Wednesday, March 31, 2010

SEKOLAHKU DILANDA BANJIR KILAT

Pada hari Isnin (29 Mac 2010) dalam sejarah sepanjang aku mengajar sekolah nie dah hampir 10 tahun... ini kali pertama banjir yg paling buruk. Kebetulan ari tu aku balik awal... sebab ada hal... kalau tak dengan keta aku kena sekali... sebab member aku yg duduk dalam makmal hampir nak masuk air...dia tak sedar org buat pengumuman...

Air yang memenuhi semua kawasan sekolah...

Tapak perhimpunan di penuhi air.

Air bercampur lumpur.

Kawasan letak keta juga dipenuhi air.

GAMBAR HARI INI UNTUK ESOK

Wani, jangan kacau.... abang tengah buat keja tu... penat2 tu... sat lagi kena siku...

Guru Kelas Cikgu Kamis... aku ajar B. Melayu je kelas nie.... secara peribadi... tahun 6 Anggerik tahun nie memang tak banyak masalah...kalau nak bandingkan dengan tahun sebelumnya.... sakit jiwa aku dibuatnya. Mungkin guru kelas lelaki kot....

Guru kelas 5 Melor... Cikgu Izan.. jangan tension2... budaya keja kat sini memang mcm tu... so ambil masa biasakan diri... esok dah jadi mcm kami nie... telinga tu... masuk kanan kuar kiri.... kalau difikirkan mahu sakit jiwa... Bukan senang nak memenuhi kehendak semua orang.

Semua orang nak yang terbaik...
Tapi bukan semua orang mampu buat yang terbaik...
Kita cuba buat yang terbaik....

Jangan mengharap org cari kebaikan kita...
Sebaliknya perbaiki kelemahan kita....

Bergambar bersama dengan murid kelas 5 Mawar sesi 2010. Siap lg kempen kat murid2 supaya beli... nanti nak buat kenangan... esok jadi mcm cikgu. Tak ada pun gambar masa sekolah rendah.... dah tak dapat nak masukkan dalam fb... he he he.

Tuesday, March 30, 2010

AKU KENAL KO

Aku kenal ko bukan sehari
Aku kenal ko bukan seminggu
AKu kenal ko bukan sebulan
Aku kenal ko bukan setahun

Kalau nak ambil kesempatan bukan ari nie
Kalau aku nak dengki bukan ari nie
Kalau aku nak buat semua tu bukan ari nie
Rasanya dah lama

Aku bukan nak ko dengar cakap aku...
Sekurang2nya ambil masa untuk fikirkan...
Akan kebenaran kata-kata aku..

Ko dengar...
Ko fikir2kan...
Ko nilaikan...
Semua keputusan di tangan ko.

SELAGI ADA KELAPANGAN

Kesibukan, keseronokan, menjadikan kehidupan seharian kita terisi. Kadang2 dek kerana kesibukan membuatkan kita keletihan dan tidur kita pada malam tu memang lena. Tidur yang lena lebih baik daripada terkebil2, punya lah susahnya nak tido... lagi takut kan... Tapi aku rasa, sejak pindah tempat baru nie... senang je aku tido. Mana tak nya... penat berulang alik jauh.... kena bangun awal... balik lewat... dah tak ada istilah tido petang.

Hari Jumaat minggu lepas, tepat je pukul 12.00 p.m aku bergerak ke pekeliling ambil member dari Jerantut... lepas tu terus drive ke Nilai. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh kerana ari Jumaat, pejabat buka 2.40 p.m, so sempat lagi kami isi perut... yang semangnya dah berbunyi nie... Lepas tu kami bergegas keTNB nilai utk urusan pemasangan meter elektrik umah kwn aku nie.

Hari Sabtu, aku hantar Wa di pekeliling... dia nak kena balik awal sebab pukul 2 ada program.... itu pun sibuk Azi menelefon... bukan apa takut tak sempat sampai... "KL - Jerantut bukan jauh pun...." Azi hang tak dapat nak join sekali... tak senang duduk ye....Balik dari pekeliling... aku pulun tido.... sebab esoknya nak ke JB he he he...

Hari Ahad, pagi2 lagi aku dah gerak ke Pudu Raya.... nasib baik ada Sulia tolong hantarkan.... terima kasih Su...sebab tolong hantar akak ko nie.. Sempat le aku naik bas pukul 8.30 a.m. Kali nie aku naik bas... pemandunya memang berhemah... pukul 1.30 p.m baru sampai kat Skudai.... tak sempat nak jumpa Hairul..... ikutkan nak jumpa sebelum dia masuk dewan.... Penat gak kan klu nak ronda kat pesta konvo tu je... motif aku pusing nak cari mug UTM je.... dah 2-3 masuk UTM pun tak dapat2 lagi.... dah dapat je mug.... aku call Aishah PI/PJ... dia pulak memang free ari tu.... so dia jemput aku kat UTM.. and than kami pe JJ Taman U... sejuk sikit nak sembang.... ceta 11 tahun.... lama tu klu nak story... berjam gak kami sembang.

