Sunday, December 5, 2010

KERJAYA DI SEKTOR AWAM MENJADI PILIHAN

Kerjaya di sektor awam menjadi pilihan semestinya ada sebab dan daya penariknya...tidak hairan lah jika ramai yang ingin mencuba nasib dengan memohon iklan yang dikeluarkan. Ada antara mereka nie memohon berkali-kali tanpa jemu. Semata-mata untuk mendapat tempat di sektor awam.

Sesetengah tu, sanggup bermula dari bawah.. walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi sedangkan jawatan tersebut hanya memerlukan kelulusan minima sahaja.

Faktor utama sektor awam menjadi pilihan ialah terdapat kelebihan yang tidak ditawarkan di sektor swasta. Antaranya sebagai seorang penjawat di sektor awam layak menerima faedah berbentuk:

Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Elaun ini dibayar mengikut lokasi tempat penjawat berkhidmat. Dah tentulah yang berada di bandar besar, lebih besar elaunnya. Bagi cikgu, mereka yang berada di pendalaman akan mendapat elaun kesukaran. Makin sukar dihubungi, makin tinggi elaunnya.

Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan.

Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

Caruman KWSP atau pencen
Anda diberi pilihan sama ada untuk memilih skim KWSP atau pun pencen. Jika anda memilih KWSP... ada masih berpeluang tukar kepada skim pence. Tapi tidak sebaliknya. Lebih baik kaji sebelum membuat pilihan. Sebabnya masing-masing ada kelebihannya. Skim ini sebagai jaminan kos perbelanjaan selepas persaraan.

Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu.

Peluang kenaikan pangkat
Siapa tak nak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Siapa yang rajin berusaha dia akan dapat peluang berbekaan.

Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. Rebut peluang ini untuk memajukan diri.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada setiap tahun. Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

Kepada mereka yang sudah berada di sektor awam... termasuk lah aku. Bersyukur lah. Kita antara salah seorang yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon. Beri lah komitmen yang terbaik terhadap tugas yang diamanahkan.

Aku ingat lagi pesan mak aku... mak aku nie tak sekolah... baca pun tak tahu. Tapi dia selalu pesan, supaya belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di jabatan kerajaan. Dia nak sangat anak dia kerja kerajaan. Alhamdulillah ada 2 orang anak dia kerja kerajaan. Manakala anak dia yang tak kerja pulak... sibuk suruh cari calon suami yang kerja kerajaan. Alhamdulillah semua menantu lelaki kerja kerajaan. Berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

Sumber: www.rahsialulustemudugakerajaan.com

0 ulasan: