Saturday, August 27, 2011

PERSIAPAN HARI RAYA

Kalau nak ikutkan tahun nie, persiapan aku macam tahun sebelumnya je... cuma tahun nie terasa berat sangat nak balik kampung... orang kata kalau berat mesti ada sebab... betul tu ada sebab. Kalau boleh lepas solat hari raya baru aku nak balik kg... dan petang tu terus balik KL semula. Balik hari je... yang penting dapat beraya dengan mak ayah.

Pagi semalam... mak aku call pukul 5.00 pagi. Terkejut jugak aku... dia tak akan call kalau saja-saja... kecuali ada hal penting je. Berdebar jugak aku... dalam hati nie mesti ada hal penting... rupanya dia nak beritahu... pak cik aku yang duduk kat Kelantan, suruh aku balik sana jemput dia... sebab lepas raya nie nak daftar anak dia masuk kolej di KL... bila dengar je balik Kelantan... aku awal-awal minta maaf... nak tolong hantar daftar tak jadi masalah... nak suruh balik ambil kat Jerantut pun tak jadi masalah.

Pandai lah pak cik aku usahakan... dia pun bukan tak ada anak yang berkereta... so rasanya masalah tu boleh settle.

Semalam, sempat lagi aku ge shopping kat JJ Kepong. Target aku nak beli sandal untuk mek dan jam tangan untuk ayah... sebenarnya dah lama aku nak beli jam tangan untuk ayah aku nie... tak terbeli-beli. Bukan apa, setiap kali tiba bulan Ramadhan je... mesti dia sibuk cari jam tangan... katanya senang nak tengok waktu berbuka puasa.

Semalam dah lepas beli aku terus call beritahu beli jam tangan untuk dia... siap tanya berapa harga tu... tu yang tak boleh tahan... selamber je aku jawab, mana boleh beritahu harga... kalau murah kata beli jam tangan kat pasar malam... kalau cakap mahal kata membazir... so lebih baik jangan cakap harga... Jam tu aku beli tak sampai pun RM300 kalau tak offer... nie dah offer dapat kurang lagi he he he. Kasut mak aku RM139... mesti aku kena marah nie... beli yang mahal-mahal... aku bukan apa, nak dia selesa pakai... bukan aku minta dibayar pun. Aku beli nak suruh dia pakai je. Bukan selalu. Baju jubah mak aku, aku beli kain kat Bandung tahun lepas... wah beraya sakan mak aku tahun nie. Kalah anak dia nie.

Tahun nie aku dah janji pada diri sendiri... nak beri duit raya lebih sikit daripada tahun sebelumnya kepada mek dan ayah... kebetulan dapat bonus... so bonus tu aku tak guna langsung untuk diri sendiri... semuanya untuk mak dengan ayah je... kira bonus tu rezeki tahun nie... sebab aku tak mengharapkan dapat bonus... jadi perbelanjaan hari raya aku memang dah ada duit lain. Tahun sebelum nie kalau aku beri duit raya... sat lagi aku nak balik ke KL depa tu beri balik kat aku... buat isi minyak kereta... pi mai..pi mai.. duit tu balik semula kat aku.

Hari nie kakak aku pulak call, suruh balik awal. Rumah belum lagi berkemas.. dia pulak tak berapa sihat... nak suruh aku cat kat dapur lah... banyak kerja tak siap lagi. Tahun sebelumnya aku balik awal... rumah memang dah siap berkemas... dia orang balik semua dah settle... tu tak kisah dia orang balik malam raya pun... tahun lepas pagi raya aku dah bertolak balik KL... so tahun nie, terasa jugak depa aku tak balik. Raya Haji nanti dah tentu aku tak beraya di kampung... aku akan beraya di Bandaraya Kuching.

Insya Allah kalau tak ada halangan, hari Sabtu aku nak buat kenduri kesyukuran sikit... pertamanya naik DGA32 awal tahun ari tu... duit tunggakan dah habis pun... lagi satu temuduga SSP DG41 dah lulus... dan nak buat sembahyang hajat untuk si dia sekali... semoga segala urusannya di sana dipermudahkan... dan selamat sampai ke tanah air... Insya Allah.

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA....
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

Friday, August 26, 2011

HARI TERAKHIR SEBELUM BERCUTI

Dah agak lama jugak aku tak mengambil gambar... kadang-kadang gian jugak... nie semalam aku guna kamera member... kebetulan dia Ajk dokumentasi... aku pulak menyibukan diri mengambil gambar. Kalau dulu aku bukan ajk pun... aku yang suka-suka ambil gambar... sebenarnya kalau kita minat sesuatu tu tak perlu disuruh pun kita akan buat.