Pukul 5 baru Hairul call... dah kuar dewan...nasib baik ada Aishah... terima kasih belanja aku makan...and hantar ke UTM. Tak tahu le bila lagi dapat jumpa... sekarang dah tak mcm dulu boleh selalu turun JB.
Pukul 7.00 p.m aku dah naik bas KL. Sampai kat KL dah pukul 12.00 malam. Memang aku bertuah betul lah... dapat pemandu semuanya berhemah. Aku ingat sepanjang perjalanan ada 3 kemalangan.... itu yg aku perasan. Nasib baik ada Nuar dengan Aishah jemput aku kat Pudu Raya....siap hantar sampai Saujana lagi.... Terima kasih... Nuar & Aishah. Pukul 1.30 sampai... ting tong2.... pukul 2.30 baru dapat tido....mana tak lambat bangun.... nasib baik ada jiran yang prihatin... call kejutkan aku bangun. Terima kasih K.Ina.

Hari Isnin aku balik awal... sebab dah janji dengan pemaju nak repair yang rosak.... aku selalu balik lewat... sesekali balik awal.. ada member aku yang pelik...minggu nie...ari nie je yang free... tapi...keja2 merepair tak siap jugak.... tak tahu lah bila pulak dapat repair nie... minggu nie dah penuh.

Hari nie..Selasa... member ajak pe Permodalan Nasional Berhad (PNB) .... ajak aku,....ebab dia tak tahu jalan ke tempat tu... aku ada lah 2-3 kali menguruskan kes yang sama... tuntutan harta pusaka... tapi tak sempat gak siap.... gara2 hujan... tak dapat nak meredah hujan ke tempat letak kereta untuk pe dpt kan cop akuan sumpah.... kat Plaza Centra. Alamaknya minggu depan le....

Esok....penuh dgn aktiviti koko...

Hari Khamis member ajak ke Seremban dia ada keja.

Hari Jumaat member ajak tolong jadi driver ke Rawang.

Hari Sabtu ada kelas OUM last....member dari kuantan nak datang umah.

Hari Ahad hantar dia kat Pudu Raya....dan aku perlu meneruskan misi ke Puchong. Minggu nie penuh dengan aktiviti. Klu aku ada housemate.... kesian memang selalu lah kena tinggal... dan yang lebih penting aku tak sampai hati nak tinggal. AKu tinggal sorang lagi senang.

Saturday, March 27, 2010

AKU TIDAK BERTEMAN

Malam pertama di rumah baru aku tidak tido keseorangan
aku ditemani oleh kawan dan anak2nya
so tak ada lah aku takut... meriah.

Malam kedua aku tido keseorangan
Pagi dalam pukul 6.50 aku terdengar orang kejutkan aku suruh bangun sembahyang subuh.
"Bangun2 sembahyang subuh" suara dari mana aku pun tak pasti.
Aku terus bangun dan ambil air sembahyang
sembahyang subuh.
Takut pun ada.

Ingat kat kuarters je ada....
rupanya kat sini pun ada gak....
tapi biarlah janji dia tak ganggu aku
Ok gak ada orang kejutkan aku bangun sembahyang.

Thursday, March 25, 2010

EPISOD MENGEMAS

Keadaan umah aku, yang belum berkemas.... tapi ari nie dah selesai di bawah kemah... atas kerjasama daripada kekawan.

Kerja2 memasang gril yang dilakukan oleh Classic. Sekejap je tak sampai seminggu dah siap... dari ukur sampai pasang. Nasib baik dpt syarikat yang cepat. Apa pun janji ada duit kan. Tapi aku pernah gak terkena buat gril dengan melayu... lepas sehari2 tak siap2. Duit dah bagi penuh. Sampai suruh aku bunuh dia.... pun dia tak boleh bagi duit tu... Aku tak kejam sangat. Sudahnya bini dia campur tangan baru lah settle.

Barang bersepah-sepah. Nak turun kan barang kejap je... tak sampai setengah jam... nak naikkan barang makan masa berjam-jam... Tv buruk tu lah jadi penemaan aku.... tak kala berada di rumah. Kalau tak tengok tv.... online fb sambil dengar radio... tu lah keja aku kat umah.

