Friday, August 31, 2012

LANTIKAN DG41 (GURU SISWAZAH)

Tarikh penting dalam perkhidmatan
Sebelum pulang bercuti sempat lagi aku check online e-permohonan... lega tak sangat... tengok ruangan Tarikh Surat Tawaran Perlatikan dah terisi... tercatat lah hari ini dalam sejarah 15 Ogos 2012. Selagi surat tak sampai ke tangan aku... tak boleh nak ceta apa... kena tunggu lagi... yang pastinya dah nampak sikit lah gambarannya akan dilantik. He he he gembiranya...

Dapat tunggakan ke tak... kena tengok surat tawaran lah dulu... kalau bermula dari tarikh senat bersidang... lebat jugak tunggakan nie. Kalau lantikan semasa, tak dapat lah durian runtuh. Lama penantian tu... bayangkan aku tamat pengajian 2010... nasib baik aku tak tangguh untuk mengisi e-permohonan... 

Kawan aku lah kesian... dia konvo dulu daripada aku... tapi lambat isi e-permohonan so, dia belum lagi dipanggil temuduga.

Alhamdulillah rezeki tahun nie.

Ada peluang, ada rezeki...
Ada wang, simpanlah baki...

SELAMAT PENGATIN BARU

Dalam hutan pun cantik gak dalam gambar...
 Pasangan Siti dan Faizal... pengantin perempuan cucu saudara ayah aku... dan  pengantin lelaki anak jiran depan umah aku.

Sesi bergambar di Air Terjun Rengat
 Jurufoto tak asing lagi di kalangan kami... Abe li tok joro... kalau kat Damak, Batu Balai, Jerantut... ramai orang kenal dia.



cantik warna puple...


Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhirnya....

Pengantin perempuan anak sepupu ayah aku...
Lepas raya baru-baru nie ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Aku je yang tak kahwin-kahwin... bila orang tanya... aku pun tak tahu nak jawab bila... biarlah keadaan yang menentukan segalanya. Apa yang penting bagi aku... aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang... cuma belum sempurna mengikut fitrah manusia.

HARI RAYA 2012

Kaum Keluarga Jiran depan umah aku datang beraya...
Anak buah aku.... kanan Irfan dan Izzat...
Gambar sekitar hari raya pertama... anak buah aku yang sorang tu pakai baju melayu dengan seluar jeans... gara-gara seluarnya tertinggal di KL... tu lah akibatnya packing barang last minute... apa pun Izzat, smart jugak.

Tempat lepak ayah aku... tengok lah tu berserabut... dengan baju kerjanya lah... kalau tempat dia jangan ada yang rajin nak kemas... sat lagi membebel riuh sekampung. So, raya ke... hari biasa ke... macam tu lah keadaannya.

Mek dan Ayah aku pada hari Raya Pertama