Tuesday, June 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SUHAIMI

Dah terlewat pun... tak kira lah... nak jugak abadikan gambar kahwin adik sorang nie dalam blog kesayangan aku... aku baru perasan kat fb... selepas isterinya upload gambar kahwin mereka... rupanya Mie ada jemput aku ke majlis dia... tapi pada tarikh tersebut aku ada satu lagi jemputan kenduri di Rembau...

Apa pun selamat pengantin baru kepada Mie dan pasangannya semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata... amin.

MENGAMBIL PELUANG, MENGISI MASA TERLUANG

Sebenarnya setiap orang mempunyai masa yang sama... tidak kurang dan tidak pula terlebih walau sesaat pun... cuma bezanya bagaimana seseorang itu mengurus masanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Kalau nak ikutkan, aku tak berkesempatan untuk membaca buku nie... aku hanya berada di rumah untuk berehat. Sebenarnya aku ada banyak komitmen dengan kerja-kerja yang aku lakukan.

Dalam kesibukan dengan pelbagai komitmen, minat aku untuk membaca tetap menebal... ada beberapa buah buku yang aku beli tapi belum habis dibaca... kebanyakkannya aku cuma membaca beberapa bab dan membiarkan di tepi tempat tidur... sekiranya aku tidak dapat melelapkan mata... aku akan mengambil peluang untuk membacanya.

Minggu lepas aku berkesempatan memilih 3 buah buku sebagai bahan santapan rohani... tak tahu bila lah... dapat menghabiskannya.
  • Kerana-Mu aku Berubah - (Ruhana Zaki)
  • Puasa Terapi Dalam Ibadah - (Agus Mustofa)
  • Nasib Melayu di Bumi Melayu - (Mohd Rdihuan Tee Abdullah)
Tadi aku sempat membaca 2 bab buku Kerana-Mu Aku Berubah... rasanya terlalu awal untuk aku membuat ulasan mengenai isi kandungan buku tersebut... lebih baik sekiranya kekawan mendapatnya di pasaran dan membaca isi kandungannya.

Friday, June 24, 2011

GAMBAR TERBARU HJ. MAJID

Dah agak lama aku tak snap gambar my family... gambar terbaru ayah aku... nie pun aku download kat fb sepupu... gambar nie semasa majlis akad nikah sepupu aku pada 10 Jun yang lepas. Ayah aku yang pakai serban tu.

Thursday, June 23, 2011

KAU MALU, TAPI AKU BANGGA

Semalam aku dapat sms daripada sorang kawan... kawan semasa sekolah... aku sama sekolah... sama kelas... dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah... seronoknya tak terkata apabila kawan hantar sms bertanya khabar...
"Idah sihat ke??? lama tak dengar berita, tengah mengajar ke?"

Aku tak balas sms, terus je call... tak angkat lah pulak. Mungkin sebab aku guna nombor lain... macam orang kaya je kan... phone sampai 2 nombor. Tak pe lah tak angkat... aku sms. Kemudian aku call... baru lah kawan aku nie angkat.

Aku pun beritahu lah aku sihat... masih lagi mengajar di Sungai Buloh dan sempat lagi menjawab soalan cepu emas... dalam dok sembang tu... sempat lah dia mencelah...

"aku nie sebenar nak minta tolong... tapi segan lah pulak... tak pernah-pernah sms... tetiba nak minta tolong baru sms"
Dalam hati, dia mesti dah tak ada tempat... nak minta tolong... tu sebab dia call aku nak minta tolong.

"ko nak minta tolong apa... kalau aku boleh tolong aku tolong"
Kawan aku nie pun bercerita lah panjang lebar. Kalau aku berada di tempat dia pun tertekan jugak. Siapa lagi yang dia boleh harapkan untuk menolongnya. Suaminya anak yatim piatu... dia pulak anak yatim. Adik-beradik dia memang semua dah bekerja ... tapi tu lah, untuk sara hidup sendiri lepas lah.

Aku memang tak ada duit simpanan... cuma secara kebetulan aku ada duit untuk bayar roadtax keta bulan 8 nanti... oleh kerana dia janji nak bayar bulan depan aku bersetuju nak beri dia guna dulu... kalau dia nak bayar sikit-sikit atau lewat memang aku tak boleh beri.

