Friday, January 27, 2012

ISU SPBA - TUNTUTAN CUEPACS

Hari nie terpandang lah pulak BH online di fb... tertarik jugak untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Isu SPBA... dah kome terlibat... kena lah ambil tahu... jangan langsung tak tahu.

Hari ini, CUEPACS membuat 5 tuntutan:
  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
Tuntutan yang cuba dibuat oleh CUEPACS agar semua kaki tangan awam mendapat pembelaan yang sewajarnya... tidak hanya memberi kebaikan kepada sebahagian penjawat awam ataupun untuk gred tertentu sahaja.

Pagi tadi member aku ada link kan di fb... Siaran Media Pembayaran Gaji Januari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
___________________________________________________
PEMBAYARAN GAJI JANUARI 2012 DI BAWAH SARAAN BARU
PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

1. Berikutan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

2. Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

3. Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan, dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.

Kementerian Kewangan Malaysia
27 Januari 2012

Diharap tempoh masa yang diminta untuk membuat semakan ini dapat memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua penjawat awam.

Bulan Januari tak masuk... bulan Februari tak masuk... bulan Mac masuk... tak ke banyak nanti... nak kumpul sendiri tak terkumpul jugak. Duit nie berhantu... ada banyak habis banyak... ada sikit pun cukup.

Kepada member den yang tentera tu... tak pe, hang pa belanja lah dulu... time aku ada nanti tu.

Jika belanja hendaklah berpada-pada...
Jangan sampai habis terus tiada...

ENJIN KARBURATOR KE INJECTION

Bulan Oktober tahun lepas aku tukar dari Injection ke Karburator... kosnya menelan belanja RM1500 tak kurang tak lebih. Nak tahu cetanya kenapa aku tukar klik sini. Ingat bila dah berhabisan makin ok lah... rupanya timbul satu masalah lain lah pulak. Aku jadi pening kepala... mana taknya setiap pagi nak kena rem... 7-10 minit baru panas enjin. Kalau tak panas enjin... mula lah semput semacam. Tak larat aku.

Dah la tu... kereta aku makin tak pickup... mendaki bukit Karak... Kancil 660 yang isi penuh orang... boleh potong keta aku yang naik sorang... hangin seluruh badan aku dibuatnya. Hampir 3 bulan jugak lah aku pakai kereta yang bermasalah nie... masalah mati time drive tu memang lah tak ada... tapi masalah lain pulak yang timbul.

Gambar Enjin Karburator. Enjin tak cukup sifat...

Ko orang pernah pergi melawat orang sakit tak??? bila kita datang melawat... soalan pertama kita akan tanya.
"Tak pergi berubat ke???"
Orang yang sakit akan jawab...
"Dah merata tempat saya pergi berubat... tapi tak sembuh... sembuh. Belum jumpa yang serasi kot"

Begitu lah dengan kereta aku nie... bila sakit je aku akan cari doktor untuk merawatnya... mungkin doktor yang aku jumpa tu kurang berpengalaman dalam menyelami masalah yang dihadapi oleh si jantung hati aku nie. Cadangan yang diberikan... tukar je ke Karburator.

Cuba hang pa bayangkan... orang kencing manis... doktor suggestkan potong kaki... lepas tu dia dapat tahu ada orang yang lebih teruk daripada dia... dapat sembuh sebab makan ubat tu dan ubat nie... Mesti dia sedih kan...

Macam tu jugak dengan perihal kereta aku nie... aku sedih sangat... sebab bukan makin elok... tapi makin teruk.

Nak jadi cerita, suatu hari tu... kawan aku datang untuk bermalam di rumah aku... time aku jemput di Komuter... kereta aku ok... sebab enjin panas lagi... tak nampak sangat perangainya. Esok pagi, kami nak keluar sarapan dan terus nak gerak ke PD... time nie, member aku dah pelik... member aku nie bukan pandai sangat pun pasal kereta... tapi kalau start kereta nak kena rem ... apa kejadah tu.

Apa lagi, member nie sembang dengan laki dia perihal kereta aku... aku segan jugak... dah le aku tak pernah jumpa suaminya. Suami dia pun pelik... orang dari karburator tukar ke Injection... nie dah terbalik... orang upgrate... aku downgrate... apa-apa je lah... benda dah jadi.

Suatu hari tu, laki kawan aku nie ambil half day... semata-mata nak teman aku ge hantar kereta ke satu bengkel BMC Revolution Enterprise yang terletak di Subang Permai... dia kenal dengan owner bengkel nie... tu yang dia suggest kat situ... laki satu senang dia nak ge tengok... kalau dah masuk bengkel nanti.

Kalau ikutkan bengkel nie specialist BMW... sekali tengok memang segan lah kita nak hantar kereta Wira... yang ada kat dalam tu BMW je pun.

