Monday, January 31, 2011

TRIP PERCUTIAN 2011

Hari nie, member dah booking tiket ke Yogjakarta... Aku kira nie hadiah hari lahir untuk diri sendiri yang penat bekerja selama ini. Nak tunggu orang beri hadiah tak tahu bila kan... so sendiri kerja.... sendiri beri pun kira ok jugak... menghargai diri sendiri.

Percutian kali ini selama 3 hari 2 malam. Ini merupakan destinasi ketiga aku ke negara jiran nie. Sebelum nie aku pernah sampai ke Dumai dan Bandung.

Bulan Mei aku bersama dengan kekawan form 6 SMJ akan ke Langkawi. Tak sabar rasanya nak ke sana... Last aku pergi ke sana pada tahun 2004.... dah lama tu... Mesti dah banyak perubahannya. Tiket penerbangan aku dah tempah tahun lepas lagi... punya lamanya... nak murah kena booking awal. Kami ke sana selama 3 hari 2 malam.

Bulan September, time nie cuti 1 Malaysia aku dah janji nak bawak anak buah naik belon.... belum naik lagi dah bercerita.... dah naik nanti tak tahu lah... Aku pilih Terengganu bukan apa.. tempat nie aku dah biasa so senang sikit nak bawak anak buah jejalan. Seorang darjah 2 dan sorang lagi darjah 4. So kami ke sana bertiga je.

Percutian selama 3 hari 2 malam jugak. Lama nie... sampai awal pagi dan balik malam. Puas lah pusing ganu nanti.

Mungkin nie trip penutup tahun 2011 nanti... atau pun ada lagi destinasi yang lain. Trip ke Kota Kinabalu nie seramai 4 orang... member nie mungkin pe honey moon aku and sorang member lagi ... pe menyebuk.... destinasi kami... semestinya ke Kundasang he he he.... tempat sejuk tu.

Percutian selama 3 hari 2 malam dan merupakan tiket paling murah yang pernah aku booking.

Diharap semuanya berjalan dengan lancar. Rancang awal percutian bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jika sebaliknya berlaku, terima lah dengan berlapang dada.

Jauh perjalanan, luas pengalaman...
Pengalaman akan mengajar sesorang agar lebih matang...

Sunday, January 30, 2011

MASIH BERJIWA MUDA

Ustaz Hafiz

Sempat lagi aku bergambar dengan murid yang cemerlang UPSR 2010 sesama mesyuarat Agong PIBG. Nampak macam sebaya je kan... dengan cikgunya... dan lagi perasan muda... cikgu berjiwa muda dan anak murid cepat matang... tu nampak macam sebaya... he he he.. Beza dua puluh tahun tu....sebaya apa kebendanya.

Balqis Idyanti

Nie lah anak murid yang aku selalu dok story tu... lepas nie dah masuk asrama... cuti sekolah je le dapat jumpanya. Kejap je kan... aku ingat lagi, masa aku mula masuk sksb... dia baru umur 3 tahun. Sekarang dah sama besar dengan cikgunya.

Bergambar dengan kekawan... yang kuat menyakat... nie semua nak baik dengan aku.... he he tahu doh... aku nak belanja makan... depa pulak nak pilih tempat... banyak cantik. Aku belanja kat kantin je nanti... sarapan pagi udah... jangan bising-bising...

Semalamnya guna beg nie... and than bangun lambat, tak sempat nak tukar isi perutnya ke hang beg... udahnya aku belasah je lah... tu yang berjiwa muda... umor dah melebihi suku abad. Separuh perjalanan hidup dah berlalu.

Sisa hidup yang tinggal nie... biarlah dapat dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada banyak pihak. Bukan apa, insaf diri. Kekawan yang muda pun dah ada yang dijemput ilahi. Hari nie aku sihat... esok lusa belum tentu lagi.

Umur bukan penghalang....
Pangkat bukan pemisah....

ANAK JIRAN TETANGGA

Anak murid patah tumbuh hilang berganti... tak sunyi lah umah aku nie.... Kalau sebelum nie Balqis peneman yang setia.... dia akan datang 2 kali seminggu... ada jugak kawan. Kalau tak sesorang je le... layan laptop kesayangan. Tahniah kepada Balqis kerana berjaya menempatkan diri di tempat yang menjadi rebutan ramai. Insya Allah lepas raya cina nie dia akan melapor diri di MRSM Lenggong, Perak.

Nie anak jiran aku.... 4 orang akan ambil UPSR dan seorang tu darjah 5. Aku ajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu je.... yang lain tak mampu den. Sebab, 2 subjek tu... bidang aku...boleh lah taran lagi. Mereka nie pun datang seminggu 2 kali jugak.... Selasa dan Khamis. Meriah sikit umah aku.

Sorang bersekolah di SK Saujana Utama dan yang lain tu SK Seri Pristana. Kesian kat anak murid aku nie... punya lah susahnya nak cari guru tuisyen Bahasa Inggeris. Kat pusat tuisyen memang ada.... tapi, kalau boleh nak yang belajar yang pergi ke rumah cikgu. Salah satunya, bilangan murid tak ramai. So, cikgu boleh beri tumpuan sikit.

Member tumpuan semasa belajar...
Lebih penting daripada kekerapan belajar...

BERAT BADAN BERTAMBAH

Bila tengok gambar nie... nampak pipi dah makin berisi... he he he. Aku nie senang je nak tahu berat badan dah bertambah ke tak... tengok tang pipi je. Sebenar risau jugak nie... lagi 1 kg je, dah cecah 60 kg berat aku... Aku tak pernah cecah berat 60 kg nie. Selalu dok jaga je...

Puncanya, memang sekarang nie selera makan aku menjadi-jadi.... nak kata senang hati... tak jugak. Susah hati pun tak jugak... kalau dulu tak makan malam... tak de pulak lapar. Tapi sejak 2 menjak nie... mesti kena makan. Kalau tak... tak boleh tidur. Perut nie asyik berbunyi je. Kesian pulak kan.... kalau tak makan.