Lepas telefon diletak... aku mula teringat zaman sekolah... aku nie tak berapa pandai... dah tu pemalas... tapi satu perkara yang aku nak pembaca tahu... aku suka datang sekolah... sebab ada kawan... kerja sekolah memanjang tiru kawan... bagi aku janji siap... dah tu tak kena marah dengan cikgu... aku tak kisah betul ke... salah ke...

Salah sorang kawan yang selalu menjadi mangsa aku dia lah... dia takut dengan aku... aku nie brutal sikit... tak bagi lah aku pinjam... masak aku kerja kan... pepagi lagi dia dah sampai... aku pun datang awal gak... sebab nak meniru... lambatkan tak sempat siap... dia memang budak yang rajin... kerja sekolah memang sentiasa siap. Mungkin bukan rezeki dia... aku pun dah lupa SPM dia dapat berapa.

Lepas tamat sekolah... lama aku tak dengar cerita mengenai dia... last sekali aku dapat tahu dia kerja kilang sebagai operator pengeluaran di Selatan Tanah Air.

Bila dia minta tolong aku... rasa bangganya, sebab berpeluang tolong kawan yang pernah tolong aku masa belajar dulu... kejayaan aku hari nie, mungkin juga sebab dia yang rajin beri aku tiru kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selalunya aku tiru dia, subjek Bahasa Melayu... masa sekolah menengah aku membaca pun tak berapa lancar... kalau B. Inggeris aku tiru kawan sorang nie... sekarang dia pun cikgu gak. Aku nie kerja meniru je... tapi Matematik, aku tak tiru.. he he he.

Walaupun kau malu nak minta tolong dengan aku... tapi aku bangga dapat tolong kau. Sebenarnya kau lebih awal tolong aku... sebelum aku berada di tahap sekarang. Dah tiba masanya aku pulak tolong ko.

Insya Allah kalau aku terlajak ke Selatan nanti aku singgah umah ko. Ko kawan aku... sampai bila-bila pun ko tetap kawan aku.

Aku doakan semoga suami ko cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Sakit kena cari ubat...
Ada masalah kena cari jalan penyelesaian...

Tuesday, June 21, 2011

MENONTON FILEM 3,2,1 CINTA

Hari Ahad malam, sempat lagi aku bersama rakan sekerja pe menonton wayang... saja nak hilangkan stress dan kepenatan karnival sukan. Aku ceta apa pun layan je... kalau nak ikutkan cerita nie tak ada sorang pun pelakon yang aku minat... tapi layan je lah...sekali sekala layan cerita cinta best jugak.

Cerita nie ada sesetengah part tu memang celakar, romantis, sedih... member sebelah menangis.. nasib baik aku tak... Banyak juga, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton melalui cerita nie. Aku boleh beri 3 bintang. Nak tahu best ke tak... kena layan.

Sunday, June 19, 2011

KONVOKESYEN OUM KE 10

Tahniah kepada kakak Asmida dan rakan-rakan yang lain... berjaya menamatkan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di OUM. Kalau ikutkan ramai jugak kekawan yang konvo pada Majlis Konvokesyen OUM ke 10 nie.

Saturday, June 18, 2011

KARNIVAL SUKAN PERMAINAN SKSB

Setelah seminggu bertungkus lumus... tiba lah hari yang dinantikan. Semalam telah berlangsung karnival sukan permainan sksb 2011 bertempat di padang sekolah. Kemeriahan jelas kelihatan dengan sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga.

Rumah Bendahara menjadi Juara pada tahun ini... Naib Juara Rumah Laksamana dan tempat keempat Rumah Temenggong. Keputusan awal, Rumah Temenggong di tempat ketiga.. tetapi mendapat bantahan daripada pengurus peserta Rumah Laksamana dan terpaksa tolak 5 mata daripada Rumah Temenggong, so keputusan muktamat kalah 1 mata dengan rumah Panglima.

Aku sebagai ketua statistik, memang dah bersedia. Dah ada pengalaman, pernah kekawan mempertikaikan pemilihan olahragawati dan olahragawan yang telah aku buat... adat lah kan... kat mana pun kita akan jumpa rakan yang tak puas hati. Aku hanya menjalankan tugas yang diberi... kalau patut tolak... kita tolak... begitu lah sebaliknya.

Bersemangat, kalau bab sukan... seminggu sukan sampai waktu rehat... aku tengok kat tapak perhimpuan penuh je... boleh dikatakan kedatangan setiap kelas penuh... rupanya murid kita nie minat bersukan...