Taukenya, Abg Brehim... peramah orangnya... so dia tengok lah kereta aku... apa yang boleh dia tolong. Dia senyum tak habis-habis...
"Kak, keta nie... kalau saya repair pun tak selesai jugak masalah... kak kena rem jugak pepagi"

Laki kawan aku lagi best...
"Keta Dah nie... macam tak cukup sifat... banyak alat yang tak lengkap... keta nie hanya sekadar hidup boleh berjalan je... pick up memang tak ada..."

Pembakaran apa lah... aku pun dah malas nak ambil pot... macam dah putus asa...

"Kak, barang lama ada lagi tak??? kalau ada buat mari kita cuba pasang balik... mana yang tak cukup kita beli... dah tu kita tengok apa masalah sebenarnya"

Nasib baik lah aku suruh pomen tu simpan barang tu... so bulan Disember ari tu... masuk bengkel lagi sekali kereta aku... kali nie nak pasang semula Injection. Seminggu jugak lah ambil masa nak pasang balik.

Bila dah pasang lengkap... barang yang tak ada diganti... boss pun pandu uji... bila lampu paip kuning naik... baru boleh check guna komputer apa masalahnya...

Hang pa nak tahu... kanser kepada kereta aku nie 2 perkara je pun... kalau awal aku jumpa doktor pakar rasanya belanja dapat dikurangkan...
  • Crank Sensor - RM 115.00
  • Exzos Sensor - RM 150.00
Ikutkan 2 barang tu je kena tukar... tapi bila dah barai semua kosnya dah meningkat... tu pun nasib baik ada jugak orang nak pasang. Banyak barang lain kena ganti. Kos upah pasang je dah menelan belanja RM350.00... total segala bagai RM 971.00.

Untuk Injection ke Karburator dan Karburator ke Injection je... dah menelan belanja hampir RM2500.00.... banyak kan... tambah lagi sikit je dah boleh bayar muka kereta baru.

Apa pun, terima kasih lah kepada kawan aku dan suaminya yang sudi menolong aku... aku segan jugak sebenarnya minta tolong suami orang nie... kan gosip pulak. Tapi kawan aku nie yang beriya-iya nak tolong... masa nak ambil kereta pun siap tanya... ada duit tak sebanyak tu... Nasib baik lah PM bagi bonus... aku labur lah kat buah hati kesayangan nie.

Hari nie kereta aku seperti sedia kala... bertambah sayang lah aku kepadanya.

Sebenarnya pakai kereta injection nie bagus... senang nak kenal pasti masalah yang timbul... dengan syarat kena hantar kedai yang ada alat check komputer... dari situ kita dah boleh tahu barang apa yang menjadi masalah... barang apa yang perlu ditukar.

Moral of the story... kalau kereta bermasalah... cari lah bengkel yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan kepakaran yang berkaitan... sebarang kerugian bukan pihak bengkel pun nak tanggung... kita sendiri jugak yang kena tanggung.

Lagi satu, kalau tak tahu pasal kereta... tanya lah orang yang lebih tahu. He he he... jadi lah pemandu kereta yang tahu serba sedikit pasal kereta. Supaya tidak mudah tertipu dengan pemilik bengkel yang cuba nak ambil kesempatan.

Wednesday, January 25, 2012

DAH ADA MESIN BASUH KE????

Sekolah aku, cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina... bestnya dapat tidur sepuas hati... hari nie buah hati kejutkan solat subuh... lepas solat aku sambung tidur... siap semua phone aku off... he he he jangan marah ye... siapa yang call banyak kali tu. Hari nie je nak layan mata dengan tenang tanpa gangguan phone.

Pukul 10.30 a.m aku bangun, terus on phone... sekali aku aku tengok banyaknya nombor ....208 miss call aku... nie mesti penting kalau call banyak kali. Aku tak ada lah nak call balik... aku just sms... bukan kedekut ok... orang macam dia sentiasa sibuk... sebab tu aku tak call balik... nanti dia free... dia akan call.

Kejap tu dia call... rupanya hari nie dia cuti. Tak ada lah penting sangat pun... just nak sembang pasal gaji baru... rupanya member aku nie dah masuk gaji baru... nak bagi tahu lah bulan nie dia banyak baki... cikgu gak belum masuk lagi... ada rezeki tu, cepat dengan lambat je.

Dalam pada tu sempat lagi dia tanya khabar.... nak tanya khabar pasal anak... aku tak ada anak...

"Da, apa khabar keta ko??? abang aku tanya mesin basuh ko dah beli ke??? abang aku nak hantar mesin basuh umah ko"

"Keta aku.. ok sangat, bertambah sayang aku pada wira tu... mesin basuh belum beli... ko jangan buat perangai..."

