Saturday, March 30, 2013

PERCUTIAN KE KUALA KANGSAR - TAIPING

Cuti sekolah hampir berakhir... cuti kali nie aktiviti aku penuh... hari Isnin ada kem tahun 6... lepas je kem aku drive balik kampung.... sampai di rumah dah pukul 10 malam... Hari Selasa lepas solat Zohor aku dah gerak balik KL... Hari Rabu pepagi buta lepas solat Subuh bergerak ke Kuala Kangsar.

Perancangan awalnya nak pergi ke sana 2 buah kereta... last minute sebuah je yang jadi... aku, Kak As dan anak-anaknya. Tak pe lah...dah janji dengan kawan. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami tiba di rumah Kak Ita di MCKK lebih kurang pukul 9.45 pagi... awal lagi. Sempat bersarapan di rumahnya.

Kali pertama aku sampai dan jejak kaki ke Kuala Kangsar... teruja sungguh... ada beberapa tempat memang dah lama aku nak pergi... terutamanya,
Istana Kenangan / Muzium di Raja
Masjid di Raja Ubudiah

Istana Kenangan buat masa sekarang tidak dibuka disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan... masjid kami bergambar je di hadapan tu...

Lepas tu kami bergerak ke warung limau nipis yang terkenal dengan laksa... kita selalu makan laksa telur rubus... tapi kat restoran nie makan dengan telur dadar... pelik kan... tapi memang sedap... petang tu penuh orang.


Aku snap gambar dari luar pagar... kebetulan abang Husaini sedang melatih budak-budak main ragbi.... cantik pemandangannya.


Masa belajar dulu-dulu, cikgu ada beritahu... getah dibawa dari negara luar dan ditanam di Kuala Kangsar... sampai sekarang ada... kali nie aku berkesempatan tengok sendiri pokok getah berkenaan sudah berusia seratus tahun lebih.... 1877-1977 dah 100 tahun... hari nie dah 136 tahun.


Hari kedua... lepas sarapan kami gerak ke Taiping... sebelum tu sempat lagi singgah di IKS labu sayong... aku beli satu je... dah lama teringin.

Lepas tu guna jalan lama terus ke Taping.... tempat pertama kami melawat ZOO Taiping... bayaran RM12 seorang untuk dewasa... sangat berbaloi... banyak binatang yang kita boleh lihat... macam-macam ada dan lagi satu kawasannya bersih. Lama jugak lah kami spend masa kat situ.

Destinasi seterusnya ke Bukit Larut... sampai je di kaki bukit... kami terus ke kaunter... menyedihkan tiket dah sold out... boleh pulak gitu.. tak dapat lah nak tengok bunga tulip hidup kat atas bukit tu.... lain kali kena datang lagi nie..

Time makan tengah hari... kami makan di belakang balai bomba ada medan makan... banyak pilihan masakan campur... lepas tu gerak balik ke KL...

Percutian aku kali nie, semuanya disponser oleh Kak As... minyak tol semua dia tanggung... ke Kuching bulan Mei nie pun ada orang sponser tiket flight... ke Vietnam bulan Nov nie pun ada jugak orang bermurah hati nak sponser tiket kat aku... rezeki tahun nie.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Thursday, March 28, 2013

BERCUCUK TANAM


Bertahun lamanya memasang niat untuk memanfaatkan ruang yang ada... baru kini berkesempatan. Itu pun sebab kawan den sibuk dok bercucuk tanam di belakang rumahnya. Ruang depan rumah aku... tak lah luas sangat. So aku gunakan ruang berkenaan untuk tanam serai, kunyit, lengkuas, pokok limau purut dan bendi.



Pokok bendi nie, kurang molek sikit... mungkin faktor tanah yang kurang subur... tanah depan rumah nie berbatu dan berpasir. Sebenarnya tak sesuai untuk tanam sayur pun... tapi teringin jugak nak tanam. Lagi satu depan rumah aku nie... sebelah petang panas terik... 