Hari Sabtu semalam, aku and the gengs pe makan-makan kat Hotel Quality Shah Alam. Pagi tu, aku memang aku keja di USJ 14... so kami datang tak saing. Janjinya pukul 12 dah ada kat sana. Bukan apa makan awal boleh balik awal. Habis keja aku terus bergegas ke sana... jenis aku kalau boleh tak nak kekawan tertunggu-tunggu. Tut..tut.. tut.... aku sampai... kekawan tak sampai lagi.

Bila aku call... depa beritahu dah nak masuk tol Jelutong.... lambat sebab ada masalah teknikal sikit... tak pe lah.... tak lama tu aku call lagi.... sebab lambat sangat... patutnya dari tol tu...tak sampai 15 minit je dah boleh sampai.... rupanya tersesat lah pulak. Last sekali pukul 1 baru sampai kakak-kakak aku nie.

Dah sampai apa lagi.... dah kena mula kan operasi mengangkut dan mengisi tangki yang dah berbunyi nie. Tak lama kemudian... masuk lah pulak 2 kumpulan berbaju merah dan putih... aku bukan kenal sangat pemain bola sepak nie... yang aku kenal pemain bola sepak hok kembar tu je.... yang lain dok perasan... sebab dok dan nok negok bola. Kekawan aku nie sibuk... dok sebut nama pemain nie.. pemain tu... Layan je lah.

Terbantut kejap selera aku nak makan.... bukan apa malu lah pulak nak bangun-bangun pe ambil makanan. Nasib baik lah depa tu makan kejap je. Kami layan sampai pukul 3. Sempat jugak kekawan aku nie bergambar dengan pemain Selangor. Apa pun terima kasih kepada Kak Az, Kak Shu, Kak Ros, Anis dan Emy kerana sudi meluangkan masa.

Siang aku belanja kekawan makan di Hotel... malamnya pulak, ada kawan aku belanja makan kat Kota Damansara. Rezeki.... aku belanja orang... orang pulak belanja aku makan. Pukul 11.00 pm baru kuar makan.... tempah untuk 4 orang.... tut..tut..tut. hanya 3 orang je dapat datang. Bayangkan... kami bertiga nak habiskan semua tu... jenuh jugak lah. Layan perlahan-lahan... akhirnya berjaya jugak kami habiskan.... Terima kasih Ustaz... memang sedap lah.

Pukul 1.30 am baru sampai umah. Esoknya nak keluar pagi lagi... sebab ada mesyuarat PIBG.... dah le semalamnya aku jejalan kat Up town cari tudung nak pakai ari nie pun sampai pukul 1.00 am... hu hu hu hu... penatnya tuhan saja yang tahu.

Makan untuk hidup...
atau
Hidup untuk makan...

Tepuk dada tanya selera....

Thursday, January 27, 2011

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SIBER DIDIK

Bergambar bersama dengan pengawas siber didik sesi persekolahan 2011 selepas majlis penyampaian watikah perlantikan. Sebenarnya gambar minggu kedua persekolahan lagi.... dek kekangan masa yang dihadapi terpaksalah ditangguhkan sementara waktu untuk diuploadnya.

Terima kasih kepada setiausaha aku... Ustaz Faizal yang banyak membantu dalam usaha mempertingkatkan lagi pengurusan dan mengemaskini segala bagai fail Unit ICT.

Minggu nie sedihnya sebab aku telah dihalau... segala barang aku yang berada di bilik GPM ... telah dihantar ke bilik baru aku di Siber Didik. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku memang tak ada tempat di bilik guru. Kekawan akan jumpa aku time sarapan pagi... tak pun waktu rehat di kantin. Jika tiada urusan.... memang aku jarang nak menjengah ke bilik guru... mahu pun ke pejabat.

Aku nie, sebenarnya dengan semua orang boleh masuk. Cuma di Siber Didik nie... hanya aku seorang je cikgu perempuan... yang lain cikgu lelaki... geng depa tu rajin melepak kat sini... ops... bukan melepak....nanti ada pulak orang salah anggap.... maksud aku duduk di sini, masa waktu free tu.

Aku tak kisah pun sebenarnya... tapi tu lah takut ada orang yang kisah. GB pun ada juga menyuarakan agar ajak sorang lagi kawan temankan aku.... he he he... sebenarnya tak jadi masalah.... sebab bilik nie, boleh dikatakan setiap waktu digunakan oleh cikgu-cikgu sama ada sesi pagi mahu pun sesi petang.

Dalam kerjaya menuntut banyak komitmen...
Ketekunan dan kesabaran akan membuahkan hasil...

PENGGUNAAN PAS KELUAR

Sejak penggunaan pas keluar mula diperkenalkan... keadaan keluar masuk murid agak terkawal. Setiap orang guru telah dibekalkan dengan 2 keping pas keluar. Ini bermakna dalam satu masa, hanya 2 orang murid sahaja yang akan dibenarkan keluar.

Lagi satu, dengan adanya nama guru pada pas berkenaan memudahkan lagi guru lain mengetahui guru mana yang memberi kebenaran kepada murid berkenaan keluar.

Tahniah kepada Ajk Unit Keselamatan kerana berjaya menyediakan pas keluar ini. Diharap dapat diteruskan hingga ke akhir tahun nanti.

Kemenjadian murid...
Menjadi tanggungjawab kita bersama...

BAHASA MELAYU BAHAGIAN B

Aku menulis hanya sebagai perkongsian... sekiranya pembaca fikirkan baik boleh lah guna dipakai... sekiranya tidak abaikan saja. Aku bercerita berdasarkan pengalaman mengajar kelas hujung. Aku tak kisah orang beri kelas hujung... pada mulanya memang tension bagat... sebab kita nie suka meletakkan target yang tinggi. Hakikatnya mereka tak mampu untuk mencapainya.

Pengalaman semalam mengajar aku agar lebih peka dengan kemampuan anak murid dan mengajar mengikut kemampuan mereka. Mengajar mereka nie menuntut kesabaran yang tinggi. Aku nie, bukannya jenis sabar... tapi terpaksa lah.