Pasukan Bola Baling, bersedia memikul tanggungjawab untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

Murid-murid Pra Sekolah, bersedia menunggu giliran untuk mengambil hadiah. Sebenarnya baju berwarna orange nie nampak ceria.

Nie gambar yang disnap oleh laki kawan aku... aku pun tak perasan time bila dia ambil... malam tadi aku tengok dia dah tag kat fb. Aku bersama dengan juru acara karnival sukan permainan tahun nie.

Kerja aku senang je... susahnya bila ada bantahan... sebenar semalam bukan salah aku pun... salah pengadil... dia tersalah catat keputusan... tapi yang nak kena menjawab aku lah. Aku suka je keja nie tak perlu berjemur di tengah panas... ramai kekawan ingat aku tak datang... sebab mereka tak nampak aku... so tak ada lah aku sun burn... kalau tak, mahu terkejut si dia ari nie... kalau ada rezeki ari nie, dapat lah keluar, boleh teman si dia berbuka puasa sekali... semuanya bergantung flight si dia dari Indonesia.

Tuesday, June 14, 2011

PENGINAPAN UNTUK PERCUTIAN

Malam nie aku menjelajah dari Kuching... ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Kuala Terengganu mencari penginapan untuk percutian akan datang. Bukan apa, senang booking awal... tiba masanya nanti dah tak perlu fikir.

Ingat di Kuala Terengganu nanti nak menginap di Hotel Seri Malaysia je... senang nak ke mana-mana... tapi time aku nak ke sana nanti... hotel tu nak buat pengubahsuaian... tak pasti dah mula beroperasi ke belum tiime tu... nak kena cari hotel lain lah nampaknya... pilihan yang kedua Hotel Felda lah kot... tapi belum buat tempahan lagi... masih mencari lagi hotel yang lokasinya strategik.

Ke Kuching nanti aku dah booking Hotel Lime Tree... kali nie aku hanya berdua sahaja... first time aku bercuti dengan kawan nie... ini pun sebab aku memang dah lama teringin ke Kuching... cuma tak ada kawan je nak berjalan... Sekali aku call member nie... terus je dia setuju... aku apa lagi terus je lah booking tiket Air Asia... tiket penerbangan tambang murah... yang menjadi pilihanku dan teman-teman.

Ke Kota Kinabalu nanti, aku dah booking hotel D' Borneo... member aku yang suggest kan... dia kata bagus hotel nie... senang nak ke pasar, jalan kaki je. Aku tak tahu lah member aku nie setuju ke tak... biasalah hotel 3 bintang nie rate dalam lingkungan RM110-RM150 semalam. Bagi aku sekali sekala bercuti apa salahnya tidur di hotel yang ok sikit.

Sempat lagi aku search Sutera Beach Resort, Marang Terengganu... sebenarnya tempat nie aku pernah hadiah pakej berbulan madu untuk teman rapat... sebenarnya aku pun tak pernah sampai... pakej 3 hari 2 malam... yang pasti member nie puji pilihan aku menepati citarasanya... buka je pintu bilik dah pantai... memang dia enjoy lah... sekarang aku tengah mencari tempat untuk member berbulan madu... ada sesiapa yang nak memberi cadangan ... cadangan dialu-alukan.

Tentatifnya aku belum sempat lagi fikir. Dah dekat nak pergi nanti boleh lah difikirkan.

Sunday, June 12, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU SALWA

Kawan aku nie dah pun selamat melangsungkan Majlis Perkahwinan pada minggu lepas 5 Jun 2011 bertempat di Felda Padang Piol, Jerantut. Kawan sama satu sekolah masa mengajar di Pahang... aku sampai majlis dah selesai semuanya. Apa yang penting bagi pengantin... kekawan datang pada hari bersejarahnya. Lewat pun tak pe kan...

Kepada CIkgu Salwa selamat penganti baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Nanti lepas nie pindah ke Putra Nilai, semakin dekat lah kita.

Sejak tak ada kamera nie... selalu update cerita yang dah basi almaklumlah nak kena tunggu orang upload kat fb and than aku download lah pulak.. lepas tu upload lah pulak.

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU LIZA

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kawan den CIkgu Liza... aku doakan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa. Pada 29 Mei yang lalu mereka selamat menjadi pasangan suami isteri.

Sesat barat jugak lah aku dengan dua orang kawan nie mencari rumahnya di Rembau tu.. maklum lah baru sekali datang beraya... walau pun lewat, janji sampai kan.