Gambar nie baru semalam aku sempat nak klip.... seronok rasanya dah duduk umah sendiri. Tinggal esok ada rezeki boleh le tambah apa yg patut. Sekarang nie, terima je lah apa yang ada. Ari Isnin nie dah janji dengan pemaju dia nak siapkan apa yg belum siap perbetulkan.... terutamanya cat dinding, paip bocor dan mangkuk tandas.

Wednesday, March 24, 2010

KEHILANGAN RAKAN

Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian rakan sama ambilan semasa belajar di raja melewar. Al-fatihah buat abang husin opysen Muzik /K.Tempatan. Kepada mereka yang terlepas baca berita harian... boleh online di Berita Harian . Kami telah kehilangan 2 orang rakan seperjuangan. Beberapa tahun yang lalu arwah kusyi pergi mengadap illahi kerana kemalangan semasa dalam perjalanan membawa murid ke kejohanan olahraga di Bandar Penawar. Aku dapat tahu pun sebab kuar paper muka depan Berita Harian. Al-fatihah juga buat Kusyi.


Sunday, March 21, 2010

SEMALAM MENJADI SEJARAH

Saat2 paling bahagia bagi seorang wanita apabila selamat diijab kabul dan secara rasminya bergelar seorang isteri... tanggal 28 Mei 2000, menjadi sejarah dalam hidup aku apabila bergelar seorang isteri kepada Shahrul Hisham Hj Dahalan. Ketika itu aku berusia 22 tahun. Beza umur kami hampir 10 tahun.

Sebenarnya bukan niatku untuk mengingatkan perkara yang telah berlaku 10 tahun yang lalu. Tapi aku rasa perlu untuk menulis di sini. Nak jumpa tak tahu bila kita dapat jumpa. Ari tu cuma dapat jumpa mak, abah dan Zul serta isteri. Seandainya kalian terbaca blog ini... Kak Long nak kalian tahu:

"Kepada semua adik ipar dan biras, Kak Long sebenarnya seronok kerana diberi peluang hadir dalam keluarga nie yang cukup bahagia. Walaupun Kak Long lebih muda, daripada adik ipar kak long.... tapi kalian cukup menghormati kak long. Sikit pun tak terasa kekok untuk memanggil Kak Long. Seandainya sepanjang tempoh perkahwinan itu Kak Long ada menyakiti hati kalian semua.... Kak Long minta maaf. Niat dihati pada bulan Jun ari tu nak jumpa semua. Tapi nak buat mcm mana, masing2 sibuk dengan tanggungjawab."

"Kepada mak dan abah, ida rasa terharu... kerana mak dan abah masih sudi berjumpa dengan ida. Terima kasih mak, abah kerana sudi memaafkan segala kesilapan ida selama ini. Terima kasih juga kerana layan ida dan kawan2 dengan baik... walaupun ari tu hadir sebagai tetamu. Ida minta maaf kerana tidak dapat menepati masa yang diperintahkan oleh mahkamah kerana ada kelas oum. Kelewatan itu jugaklah membuatkan mak dan abah tertido menunggu ida."

"Kepada abang, walaupun hadirmu hanya seketika.... dalam hidup ini. Abang seorang lelaki yang baik yang pernah ida kenal. Abang jugak seorang anak yang cukup menghormati orang tua.... dan seorang suami yang baik... Pernah ida terfikir, mungkin kah ida akan dipertemukan seorang suami sebaik abang selepas ini. Kebaikan abang tak pernah ida nafikan."

"Ida tahu, abang terlalu menyanyangi ida....mak pernah bagi tahu... tapi abang kena terima hakikat jodoh kita hanya setakat ini saja. Tak salah kalau abang ingin terus mencintai ida.... tapi jangan sampai menyiksa diri.... kalau betul apa yang mak bagi tahu abang akan melangsungkan perkahwinan.... ida sentiasa mendoakan abang sentiasa bahagia."

"Ida nak abang tahu... tak ada kaitan dengan orang ketiga langsung dalam masalah nie... sekali pun klu abang nak salahkan ida... ida terima. Ida tak tahu, mungkin ini perkahwinan pertama dan terakhir..... mungkin jugak ada perkahwinan kedua.... pun ida tak tahu... terserah lah. Kalau ada jodoh ida akan kawin.... kalau tak ada pun mcm nie lah."

"Walaupun yang berlaku antara kita... mengecewakan banyak pihak... ida harap antara kita jangan ada benci... mungkin kita boleh jadi kawan... ida minta maaf kerana tak dapat memenuhi pelawaan abang untuk bersarapan bersama tempoh hari... bukan tak sudi, tapi terpaksa berkejar ke sekolah sebab ada kelas..."