Aku bercadang nak alih pokok yang dalam polibag nie ke belakang redup sikit waktu petang. Ingat nak kena cari baja organik.... supaya subur sikit.

Sunday, March 24, 2013

PEMBEKAL BAJA SAWIT DI JERANTUT

Syarikat Golden Rengat Enterprise bersedia membekalkan baja yang berkualiti kepada pekebun kecil di sekitar kawasan Jerantut, Benta, Jengka dan sekitarnya. Baja yang dibekalkan sesuai untuk tanaman kelapa sawit dan getah. Syarikat ini membekalkan baja bio-organik dan juga baja kimia.

http://golden-rengat.blogspot.com

Bagi pekebun yang tidak mempunyai pengangkutan jangan risau. Ini kerana pihak syarikat akan cuba uruskan sehingga baja yang dipesan sampai di tempat tuan/puan.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baja yang dibekalkan boleh klik gambar di bawak untuk ke blog syarikat.



Ataupun boleh terus layari di http://golden-rengat.blogspot.com

Saturday, March 23, 2013

KEKASIH HATI BARU

Si Hitam Manis.....
Asal Orang Pahang...
Beli Rumah di Johor...
Kerja dan Menetap di Selangor...
Beli Kereta di Negeri Sembilan...

Bunyi macam pelik... tapi pada kawan yang dah biasa dengan aku... dia dah tak pelik dengan perangai aku...

Kerja dah berbelas tahun... baru merasa nak pakai kereta baru... ikutkan sayang memang aku sayang sangat kat WKD tu... sangat berjasa kepada aku... banyak kenangan... sebab tu aku tak jual... aku nak kereta tu selalu ada di mata aku... kalau di hati memang lah. Walaupun selalu rosak... memang patut, sebab penggunaanya maksima.

Kebetulan tahun nie rezeki lebih sikit, aku tukar lah kereta... sempena dengan besday aku... kereta nie keluar 2 hari sebelum my besday. Aku pelik betul lah... manusia nie kan... suka fikir yang negatif... dan suka buat serkap jarang... kereta aku nie bulanan baru RM3++ je pun... kenapa tak mampu sangat ke aku nie nak bayar bulanan kereta... sampai nak tunggu orang sponser baru nak pakai kereta baru... tolong lah...cukup-cukup buat fitnah... aku kesian kat hang pa... semua tu fitnah... hang pa jugak yang akan terima balasan. Aku tak ada apa pun... rezeki alhamdulillah semakin bertambah.

Nombor plate kereta aku... daripada N=. C=, U=, ada maksud tersendiri... 7101 pun ada sebab pilih nombor tu... siap beli tu...

Rupanya beli kereta baru nie senang je... semua dokumen aku email je kat juru jual kereta... 3 hari dah lulus loan... tinggal pergi tandatangan loan... dan lepas tu ambil kereta... tak sampai sehari pun... lepas sekolah je urusan boleh selesai... cukup senang...

Tapi nak tukar nama kereta... daripada pemilik asal... sampai hari nie tak selesai lagi... beli kereta dari tahun 2006. Bayangkan berapa lama.

Kenapa warna hitam menjadi pilihan???
Aku tanya ayah aku... dia nak warna apa??? aku minat putih... tapi ayah aku minat hitam... so aku ikut pilihan dia. So lepas nie, memang meriah dengan warna hitam lah...

Aku memang dah agak... mesti kena kutuk dengan kekawan sebab beli kereta kecik... ayat yang sakit telinga dengar....

"Kereta VIVA je... apa kelas... paling pun keluar lah VIOS ke??? HONDA CITY ke? gaji dah besar... bukan buat apa pun duit tu... nak simpan buat apa.."

Aku senya je... orang nak cakap apa pun... dah habis dia cakap... baru aku balas...

"Ikut kan hati... ikut kan minat... nak buat keluar kereta HONDA CIVIC.... tapi bila fikirkan kemampuan... VIVA je yang tak tertekan untuk membayarnya"

Dah lama nanti orang senyap lah kan.... mulut orang kita tak boleh nak tutup... sebenarnya orang tak tahu perancangan kita... suka hati aku lah nak beli kereta apa pun... bulanan berapa pun... janji aku mampu bayar dan tak menyusahkan hidup orang lain sudah... 

Bagi aku, kereta nie harta yang susut nilai... kita nie bukan golongan duit lebih... kalau duit dah berlebih sangat... tak jadi masalah nak beli kereta apa... bulanan berapa pun. 

Aku memang ada memasang angan-angan yang suatu hari nanti.... aku akan pakai kereta idaman kalbu... tapi bukan sekarang. Insya Allah.

PERCUTIAN KE BINTULU - MIRI, SARAWAK PART 3

Hari ketiga kami berada di bandar Miri. Tak banyak pun aktiviti yang sempat kami lakukan... pepagi buta kami bangun dan bersiap-siap untuk ke pasar tamu... sebelum gerak sempat lah tanya pekerja hotel tu... 
"Dekat saja... depan sana saja... tak perlu naik kereta... boleh jalan kaki" 

Ok lah.. kami pun jalan kaki... sampai dipertengahan jalan.. jumpa kedai makan... kami sarapan dulu... kat kedai tu dah kali ke tiga kami tanya orang... termasuk pekerja hotel tadi tu sorang... sebabnya kami dah berjalan jauh... tapi tak jumpa lagi. Aku ingat ada dalam 5 orang kami tanya... baru jumpa... jauhnya. Mungkin jugak terasa jauh sebab dah jarang berjalan kaki jauh-jauh.... tahu aku naik je kereta penat sewa mahal-mahal tak guna.

Akhirnya jumpa lah jugak pasar tamu.

Lepas tu, berpusing-pusing mencari Restoron Muara nak makan tengah hari nasi lelapan... ada kot dalam 1 jam lebih kami pusing merata tempat... padahal, tak jauh pun dari hotel yang kami menginap. Akhirnya merasa jugak lah makan nasi lelapan.

Lepas tu destinasi seterusnya mencari Muzium Petroleum... nie pun makan masa jugak... pusing merata tempat baru jumpa... rupanya terletak di atas bukit... tempatnya memang cantik... boleh nampak seluruh bandar Miri.


Kami ambil masa sikit kat sini... time kami sampai hanya kami bertiga je pelawatnya... apa lagi semua permainan kami main... kalah kanak-kanak riang. Ini pun hanya ruangan Dinasor je yang buka... ruangan pameran petroleum ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja menaik taraf.... memang tak ada rezeki... ari tu ke Muzium Kota Kinabalu pun sama ditutup jugak.


Secara keseluruhnya, percutian kali ini memang seronok... dalam satu trip dapat pergi dua tempat. Untuk akan datang... dalam perancangan... kami nak buat trip ke Tawau dan balik ikut Sandakan... ini pun kalau kawan aku berdua laki bini nie nak join.... gagah sikit kalau ada kawan.... kalau aku sorang, tak berani jugak.

Serba sedikit kisah percutian redah je...

Sunday, March 17, 2013

PERCUTIAN KE BINTULU - MIRI, SARAWAK PART 2

Hari kedua kami di Bintulu....

Sebenarnya tak ada aktiviti apa pun yang kami lakukan sepanjang berada di Bintulu... niat di hati untuk berehat dan makan-makan je pun... sambil tu dapat kenal tempat orang. Pepagi lagi kami bergerak ke Pasar Tamu... cuci mata,  mana lah tahu kot-kot terjumpa barang yang berkenan dihati boleh beli... sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. 

Lepas tu balik bilik lepak... sementara menunggu masa untuk check out jam 12.00 tengah hari.


Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Temasya Bintulu... ramai jugak orang berlibur di sini... kami berehat sambil menikmati satay dan air kelapa... terasa mahalnya makanan kat sini... lepas tu kami singgah di Taman Tumbina Bintulu... nak masuk dikenakan bayaran... tak mahal pun RM2 je... boleh sangat lah kan... kat sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan binatang.... kawasannya berbukit... jenuh jugak lah kami menapak... nasib baik pakai kasut sukan... kalau tak.. tak tahu lah... 

Lepas tu kami singgah di Masjid Bintulu untuk solat... bas kami ke Miri pada pukul 5.30 petang... 

Cantik Pantai Temasya Bintulu.....

Sesiapa yang ingin perkhidmatan kereta sewa di Bintulu boleh call 016-2297940... servicenya pun bagus. 

Tuesday, March 12, 2013

PERCUTIAN KE BINTULU - MIRI, SARAWAK

Pembuka tirai 2013, aku memilih untuk bercuti ke Bintulu dan Miri. Apa yang ada kat sana??? antara soalan yang diajukan kepada aku...
"Aku pun tak tahu... sebab aku belum sampai... tu yang aku nak berjalan ke sana..." Tu jawapan yang baik sikit lah...

Boleh je bagi jawapan yang kurang asam sikit...
" Suka hati aku lah nak ke mana pun... duit aku.." tapi malas lah kan.

Apa yang penting bagi aku... aku nak kenal tempat orang... budaya hidup masyarakat di sana. Bak kata pepatah melayu 'Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman'.

Aku booking tiket tahun lepas lagi... lama kan... tiket flight ke Bintulu dan balik dari Miri lebih kurang RM314 untuk 3 orang tidak termasuk bagasi... bagasi selalu aku akan booking dah dekat nak terbang. Kekawan selalu tanya aku...
"berapa budget ko berjalan farid???" 

Kali nie aku habis tak sampai RM500 seorang... termasuk semua... makan, penginapan, sewa kereta, dan segala bagai... kecuali buah tangan... tu kira yang lain.
Biasalah... pakej aku, main redah je... dapat je kereta... aku akan pusing dulu.... aku lebih suka sewa kereta... senang nak bergerak... dan suka hati nak ke mana, ikut masa sendiri.

Percutian kali nie sempena besday aku... besday aku pada 2 Mac... kali nie percutian kami tak sempat nak rancang betul-betul... pertama aku sibuk dengan segala urusan... urusan trade in kereta dan nak ambil kereta baru... semuanya nak buat sempena besday... mahu tak kelam kabut... aku cuma sempat booking kereta di Bintulu dan di Miri. Itu pun dah last minute.. last sekali dapat kereta yang kurang elok sikit lah... tapi masih boleh berjalan... hotel sampai di sana baru kami cari.


Di Bintulu, kami menginap di Hotel CT1 Inn.... cantik hotel nie... maklumlah hotel baru setahun beroperasi... segala-galannya baru. Puas hati sangat harga bilik untuk semalam dalam RM78- RM1++. Boleh lah kan, untuk tidur dan rehatkan badan sekejap.


Bandar Bintulu nie tak lah besar sangat... tak sesat lah kalau ke sini. Pusing-pusing area tu je.  Gambar kat atas tu sekitar pasar tamu... hari kedua kami di sana... sempat cuci mata di pasar tamu dan kawasan sekitarnya.


Nie pulak menara jam yang merupakan antara bangunan lama yang terdapat di Bintulu. Tugu Council Negeri Sarawak dibina pada tahun 1867... lama tu. Kami sempat jugak bergambar di Dataran Bintulu yang terletak di tepi sungai. Kat sini agak sukar jugak nak cari kedai makan halal... Kami jumpa 2 je restoran iaitu Restoran Nurul dan satu lagi apa entah... bertentangan dengan pasar tamu.. tapi orang ramainya... terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk... last sekali kami bungkus je balik makan kat bilik.