Tu lah... ingat nak beli kamera DSLR...bila difikirkan balik, duit banyak nak pakai untuk yang lain... nak beli kamera murah... alang-alang baik beli yang mahal terus... last sekali langsung tak ada kamera sekarang nie... berangan betul aku nie.

Sebelum balik, murid-murid bersalaman dengan guru-guru. Lepas tu guru-guru pulak mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan sebelum pulang berhari raya. Cikgu pagi sempat lah aku bermaafan-maafan... dengan cikgu pendidikan khas pun kami tak sempat... sebab mereka dah mula sibuk dengan anak murid masing-masing.

Ustaz, ada tokoh dah tu... bila lagi. Aunte farid geram betul dengan Ada nie... langsung tak senyum nak ambil gambar.

Comel anak-anak pra sekolah yang turut terlibat dalam membuat persembahan nasyid dan menyanyikan sebuah lagu raya.

Hari terakhir... dari awal pagi sehingga balik... program berjalan di kantin sekolah.

Hari tersebut telah diadakan penyampaian hadiah sempena majlis penutupan bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Dalam majlis ini juga akan disampaikan sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik dalam bentuk wang tunai, pakaian baju raya dan sekampit beras. Semua ini telah disumbangkan oleh badan-badan korporat dan orang perseorangan.

Sempat je juruacara majlis nie posing... kali nie telah Ustazah Wan dan Cikgu Zubaidah ditugaskan untuk memastikan majlis Ihya Ramadhan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut tentatif. Cikgu Aina dan Cikgu Rusmina sempat menyelit...

Pentas kali nie aku suka... cantik kerana dihiasi dengan bunga hidup lagi... maklumlah Sg. Buloh nie kan banyak nursery bunga... aku pun tak tanya berapa depa beli sepasu... Kalau ada tauke yang kenal... mana tahu Ajk pentas dapat sponser ke... berapa harganya tak penting, janji ada bajet boleh je buat. Tahniah kepada Ajk pentas.

GURU BERTUGAS MINGGUAN

Minggu lepas aku bersama-sama dengan rakan bertugas. Group kami bertugas pada minggu pertama..
minggu ke 11..
minggu ke 21..
minggu ke 31..
last sekali minggu ke 41..

Minggu lepas giliran rakan aku Aina berucap di tapak perhimpunan. Kalau ikutkan jadual bertugas memang dah disiapkan pada awal tahun untuk sepanjang tahun. Tentunnya minggu lepas menjadi kenangan dan akan dikenangan sampai bila-bila oleh rakan aku... siapa pun akan menggelabah berucap di tapak perhimpunan... tambah pulak dia cikgu baru dan kali pertama bercakap di tapak perhimpunan.

Aku yang dah belas tahun mengajar pun... kekadang mengeletar jugak... tak pe lah Aina jadikan pengalaman itu sebagai guru yang terbaik. Ikutkan dia dah buat teks ucapan... bangun bersahur dah tak tidur punya lah nak buat teks... kebetulan malam tu tidur di rumah aku... kami sekarang nie gilir-gilir rumah. So tak ada lah rumah tu terus tinggal. Sehari bermalam di rumah dia... sehari kan di rumah aku... kalau di rumah aku kena bangun awal... kalau di rumah dia boleh releks sikit... rumah sebelah sekolah je.

Tinggal sekali je lagi group kami bertugas... lepas tu dah habis untuk tahun nie. Pantasnya masa berlalu meninggalkan tahun 2011.

Tuesday, August 23, 2011

BERSAHUR

Malam nie tetiba je member den nie teringin nak makan McDonal... nasib baik lah dekat Puncak Alam ada... 24 jam lagi. Tadi keluar isi minyak kereta... lajak ke Puncak Alam... ingat nak drive thru je... tak nak pulak member nie... nak makan kat sana baru ada fell. Layan je lah orang demam kan.

Aku kalau makan McDonal je mesti teringat kat si dia... sebab si dia nie memang suka sangat makan burger Mcd... tapi air yang bergas si dia dah serik nak minum... sebab dah kena kencing manis nie... gara-gara masa si dia menunaikan umrah... rakan sebilik si dia sukan minum air gas... so si dia join sekali... sekali tak sangka boleh terkena kencing manis...so sekarang bab makan nie dia jaga jugak lah.

Aku sekali-sekala je layan fast food nie... itu pun kalau teringin sangat je... aku sebenarnya suka lagi makan nasi... lagi kenyang. Terasa sekejap je masa berlalu.. ari nie dah 23 hari kita berpuasa... terasa sayang nak tinggalkan bulan Ramadhan. Tahun nie, aku rasa bertuah sangat... kerana diberi peluang dan kesempatan yang tak pernah aku dapat sebelum nie.