Rakan semaktab den masa di Raja Melewar... tahun nie paling meriah kenduri kahwin kekawan maktab dan kekawan cikgu. Tahun depan ke Johor kot... kalau tersalah send mesej, aku anggap itu jemputan.

SELAMAT PENGANTIN BARU BIE & ZUL


Tahniah buat sepupu aku Bie yang selamat melangsungkan perkahwinannya semalam 11 Jun 2011 di Kg. 40, Damak Jerantut. Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat dan selamat menjalani hidup berumah tangga.

Gambar nie aku kredit daripada jurugambar blogger Abeli.. so bukan aku lah yang edit ok.

Friday, June 10, 2011

MENGHARGAI, PENGHARGAAN YANG DIBERI

Terima kasih kepada Puteri Kasih kerana membuat entry khas untuk aku dalam blognya... menyahut ajakkan kekawan blogger dapat memeriahkan lagi dunia berblogging... biar pun ada antaranya tidak pernah mengenali mereka... hanya kenal di blog... tetapi melalui tulisan hasil nukilan mereka... secara tidak langsung dapat mengenali mereka, walaupun tidak sepenuhnya.

Aku suka melihat apa yang ada di dalam blog kekawan daripada sudut positif... walaupun ada yang negatifnya... itu memang tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh, aku banyak membaca tulisan kekawan di blog dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Aku mula mengenali dunia blog sejak 2008, dan tulisan di blog aku hanya lah cerita perjalanan hidup aku, kerjaya aku, keluarga aku. dan ada juga cerita daripada kekawan yang dimuatkan sebagai pengajaran kepada pembaca. Cerita pengalaman antara entry yang mendapat teguran daripada tetamu... dan pernah sekali blog aku hendak disaman kerana menceritakan tentang peribadi seseorang.

Rasanya semasa menulis, aku cukup berhati-hati agar tidak menyentuh sensitivi mana-mana pihak... tetapi apa kan daya pemahaman pembaca adalah berbeza... Apa pun aku akan terus berblog... aku tidak mengharapkan pengikut yang ramai... aku tidak mengharapkan traffic yang laju... apa yang lebih penting, sebagai tempat untuk mereka mengetahui perkara terkini mengenai aku... terutamanya kepada mereka yang sentiasa mengingati aku... dan sentiasa mengikuti perkembangan aku... biarpun di mana mereka berada.

Wednesday, June 8, 2011

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Malam nie nak menulis apa yang berlaku hari nie... tiada apa yang menarik pun... cuma kereta yang meragam tu dah tahu puncanya... tadi member dah hantar ke kedai untuk check komputer... dulu senang hantar kat member cikgu nie je... tapi sekarang dia dah pindah balik Kedah... so terpaksalah hantar ke kedai cina.

Keta jenis Injection nie, kalau naik paip kuning kadang-kadang... tandanya kena setting codingnya... aku pun tak tahu apa kebenda tu... itu, yang kawan aku pomen tu cakap... kalau sentiasa naik lagi senang nak check penyakitnya. Kalau naik kadang-kadang nie lagi payah. Tadi pun, mula-mula komputer tak boleh nak baca masalahnya.

Service charge RM80.. itu pun kalau ada masalah lagi lepas nie tak payah bayar. Aku teringat lagi sorang kawan aku nie... dia pakai Gen2... masalah sama lah... keta dia asyik naik paip kuning and than mati sesuka hati... 2-3 kali dia kena... last sekali tukar kereta baru... Honda City... selesai masalah... itu orang ada duit. Orang tak ada duit nie, kena cari penyakit sampai dapat diubati.

AKu beli kereta tu tahun 2006, sekarang 2011... bermakna kereta tu telah berjasa kepada aku dah hampir 5 tahun lebih. Tapi kereta tu sebenarnya keluaran tahun 2002... aku beli secondhand... kalau beli baru, buat 9 tahun dah habis bayar... selalu orang habis hutang keta buat hutang lagi... dan beli yang besar sikit... bayaran bulanan besar sikit. Sampai pencen pun bayar hutang kereta.

Aku teringat sorang kawan masa kerja part time... kita beli motor selalunya buat hutang 2 tahun kan... member nie, habis je bayar motor tu... dia tolak, ambil motor baru... dan sambung bayar lagi... maknanya 2 tahun sekali motor baru... baru lah tak banyak masalah motor tu. Sama lah kereta... pakai 5 tahun memang tak pening kepala sangat... cuma pening bayar bulanan je... kalau dah lepas tu... macam-macam hal timbul. Seperti my car yang comel tu...