Kita sentiasa mengharapkan pertemuan pertama berkekalan....
Kita sentiasa mengharapkan jodoh kita kekal abadi sampai ke mati....
Kita sentiasa mengharapkan akan dicintai sampai bila2....

Kita terlupa.... kita hanya merancang....
Kita perlu redha menerimanya.....

HAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Ceramah disampaikan oleh Ustazah Wan.... kita ada penceramag dalaman yang boleh menyampaikan ceramah... mengapa tak guna.... rugi kan... Program nie khas untuk memberi pendedahan kepada anak2 kita tentang kepentingan menjaga kehormatan diri..

Aku sempat lah... mendengar sekejap ceramah yang disampaikan oleh wan....aku cukup tertarik dengan cara penyampaiannya. Tapi sayang tak dapat mengikuti sehingga habis kerana ada kelas.... apa pun, tahniah wan... hang memang hebat...

Anak-anak kita generasi pelapis akan datang, dan merupakan harta yang tak ternilai.... Kalau harta kita sayang... sepatutnya kita sayang anak2 lebih daripada segalanya.... tapi masih ada jugak kita dengar.... kita baca.... kita lihat di kaca tv orang sanggup mendera anak sendiri... Di mana letaknya sifak keperimanusiaan itu....

Semua murid perempuan tahun 6 terlibat dengan program ini. Mungkin selepas ini akan diadakan untuk murid2 yang lain.

Diharap selepas program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada anak2 tentang batas pergaulan. Sebenarnya anak2 perlu sentiasa diingatkan... jangan segan untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada anak2. Bukan apa supaya mereka faham....

Sekarang di mana pun kita berada rasa tak selamat... Bak kata pepatah melayu... 'harapkan pagar, pagar yang makan padi'. Kerana nilai setitik rosak susu sebelanga. Bukan semua guru mcm yang kita baca kat paper tu. Yang berperangai sedemikian bilangannya amat kecil. Beringat tu tak salah.... yang salahnya. Suka berburuk sangka dengan orang.

Anak adalah amanah Allah....
Anak adalah anugerah yang tak ternilai....

Anak adalah permata hati...

Anak adalah harta yang tidak boleh ditukar ganti....

BILA DIRI DIUJI..

Tak kira siapa pun klu sebut periksa je fobia..... aku sendiri pun, dah jadi cikgu pun tetap ada masalah fobia nie.... satu takut result anak murid teruk... udahnya guru gak yg dipersalahkan.... soalan susah lah... luar tajuk lah...mcm2 lah.

Ujian selaras baru nie.... paper2 mate aku yang buat... rupanya ada guru tanya siapa yang buat soalan tu... belum belajar lagi dah kuar... aku memang dah jangka soalan nie akan timbul... So bila PK tanya aku... aku memang dah ada jawapannya. Dalam mesyuarat panitia pun memang dibenarkan kuar soalan tahun 4 sikit. Bukan susah pun.... tapi bila tengok tajuk tu belum belajar dah menglabah... Tambah bagi topik wang.... tolak bagi topik timbang dan berat.... sebenarnya anak murid aku dah maklum....

Kononnya cuti seminggu boleh menanda kertas peperiksaan murid... nampak gayanya tak sempak gak lah nak tanda... mcm2 hal cuti nie....paper mate semua dah selesai... yang tak selesai dan lambat selesai paper penulisan... malas nak baca.... sebab tulisan memang cute2... kadang2 cikgu pun tak faham.

Sempat je aku ambil gambar... Tengok tekun anak murid aku menjawab soalan peperiksaan. Markah lulus untuk ujian kali nie aku letak 70%. Seperti mana yang telah dipersetujui antara guru dan murid....siapa dapat markah kurang drpd 70%..... tunggu tau...

Saturday, March 20, 2010

YE KE..... CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS

Sekejap je aku rasa cuti sekolah kali nie... kenapa entah. Kalau dihitung dan dikira dalam 9 hari tu. Tak cukup lagi ke? Aku akan jawab memang tak cukup. Sebab aku rasa mcm tak cuti je. Setiap hari program penuh dan cukup memenatkan. Bermula ari Sabtu mula cuti, malam tu aku tido di Tasik Puteri... pagi tu berkejar ke Sg. Buloh.... sebab tak bawak pakaian. Bersiap2, aku ke Serdang Jaya.... kawan dah tunggu lama... janji mesti ditepati. Kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan nak buat mcm mana.

Sekarang ari Ahad aku memang penuh. So setiap Ahad aku akan peruntukkan 3 jam... ikut kelapangan aku. Bila2 pun tak kisah... janji Ahad. So ari Ahad, klu nak ngeteh tu... kena tengok dulu... time tu free ke tak.

