peti surat... wah banyaknya surat. Termasuk lah surat hutang kad kredit dah dua pucuk, celcom brokebeng... nasib baik lah ada satu surat tu buat aku tersenyum... penyata bonus ... he he he.

Penyata kad kredit Citibank nie, aku rasa macam tak puas hati je... banyak pulak bulan nie chargenya... rupanya aku kena:
  • Govt Service Tax Charge
  • Annual Membership Fee
Pagi tadi sebelum keluar... aku call bank. Rupanya cukai ke atas kad kredit dah bermula Oktober tahun lepas... banyak jugak tu... RM50 setahun. Annual fee tu nasib baik dia boleh remove... dah jadi ahli lebih 7 tahun pun nak kena bayar jugak ke... kalau kena mau aku tutup je. Pakai satu sudah.

Setahun tu, berapa banyak kita kena bayar cukai kan... semua nie, ada duenya... so kena lah beringat untuk menyimpan bagi tujuan tersebut.

Ingatkan aku, jika aku terlupa...
Ingatkan kamu juga, jika kamu terlupa...

CARA MUDAH EDIT GAMBAR

Aku nie pantang jumpa cara nak edit gambar... mesti nak cuba. Rasanya dah banyak aku cuba cara nak edit gambar... tapi paling teruja nak belajar guna edobe photoshope. Malam nie aku cuba guna free online photo editor... tu pun sebab member nie tunjuk kat aku gambar yang dia edit... cantik jugak...he he he...

Langkah 1:
Kenalah tahu laman webnya http://www.pizap.com baru boleh start. Lepas tu, klik kat ikon berwarna hijau... yang tulis upload photo tu... lepas tu keluar ruang untuk kita pilih gambar dari mana-mana fail kita.

Langkah 2:
Dah upload gambar... time untuk mengedit... dan menambah aksoseri supaya gambar tadi lebih menarik... kat atas gambar tu ada... tiga ikon yang bergambar lelaki... pilih lah yang mana... nak tambah border ke... nak tambah effect apa-apa ke... tak pun nak tambah gambar lain ke... semua boleh.

Langkah 3:
Tu hasil yang aku buat... tambar border dan tambah gambar lain di bawah tu... nak potong gambar paste pun boleh... nak tambah tulisan pun boleh...macam biasalah lah... nak share kat FB pun boleh... nak save untuk hantar kedai cuci pun boleh.

Nak lebih lagi, kena cuba jaya... aku pun tak sempat nak cuba yang lain... menarik jugak edit menggunakan piZap nie.. budak-budak suka lah gambar dia edit macam nie... Edit guna cara nie sangat cepat.. So, selamat mencuba.

Ini lah hasil editing yang tak sampai beberapa minit je dah siap... he he he.

GURU SERBA BOLEH??? TAPI BUKAN...

Kerja guru disanjung tinggi... sejak dari dulu lagi, guru memang dihormati... sekali pun guru itu hanya mengajar satu huruf... tapi hari ini, rasa hormat terhadap guru kian lama... kian terhakis. Sebagai seorang guru, aku menyedari hakikat hari ini... anak-anak kurang menghormati guru. Silap siapa?? salah siapa?? jawapannya semua orang tahu... cuma hari ini, sebagai seorang guru aku cuba terapkan rasa hormati terhadap guru di kalangan anak didik.

Marah aku kerana sayang...
Teguran aku, untuk memperbetulkan kesilapan...

Sejak dari dahulu lagi, orang selalu menganggap kerjaya guru... kerjaya serba boleh... sebab tu lah banyak gelaran yang diberikan kepada guru... sehinggalah dia pencen tetap digelar cikgu... sekarang nie pun aku kat taman... pak cik, mak cik... akak-akak panggil cikgu... aku ingat sampai bila-bila depa akan panggil cikgu.

Berbalik kepada guru serba boleh tadi... semua nie hanya ada pada cikgu.. tak ada pada kerjaya lain... bersyukurlah kerana hari ini aku bergelar guru...
Guru lah tukang kebun...
Guru lah jururawat...
Guru lah jurulatih...
Guru lah kerani...
Guru lah pemandu...

Guru juga lah hakim... untuk mengadili kesalahan yang dilakukan oleh anak didiknya... tapi tidak untuk bidang kehakiman yang melibatkan mahkamah. Guru tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut... tambahan pula yang melibatkan undang-undang syariah... hanya orang yang mengambil jurusan berkenaan sahaja yang mahir lagi arif.

Petang tadi, sementara aku menunggu makanan yang dipesan... aku terima satu panggilan telefon. Kalau tiada masalah, tiada hal yang penting aku jarang terima panggilan daripadanya. Siapa pun yang membuat panggilan aku sambut dengan hati yang terbuka... kalau aku tak angkat tu, bukan tak sudi... tapi mungkin aku tengah kerja... tak pun tengah drive.