Insya Allah raya tahun nie aku akan solat hari raya di Seri Pristana... dan selepas solat baru bergerak pulang ke kampung... itu pun belum fikir lagi... berapa hari akan berada di kampung. Kalau ikut kan perancangan awal... mak den akan balik beraya di Kelantan... kalau betul mak den beraya di sana... alamaknya sekejap je lah aku beraya di kampung.


Saturday, August 20, 2011

BANYAK PROGRAM TERGENDALA

Selalunya di hujung minggu aku sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti... yang sudah menjadi rutin... sepatutnya aku kena keluar pukul 10.00 pagi... tapi seawal jam 5.00 pagi aku dapat sms agar ditunda ke sebelah petang. Tak pe lah masih ada masa... walaupun terpaksa berkejar dari Puchong... tut..tut.. tut... aku dapat sms pulak yang dari Puchong.. nak tunda lewat sikit... aduh macam mana nie.

Semalam yang sorang nie suruh datang umahnya pagi... tapi aku ada program... tak pe lah dia kata jumpa nanti selepas raya... ok lah dah selesai satu masalah... masalah sekarang nie... macam mana nak adjust masa... dari satu tempat ke satu tempat bukan dekat tu... nak berkejar-kejar pun tak boleh caya sangat KL nie... kita susah nak bajet time bila jam... time bila yang ok nya... Rasanya aku buatlah yang terbaik.

So aktiviti aku pagi nie di rumah... kemas rumah apa yang patut... dan konon-kononnya nak buat laporan sikit... printer pulak buat perangai... padahal malam tadi elok je aku print artikel untuk dibaca sebelum tidur... sikitnya jiwa. Antara kekakang yang terpaksa kita hadapi dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

Nie kan... bersiap-siap, lepas Zohor dalam pukul 2 kan... boleh lah bergerak ke Puchong. Tengok lah dah dekat nak raya nanti aku nak pe cuci mata kat PKNS. Tahun nie aku bercadang nak balik kampung selepas solat hari Raya... mesti jalan raya tak banyak kereta kan.

Jika berakal hendaklah berfikir...
Apabila berjanji janganlah mungkir...

KESIBUKAN ATAU BUAT-BUAT SIBUK

Hari nie, aku terlepas lagi... perkara yang semakin sebati dengan diri aku... terasa rindu jika tidak dapat melakukannya... tu lah pelik kan... tidur awal bangkit lambat... tapi kalau tidur lambat boleh pulak bangkit... tadi aku sedar-sedar dah nak habis waktu imsak... sempat lah minum air segelas... air kosong je la..kalau tak selalunya mesti bancuh dengan madu... minum air yang sememangnya diletakkan di atas je... bukan apa ada ketikanya... malas nak turun kat bawah. Biasalah kan... ada jugak time datang angin malas tu... memang tak ada ubat.

Bangun minum air je.. than sambung lagi tidur... entah kenapa mengantuknya... sudahnya aku sedah dah hampir pukul 7.00 pagi... solat subuh gajah aku ari nie... bersiap-siap pergi sekolah... sekolah ke ari Sabtu??? sekolah le... kelas tambahan... ari nie kira turn aku yang terakhir. Minggu ke-1 dan ke-3 untuk orang yang tak ada anak he he he .... sebab minggu berkenaan taska tak buka.

Lepas kelas tadi aku sambung buat kerja mengemaskini apa yang patut di makmal komputer... terima kasih kepada setiausaha aku, Ustaz Pejal... kerana dia sanggup datang hari nie... walaupun lepas tu terpaksa berkejar ke Subang Jaya... setiausaha aku nie, banyak membantu... aku amat bertuah kerana dapat pembantu yang ringan tulang dan rajin membantu... kekadang kesian aku tengok... dia yang sentiasa sibuk, dengan bermacam-macam tugas lain... tugas setiausaha peperiksaan dalaman lagi... tak sampai hati pun ada nak suruh.

Kan ada yang baca blog nie... buat gosip pulak... aku berdua je kat makmal... kami bertiga. ok.. dengan juruteknik komputer. Berdua-duaan boleh menimbulkan fitnah.
Bukan apa... pasal blog nie pun telah timbul kontroversi baru-baru nie... tak kisah lah... jika dia rasa berbuat begitu memberi kepuasannya kepadanya. Bagi aku, kekawan aku kenal... siapa aku.

Setiausaha aku nie bagus... kalau aku senyap je... mesti dia akan tanya apa lagi yang perlu dibuatnya... harap tahun depan kami dapat bekerjasama lagi... rasanya tahun nie aku tak sempat nak buat pembaharuan apa-apa pun terhadap makmal... dalam kepala nie macam-macam nak buat. En. Zul, pun banyak membantu... semalam pun dia balik lewat tolong aku mengemas apa yang patut... hari Isnin ada pemantau akan datang.