Mak aku pernah cakap, orang pakai kereta nie tak boleh nak simpan duit... duitnya habis ke kereta je... ada benarnya jugak tu...
Tapi kalau tak ada kereta susah jugak nak bergerak ke sana ke mari... patah kaki.

Tuesday, June 7, 2011

RESTORAN AYAM PENYET DI MERU

Petang tadi si dia call, on the way balik dari Muar... ajak keluar makan malam nie... dalam hati tak penat ke... tengah hari tadi gerak ke Muar... lepas tu, baru je sampai nak keluar lagi. Tak pe lah, si dia yang ajak... mesti si dia rasa larat tu... kalau ikut kan aku memang tak ajak... sebab tahu mesti penat... Bukan dekat Muar tu... kata je ada driver, duduk sebelah sebenarnya lagi penat... tambah pulak hari nie si dia puasa.

Pukul 8.30 tadi si dia dah sampai di Mc Donald, Meru... selalunya memang kat situ lah tempat kami jumpa... dalam perjalanan lagi aku memang tak nak makan burger... sebab tadi berbuka dengan laksa je... so malam ingat nak makan nasi... ternampak lah pulak nasi ayam penyet di seberang jalan. Kami parking je kereta di Mc Donald dan berjalan kaki je ke seberang.

Sudahnya kami oder sepinggan je... si dia, katanya dah kenyang tadi berbuka dengan kuey teow goreng... semalam pun kuey teow goreng. Tapi biasalah aku, makan mana pernah habis... si dia jugak yang tolong habiskan... bukan nak jimat ok... aku nie memang makan sikit je... tangki kecil. Bagi aku lah... nasi ayam penyet kat Meru nie sedap jugak... tapi biasa lah si dia... kalau aku cakap sedap... si dia akan cakap tempat lain lagi sedap... nak tahu kat mana yang dikatakan sedap tu... nun di Tanjung Balai, Indonesia. Mak ai... bukan dekat tu... aku pun tak pernah sampai.

Tengah makan... member aku call, katanya dia nak tumpang bermalam di rumah... dah pun sampai di Saujana... so si dia pergi bayar... dah tu kami terus balik. Kesian pulak, takut member menunggu lama.

Memang selalu pun kami jumpa sekejap je... Bukan senang nak dapat jumpa si dia nie... hujung minggu jangan mimpi lah... minggu depan nak ke Labuan... tak tahu lah lepas nie bila lagi dapat jumpa.

Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa dan belanja makan tadi... ikutkan dah lama aku nak belanja... tapi sampai sekarang tak dapat lagi nak belanja si dia... asyik ditolaknya time aku nak belanja. Naik segan jugak aku... asyik orang je belanja.

Monday, June 6, 2011

TERSALAH SEND ATAU MEMANG NAK HANTAR

Aku ada seorang kawan... memang suatu ketika dulu kami sangat rapat... makan sepinggan, tidur sebantal... oleh kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan hubungan kami menjadi renggang dan semakin hari semakin jauh.

Kalau aku sms jangan harap lah dia nak balas.. apatah lagi kalau call... buat penat je lah. Aku tak kisah lah, kalau itu yang dia nak... tapi kalau dia sms tanya apa-apa aku jawab... terbaru dia tanya mengenai tunggakan time based gaji bulan 5... berapa aku dapat?? aku jawab smsnya. Dia dapat lagi banyak, sebab dapat bulan 5... aku yang dapat bulan 2 pun... dah cecah hampir 5k. Tapi duit nie berantu... sekejap je tak tahu ke mana habisnya.

Orang banyak duit tentunya banyak perancangan...tambah pulak time cuti sekolah pertamanya berjalan lah...
sms pertama aku terima 31 May...
"Maklumlah nak jalan. tak sabo2 aku nak ge universal studio ni. ko jangan lupa tau bawa kamera"

sm kedua aku terima 6 Jun...
"Sory. Akak baru dapat msj ni. Akak tak dapat jawab panggilan mas sebab akak bercuti di bandung. Ni pun baru sampai. Tengok2 banyak lah pulak panggilan dan msj yang masuk. Nanti esok akak call mas eh."

Kalau baca sms kat atas tu tak ada kena mengena langsung dengan aku... nak kata tersalah send... nama pun jauh sekali dengan nama aku... mungkin jugak nak beritahu kepada aku yang dia nak pergi bercuti ke tempat tu... ya lah, tak kan tetiba je nak beritahu kan... tak logik pulak... so buat lah tersalah send...

