Sunday, July 29, 2018

JALAN-JALAN REHATKAN MINDA


 Sejak Tahun 2015, aku akan mengambil peluang untuk merehatkan minda setiap kali besday aku... 
menghargai diri sendiri...
dengan cara tersendiri...
mengikut kemampuan sendiri...

Tahun 2015 ke Krabi...
Tahun 2016 di rumah sebab mek mengerjakan umrah dan terpaksa bergilir2 menjaga anak buah yang dijaga oleh kakak yang sulung... yang turut serta mengerjakan umrah...
Tahun 2017 ke Kota Kinabalu...
Tahun 2018 ke Terengganu...


Aku telah membuat tempahan sejak tahun lepas lagi... Kali ini aku memilih penginapan 3 hari 2 malam di Sutra Beach Resort Merang, Terengganu. Pada tahun 2007, best friend aku kawin, aku hadiahkan penginapan untuk berbulan madu di sini. Masa tu tempat nie masih baharu. Dia berkali-kali puji tempat cantik dan pandai aku pilih. Sedangkan aku sendiri pun tak pernah sampai. Sebelas tahun kemudian baru aku berpeluang. Alhamdulillah rezeki.

Tempat nie semangnya cantik...
peenginapan yang cukup selesa dengan persekiran yang mendamaikan.
Memang susuai untuk santai2 dan rehatkan minda.
Pantainya pun bersih, tapi tak sesuai untuk mandi-manda... ombak besar belah pantai timur.

Kawasan sini senang nak cari makan. Sebelah petang kami ke Seberang Takir, misi mencari ikan celup tepung. Di sana memang syurga makanan laut pada waktu petang.

Tapi percutian kami silap time... minggu tu Terengganu cuti pada hari Ahad. Kebetulan di Stadium ada pesta. Keadaan penuh sesak di kawasan sekitar dengan pengunjung dari serata negeri.


Kami pergi bertiga je... Bawa anak buah supaya memudahkan kerja sebagai pemandu arah menggunakan google map. Mek join sama... dah lama dia tak berjalan. Niatnya nak memusing ke Kelantan, sambil menzirah kaum keluarga di Jeli, Gua Musang.


Mek dah berusia 76 tahun, masih diberi kesihatan yang baik dan masih boleh berjalan jauh. Dia seronok je dapat berjalan. Tapi biasalah orang tua, mesti ada perangai. Kena banyak sabar jaga orang tua. Orang yang pernah jaga orang tua tahu lah macam mana kerenah orang tua nie....



Anak buah aku nie, baru darjah 2... tapi boleh lah tolong tengokkan google map. Bagus dia, sepanjang perjalanan tak tido... memang dok meneman berborak. 


Next time, kalau ke Terengganu lagi... aku teringin nak pergi ke Pulau Perhentian... dapat trip balik ari pun seronok jugak. Bukan apa, sejak dua menjak nie seronok pulak pi pulau... padahal tak pandai pun nak snorkeling. 

Friday, July 27, 2018

PERCUTIAN KE SIAK

Baju sama tu... sempat je malam sebelum tu shopping kat Pekanbaru Mall.

Gambar nie sebenarnya pada bulan Disember tahun lepas. Baru sekarang punya masa untuk mengupdate blog yang dah lama ditinggalkan bersawang. Kami sempoi je... call tanya lebih kurang terus booking tiket... senang. Terus jadi. Kami pergi berlima... dua orang kawan tu bawa anak masing-masing. Kami suka percutian bajet je... janji dapat berjalan sudah.

Istemewanya Siak nie, cukup tenang dan bersih. Seronok kalau bercuti untuk rehatkan fikiran dan bersantai-santai. Sebenarnya, tak banyak sangat tempat yang menarik untuk dilawati.


Perjalanan dari Pekanbaru ke sini boleh tahan mencabar dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan lurus, tapi permukaannya yang kurang rata memang memenatkan. Orang kata, kalau cuba dulu baru tahu. Baru boleh kenal tempat orang.


Kami tidak bermalam di Siak, pergi hanya untuk pusing-pusing dan melawat tempat yang menarik dan pulang semula ke Pekanbaru. 


Salah satu mercu tanda di Siak. Jambatan yang cantik.


Masjid yang terdapat di tengah Kota Siak. 

Dah tak tahu nak tulis apa... sebab dah lama cerita nie.

Wednesday, July 25, 2018

CABARAN MEMANDU KE TEMPAT KERJA


Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi mendidik anak bangsa. Pada awal Julai aku dikejutkan dengan berita, mungkin gembira dan mungkin juga sedih kerana perlu berkhidmat di tempat lain atas alasan berlebihan guru. Aku terima berita berkenaan dengan hati yang terbuka. Mungkin ini adalah peluang untuk berhijrah. Penghijrahan itu sendiri sebenarnya bagus.

Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Melalui En. Rosli, aku digerakkan ke sekolah  yang baru. Cabaran tetap ada, di mana sahaja kita bertugas.


Di sini, cabaran paling besar ialah jarak perjalanan lebih kurang 46km sehala dengan laluan yang berbukit dan kawasan yang sangat berbahaya untuk kenderaan berat. Laluan berkenaan selalu berlaku lori muatan berat terundur ataupun terbalik. Perjalanan waktu pagi agak selamat kerana tiada kenderaan berat.


Waktu pulang cabarannya lori balak. Aku nie, bukan jiwa kental sangat nak memotong kenderaan panjang. Ikut lori muatan berat mendaki bukit paling menakutkan.