Kadang-kadang, keseronokkan bekerja nie... bergantung kepada rakan di sekeliling kita jugak... terus terang aku cakap... kalau kita seronok bekerja dengan orang tu... kita akan seronok untuk membuat kerja yang diberikan... kalau nak difikirkan kerja... memang kerja kita tak pernah habis... tak perlu merungut... buat selagi termampu. Dan bersyukurlah kerana kita mempunyai kerja semulia ini.

Aku ada terbaca sebuah buku milik Ustaz Rosli... kerjaya guru nie dah sememangnya jutawan... jutawan akhirat, sekiranya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Kalau tanya orang... siapa tak nak jadi jutawan kan??? tapi nak jadi jutawan tak semudah yang kita impikan.

Peluang sebenarnya macam-macam ada...
Rebutlah peluang semasa ada...

Thursday, August 18, 2011

TAHNIAH KERANA DINAIKKAN PANGKAT

Tahniah kepada Kak Wan Pidura kerana hari ini telah menerima surat kenaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan. Aku sebagai kawan tentunya berasa bangga dengan berita ini. Dalam kegembiraan sebenarnya terselit perasaan sedih... sehingga aku tidak dapat mengawal perasaan di kala aku berkesempatan berjumpanya untuk mengucapkan tahniah. Air mata aku nie, jarang menitis... tapi kali nie aku tewas... kesedihan dalam kegembiraan.

Aku sedih kerana akan kehilangan rakan sekerja... seorang kauselor... yang sentiasa berada di sisi aku ketika aku memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati ini. Walau pun selepas ini kami masih boleh berjumpa... namun tetap tak sama... semasa berada di depan mata... dengan sebaliknya selepas ini.

Saja aku copy daripada blog kesayangannya... segala kenangan di sksb terselit di sini. Aku happy sangat... gambar aku banyak diabadikan di sini...

Sekali lagi tahniah buat Kak Wan... 'Jika kita berada di atas jangan lupa orang bawah'... antara ungkapan yang selalu keluar daripada mulut aku dan dia... Tak sangka ianya menjadi kenyataan.

Kalau kita sayangkan seseorang, biarkan dia pergi dengan tenang.

Tuesday, August 16, 2011

JIKA AKU JATUH CINTA

Yaa.. Allah,
jika aku Jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
PadaMu..
agar bertambah kekuatan
untuk menyintaiMU

Yaa... Muhaimin
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut
PadaMU agar tidak terjatuh
aku dalam jurang cinta nafsu...

Yaa.. Rabbana
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
daaripada hatiMU...

Yaa.. Rabbul Izzati,
jika aku rindu
rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid
di jalanMU...

Yaa.. Allah
jika aku menikmati cinta kekasihMU
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di malam sepertiga
malam terakhirMU..

Yaa... Allah
jika aku jatuh hati
pada kekasihmu
Jangan biarkan aku bertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia
kepadaMU...

Yaa.. Allah
jika kau halalkan
aku merindukan kekasihmu
jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi
hanya padaMU.

Amin Ya Robbal Alamin.

BULAN NIE MEMANG BULAN LAJU DUIT KELUAR

Bagi aku, bulan nie yang paling tenat. Banyak perkara yang melibatkan duit bulan nie. Pertamanya, roadtax keta. Nasib baik lah tahun nie dah makin rendah bayar insuran... ting tong..ting tong pun dekat jugak RM400. Roadtax tamat tempoh pada 15 Ogos... nasib baik ada kawan yang memang buat insuran... so senang keja aku... tak payah nak pe kedai. Buat je dengan dia... 2 hari je dah siap.

Kedua cukai pintu untuk penggal kedua... semuanya nak kena bayar sebelum berakhir pada 31 Ogos nie... Rumah di Johor, aku tak perlu nak fikir... semua ayah yang uruskan... (ayah angkat). Untung jugak ada ayah angkat nie. So umah yang kat Johor memang aku tak ambil tahu sangat. Tahu duit sewa masuk je... he he he. Di Lestari perdana aku dah bayar... tinggal yang di Pristana... ingat dalam minggu nie... tak pun minggu depan kena jelaskan... kalau tak denda RM20... banyak tu... makan MC donal dah dapat 2 kali. Berkira tu... Ada benda kita perlu berkira dan berjimat.

Bulan 8 nie jugak lah.. lesen kereta, tamat tempoh... selalu aku buat 3 tahun.... tahun lepas buat setahun je... nie kena perbaharui sebelum raya... takut jugak apa-apa hal time raya nanti susah aku jugak kan.