Kelas hujung nie... bahagian B memang susah nak ajar... tapi kita jangan terus abaikan mereka nie. Kita perlu bantu mereka. Selalunya apa yang aku buat... aku sediakan karangan yang sudah lengkap.

Langkah 1
  • Mereka akan baca bersama-sama. Ada sesetengah tu, merangkak lagi membacanya. Apa yang penting kita sentiasa suruh mereka membaca.
Langkah 2
  • Keluarkan apa yang terdapat dalam setiap perenggan. Contohnya dalam pendahuluan untuk karangan jenis laporan. Murid dibantu untuk mengeluarkan maklumat yang ada dalam bentuk kata kunci. Contohnya, tempat, bila, siapa yang terlibat....
Langkah 3
  • Mereka akan salin semula karangan berkenaan. Tekankan kepada murid, jangan buat kesalahan. Pastikan mereka menyalin dengan betul terutama ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil.
Langkah 4
  • Menggunakan karangan yang sama, kita boleh minta murid menukar laporan tersebut. Kalau contoh karangan laporan mengenai Hari Sukan. Mungkin kali nie cikgu minta murid membuat laporan mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan.
Murid kelas belakang nie.. kalau mereka dapat buat... punya lah seronoknya. Mereka nak buat sendiri memang tak ada lah. Aku buat cara tu... Alhamdulillah separuh jugak kelas aku lulus BM penulisan. Ikutkan target memang nak luluskan semua. Tapi apa kan daya. Tak mampu den.

Bagi mereka yang mengajar kelas biasa lain caranya pulak. Kita akan target murid nie dapat cemerlang. Bagaimana caranya:

  • Guru perlu dedah kepada murid dengan pelbagai soalan karangan mengikut jenis karangan.
  • Dedahkan semua jenis contoh karangan. Selalunya kawan aku nie... dia kumpul contoh karangan dalam didik dan fotostat untuk semua murid. Ini penting sebagai rujukan kepada mereka.
  • Kuasai semua jenis format karangan. Beza dengan kelas hujung. AKu ajar karangan jenis cerita je.
  • Kaitkan tema karangan dengan pelbagai jenis karangan yang berkaitan. Contohnya, tajuk Hari Sukan. Kita boleh ajar buat dalam bentuk laporan, catatan, cerita dan sebagainya.
  • Banyakkan aktiviti mencari isi karangan. Selalunya aku dah sediakan peta konsep yang kosong dan minta mereka mencari isi secara berkumpulan. Kita boleh buat semasa kelas malam atau pun kelas hari Sabtu.
  • Hasil karangan murid yang cemerlang boleh dijadikan contoh kepada rakan yang lain. Mungkin kita boleh minta murid salin karangan terbaik tersebut.
  • Minta murid membaca contoh-contoh karangan. Kalau cikgu rajin sediakan dalam bentuk buku atau pun minta murid membeli buku contoh karangan. Satu karangan sehari.
  • Hafal kata-kata pendahuluan dan penutup beberapa karangan. Supaya mereka ada idea untuk membuat penutup dan pendahuluan dengan baik.
  • Banyakkan latihan membina ayat berdasarkan isi-isi yang dibincangkan.
  • Adakan latihan membina rangka karangan supaya mereka mahir dan mampu membuat rangka sebelum membuat karangan yang lengkap.
Guru yang berkemahiran...
Memudahkan pengajaran dan pembelajaran....

Wednesday, January 26, 2011

RANCANGAN TAHUNAN

Perancangan Tahunan bagi setiap mata pelajaran perlu ada... penting tu... kalau tak ada macam mana nak buat RPH (rancangan pengajaran harian ).Perancangan Tahunan nie sebenarnya perlu ikut takwim sekolah masing-masing.

Aku sebenarnya begang jugak... bila ada sesetengah pihak tu... bukan main sombong lagi dengan apa yang mereka miliki. Oleh kerana ada seorang rakan kami minta soft copy daripadanya... kecoh satu sekolah.... siap call PK tu... nak beritahu yang cikgu sekolah nie pe sedut kat sekolah dia. Kalau ko rasa hebat dan terbaik... terpulang lah. Tapi aku tetap akan cakap sekolah aku yang terbaik.

Setakat kekawan nak minta bahan yang boleh dikongsi tu... aku beri je.... bukan untuk orang lain pun... untuk membangunkan generasi kita jugak. Nasib baik lah aku tak ada kawan yang kedekut macam tu.

Kepada kekawan yang masih mencari format Perancangan Tahunan boleh le tengok kat sini. Setiap tahun kami akan agihkan tugas untuk membuatnya. Format kami ikut yang telah disyorkan oleh jemaah nazir.

Jangan lupa...
Hari nie kita berada di atas.... esok lusa tak tahu lagi...
Bukan apa, takut tak ada orang nak bantu....
Dek kerana perangai kita yang bongkak dan sombong tu...

Tuesday, January 25, 2011

HUTANG TERTANGGUH SEKIAN LAMA

Alhamdulillah, hari nie aku dah pun buat tempahan tempat untuk Hi-tea di Hotel Quality Shah Alam pada hujung minggu nie. Aku anggap macam hutang lah... bila dah niat tu kita kena tunaikan. Nie ceta tahun 2004, baru tahun nie aku dapat ditunaikan. Itu pun setelah segalanya selesai sepenuhnya dan kebetulan kekawan pun ramai yang berkelapangan pada minggu nie. So terus je lah on. Tak ada apa nak ditunggu lagi.

Kepada kekawan yang terasa mereka tidak diajak... aku minta maaf. Mereka yang dijemput nie sebenarnya terlibat secara langsung dalam kes perbicaraan dan banyak membantu aku. Mereka lah ke hulu ke hilir bersama dengan aku... mencari peguam, temankan aku ke sesi perbincangan dan sesi perbicaraan yang berpuluh kali tu.

Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat... tertamanya Kak Ros, Kak Az, Kak Ana, Kak Shu dan Sue. Sebenarnya ramai lagi kekawan yang membantu secara tak langsung, terutamanya memberi sokongan moral kepada aku.