Hari Isnin pe mengecat stor kat PSS... dulu dia keja bawah aku...sedap je aku mengarah... sekarang aku pulak keja bawah dia... so aku pulak kena arah... junior arah senior nie... nak buat mcm mana... boss arah kena buat... sat lagi merajuk susah pulak.... dah le dia ada masalah dgn org lain. GB aku boleh main serkap jarang cakap gaduh dengan aku. Sampai pukul 6.30 p.m tu... balik aku dah tak larat nak buat apa. Lena dibuai mimpi2 indah.

Hari Selasa sambung mengecat dan mengemas sekali.... seronoknya bila apa yg kita buat nampak hasil. Siapa tak suka benda kemas.... semua orang suka kan... pukul 2.00 dah siap. Lagi pun member aku nie nak balik kelate.... tu kena buat keja sepantas.... secepat yg boleh.... selesai satu masalah.... balik rehat kejap... malam tu ge sek lagi ada tuisyen malam. Balik lena. Maklum lah umah jauh.

Hari Rabu pe sekolah ada kelas tambahan... Kelasnya sejam je... perjalanan aku nak ke sekolah pun sejam.... balik pulak sejam.... kata je dekat... tapi makan masa berjam.... tanggungjawab. Kalau ikutkan nak merungut... semua org boleh merungut... cuba kita susun jadual... baru tahu sakit kepala nak cari cikgu... jgn peningkan kepala org lain. Ikut je lah. Tak dapet nak tido petang tu... ada org datang nak pasang tombol pintu....Malam kuar lagi kelas malam. Betul lah, aku balik umah utk tido je...

Hari Khamis pagi2 buta aku dah kuar... klu ikut kan ari nie je free sepanjang seminggu cuti tu... member pulak sibuk nak belanja. Aku cukup hargai.... bila kwn beriya2 nak jumpa... nak belanja makan. Tambahan pulak...aku dengan dia masa belajar bukan lah rapat sangat pun. Kami sama time unit beruniform pengakap je. asalnya dia nak turun KL... aku nie jenis cepat kesian kat orang... nanti dia drive sorang2. Padahal aku ke sana pun sorang2 jugak.

Aku memang tak bercadang nak drive. Saja nak rehat... so aku park keta kat komuter sg. buloh... ambil tren terus ke seremban.... dengar mcm dekat je... aku terpaksa melalui 20 perhentian dan mengambil masa hampir 2 jam.... cukup membosankan... jenis aku paling tak suka buat org tertunggu2. Aku tak suka orang tunggu aku dan aku tak suka tunggu org. Aku rasa kalau naik keta dah lama aku sampai.

Tak sangka pulak ari tu boleh pakai baju dan tudung colour yang sama padahal tak janji pun. Member nie dah tunggu dengan anak2. Seronok tengok kekawan dah ada anak... boleh buat kawan... paling tidak pun kawan gaduh. Sampai je... destinasi pertama dah tentulah tempat makan.... aku dah lapar....w.pun tadi dah pekena teh tarik dan roti canai kat saujana... sikit masa lagi tuan kedai tu kenal lah muka aku nie.... kat kg melayu dah kenal muka aku... tu lah org bujang makan kat kedai je senang.

Lepas makan melayan anak2 main... and than kami berdua.... cuci mata kedai yg ada sekitar tu... nak shopping poket dah semakin nipis....org kata dah menghitung ari..... bila nak dapat gaji. Kalau orang kata dia boleh pe bercuti lagi cuti nie.... memang dia ada bajet lebih utk bercuti. Lepas tu, pe umah dia rehat... sembang2... ya lah masing2 belajar. Dah tentu ceta berkisar tentang oum.... pejam celik.... pejam celik... aku dah menghampiri ke masa untuk merdeka....untuk degree.... mana tahu kot bercita2 pulak nak buat master... niat ada.

Kawan aku nie nak jumpa sebab nak belanja makan.... memang betul keja dia suruh aku makan... petang tu hidang kat aku pengat pisang... semangkuk pulak tu... tak lama lepas tu ajak aku makan nasi.... aku tengok udang sungai besar2... sedapnya... makan lagi. Paling aku takut... member nie kurus je... tapi makan boleh tahan. Sepanjang ari.... memang gelak je... aku memang suka melawak... aku takut jugak org tak biasa dgn aku nanti terasa hati...

Pukul 7.30 p.m baru dapat komuter.... sampai kat sg. buloh dah 9.30 p.m... sampai umah dah pukul 10 lebih. Apa lagi mandi dan tido.... tak sempat gak nak buat apa.