Tahun nie, tambah lagi satu nak raya. Memang lah tak perlu fikir, sebab sorang je... kalau bab shopping... just untuk diri sendiri... Tapi ada jugak benda yang perlu dalam bajet :
  • DuitRaya (anak buah dah bertambah)
  • Minyak dan tol (termasuk untuk meronda-ronda umah sanak saudara dan rakan taulan)
  • Shopping ( dah selesai... beli yang patut je )
  • Beli kuih raya dan lauk pauk untuk pagi raya ( nie kena masuk dalam bajet... dah jadi rutin setiap tahun )
Apa pun, nasib baik jugak dapat bonus.... boleh lah menampung apa yang tak cukup. Semoga hari raya tahun nie meriah... kena lupakan seketika kesedihan... hari raya adalah raya kemenangan setelah sebulan berpuasa. Kita kena meraikannya.

Keluar je banyak bulan nie... tapi sebab kita dah tahu benda yang perlu dibayar... awal-awal kena lah menyimpan. Kita kena bantu diri sendiri... supaya tak tertekan dengan bebanan yang perlu ditanggung.

Hidup tenang tanpa bebanan kewangan yang melampau.

KERANAMU AKU BERUBAH

Beberapa bulan yang lepas aku ada membeli sebuah buku yang bertajuk Kerana-Mu Aku Berubah. Bukan mahal pun... RM18, berbanding dengan isi kandungan dalam buku berkenaan tak ternilai dengan wang ringgit. Buku yang mengandungi 448 muka surat, kategori buku agama.

Buku ini ditulis oleh Ruhani Zaki. Tahniah kepada penulis kerana dapat mengolah isi kandungan dengan begitu baik untuk memudahkan pembaca memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan.

Aku mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan membacanya. Aku hanya membaca satu bab sebelum tidur. Secara kebetulan ketika aku membaca buku nie... aku ada masalah, melalui pembacaan buku tersebut sedikit sebanyak memberi semangat kepada aku untuk terus tabah menghadapinya.

Kira aku berjaya jugak menghabiskan sebuah buku... berbanding buku yang lain. Kebanyakkannya separuh je aku baca... lepas tu mula lah gatal buka buku yang lain. Pendek kata tak pernah habis aku baca sebuah buku yang aku beli... ada tu, aku akan pilih bab tertentu je untuk dibaca.

Sinopsis nie aku copy from web Alaf21.

Ilmu ILAHI tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-NYA yang tawaduk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia.

Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-NYA mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

Kerana-MU Aku Berubah mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Kak Min, rakan sekerja aku... dia baru je pencen pada bulan April yang lepas... sekarang banyak masanya dihabiskan dengan mempelajari ilmu agama dan mengajar orang mengaji. Beberapa bulan yang lepas... dia dah mula datang ke sekolah pukul 12.30 p.m untuk mengajar rakan-rakan mengaji. Ada juga dia ajak aku.

"Farid tak nak mengaji ke?"
Kebetulan aku akan solat Zohor di Pra Pendidikan Khas, terlebih dahulu sebelum balik. So balik umah dah tak perlu fikir tentang solat... dah selesai satu tanggungjawab.
Masa tu aku boleh jawab...
"nanti lah dulu"
Mungkin malu dengan kekawan yang lain ke??? atau belum terbuka pintu hati ke??? aku pun tak pasti. Tapi itu lah jawapan yang keluar daripada mulut aku.

Tapi alhamdulillah, berkat bulan puasa... suatu hari aku datang. Jumpa dengan kak min.
"Akak ari nie saya nak belajar mengaji"
Dia punya lah seronok. Sejak dari hari tu... aku tertunggu-tunggu pukul 12.30 p.m... sebab nak belajar mengaji. Jika aku tiada waktu free, bermakna aku akan belajar selepas pukul 1.30 p.m. Kak min akan tunggu sehingga pukul 2.30 p.m. Terima kasih kak min.

Mana nak cari guru yang datang tempat kita untuk mengajar mengaji. Ya Allah kau berilah kesihatan yang baik kepada Kak min supaya dia dapat mengajar kami mengaji.

Friday, August 12, 2011

SHOPPING RAYA

Semalam, pukul 3.30 pm aku dengan member nie gerak ke KLIA... sebab nak ambil barang daripada kawannya yang baru tiba dari Kuching.. lepas tu kami bergerak ke JJ Bukit Tinggi. Biasa lah aku... selagi aku tak dapat barang yang aku nak... aku akan usahakan sampai dapat... sanggup datang lagi ke sana tu minggu nie... padahal minggu lepas dah ge... tapi tak beli apa pun.

Biasa lah jalan kat Malaysia nie... time hujan akan jam... time orang balik kerja dah confirm akan jam... sepanjang perjalanan hujan lebat... ada 2 tempat kemalangan... biasalah, kalau time hujan drive laju... jalan licin... mesti ada yang akan hentam bontot orang.... satu tempat tu sampai 7 buah kereta tu yang terlibat.