Terima kasih juga kepada Ustaz Harun yang bersusah payah kerana aku. Menguruskan temu janji untuk berubat dan sentiasa bertanya tentang perkembangan. Alhamdulillah, kesihatan aku bertambah baik. Betul kata ustaz, orang lain hanya boleh membantu kita 30% sahaja... lagi 70% kita perlu berusaha sendiri.

Jangan mengharapkan orang lain tolong kita....
Kita perlu tolong diri sendiri...

Sunday, January 23, 2011

PERBELANJAAN SEBULAN

Boleh dikatakan setiap bulan kita memperuntukan sejumlah wang untuk perbelanjaan keluarga mahu pun untuk diri sendiri bagi yang belum bekeluarga. Pernah tak kekawan kira atau pun catat berapa perbelanjaan sebulan???? setelah ditolak semua perbelanjaan... ada berbaki lagi ke duit kita???

Aku bukan pakar kewangan pun... nak bercerita pasal kewangan... just sembang-sembang je. Dulu masa belajar memang cita-cita nak jadi akauntan sebab gaji lumayan. Tapi cita-cita ku terpaksa dikuburkan... sebab prinsip akaun dapat F.

Apa benda yang kita belanjakan setiap bulan.

SEWA RUMAH
  • Sewa rumah nie bergantung keselesaan. Nak tinggal tempat selesa terpaksa bayar lebih. Kalau di Sungai Buloh nie... rumah kampung pun sewanya RM450.
ANSURAN KERETA
  • Kepada mereka yang dah habis bayar tu tahniah le.. tapi mana ada orang yang habis bayar keta duduk diam je. Confirm buat hutang baru. Katakan lah bayar keta tempatan pun dah mencecah RM600. Itu kalau keta Pesona. Kereta Viva yang comel tu... dah cecah RM4++.
PERBELANJAAN DAPUR
  • Agak berapa ya??? aku dah lama tak beli barang dapur nie. Aku memang makan kat luar. Sebulan makan biasa-biasa je dalam RM450. Kalau sedap sikit mahu meningkat lagi.
MINYAK KERETA
  • Minyak nie bergantung jarak perjalanan. Aku memang jenis kaki jalan. Sebulan untuk minyak kereta sahaja dah mencecah RM300. Service kereta sebulan setengah sekali. Mana taknya seminggu je dah mencecah 500 km lebih. Tambah dengan penyelenggaraan kereta.... kita baca lah sebulan RM200.
SEGALA MACAM BIL
  • Bil phone, bil elektrik, bil air, bil tenet, bil astro ... ada lagi tak bil lain.... rasanya tu je kot.... Nasib baik le kat umah nie tak pasang astro.... tu pun ada 3 akaun astro. Bil air dan elektrik tak kena bayar. Selamat. Tinggal bil brokebeng RM100 yang line slow macam kura-kura tu. Tak ada susah jugak nak buat keja. Bil phone, RM 100 sebulan. Tapi mewah bersembang dengan yang tersayang. Tu yang bujang RM200. Nie umah tak ada air-cond. Kalau ada masak aku.
INSURANS
  • Kena ada jugak. Nanti berlaku apa-apa hal... siapa yang susah. Kita jugak yang susah. Paling murah pun mahu puluh ringgit. Kalau yang ada medical card tu seratus lebih. Kita baca lah RM150 sebulan.
PERBELANJAAN PERIBADI
  • Nie termasuklah nak pe poyo-poyo tengok wayang. Nak beli bedak lah... nak tukar baju baru le... nak beli bahan bacaan dan segala macam. Agak berapa ye.... aku letak lah dalam RM300. Mungkin tak sampai... dan mungkin jugak lebih.
SIMPANAN
  • Ada buat simpanan ke??? jangan terlepas pandang. Tak dapat banyak.... dapat simpan sikit jadi lah. Jangan penat-penat simpan.... lepas tu masuk skim cepat kaya... nanti jadi macam aku. Sekarang datang apa skim pun aku tak layan. Kawan ke siapa ke yang pujuk minta maaf. Aku serik. Tapi ada hikmah tu.. jadi macam tu kat aku. Mengajar aku supaya lebih berhati-hati. Nasib baik bukan duit pinjaman. Kalau tak... dok bayar hutang je le...Katakan sebulan kita simpan dalam RM100.
LAIN-LAIN PERBELAJAAN
  • Ikut keperluan. Contohnya percutian, party hu hu hu... tak pernah aku buat nie. Setakat belanja kawan makan tu ada lah.
JUMLAH
  • Jumlah perbelanjaan yang aku kira boleh tahan jugak... banyaknya. Dah mencecah RM2750. Perbelanjaan wajib tu. Kalau termasuk hutang pinjaman peribadi dan segala bagai tu.... mahu negatif
Mereka akan berjaya...
Jika mempunyai disiplin diri yang tinggi...

DIRIKU DIHUBUNGI

Bila dirimu dilanda masalah...
diriku kau hubungi...
Bila dirimu mendapat berita gembira...
diriku kau hubungi...

Aku hargai kepercayaanmu terhadapku
untuk berkongsi suka dan duka.

Diriku dihubungi walaupun berada dikejauhan
beribu batu...
sekali pun merentasi lautan China Selatan

Tanda ingatan mu terhadapku...
Aku amat hargai...

Friday, January 21, 2011

LARANGAN GURU KERJA SABTU

Hari nie semua orang bercerita mengenai 'Larangan Guru Kerja Sabtu'. Memang patut kita tahu apa saja yang berkaitan dengan kerjaya kita. Sama ada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan.. mahu pun isu-isu terkini.

Aku berkesempatan jugak lah menjengah di portal harian metro online. Baca tajuk je, memang semua orang akan berasa seronok. Sebab ingat lepas nie hari Sabtu cuti, seperti mana kakitangan kerajaan yang lain. Tapi sebenarnya kita masih boleh dipanggil 2 kali dalam sebulan.