Tapi kalau dia tersalah send jemputan kenduri kahwin dia... sms tu aku ambil kira sebagai betul...confirm aku akan datang.

Kawan baik, macam mana gaduh pun tetap akan ingat... cuma kami berdua nie... ego. Ego mengatasi segalanya.

Apa pun my friend, aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ko.

WIRA EROBAK KESAYANGANKU


Hari nie, aku ke Sungai Buloh... niat di hati nak service kereta... nak buat service rutin dan ada jugak benda lain yang perlu diperbaiki dengan segera. Service rutin biasalah... tukar minyak hitam. Selalunya aku memang beli sendiri minyak hitam. Aku pakai minyak hitam Petronas.

Aku minta tolong kawan aku tukar sekali (lower arm ) tulang anjing. Sakit telinga aku setiap kali terlanggar lubang... mesti berbunyi. Bendanya tak adalah mahal sangat... tukar satu set.. yang panjang dengan yang pendek tak sampai pun RM100. Tadi semua sekali... siap dengan upah baru RM130.

Ada satu masalah lagi nak kena buat esok... kedai tempat nak check throttle body tu tutup lah pulak ari Isnin... so, esok nak kena hantar lagi... problemnya paip warna kuning tu tak padam-padam... mula lah kereta mati enjin. Kalau dah check komputer... senang nak tahu alat apa yang perlu diganti.

Kereta aku nie... dari dulu, problemnya thorottle body.... pening kepala aku... dah beribu habis sebab nie je... mana taknya... seketul je harga dah RM500 lebih... dua kali tukar dah berapa??? kalau tiga kali tukar??? boleh bayar muka keta baru he he he... ada ke orang bayar muka kereta RM1500. Aku rasa paling kurang pun 10% kan.

Harap-harap masalah kereta aku nie selesai lah esok. Bukan apa, aku nie berjalan merata... dan tak kira masa... meragam di perjalanan payah jugak. Tu sebabnya kalau boleh ubati... aku akan cepat-cepat ubati... supaya selesai masalah.

Dulu pernah sekali, paip warna kuning nie tak padam-padam... aku gasak je drive... tau-tau je sampai kat Jalan Duta... kereta aku bocor kasket... beratus jugak kena... tak pe lah masih dalam Lembah Klang, kereta tunda free... life insurans aku cover. Kalau kena dalam kawasan Sungai Buloh tak pe lagi... member ramai, tapi kalau kat tempat lain... menangis aku kat situ.

Semua orang sibuk dok suruh aku tukar kereta baru... bukan tak nak... tapi kena fikir 10 kali. Keta sekarang dah tak kena bayar... baru nak lega, gaji dah naik... tak kan nak tambah hutang lagi. Baru nak senang pergi bercuti... makan-makan... lagi satu kereta nie banyak kenangan.

Hidup tenang tanpa hutang...

Sunday, June 5, 2011

SEHARI DI KAMPUNG

Semalam, pukul 8 lebih aku bergerak balik kampung... rancangnya memang dah lama nak balik...
Pertama, sebab dah lama tak balik kampung...
Keduanya ada kenduri di Padang Piol...
Ketiganya nak ambil salinan photostat ic kakak aku yang dua orang tu...
Keempatnya nak hantar barang kenduri kahwin sepupu aku...

Sepatutnya balik dengan si dia... so aku memang tak service keta... ingat minggu nie baru nak service sebab nak balik kampung lagi Sabtu nie... kenduri kahwin sepupu... oleh kerana terdesak terpaksa aku redah... tawakal je lah. Biasalah kereta tak service nie drive jauh memang tak berapa nak sedap. Dah tu, buat perangai susah nak start lah pulak... dalam hati nie risau jugak... maklumlah hari minggu nie faham-faham je lah jalan penuh sesak dengan kereta.

Masa balik pagi tu jalan memang banyak kereta daripada kebiasaan... aku sampai di rumah pukul 10.30 pagi... sempat lah rehat sekejap... lepas tu pe hantar barang di rumah sepupu... and than terus ke Padang Piol... pukul 3.00 aku sampai... semua dah selesai... termasuk lah makanan. Tapi yang penting dapat jumpa pengantin. Seronoknya dia sebab aku datang... ya lah siapa tak seronok kan.. majlis kita kawan-kawan datang.