Sampai di JJ dah pukul 6.30 p.m... berkejar cari tempat solat dulu... lepas tu pe beli barang... aku kalau bab shopping senang... aku berkenan je... aku ambil. Tujuan memang nak shopping... lagi satu, dah tahu barang apa nak beli... lagi senang. Seronok jugak ronda-ronda di JJ Bukit Tinggi nie... ada satu lagi barang aku nak... tapi di luar buget... lepas raya nie aku tak kira nak ge beli gak.... kasut Camel he he he..

Balik sampai umah dah lewat malam... penat, memang lah penant. Tapi berbaloi semua barang aku nak dapat. Semalam keadaan terkawal... tak ada lah orang ramai sangat kat JJ tu... aku sebenarnya bukan suka sangat tempat orang ramai-ramai... berasak-asak nie. Apa yang penting bagi aku, nak parking senang... nak berjalan selesa... nak bayar tak payah beratur panjang... kira ok lah tu. Selesai bab shopping untuk raya... alah shopping untuk diri sendiri je.

Wednesday, August 10, 2011

KESABARAN

Setiap orang pastinya pernah mengalami situasi sehingga menuntut kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian berkenaan. Dalam mengharungi ujian... tentunya kita akan mencari teman yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah yang dihadapi... cerita panjang lebar... meluahkan apa yang terbuku di hati... dipenghujungnya... mereka akan suruh kita bersabar... bersabar... bersabar... bersabar.

Aku teringat satu kisah... kisah benar rakan aku. Dikala dia dibebani dengan masalah... aku adalah tempat dia meluahkan segala yang terbuku di hati... kalau sms je mesti mesej yang ingin disampaikan tak berapa berkesan... dia akan call... tak pun, kalau masalah tu agak serius... kami akan memilih kedai mamak untuk bersembang... sambil minum. Seronok gak kan...

Aku pernah menasihatkan dia... jadi kaunselor lah pulak. Aku suruh dia bersabar banyak-banyak... buat kerja macam biasa... datang kerja macam biasa... bertegur macam biasa... seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dalam masa yang sama jaga kerja supaya orang tak boleh pertikaikan kerja yang kita buat.

Alhamdulillah, kawan aku nie ikut nasihat aku... dia lalui hari-hari berikutnya seperti biasa. Apa yang berlaku... orang yang cuba membuatkan dirinya tension... orang tu pulak yang terlebih tension... sebab dia tak tension-tension. Tapi biasalah manusia mana pernah puas hati... kalau dalam hati dah penuh dengan rasa tidak puas hati... akan berusaha mencari punca untuk menyakitkan hati orang lain. Orang macam nie... kita jarang jumpa... tapi lambat laung kita akan jumpa.

Betul lah orang kata... kita boleh memberi nasihat kepada orang lain... tapi kita tak mampu menasihati diri sendiri. Bila aku diuji... kekawan minta aku bersabar... banyakkan bersabar... rupanya bersabar nie menuntut banyak pengorbanan... dan bukan mudah untuk melaluinya. Kadang kala aku rasa tak mampu untuk bersabar. Aku berusaha juga, untuk menjadi seorang yang bersabar. Walaupun tak sehebat kawan yang aku beri nasihat... sekurang-kurangnya... dengan kesabaran sedikit nie lah... aku tak menyerang orang secara melulu.

Di bulan yang penuh keberkatan ini... marilah kita sama-sama melatih diri agar lebih bersabar... bersabar nie adalah teman yang paling setia dalam menghadapi ujian yang ditentukan olehNYA untuk kita. Bukan semua orang diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika kita tergolong di kalangan yang mendapat hidayah untuk berubah... bersyukurlah, sebenarnya TUHAN masih sayangkan kita.

Monday, August 8, 2011

EDIT GAMBAR GUNA PHOTOSCAPE

Tahun nie kali pertama kekawan minta aku ambil gambar murid untuk ditampal pada slip peperiksaan UPSR. Tahun sebelum nie kawan aku yang buat... bila mereka dah berpindah... so nak tak nak kena lah belajar buat sendiri. Jadi cikgu nie kena serba boleh dalam banyak perkara. Aku belajar cuba jaya je... godek-godek.. jadi lah pulak.

Aku nak kongsikan kepada rakan guru yang lain... mana lah tahu, kot tahun depan nak ambil gambar sendiri je... bukan apa, dapat kurangkan stress... ini tak. Hari-hari dok mintak gambar dengan murid... murid lambat beri kita yang sakit jiwa. Sekarang tak payah sakit jiwa. Setakat 200 orang tu... sekejap je edit dan print.

LANGKAH 1:
Mestilah kena ambil gambar dulu. Macam kat atas tu. Guna kamera biasa je pun boleh. Tengok kat belakang tu... aku belasah board dalam bilik kaunseling... jimat kos dan yang lebih penting warnanya cantik.