Bagi aku, mereka yang cintakan kerjayanya tidak pernah merungut jika dipanggil hadir bekerja pada hari Sabtu. Malah ada guru yang bekerja pada hari Ahad untuk melatih murid bermain bola sepak, mengadakan kelas tambahan dan sebagainya. Apa yang mereka lakukan, sebenarnya tanpa bayaran pun. Tapi dek kerana minat mereka sanggup lakukan tanpa mengira masa.

Aku puji lah ada sesetengah Guru Besar yang membenarkan guru mereka menghadiri kelas PJJ pada hari Sabtu... walaupun pada masa yang sama sekolah ada mengadakan program. Tapi ada juga sesetengah GB yang menggunakan kuasa yang dia ada untuk menghalang guru menghadiri kelas PJJ.

Bagi aku, apa lah gunanya sambung belajar jika... tidak dapat menghadirkan diri ke kelas. Alasan aktiviti sekolah perlu diutamakan. Padahal yang sambung belajar dalam sesebuah sekolah berapa kerat lah sangat. Input terkini yang disampaikan oleh pensyarah ini lah yang kita perlukan untuk memertabatkan lagi sistem pendidikan kita.

Kita nak guru mahir dengan segala perkara baru dalam pendidikan. Tapi kita tidak mengkaji kekangan yang mereka terpaksa hadapi dalam mengejar segulung ijazah. Terpaksa berdepan dengan pentadbiran yang sentiasa memberi tekanan. Mengugut itu dan ini. Bertuah bagi rakan guru yang mempunyai GB yang memahami.

Ada yang bersuara lantang... buat apa hadir ke kelas... kan ada modul. Apa yang terkandung dalam modul kita memang boleh baca sendiri. Tapi input daripada pensyarah tu cukup bermakna.

Guru yang berilmu...
Harapan negara untuk melahirkan genarasi berilmu...

Wednesday, January 19, 2011

SUBJEK BAHASA MELAYU

Hari nie entry aku agak diluar sikit daripada kebiasaan. Selalunya entry entah aku merepek sana.. merepek sini. Tapi kali nie, lepas je sembahyang Subuh terbuka pulak pintu hati nak berkongsi dengan kekawan. Kalau pun kita nie bukan cikgu... mungkin ibu bapa yang tersinggah ke sini dan terbaca boleh lah gunakan sikit pengalaman aku nie untuk ajar anak di rumah,

Aku bukan lah hebat pun dalam mengajar subjek Bahasa Melayu nie. uru Diploma je... sedih je bunyinya. Tapi aku ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Aku masih lagi belajar daripada kekawan di sekolah nie dan jugak kekawan di sekolah lain demi meningkatkan prestasi Bahasa di sekolah. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada Kak Anizah Ahmad yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku... kepada Cikgu Rozamruni dan Cikgu Mohd Noor Yunus.

Bahasa Melayu Penulisan nie sebenarnya ada 3 bahagian. Bahagian A membina 5 ayat berdasarkan bahan ransangan. Bahagian B karangan dan Bahagian C Nilai Murni berdasarkan petikan yang diberi.

Hari nie, aku nak kongsi dengan kekawan Bahagian C je dulu. Aku anggaplah kita nie baru nak perkenalkan kepada murid Tahun 3. Tahun 3 dah ada Bahagian C... cuma ulasan tu simple sahaja.

  • Kita perkenal Nilai Murni yang asas je dulu. Aku selalunya ajar kelas hujung so.... standard mereka nie faham-faham lah. Kita kena pandai mengenal pasti tahap kemampuan anak murid kita. Kalau kita letak target tinggi... kita juga yang tension. Tu yang suara naik... darah pun naik.

Baik hati, berdikari

Hemah tinggi, menghormati

Kasih sayang, keadilan

Kebebasan, berani


Kebersihan, kejujuran

Rajin dan bekerjasama

Kesyukuran, sederhana

Bersemangat, patriotik


Nie lagu.... so murid nie kalau lagu je... cepat dapatnya.

  • Cikgu senaraikan seberapa banyak ayat yang mengandungi nilai murni, situasi di persekitaran mereka je dulu..... Contoh, Setiap pagi murid membersihkan kelas. Beri ayat-ayat mudah je dulu. Bagi mereka seronok. Suruh mereka kenal pasti nilai yang terdapat dalam ayat tersebut.
  • Kemudian perkenalkan kata kunci. Ini penting untuk membuat ulasan. Beri yang mudah je...supaya mereka senang diingat.
Pertama kita hendaklah...
Kita haruslah...
Kita patutlah...
Kita mestilah...
Akhir sekali kita perlulah...

  • Murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan menggunakan kata kunci diatas.
  • Sekiranya murid kita telah menunjukkan peningkatan..... kita boleh lah mula memperkenalkan Nilai Murni yang seterusnya. Ulasan untuk nilai murni yang diberi mestilah berdasarkan petikan yang dibaca. Jangan sesekali menggunakan ulasan yang tidak berkaitan dengan petikan. Nie aku link Nilai Murni untuk kekawan. Print je... dan fotostat beri kepada murid. Mereka boleh guna sampai darjah 6. Insya Allah.
  • Nilai Murni.
Aku mengajar kelas hujung, nilai murni dan kata kunci aku suruh mereka menyanyi... mereka akan menyanyi sebelum aku keluar kelas. Aku nak keluar je... ada je murid yang tolong ingatkan... "cikgu nyanyi" punya lah seronok murid nie kan. Walaupun mereka nie kekadang susah nak memahami maksud nilai murni tersebut. Jika setiap hari jumpa ayat yang mempunyai nilai murni... mereka akan dapat. Cikgu kena sabar lah sikit.

Guru yang garang...
Sebenarnya mereka nak yang terbaik...

Friday, January 14, 2011

MESYUARAT AGUNG MASTANA

Esok akan diadakan Mesyurat Agung Mastana di Dewan Bioteknologi, SK Seri Pristana bermula jam 2.00 petang. Ikutkan hati memang nak hadir. Tapi.... terlibat dengan program motivasi di sekolah lah pulak. Apa boleh buat kan. Apa yang dibincangkan memberikan kebaikan.... aku setuju je. Dalam keadaan macam nie, terpaksalah buat pilihan.