"Akak, saya nak tanya nie... apa prosedur nak bawa kes rumah tangga ke mahkamah?"
Aku terdiam seketika... hati kuat mengatakan dia hanya ingin dapatkan maklumat untuk kawannya... sebab berapa minggu lepas aku jumpa... bukan main mesra lagi dengan encik suaminya.

"Atas alasan apa tu nak bawa kes ke mahkamah??"
Aku bertanya, macam arif sangat dalam bidang nie... aku bukan jurusan undang-undang... aku hanya seorang guru sekolah rendah je....tapi orang dah tanya, kita jawab setakat yang tahu je lah.

"Pengesahan lafaz talak"

"Kenapa?? bercerai di luar mahkamah... kan nanti kena bayar denda lagi... bukan murah tu."
Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi... kalau dia terfikir mungkin tak lafaz talak di luar mahkamah kan...

Akhir sekali aku memberanikan diri... bertanya.
"Sebenarnya nie kes siapa?"

Lemah longlai aku mendengar jawapan daripadanya....
"Akak, saya lah..."

Aku terdiam seketika... mereka nie baru sangat lagi kahwin... orang kata masih dalam mood honey moon lagi... tapi tu lah kan... kita tak boleh nak cakap... dia mungkin ada alasannya sendiri...
Dia saja yang tahu...
Kita hanya mampu membantu...
Itu pun setakat yang termampu...

Aku hanya memberi sedikit panduan apa yang perlu dia lakukan... Insya Allah kalau dia perlukan peguam untuk kes perbicaraan aku akan usahakan... ada sorang peguam syarie tu aku kenal... bukan kawan aku pun... tapi aku pernah bekerjasama dengan dia dulu. Dulu dia kerja dengan orang... sekarang dah buka firma guaman sendiri...

Bila fikir balik, ramai kekawan tanya pendapat aku tentang nie... sebab mereka tahu aku ada pengalaman... 6 tahun turun naik mahkamah... bukan satu jangka masa yang singkat... peguam sendiri pun buat praktikal tak selama tu.... tapi aku keluar masuk mahkamah untuk tempoh selama tu... bermacam-macam kes aku dengar... semua tu sangat berguna di masa akan datang... mungkin juga berguna kepada mereka yang berada di sekeliling aku...

Apa salahnya berkongsi pengalaman... bukan semua orang mempunyai pengalaman seperti yang aku lalui... Dari mula sampai lah selesai semuanya aku buat sendiri... nak minta tolong mak ayah... mereka jauh di kampung...

Kepayahan...
Kesusahan...
Tekanan masalah...

Semuanya mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar... sebab tu hari ini aku lebih menghargai setiap detik yang berlalu agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...
Selagi termampu...

Sampai je di rumah tadi... lebih kurang pukul 10.41 malam aku dapat sms... sampai sekarang aku tak balas... tak tahu nak beri jawapan apa. Memang aku tahu dia ada masalah kewangan... tapi hakikatnya aku pun tak punya wang sebanyak tu untuk dipinjamkan kepadanya... betul lah orang ingat aku banyak duit sebab sorang...

Tapi mereka tu silap... sorang lagi banyak nak pakai duit kan.... tak percaya tanya orang bujang... masa bujang lagi laju duitnya keluar... berbanding dengan mereka yang bekeluarga.

Contoh yang simple... kalau dulu sewa umah sorang RM300... berdua duduk satu rumah, tak ke save RM300... paling tidak pun RM150, separuh sorang bayar umah... banyak lagi contoh lain... hampa pun tahu.

Pernah sekali, masa kat kantin.... sorang cikgu nie tanya soalan cepu emas...

"kak, ko banyak-banyak duit simpan kat mana..."
Dalam hati geram je... sampai duit orang kat mana simpan.. buat apa... semua nak tahu... mak ayah aku pun tak pernah ambil tahu ke mana duit aku... aku buat apa... yang penting bagi mereka anaknya tak susah... sudah.

Ikutkan panas baran aku nie... aku nak je bagi sebiji... tapi memikirkan ramai kekawan kat situ... maruah diri kena jaga gak... malas nak layan aku tak jawab persoalan tu... aku biarkan dia dengan teka teki yang masih bersarang di kepalanya... nak tahu ke mana duit aku pergi.

Dalam hati setakat RM2k je gaji tu... dia sendiri pun boleh fikir... Aku bayar umah sebulan pun dah RM1k lebih.... bukan gaji aku RM5k... kalau RM5k... boleh lah aku bercerita... ari nie aku makan kat hotel nie... bercuti kat negara nie... aku beli baju kat sini... aku shopping kat situ...

Realiti kehidupan hari ini...
Kawan dicari hanya tika kesempitan melanda diri...