Depa suami isteri nie... kejanya dok perli aku je. Aku sebenarnya bukan tak mampu pun nak beli mesin basuh tu... cuma tak nak beli je lagi... alah kain baju pun bukan banyak sangat yang nak dibasuh... agak-agak tak sempat... aku hantar je dobi. Tuala, selimut dan yang godang-godang aku hantar dobi.

Member aku nie nak sedekahkan untuk aku... sebenarnya aku tak layak terima sedekah tu... elok lah kiranya diberi kepada yang lebih memerlukan... supaya orang berkenaan mendapat manfaat daripada apa yang diberi.

Memang ko kawan aku...
aku tahu ko nak tolong aku...
tapi aku nak ko tahu...
aku bukan tak mampu nak beli mesin basuh tu...
cuma tak nak beli je lagi.

Terima kasih my friend kerana prihatin dengan aku.

Saturday, January 21, 2012

MENGIDAM BUBUR JAGUNG

copy from tenet

Kawan aku mengandung anak yang ketiga... teringin nak makan bubur jagung... dia kata susah nak cari bubur jagung... kebetulan jalan masuk ke taman perumahan aku tu... ada orang jual jagung...

Aku ingat ceta nie sebelum cuti sekolah tahun lepas... sebab time tu kami kelam kabut siapkan kerja-kerja terakhir. Sempatlah aku bersembang di biliknya... bukan senang aku nak ke biliknya... maklumlah aku pun ada bilik sendiri... tahun nie aku tak ada bilik khas... aku merempat je mana-mana bilik kawan... malas pulak nak duduk bilik guru... bukan apa, serabut dengan jurujual.

"Kak, rasa teringin je nak makan bubur jagung... anak yang nie lain sikit... susah nak jumpa... ada jugak cari"

Biasalah aku dengan ringan mulut...
"Betul ke?? akak boleh buatkan... kalau ko nak..." poyo je kan... padahal kat umah aku pun tak pernah masak... dapur pun tak ada.

"Betul ke akak nie pandai buat" tengok my friend pun tak percaya.
"Betul lah nanti akak buat"

Setelah sekian lama... hari Khamis lepas... aku ke pasar malam... saja nak cari bahan untuk masak... kawan aku sorang nie nak makan ikan siakap masak stim... bunyi macam hebat je aku nie kan. Kawan aku tak percaya... aku nak masak.

Aku beli ikan siakap seekor... ikan terubuk seekor.... ingat ikan terubuk tu nak bakar tempoyak... dan aku beli bahan-bahannya sekali... ternampak jagung... teringat pulak member nak makan bubur jagung... takut nanti dah bersalin tak merasa bubur jagung.

Aku konon-kononnya nak tunjuk pandai masak... tapi sebelum tu sempat lagi call chef... he he he...
"Abg, syg nak masak ikan siakap stim... bahan-bahan apa yang nak kena beli... nanti abg ajar caranya sekali"

Boleh pulak dia suruh call time nak masak nanti... mana boleh, nanti my friend tahu lah yang aku tak tahu masak.... he he he. Kekadang malu jugak kan... perempuan tak tahu masak. Tapi dia tak pernah nak kutuk atau perlekehkan aku... sampai nak masak telur mata... telur dadar pun dia ajar kan.

Malam tu, lepas makan... aku dengan sorang kawan nie buat lah bubur jagung untuk ibu mengandung... aku bagi sebekas, dia sorang je makan... tu confirm hubby dia tak merasa.

Kuala Lumpur penuh sesak...
Malu jugak tak tahu masak...

Wednesday, January 18, 2012

RESTORAN SAMBAL HIJAU SG PENCHALA

Semalam lepas je waktu sekolah aku bersama dengan 2 orang rakan sekerja makan tengah hari di Restoran Sambal Hijau... salah satu tempat yang menjadi pilihan kepada kami... orang akan cakap jauhnya makan tengah hari... bagi kami jauh pun sangat berbaloi... pertama, banyak pilihan lauknya.

Semalam member den (ustaz) yang belanja... terima kasih ustaz. Kalau ke sana tentunya masak lemak kuning itik menjadi pilihan aku... tapi semalam tak ada pulak... sudahnya, aku ambil ikan keli salai masak lemak kuning... fuhyo... memang sedap lah.

Kalau hang pa nak tahu... kat restoran nie sentiasa penuh orang... kekadang tu terpaksa kena tunggu tempat duduk... terutamanya time lunch...

Friday, January 13, 2012

AZAM TAHUN BARU

Bila tiba je tahun baru... semua sibuk dok fikir azam tahun baru... apa azam aku tahun nie... aku pun tak pasti lagi... bagi aku, setiap hari kita ada azam... azam supaya hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Betul tak???

Satu je yang aku harapkan di tahun 2012 nie... agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang tanpa gosip-gosip yang tidak berasas.