LANGKAH 2:
Mestilah kena ada program PhotoScape dulu... kat mana nak dapat...??? download je kat internet... free je pun. Dah ada program... baru lah boleh pilih menu Editor. Barulah keluar macam gambar di atas. Seterusnya klik gambar dalam folder yang dipilih dan duble klik. So dah ada gambar. Sekarang kita nak crop gambar mengikut saiz yang dikehendaki.

Hasil crop berkenaan seperti nie. Nie boleh edit lagi... nak terangkan ke??? nak gelapkan ke??? semua boleh buat... nanti godek-godek lah sendiri ye. Kat mana?? Klik menu Home yang berada di side bar bawah.

LANGKAH 3:
Dah siap crop gambar... apa lagi 50% kerja dah selesai... sekarang kita nak print. Kat side bar atas pilih menu print. So keluar lah macam gambar di bawah nie. Kat side bar di sebelah kiri tu... boleh pilih saiz gambar yang hendak diprint... berapa keping... 6 keping... 5 keping... terpulang lah. Aku pilih yang 6 je.. dah cukup.

Sekarang kita nak add gambar... klik menu Add... akan keluar menu add a photo insert... duble klik je gambar tu... nanti akan keluar The number of copies... taip je lah berapa keping yang kita nak print. Terus je tersusun.

LANGKAH 4:
Nak jimat klik lah gambar sehingga penuh sekeping A4 tu... baru lah print. Print macam biasa je... klik print je... dah terus print... kan senang tu.


Dah siap print... tugas seterusnya... gunting le. Kalau rajin sikit masukkan dalam plastik siap-siap. Memudahkan kekawan yang lain. Selamat mencuba.

BERBUKA PUASA DI NASI KING BERIYANI

Semalam, hujung minggu... ambil kesempatan berbuka bersama teman den di Klang. Setelah sebulan dia berteman... baru hari nie aku berkesempatan menjengahnya. Niat di hati nak shopping raya di Jaya Jusco Bukit Tinggi. Kalau nak ikutkan, suasana agak terkawal... mungkin masih awal untuk bershopping. Aku ingat nak cari barang mana yang patut.

Dah hampir pukul 7 kami mencari tempat makan... puh.. semua full booking. Malas nak fikir panjang member aku nie suggest berbuka je di Restoran Nasi King Beriyani Taman Sri Andalas, Klang. Ikutkan, nie kali kedua aku makan kat sini... aku berhantu sikit dengan nasi beriyani kambing. Memang memenuhilah selera aku... semalam memang licin lah aku makan... bukan kerana puasa... tak puasa pun memang licin kalau nasi beriyani.

Ramai jugak semalam... nasik baik ada lagi table kosong... oder dalam 10 minit dah berbuka puasa. Semalam aku makan berdua... berapa aku kena????
  • Nasi beriyani kambing - RM13.90 x 2 = RM27.80
  • 2 Jus Oren - RM3.90 x 2 = RM7.80
Hang pa rasa mahal ke berbaloi... bagi aku kalau makanan yang sedap... mahal pun sanggup bayar... tapi tak dapat lah nak makan selalu. Siapa yang rasa nak cuba tu... boleh singgah. Senang je pun nak cari tempat nie.

Saturday, August 6, 2011

RINDU MEMAKSA AKU MENYAYANGIMU

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Lagu lama, bila dihayati boleh menyentuh hati. Aku lebih suka mendengar lagu lama... berbanding dengan lagu baru. Lagu baru pun ada jugak yang berkualiti.

Rindu terlalu indah untuk dikenang... tetapi terlalu sakit untuk dilalui. Apatah lagi yang dirindui itu adalah orang yang disayangi.


KESERONOKKAN BEKERJA

Gambar dah lama nie... aku download daripada fb kawan... sebab sayang, gambar nie belum disimpan di dalam blog kesayangan nie. Aku sayang blog nie. Blog nie tersimpan seribu kenangan untuk diri sendiri... kekawan yang rajin menjengah... dan tetamu-tetamu yang secara tidak langsung terjumpa blog nie dan tetamu secara senyap.

Aku kalau pekena mihun sup memang tak angkat muka... bagi aku mihun sup tu sedap... kalau tak pedas... beri lah makan apa yang sedap... tapi kalau pedas... bagi aku dah tak sedap. Aku memang tak suka makan pedas. Si dia, sangat prihatin... sehari je bersama dengan aku... dah tahu aku tak suka makan pedas... siapa yang dah lama berkawan dengan aku memang tahu aku tak makan pedas.

Kenangan di Hotel Cristal Crown, Kepong. Antara rakan sekerja yang sentiasa berada di sisi di kala aku senang dan susah. Banyak membantu dalam pelbagai hal. Tu untungnya berkawan dengan orang lama nie... banyak pengalaman. Kadang kala kita tak terfikir sampai ke tahap tu... tapi mereka ada je idea nak menyelesaikan masalah. Biar ramai kawan... daripada ramai musuh.