Rasanya dah sepatutnya penduduk Mastana bersatu dalam menangani masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi. Hari nie pun ada kes pecah rumah.... lorong belakang rumah aku.

Jika kita bersatu sebenarnya tak rugi.... banyak perkara dapat dilaksanakan. Masalah nie perlu di atasi dengan segera .... jangan nak tunggu nyawa melayang baru nak bertindak... masalah ini dapat diatasi jika semua penduduk bersetuju adakan pengawal keselamatan 24 jam. Dalam satu masa perlu ada 2 orang. Jadi seorang boleh jaga pintu masuk dan seorang lagi boleh meronda. Setiap keta penduduk jugak perlu tampal stiker... so susah sikit keta orang tak kenal masuk. Boleh masuk... tapi kena lapor lah dulu.

Lebih baik ambil orang tempatan... tak kisah lah bayar lebih sikit. Lagi satu perlu pasang geriji lorong belakang. Kebanyakkan umah yang dipecah masuk ikut pintu belakang. Lagi satu, masuk ikut rumah yang tidak berpenghuni.

Tuesday, January 11, 2011

PROGRAM AWAL TAHUN

Rasanya sekolah mana pun, awal tahun nie sibuk dengan meeting. Semalam meeting Unit Peningkatan habis pukul 3.00 petang. Banyak program dibincangkan untuk mempertingkatkan prestasi UPSR. Layan je lah walaupun dah kepenatan.

Hari nie meeting lagi... untuk Unit Perpustakaan pulak. Pukul 2.30 petang baru selesai. Nak tak nak.... ari nie kena pe buat alignment dan balancing tayar. Dah teruk sangat... drive pun macam tak kena je. Ting tong..ting tong dengan adjust camber 4 tayar... melayang jugak le ari nie RM129.

Aku punya Unit minggu depan le meeting. Tak bernafas dah nie. Azam nie, nak memastikan unit aku dapat memberi sumbangan kepada warga sksb. Penat....tido awal lah. Esok pelawat nak datang.

Friday, January 7, 2011

SUMBANGANKU TERLALU SEDIKIT

Hari ini, merupakan kali kedua aku ke PNB Darby Park atas urusan kawan aku. Alhamdulillah kami sampai awal seperti yang dijanjikan. Sesampainya di sana, kami terus ke bilik meeting. Di situ telah tersedia sebuah notebook dan menual untuk login. Apa yang kami kena buat nie????

Sebenarnya aku pun tak sangka, yang kami nie diberi kepercayaan untuk meneliti perisian yang bakal memberi panduan kepada rakan-rakan guru. Kami diminta untuk meneliti perisian mengikut kesesuaian sistem pendidikan kita dari segi isi kandungan dan bahasa yang digunakan.

Secara peribadi aku memang tertarik dengan persembahan grafik yang cukup menarik bagi merangkan konsep sesuatu tajuk. Penerangan dan contoh yang disediakan sangat bersesuaian dan mudah difahami oleh murid.

Aku berharap sangat pihak berkenaan dapat bertindak dengan cepat agar guru-guru dapat menggunakannya bagi memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, perisian ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban guru. Aku tidak perlu lagi tercari cara yang perlu digunakan untuk menerangkan konsep. Ini kerana segalanya telah diterangkan dengan jelas.

Bukan itu sahaja, perisian ini dapat memudahkan kekawan kerana tidak perlu mengangkut BBB.....kekawan hanya perlu membawa perisisan ini untuk mengajar topik yang susah. Seperti mana yang kita sedia maklum... bagi menerangkan konsep merupakan perkara yang amat sukar. Semua guru boleh mengajar... tapi bukan menerangkan konsep. Salah konsep... salah lah pemahaman seseorang murid tu. Itu lah perkara yang paling guru-guru takut.

Perisian ini bukan sahaja bersesuaian untuk guru Matematik yang baru, tapi lebih tepat lagi... sangat sesuai bagi semua guru Matematik. Sebenarnya sumbangan aku terlalu sedikit dalam membangunkan perisian ini. Tetapi aku lebih gembira.... sekiranya, dengan terhasilnya perisian ini dapat membantu kekawan dalam mendidik anak bangsa untuk memudahkan pemahaman mereka.

Perisian itu akan terbukti dapat membantu...
Jika dapat memudahkan pemahaman sesuatu yang baru...

MASALAH KERETA, MASALAH BESAR BAGIKU

Semalam lepas sekolah aku berkejar ke Setia Alam... dengar macam jauh. Tapi perjalanan tak sampai setengah jam je... jika menggunakan high way NKVE.... dah lama sebenarnya keta aku nie tak pecut laju.

Kebetulan line clear, aku test lah power sikit... bunyi semacam je kat belakang. Nie mesti bearing belakang. Kalau ikutkan baru je ari tu aku tukar. Tak sampai setahun pun. Tu lah bahananya, jika guna spare part murah. Moral of the story... jangan fikir murah... tapi fikirkan keselamatan kita tu lebih penting.

Ari nie ada masa, aku minta tolong member aku nie repair.... Itu pun kebetulan aku ke KL guna keta kawan aku... so member nie tak le terkejar-kejar sangat. Untung jugak bengkel dekat dengan sekolah.... senang banyak aku. Siap je repair.... member nie terus hantar ke sekolah. Aku balik dari KL tadi...keta dah siap. So tak ada lah nak menunggu. Kawan yang aku percaya, boleh le tak tunggu. Kalau hantar kedai lain... aku sanggup tunggu sampai siap.

Ari nie aku tukar bearing belakang kiri dan kanan RM80 x 2 = RM 160. Upah RM 40. Aku tukar sekali drive shaft sebelah kiri... reganya RM 180. Upahnya pulak RM20. Minyak gear box RM50. So total ari nie, RM450. Wah boleh tahan jugak keta aku nie... bulan nie je RM 650. Pendek kata sama je dengan orang yang ada anak bersekolah.... kering bulan nie. Dah le gaji tahun nie semuanya last day setiap bulan.