Balik tu aku singgah umah kakak aku di Jerantut... sudahnya belasah nasi lauk sardin...sardin..sardin lah.. janji perut aku kenyang. Pukul 6.00 petang aku gerak balik... tension jugak kepala nie... kat high way Pantai Timur pun dah jenuh kereta... sampai Lancang dah mula merangkak... sudahnya merangkak sampai tol Gombak. Biasa 2 jam... malam tadi cecah 4 jam setengah... lenguhnya... keta menual. Nasib baik lah malam tu hujan... so enjin kereta sejuk lah sikit.

Aku syukur sangat... sebab selamat sampai... kereta tak buat hal pun dah kira alhamdulillah... hari nie memang nak pe hantar service. Apis keta aku buat perangai lama balik. Ko tolong lah cari punca penyakitnya.

Saturday, June 4, 2011

PUTERI KASIH AJAK BERANGAN JADI JUTAWAN

Buka je blog, perkara pertama mesti aku tengok kat chatbox... he he he he bukan apa takut ada tetamu yang suka menulis untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya dan membuat iklan yang bukan-bukan... sekiranya tulisannya memberi impak kepada pembaca lain... aku harus delete.

Petang nie, Puteri Kasih ajak buat entry dalam segmen "Puteri Kasih Ajak Berangan Jadi Jutawan" Aku bab berangan nie memang suka... ada juga angan-angan aku yang menjadi kenyataan... tapi kena usahalah... kalau tunggu je mana nak dapat.

Apa aku akan lakukan ha... bila bergelar jutawan... beberapa minggu lepas baru aku ajar anak murid aku buat karangan, sekiranya kamu mempunyai RM100 000 apa yang kamu akan lakukan... Jutawan... bermakna aku ada sejuta ringgit kan... wah banyak tu.

Pertama:

Aku akan simpan untuk masa depan dalam pelaburan yang menguntungkan... ASB ke... Beli Saham Bank Rakyat ke... Deposit tetap ke... skim cepat kaya... tobat aku dah tak nak masuk... cukup lah sekali dalam hidup aku... kesannya sampai hari ini... tak habis lagi bayar hutang kad kredit yang penggunaannya hampir maksima tu. Aku akan simpan dalam RM500k.

Kedua:
Aku nak langsaikan hutang-hutang yang ada... hutang kad kredit... hutang rumah yang 3 buah nie... hutang pinjaman peribadi... segala jenis hutang lah... supaya hidup tenang tanpa hutang. Tambah tolak hutang tu ada kot dalam RM200k.

Ketiga:
Hutang dah langsai... simpan dah... aku nak pergi buat umrah dan mengerjakan haji... hajat di hati memang ada... ikut kemampuan ada... tapi tu lah belum dijemput menjadi tetamu Allah. Kalau boleh nak pergi ke tanah suci setiap tahun... macam si dia, setiap tahun ke sana... sama ada mengerjakan umrah... atau pun menunaikan haji. Seronok kan... Budget dalam RM30k.

Keempat:

Pergi bercuti kot... aku teringin mengelilingi Malaysia... kalau boleh semua tempat menarik yang ada di negara kita nie... aku nak pergi... menginap di tempat yang agak ekslusif... seperti Gold Coast Sepang... yang harganya semalaman mencecah ribuan ringgit... berlayar dengan menaiki Star Cruise... dan paling aku teringin bercuti di atas boat yang di sewa khas... hu hu hu mesti best kan... dan teringin jugak nak bercuti ke luar negara... bab berangan layan... Aku peruntukan dalam RM100k.

Kelima:
Buat kenduri.. buat makan-makan... untuk kaum keluarga dan kenalan... kepada keluarga aku yang tak pernah makan di hotel... time nie lah aku nak belanja untuk menikmati makanan di hotel... yang dikatakan sedap tu... bagi aku biasa je. RM30k tu dah berlebih kan...

Keenam:

Tolong keluarga yang memerlukan bantuan... tak banyak pun sedikit seorang... time nie semua nak mengaku saudara kan... semua akan mengaku kawan... apa pun berangan punya pasal... kalau jadi betul bagus jugak... mana lah tahu kot-kot jatuh berlian dari langit ke. Aku peruntukan lebih sikit... RM140k... kira duit hangus atau pun duit yang mudah keluar dan susah nak dapat balik...