Hari Jumaat pukul 7.00 am dah kuar dari umah... ada kelas tambahan tahun 6. Dekat pukul 2 baru sampai umah.... Rehatkan badan yang kepenatan... Malam kuar lagi ke kelas malam... balik sampai umah dah pukul 11 malam... bila masa aku nak buat keja2 sekolah... asgmnt... badan dah penat. Cuti pun mcm tak cuti.

Hari Sabtu pukul 7.00 a.m dah kuar ke kelas OuM.... memang satu asgmnt pun aku tak hantar... ini last sem... ini kali pertama dan terakhir aku buat perangai tak hantar ikut masa yang ditetapkan.... sampai kelas Sir Baskaran... sebut nama aku 3 kali....
"Faridah jangan lupa hantar asgmnt"
"Ya En. nanti saya hantar"
sebelum kuar kelas pesan lagi.....
"Faridah sampai ari Rabu petang je saya ada, jangan lupa hantar"
Padahal kalau buat kejap je.... selama nie pun aku buat sendiri je... tiba2 kali nie malas lah pulak... Habis kelas... sembang dgn fairus dan fatin.... 3F nie kira rapat le... balik umah... layan hidustan... last sekali tv entah ke mana... sedar2 member call tanya jalan... dalam dok mamai tu.. boleh bagi lg arahan.... dia kata klu tak jumpa dia call lagi.... tak call tu... jumpa lah tu. Seronok kan dapat tolong org.

Petang, akak aku call... dia kata mak aku nak datang umah... seronoknya. Bukan senang mak aku nie nak ge umah anak2... aku ingat umah besan dia pun sekali tu je dia ge... masa majlis bertandang... kecuali lah umah besan atas bukit... sebab dekat. Ada umah besan dia tak pernah ge pun ada. Aku jemput kat Giant S.alam.... nak datang tak menyempat2.... nak balik tak menyempat2.... ada lah kot dalam sejam kat umah aku. Dia kata lain kali nak datang lagi... lain kali tu tak tahu bila lah tu....

Anak buah aku lagi best... "ini umah mak itam..... ke umah kawan mak itam.... kita suka umah nie... tapi mcm bukan umah mak itam."
"Knp ckp bukan umah mak itam?"
"Ya lah, semua gambar kawan mak itam je"
Budak2 sekarang kan....

Esok Ahad.... program dah menanti... so, kesimpulannya aktiviti aku penuh seminggu nie. Cuti tapi mcm tak cuti.

Friday, March 19, 2010

LENAKU DI TEMPAT BARU

Kekusutan yg melanda beberapa minggu yang lalu dah selesai. Lega sangat dapat masuk umah baru. Tapi tak dapat lah segala2nya yang baru. Poket tak berapa nak ada isi. Pakai je lah mana yang ada. Dapat masuk nie pun satu rahmat. Barang yang tak ada tu perlahan2 lah. Apa yang penting ada tempat untuk berteduh dulu.

Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu. Nasib baik ada Sulia tolong akak cuci umah. Kalau sorang jenuh gak. Sepupu aku, tolong carikan org untuk angkut barang. Malam pertama di umah baru ditemani Kak Melati dan anak-anak. Terima kasih jugak kepada En. Zul tolong carikan orang untuk pasang kipas dan lampu. Aku memang puas hati En. Wan buat keja. Lagi satu, ikut je aku nak suruh buat mcm mana pun dia buat. Pendek ceta senang berkira lah. Kepada Suzanna terima kasih kerana temankan akak pe beli lampu dan kipas.

Kepada my friends Anisah dan Amy…. Terima kasih atas idea hampa berdua dan tolong kemas mana yang patut. Anggap lah umah nie umah hampa jugak… Free2 jangan segan2 nak datang. Kunci dah ada kan…

Kalau nak ikutkan umah nie ada gak chemistry…. Aku beli bulan 3 tahun 2007, aku dapat kunci bulan 3 tahun 2009, aku masuk bulan 3 tahun 2010. Lorong umah sp 2/3, aku dilahirkan pada 2 hari bulan 3, dan tahun nie ulang tahun yang ke 32. Aku dah niat masa beli lagi tak akan sewakan kat orang. Dan ini merupakan umah aku yang ke 3. Memang aku nak duduk sendiri. Umah pertama dan kedua tu umah kotak…. He he he he nak gak sebut no. 3… yang tak ada. Di ada2kan cete.