Aku puji keta WKD nie... rosaknya di tempat yang tak menyusahkan aku. Pandai pulak rosaknya time aku ada je duit masyuk. Nie pun kita rezeki jugak kan. Bagi aku kereta nie kena jaga betul-betul. Service mesti kena ikut masa. Kalau rosak tengah jalan lagi susah.

Tadi drive baru best sikit. Tapi nak best lagi kena pe buat alignment dan belancing le. Nie rasanya kena tunggu gaji le gamaknya.

Kereta punya pasal jangan berkira...
Sumbangannya kepada kita tak terkira...

Tuesday, January 4, 2011

AKU SEORANG DRIVER

Malam tadi aku dapat sms daripada member nak ajak temankan dia ke KL... katanya nak jumpa dengan seseorang. Aku memang tak ada masalah, tapi nak tahu jugak... lokasinya di mana dan pukul berapa. Sebab malam nie, aku ada tuisyen anak jiran. KL nie kalau tak kena budget time... memang sangkut dalam kesesakan traffic lah...

So, lepas sekolah kami terus gerak ke tempat yang ingin dituju iaitu, di PNB Darby Park... nasib baik le tempat nie aku tahu. Time macam nie, rasa untung lah pulak jadi kaki jalan nie. Senang bila lain kali nak ke sesuatu tempat tu... sebab dah tahu.

Sampai di sana, kami menunggu di lobi hotel... aku cuak jugak lah, member nie nak jumpa dengan siapa kan..... Tut tut tut datang le seorang mamat nie... mamat nie bawa kami ke tingkat 6 bangunan tersebut. Rupanya kat dalam bangunan tu... bukan semuanya hotel.... rupanya ada juga ruang pejabat.

Sampai di pejabat berkenaan... terkejut lah jugak aku. Rupanya member aku nie nak jumpa, bukan calang-calang orang. Kami berdua disambut ramah dengan dua orang pekerjanya. Tidak lama kemudian baru lah muncul orang yang sepatutnya dia nak jumpa.

Pada asalnya aku hanya sebagai driver je.. temankan kawan aku yang tak tahu jalan dan tak pernah drive dalam KL.... ingat nak duduk diam je lah.... tapi dah jenis suka bercakap nie payah nak duduk diam. Akhirnya.... aku menyampuk lah jugak... mungkin benda yang ditayangkan tu aku minat. Seronok dapat memberi idea dan komen.

Insya Allah peluang bertemua dengan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pendidikan ini aku akan gunakan untuk memberi sumbangan idea dan tenaga selagi mampu.

Hari ini aku melihat, jalan untuk mengapai impian semakin terbuka.... cuma tinggal sikit usaha yang berterusan bagi memastikan impian tersebut tercapai.

Terima kasih my friend kerana mengajak aku sebagai drive hari ini.

Peluang yang datang bukan selalu...
Peluang tersebut jangan biarkan berlalu...

Monday, January 3, 2011

MERAGAM HARI PERTAMA KERJA

Hari nie... hari pertama bekerja di tahun baru 2011. Bersemangat berkobar-kobar... sampai tak lena tido aku dibuatnya. Pukul 3.00 pagi terjaga.... pukul 4.30 pagi terjaga... pukul 5.30 pagi jam aku berbunyi... terus bangun.

Tapi lain pulak time balik. Kali pertama keta aku mati.... start hidup. Bergerak tak sampai 100 meter mati lagi. Aku start hidup lagi kali kedua.... masuk kali ketiga start langsung dah tak hidup. Padahal dah tak jauh pun dari umah aku. Aku parking je tepi jalan tu.

Nasib baik lah ada jiran aku datang jemput. Penat jugak kalau nak tunggu member aku datang. Mesti lambat sampai...aku dah call member nie... dia pulak ada customer. So lebih baik aku lepak kat umah je dulu.

Keta aku nie dah 2 kali tukar thorttle body... tapi masalah masih sama... mati sesuka hati mak nenek dia je. Member aku dah cakap... kalau mati lagi. Bukan masalah thorttle body. Kali nie mati terus. Start pun dah tak moh hidup. Sekali, tukar sensor je...start terus hidup.

Sensor nie sebelah teming bell. Lama jugak lah member aku nie memasangnya. Sebab kedudukannya tu terselit sikit. Sempat lagi member aku nie bergurau....
"Keta ida nie rindu kat apis"

Harga sensor nie RM180.
Upah... kawan punya pasal... member nie tak nak ambil.

Kereta rindu kat pomen tak pe... jangan orangnya sudah le. Esok masin mulut kekawan yang selalu dok menyakat ko... sangkut betul jenuh.

Apa pun... terima kasih bebanyak apis sebab sanggup datang. Dah le ari pun tak upah... so ari nie aku nak belanja makan.... member nie nak minum je.... aduh nie nak kena belanja lain... he he he.

Kerana terlalu sayang...
Aku sanggup bersusah payah...

Sunday, January 2, 2011

PASAR PAGI DI SHAH ALAM

Hari nie bangun awal dari kebiasaan... maklum lah cuti lama kan... liatnya nak bangkit. Tapi gagahkan jugak le sebab nak pe pasar pagi. Dah agak lama aku tak ke sana. Sambil bersiap tu.. sempat lagi aku ajak member aku nie join sekali... Bukan apa, saja nak suruh dia rasa seronoknya ronda di pasar pagi nie.

Member aku nie... nama je anak jati Selangor... duduk kat Klang je. Padahal bukan jauh pun dari Shah Alam tu. Tapi nak pe pasar pagi pun tak tahu. Dia tahu sampai bulatan Masjid Negeri je. Terpaksa lah aku beri arahan. Kami nie dah macam terbalik lah pulak.... macam aku pulak orang Selangor... dia orang Pahang. Aku ceruk mana tak redah. Sesuai lah dengan gelaran kaki jalan.

Pasar pagi nie diadakan pada setiap pagi Ahad, seawal jam 7.00 a.m sehingga lah pukul 12.00 p.m bertempat di tempat parking kereta Stadium Malawati. Sesiapa yang berpeluang datang ke Selangor nie... rugi sesangat kalau tak singgah di pasar pagi.