Rakan 1 Malaysia. Aku nie mana-mana kaum pun boleh masuk. Kawan aku memang terdiri daripada pelbagai kaum. Ticer Vishal dah bercuti panjang... cuti bersalin. Tahniah kerana baru mendapat cahaya mata... aku lupa lah pulak... anak lelaki ke perempuan. Tahniah jugak untuk Nana kerana baru mendapat cahaya mata yang sulong.

Sebahagian guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga dalam program EMS and BM di Jeram. AKu special sikit... datang lambat sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Keseronokkan bekerja nie, apabila semua rakan sekerja boleh memberikan kerjasama yang baik... tidak kira yang berada di sesi pagi mahu pun di sesi petang. Apa yang penting tak berkira. Kalau jenis yang berkira... memang susah nak buat program.

Wah Tn. Hj. di kelilingi rakan sekerja perempuan nampak... semua isteri orang tu... sekolah aku nie... tak kira cikgu lelaki... ataupun cikgu perempuan... semuanya boleh bekerjasama dengan baik. Bagi lah AJK apa pun mereka akan buat kerja. Insya Allah lah setakat nie tak ada lagi yang berkira... kalau dia berkira pun sekejap je... nanti dia akan malu sendiri.

Program akan datang... Perkhemahan Perdana di Raub. Aku terpilih jugak ke program tu... seronoknya... aku wakil unit beruniform pengakap 2 orang. Bila semak semula jadual aku... rupanya tarikh berkenaan aku nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam bermula 30 September hingga 2 Oktober 2011. Tak ada rezeki nak turut serta. Mungkin lain kali.

Friday, August 5, 2011

KERJA DAPAT DAH LAMA, BARU NAK BUAT

Aku biasalah, suka buat kerja last minute... ini pun penyelaras dah tanya 2-3 kali... tak boleh jadi.. malu aku dengan penyelaras nie... Dia kerja tip top tu. Hari nie aku snap gambar murid-murid yang belum disnap... ada 2 kelas... so semua settle... tinggal nak edit je. Target, hari Isnin nanti dah boleh beri kepada guru kelas. Gambar murid tahun 6... nak tampal pada slip peperiksaan.

Hari nie sepatutnya balik awal... tapi macam-macam hal.. sampai umah petang jugak. Balik sekolah, singgah ambil baju yang dihantar dobi... sekarang nie, baju aku hantar dobi je seminggu sekali... lepas tu singgah kedai komputer beli ink... dah singgah tu... menyembang lah pulak dengan tauke kedai tu... aku dah biasa dengan tauke tu... kalau dah lama tak datang... ada je benda nak sembang.

Sampai umah dah pukul 4 petang... mandi bagai... tak tidur petang tadi... bersemangat nak edit gambar. Alhamdulillah, sampai sebelum berbuka tadi dah siap 70%... berjaya jugak. Bukan lama pun... tinggal dalam 7 keping je lagi yang belum print... itu pun sebab ink warna hitam dah habis... esok kena beli.

Dah dekat nak berbuka, member pulak call ajak pe makan kat Pantai Dalam... ingat malas nak ge, tapi tak pe lah... sekali sekala makan tempat jauh sikit... sejam pergi... sejam balik... sejam lepak makan-makan... tak boleh lama lepak... sebab aku esok ada kelas tambahan.

Thursday, August 4, 2011

BERBUKA BERSAMA TEMAN

Semalam aku berbuka bersama rakan sekerja di rumahnya... masak ke??? tak lah. Kami beli je di Bazar Ramadan di depan sekolah je. Kalau aku berbuka sorang, jarang aku beli di bazar Ramadan... aku berbuka je dengan minum air dan buah kurma di rumah... Solat dulu, lepas tu baru aku pergi makan di kedai. Nie dah merangkap bersahur... kalau teringin sangat je lah baru pe bazar.

Kami keluar bawa RM20... bawa balik berbaki RM1 je... kami beli macam-macam... sebab semuanya teringin...
  • Ikan bakar - RM5
  • Sup ayam 2 ketul - RM5
  • Kuih - RM2
  • Air Soya - RM2.50
  • Air Jagung - RM1
  • Ayam percik - RM3.50
Rasa macam boleh habis... tapi sudahnya membazir je... aku jenis makan tak pandai nak ulang kali kedua... makan sekali tu je. Bersahur memang tak biasa makan nasi. Memadai dengan minum madu dan 2 biji kurma.

Setakat nie aku lebih suka makan di kedai je... dapat kurangkan pembaziran... oder pun menu yang biasa aku makan... confirm boleh habis.