Sunday, November 23, 2014

HASIL BERBUDI KEPADA TANAH

Penat lelah selama ini berbaloi. Untuk sampai ke tahap nie perlu banyak bersabar dan tekun berusaha. Sebelum nie pelbagai cabaran terpaksa kami lalui. Paling besar dugaan apabila bulan April 2013 kebun kami terbakar... klik sini.

Hari nie kawasan yang terbakar sudah pulih sepenuhnya dan mula mengeluarkan hasil. Boleh dikatakan 99% tanaman pokok kelapa sawit seluar 5 ekar ini telah berbuah. Purata hasil sekali tuai di antara 1.5 tan - 2 tan.

Kebanyakkan kerja-kerja di kebun nie kami lakukan sendiri... meracun, membaja, tuai buah dan memunggah untuk menjimatkan kos. Upah tuai buah untuk pokok yang muda lebih mahal berbanding pokok yang berusia 5 tahun ke atas. Pokok muda upah RM120 pertan... pokok tua RM70 pertan. 

Pada awal September 2013 hasil tuaian kali pertama mencecah 1 tan. Pada hari berkenaan arwah ayah aku antara orang yang paling kalut... kebetulan petang tu hari nak hujan... mungkin dia stress takut buah sawit tak sempat punggah. Dia call sana... call sini nak minta abang aku datang tolong punggah buah. Sebelum tu aku pernah berseloroh dengan arwah ayah aku...

Aku : Ayoh... ayoh raso cop buoh kali nie dapat tok setan...
(sebab sebelum nie tak pernah cecah setan... aku berani cakap sebab beberapa bulan sebelum tu dah tabur baja buah...)
Ayah : Tok tahu lah... boleh kot.
Aku : Ayoh... kalau dapat setan kito ingat nak buat kenduri arwah mak do... (mak kepada sepupu aku)
Ayah : Molek jugok.

Tunggu sambungan cerita...


Penuh macam nie selalunya boleh mencecah 800kg.

Hasil kerja setengah hari.


Aku usahkan kebun nie dengan adik aku serta suaminya... kami bertiga makan gaji... hujung minggu je buat kerja kebun... aku time cuti sekolah boleh lah kerap sikit ke kebunnya. Kebun nie pun tak jauh dari rumah... lepas solat asar pun sempat lagi ke kebun. 

Aku ingat lagi sorang tauke cina cakap... kalau buat kebun 8 ekar... mesti kena full time... kalau semua kerja buat sendiri... kalau buat hujung minggu saja... mesti kebun tak terurus. Contohnya, kebun kami lah... semak samun.