Kat sini yang seronoknya apa je kita nak semua ada....
nak beli keta...ada
nak barang basah... sayur, ikan, daging....ada
nak beli kain baju...ada
nak makan... macam-macam ada.... cakap je nak makan apa
nak beli anak benih... ada
nak beli ubat akar kayu... ada
nak beli barang antik...ada.... nie yang aku suka pe sana.
nak apa lagi... cakap je.
nak beli anak ular pun ada... aku pun terkejut jugak... ada orang jual anak ular...
Rasa-rasanya ada ke orang nak bela anak ular ha....

Orang memang ramai. Parking kereta, kalau datang lewat memang kena menapak lah. Seronoknya datang awal...boleh pusing semua sebelum matahari meninggi... nanti panas pulak kalau dah tengah hari. Makan masa jugak nak menghabiskan keliling pasar pagi nie....kawasan pasar nie luas.

Aku memang tak larat nak pusing habis. Tadi sambil menunggu member nie sempat lah aku pusing 4-5 baris je dah kepenatan. Perut dah berbunyi sebab belum sarapan. Janji dengan dia nak sarapan sama. Member nie sampai je... kami terus je pe sarapan. Kami makan nasi ayam. Terus makan berat tu...

Aku sempat jugak sambar buluh nie... seikat harganya RM20. Aku nie, minat lain sikit. Sentimental value punya orang. Nasib baik lah tak minat membela binatang yang pelik-pelik macam dalam cerita putera katak tu.... kalau tidak lagi parah. Aku setakat bela ikan ada le... Sebenarnya takut jugak mengangkut buluh nie... takut ada yang kat hutan tu ikut. Jenuh aku.... malam-malam duduk menangis. Kalau mimpi putera raja tak pe jugak.

Buluh yang aku beli tadi... dah selamat diletakkan dalam tempayan tu. Nampak cantik sikit dengan pertambahan 5 batang buluh. Makin berseri le sikit sudut tu... biar lah orang tak puji pun... aku punya rumah suka hati aku lah nak buat macam mana pun... nak letak buluh ke??? nak letak kayu ke??? Tempayan tu, aku angkut dari kampung... tempayan mak aku. Baru-baru nie aku nak angkut lah sebiji lagi....tapi sayang dah pecah, sebab dilanggar oleh lembu yang masuk ke kawasan umah mak aku.

Salah satu tempat yang perlu dikunjungi...
Jika anda ke negeri Selangor...

Tak semua tempat pasarnya sebegini luas...
Pelbagai barang boleh didapati di sini...

BARANG ANTIK

Rezeki aku hari nie... tak sia-sia bangun awal untuk ke pasar pagi. Sampai di satu gerai nie aku begitu tertarik dengan barangan yang dijual. Aku buka mulut untuk bertanya harga set tembaga nie. Dalam kekalutan menyusun, dan kebetulan tanda harga pun tak ada.. mak cik nie tersebut lah RM.... nak beritahu ke harga nie.... tak yah lah kot. Aku memang dah tertarik dengan harga tu... nie peluang. Kat tempat lain memang tak dapat harga nie... lagi pun dah susah nak jumpa barang lama nie.

Set tembaga nie ada 6 anak... satu ibu dengan alasnya sekali.

Ini merupakan barangan tembaga pertama dalam koleksi aku.... sampai je umah... aku dah tak sabar-sabar nak snap gambar dan buat post. Bukan apa, selalunya bila dah banyak ari... malas dah nak buat post.

Bertambah bersemangat lah aku nak beli almari display.... simpan dalam almari kurang sikit berhabutnya. Harga asalnya RM180.... oleh kerana mak cik tu tersalah cakap... RM150 dan aku pulak customer pertama dia... so dia berilah dengan harga tu. Rezeki aku ari nie.

Barang lama ada nilai estetikanya...

Saturday, January 1, 2011

MENANAM AZAM MENJELANG TAHUN BARU

Kalau ikutkan, azam tahun lepas pun banyak jugak yang belum tercapai. Apa pun yang tahun lepas aku perlu teruskan. Bagi tahun 2011 ada beberapa azam, dalam erti kata lain perancangan jangka pendek yang perlu dilaksanakan dalam tahun nie. Azam kita perlu ke orang lain tahu??? terpulang lah kepada individu tu sendiri. Aku nak beritahu.... bagi aku bila aku menaip saja... seolah-olah aku sedang berbual dengan seseorang.

Azam aku tahun nie lebih fokus kepada Kerjaya supaya lebih baik dari tahun sebelumnya.

  • Tahun nie aku ajar Matematik untuk kelas peperiksaan. Aku target 100% lulus dengan pencapaian gred A seramai 20 orang dan selebihnya gred B. Mampu ke nak capai nie.... jika dapat dicapai, ini bermakna aku telah membuat rekod peribadi.
  • Ingin membangunkan unit ICT supaya dapat memberi manfaat kepada suruh warga sksb dan menyalurkan informasi terkini mengenai isu pendidikan.
  • Menyiapkan tugasan sebelum due... he he he he sebelum nie selalu je lewat. Dah naik nama.. baru terhegeh-hegeh nak buat. Pecah rekod tahun nie, semua setiausaha aku cikgu lelaki.
  • Ingin perbaiki lagi hubungan antara rakan sekerja supaya lebih baik. Walaupun tidak seperti sedia kala, sekurang-kurangnya mampu bertegur sapa.
  • Menggunakan waktu 7.40 a.m hingga 1.30 p.m sebaik mungkin. Menyiapkan semua kerja sekolah dalam waktu tersebut. He he he he he.... tahun nie berazam tak nak bawak balik kerja ke rumah. Ini bermakna, no fb, no ym dan no search yang bukan-bukan.
Cukup lah 5 azam untuk tahun nie. Sekurang-kurangnya aku cuba berusaha memperbaiki kelemahan yang ada untuk memantapkan lagi kerjaya aku sebagai guru.

Kita perlu tahu apa hendak dibuat...
Tanamkan azam, kuatkan tekad...