Aku dah biasa hidup sorang2… dan mungkin jugak jenis aku tak boleh hidup dengan orang. Sebab aku nie bukan jenis lekat kat umah. Balik umah just untuk rehatkan badan. So lebih senang tinggal sorang. Hujung minggu kawan2 nak lepak is ok…Dulu aku duduk kat kuarters yang 3 bilik tu pun sorang gak…. Duduk umah kawan aku yang 6 bilik, 6 bilik air tu pun sorang gak. So kalau sekarang nie duduk umah 4 bilik, 3 bilik air, rasanya bukan luar biasa. Dah biasa. Aku akan guna sepenuhnya bilik2 yang ada.

Saturday, March 6, 2010

DAH NAMA KEPERLUAN, DAH TENTU PERLU

Betul lah, kata orang tua2 sediakan payung sebelum hujan.... jangan dah hujan baru terhegih2 nak cari payung. Lepas tu mula lah basah kuyup. Lepas raya cina ari tu.... hidup aku memang tak terurus. Dalam kepala otak nie mcm2 dok fikir. Pegi bank, no lain yg dipanggil... aku pulak yg ge... nombor pun sampai tak cam.... ustaz ckp lain... lain mesej yg aku terima....kakak ko nie pening ustaz....

Mana tak nya berulang dari Klang ke Sg. Buloh.. puh boleh tahan jauh tu. Pukul 5.30 a.m dah bangun. Pukul 6.00 a.m belum masuk waktu subuh dah gerak. Sembahyang pun kat Plaza Tol Sg. buloh. Mcm tu lah rutin aku 3 minggu nie. Penat badan. Terima kasih anis bagi aku tumpang sementara kat umah ko... Ada juga yg aku travel dari Cheras.... jaraknya lebih kurang je dengan Klang.

Mana tak penat nya, semua kena fikir sendiri.... semua nak kena urus sendiri...semua nak kena buat sendiri. Tu lah antara kekurangan hidup sorang dgn org yg hidup berdua nie.


Dua minggu lepas, menguruskan komplen tentang kerosakkan umah. Adalah beberapa part yang retak.... lantai, dinding... minggu lepas aku pe, pekerja dah buat, cuma belum cat je lagi. Ikutkan bulan 7 nie dah habis tempoh nak komplen apa yg patut. Sempat lah aku... duduk dan tengok yg mana bermasalah lagi.... ada masa lagi, untuk buat komplen. Minggu lepas beli pili paip bilik air lah, pili shower lah... dan segala tempat yang ada paip lah. Settle bab pili2 nie. Aku beli pekerja tu yg tolong pasang...

Ari Isnin baru nie menguruskan orang yang nak pasang grill. Dia janji 2 minggu boleh siap. Tadi dia call ari Isnin nak pasang.Petang tadi dia dah hantar segala grill tu kat umah. Lebih cepat drpd apa yang dijanji. Nie dah kira bagus.

Ari Khamis pe beli tangga, nanti nak ukur rill langsir. Aku dah tanya rill yang biasa sekaki RM1. Aku beli mana yang patut je lah... bujet tak berapa nak ada... janji aku dapat pindah masuk... yang lain2 tu perlahan2... tak gitu kekawan kan. Patut lah orang buat loan nak masuk umah baru.... buat mana yg patut pun main ribu2 nie... penat jugak mcm nie....

Semua keja nie aku uruskan dalam masa 3 minggu dei... ari Isnin nie nak pe KL ada urusan sikit.... Ari Selasa petang lah kot nak pasang lampu kipas... itu pun mana yang patut je aku pasang. Nasib baik dah ada org yg nak pasang... harganya boleh tahan... aku puas hati... Bilik aku pakai kipas bawah dulu...Pangantin baru hadiahkan aku kipas satu....sempena masuk umah baru. Fasa kedua nanti baru pasang yg lain2 tu....

Ari Khamis aku nak cuci umah... nie nanti nak cari kawan yang ada kelapangan ari berkenaan. Hari Jumaat malam aku nak angkut barang. Angkut malam, mcm nak lari drpd bayar sewa lah pulak... nak buat mcm mana time tu je orang yang nak tolong tu ada kelapangan.

Time cuti sekolah nanti boleh lah aku mengemas apa yang patut.... poyo je kan. Mcm banyak no barangnya. Aku tak ada barang pun.... cuma kotak2 sampah aku je yg banyak... tapi nak angkut dengan keta pun jenuh gak... alang2 biar je lah sekali jalan. Selesai satu masalah.

Ari Khamis meeting... aku terkejut gak bila GB tanya aku....
"faridah kamu tak nak mohon kuarters ke?"
Aku dgn 2-3 org cikgu nie mcm terpinga2 .... mana dia tahu aku nak pindah... pelik kan.... GB nie mesti ada spy.... tak pe cikgu... lepas nie aku dah tak pindah umah... tapi pindah sekolah lah pulak...

