Hari kedua di Perlis kami dibawa ke satu lagi tempat yang terkenal iaitu di Wang Kelian. Tempat nie lebih terkenal dengan syurga membeli belah kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan. Jalan untuk ke tempat nie... sangat mencabar. Berbukit dan berliku. Kalau rasa tak confident drive jangan mai sini bahaya. Aku pun kecut perut jugak.
Dah selamat sampai di sempadan Malaysia Thailand. Kalau ikutkan harga beberapa barang yang aku tanya di sini lagi murah berbanding dengan Padang Besar. Tapi tu lah.... jalannya mengerunkan. Aku tanya periuk besar yang berdiameter 60 cm dan bertelinga.... harga di Padang Besar RM 295. Tapi di sini harganya baru RM 250. Berapa banyak beza tu.
Group aku dengan member nie je bertuah lepas masuk sempadan. Sempat lah bergambar dan ronda-ronda di kawasan sekitar. Hari Ahad memang dibenarkan masuk. Ramai orang kita keluar masuk sempadan untuk membeli-belah.
Di sini, meriahnya pada hari Ahad je. Panjang deretan gerai nie.... tapi kami tak jalan habis pun...sebab dah penat berjalan kaki. Suasana di Thailand nie agak terkawal jika dibandingkan di Indonesia. Aku tengok orang kita ramai beli Narita je kat sana. Aku tanya harganya tak ada lah murah. Sama je harga kat Padang Besar RM 33.
Kawan aku nie...sempat juga dia sambar sebuah toys car. Harganya RM200. Kalau kat Kuala Lumpur mau cecah RM380 - RM450. Memang berbaloi lah beli kat sini. Walaupun terpaksa angkut dengan keretapi.
Jika kawan aku berkenan kereta untuk anaknya. Lain pulak dengan aku. Teruja lah pulak tengok basikal antik nie. Harganya RM480 siap pos sampai depan pintu umah lagi. Seronok jugak kan dapat pusing dalam taman. Tapi aku takut terujanya sekejap je.... lepas tu sadai tepi umah.
Aku sempat test kayuh sekitar kawasan tu. Rupanya ramai peminat basikal antik nie. Antara gerai yang menjadi tumpuan pengunjung di Wang Kelian. Orang spesis macam aku lah.... minat barang antik.
Lepas tu kami singgah di Gua Kelam. Titi gantung dah selamat... dihanyutkan arus masa banjir ari tu...perkhidmatan keretapi ke dalam gua pulak... mengalami masalah teknikal. So terpaksalah kami menjelajah di dalam Gua Kelam sejauh 1.2 km pergi dan balik dengan berjalan kaki.
Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk ke Gua Kelam. Kenangan bersama dengan murid cemerlang UPSR sksb 2010. Rasanya nie kali pertama dan terakhir aku akan mengikuti rombangan sekolah dengan menggunakan perkhidmatan KTM. Serik aku. Bukan kerana perkhidmatan tapi... kerenah anak-anak yang sukar dikawal. Betul-betul menguji kesabaran kami guru-guru.
Bayaran dikenakan RM4 seorang dan disediakan seorang juru pandu. Juru pandu memberi penerangan mengenai sejarah gua tersebut. Secara peribadi, aku memang kagum dengan keindahan di dalam gua nie. Gua ini terbentuk disebabkan kerja-kerja perlombongan bijih timah beratus tahun yang lalu. Kesannya kita boleh lihat sehingga kini. Kesan ini membuat kita terfikir bertapa kerja kerasnya orang dahulu menggunakan tulang empat kerat untuk melombong bijih timah.
Jika berpeluang, datang lah melawat. Sangat menarik. Tapi sayang kamera aku nie tak boleh snap lah pulak di tempat gelap.
Kami menggunakan laluan keretapi untuk masuk ke dalam gua kerana laluan yang biasa digunakan telah mengalami kerosakkan semasa banjir besar melanda Perlis. Penat tu memang lah penat... ya lah berjalan jauh. Tapi tak terasa pun jauh. Kita berjalan sambil menikmati keindahan di dalam gua tersebut. Di dunia nie, hanya dua negara sahaja yang menjalankan aktiviti melombong bijih timah di dalam gua. Di Gua Kelam dan satu lagi di Brazil.
Setelah penat berjalan di dalam gua... kami singgah makan di Restoran Tok Mek yang terletak di Kaki Bukit Beseri. Restoran nie menyajikan selera kampung dan masakan Thai. Aku difahamkan restoran nie akan ditutup sebulan di bulan puasa. Memang ramai pengunjung di restoran nie dan merupakan salah satu restoran yang pernah dikunjungi oleh jalan-jalan cari makan terbitan tv3.
Lapar punyai pasal, nasi goreng sepinggan habis licin aku makan. Tinggal sayur je aku tak makan. Harganya memang berpatutan.
Destinasi seterusnya, ke stesen keretapi. Perjalanan memakan masa hampir sejam.
Keseronokan yang dilalui...Mengatasi kepenatan yang dirasai....