Seronoknya ari nie dapat berangan jadi jutawan... satu aku nak pembaca tahu... walaupun aku sudah bergelar jutawan suatu hari nanti (sempat lagi tambah angan-angan).. aku tetap akan kerja... aku sayang dengan kerjayaku sebagai seorang pendidik. Ilmu yang aku ada perlu dikembangkan kepada generasi akan datang.

Wednesday, June 1, 2011

SEKEJAP JE, DAH HARI KHAMIS

Hari nie seperti biasa...
bangun seperti biasa...
keluar dari rumah pun seperti biasa...
destinasinya ke Taman Tun... tak lama aku kat sana... jadual dah berubah. So pukul 11.15 a.m aku balik. Sebelum tu sempat lagi bungkus nasi kukus ayam berempah... harganya RM5 dan aku ke Shell... bukan nak isi minyak kereta... tapi nak beli mineral water yang sudah kehabisan stok.

Balik rumah sempat lah berehat sekejap... pukul 2.00 kan nak keluar lagi. Begitulah rutin aku setiap hari... hari-hari yang diisi dengan pelbagai aktiviti. Hari nie boleh balik awal lah sikit... sebab tak dapat nak jumpa dengan si dia... si dia ada hal di Muar... pepagi tadi dah keluar. Ingat hari nie dapat lah minum petang sama... Tiga bulan lama tu... nak tunggu dapat makan sama-sama waktu siang.

Esok dah 1 Rejab kan... semua orang dok rebut peluang nie... aku tak dapat banyak pun puasa bulan nie... dapat sikit jadi lah... buat puasa ganti sekali dengan puasa sunat. Malam kan, program bersama dengan anak jiran... itu pun tak pasti lagi... kalau mereka tak pergi bercuti.... kalau tak boleh aku menanda kertas peperiksaan yang masih tak terusik lagi tu.

KAWAN MASUK RUMAH BARU

Sebelum cuti lagi, kawan aku sorang nie sibuk dok tanya... bila aku free, nak ajak aku ke Sungai Buaya... jumpa kawan lama... kebetulan hari nie memang aku free sampai ke malam... so dalam kepala nie macam-macam aktiviti nak buat...

Pukul 10.00 pagi aku janji dengan Kak Az jumpa di sekolah... aku sampai awal... so sempat lagi aku mengeteh di kedai Ummi depan sekolah. Masuk je kereta kami berborak...tahu-tahu dah sampai di Serendah... baru terfikir ke mana sebenarnya kami nak pergi.... tu lah bahananya kalau tak set dalam kepala awal-awal. Aku dah pening. Kawan aku nie lagi lah tak tahu jalan.

Dah tak tahu ke mana hala tujunya, aku call member nie... nak beritahu yang kami tak tahu nak ke mana... dah tak nampak simpang ke Sungai Buaya. Rupanya kami tak perasan simpang sebab... follow keta dekat sangat... tambah pulak masa tu hujan... tu yang penglihatan agak terhad sikit. Sempat lah dua tiga kali kami tersesat... baru jumpa rumahnya.

Bergambar kenangan di depan rumah baru kawan aku... Rumah Kak Sidah di Sungai Buaya.

Sebenarnya, saja berjalan ke rumah kawan nie... sejak dia pindah sekolah sampailah dah duduk umah sendiri kami tak pernah ge lagi. Kebetulan ada kelapangan... tu yang ambil peluang. Besar jugak rumah dia... conner lot. Cantik, aku suka plan umah dia... dah la tu, dekat dengan kedai... dekat dengan sekolah. Berbaloilah dengan harga yang dia beli. Rumah lelong nie, kalau kena cara memang untung beli. Rumah sebesar nie, kawan aku beli tak sampai pun RM100k.

Terima kasih kepada Kak Sidah... sebab masak sarapan pagi dan makan tengah hari untuk kami... seharian jugak kami kat umah dia. Nie tak tahu lah bila lagi sampainya.

Kak Sidah nie dulu salah seorang gengs poyo-poyo aku dengan kekawan... lepas Kak Ita keluar... dia keluar... lepas tu Sulia keluar... sekarang nie, dah tak ada lagi istilah poyo-poyo... sebab semua kekawan di sksb sibuk dengan study... yang dah habis tak ramai... dah tu bukan kaki jalan... aku jalan sendiri lah... he he he. Tak pun Aina dengan Ustaz je lah rakan sekerja yang boleh diajak ke sana sini... untuk menonton ke??? shopping ke??? makan-makan ke????

Kawan yang baik akan sentiasa dihati....
Kawan yang jauh akan sentiasa diingati...