Selama tempoh aku duduk KL nie.... ini umah ke berapa ha aku pindah.....dari Segambut ke Bukit Jalil, lepas tu ke Lestari Perdana, lepas tu ke Kepong Prima, lepas tu ke Kuarters, lepas tu ke Kg. Melayu dan last ke Seri Pristana. Ini kali ke7 aku pindah randah. Mak aku ckp org yg suka pindah2 nie..... tak lekat abu kat dapur....

Lepas nie aku akan berulang dari umah ke sekolah lebih kurang 17 km je..
Tapi terpaksa tempuh 8 lampu isyarat.... dan
Kalau ikut h/way terpaksa bayar tol RM2.20. Jauh sikit lah pusing ke belakang. Tak kisah lah..

Biar kecil, janji tenang... duduk umah sendiri.
Biar murah, akhirnya jadi hak milik sendiri..
Biar kosong, asalkan boleh berteduh daripada panas & hujan

Nak senang, bukannya senang...
Nak selesa, kena usaha tanpa mengenal erti putus asa...

Friday, March 5, 2010

NAK SENANG....LAGI SUSAH

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri. Berita lanjut.


Hari nie muka depan lagi ceta pasal artis kesayangan aku nie... Sedih jugak aku baca berita nie. Tak sangka ambil pembantu rumah untuk memudahkan segala urusan rumah tangga. Rupa2nya lagi menyusahkan. Nasib baik lah anaknya selamat, walaupun tanda2 penderaan tu dah ada.

Kepada kawan2 yg ada pembantu rumah tu... hati2 lah, takut gak time kita ge keja selalunya dia buat perangai. Jiran aku dulu, pernah pembantu umah dia nak bawak lari anaknya. Nasib baik ada jiran kami yang tak kerja nampak.

Selalu aku tak beli pun Berita Harian.... tapi gara2 nak mengumpul keratan kepala BH beli sampai 2 lagi tu... surat khabar pilihan aku dah tentu lah Harian Metro. Keratan hari Isnin sampai Jumaat member yang bagi...

Thursday, March 4, 2010

NAK MARAH PUN... KENA FIKIR

Time aku gelak depa boleh lah gelak... time aku serius, tak berani depa nie.....cikgu garang...

Mengajar kelas hujung nie perlu banyak sabar.... mana tak nye, huruf besar, huruf kecil pun tak dapat nak bezakan lagi... main tulis je....
"cikgu, nanti mak saya kata... cikgu ajar mcm budak pra sekolah.... tulis ABC"
Aku tak kira, janji aku dapat perbetulkan yang salah. Mak dia nak cakap apa pun tak kisah.

Ada yg kena ajar baca suku kata... kesihan aku tengok, dah darjah 6 pun tak tahu lagi membaca.
Tak pelah kita buat lah yang terbaik.

Siapa kata tulisan murid kelas hujung tak kemas?.... nie antara contoh tulisan murid kelas hujung yang aku ajar... seronok jugak ajar kelas hujung nie... mana tak nya... bilangan murid di kurangkan supaya guru2 dapat memberi tumpuan semasa p & p.

Wednesday, March 3, 2010

LAWATAN KERJA KE SK BUKIT RAHMAN PUTRA

Pada minggu lepas aku and the gengs diberi peluang melawat ke sekolah jiran kami nie... Sekolah nie kira hebat gak lah... dah masuk bertanding hingga ke peringkat kebangsaan gitu...Harap2 dengan lawatan yg dibuat nie, nanti nampaklah perubahannya kat sekolah....dalam hati larat ke semua nak kejar... aku dah tak terkejar nie... dah lah sebulan nie mcm org tak terurus... dalam kepala otak aku nie mcm2 nak fikir....

Susah jugak rupanya kalau semua kita nak fikir nie.... baru lah aku faham, kenapa ada orang dia memang tak mampu nak buat sendiri sorang2...penat... memang penat.

Antara rakan2 yang ku kira orang kuat lah unit PSS nie... aku cakap terus terang mcm tak mampu je... nak pikul tanggungjawab yang diamanahkan nie... memang sebulan nie prestasi menjunam giler. Aku datang sekolah hanya jasad je.... fikiran entah ke mana2.. mcm2 nak fikir... masalah besar ke??? besar lah jugak...tak kena kat kita... kita tak tahu... bila dah kena pada diri sendiri baru aku tahu.....

Betul lah orang cakap ketenangan jiwa tu penting... bila jiwa kacau... semua kacau....semua keja tak boleh buat.... banyak kerja terbengkalai.... ya Allah berikan lah aku kekuatan.... jauhkan lah aku daripada tekanan perasaan....