Tuesday, November 30, 2010

UMAH DI LESTARI PERDANA, SERI KEMBANGAN

Hujung bulan nie ingat nak menjengah ke umah sewa aku di Lestari Perdana. Dah setahun lebih aku tak ke sana. Apa ceta dengan umah aku tu.... harap semuanya ok lah. Penyewa baru... tapi tuan umah tak pe jengah lagi.

Masa beli nak privacy konon.... tu yang pilih tingkat atas sekali. Sebulan... dua, boleh tahan lagi... dah lama-lama penat lah pulak. Pernah aku tertinggal kunci rumah dalam keta.... lepas tu nak kena turun semula dan naik... hu hu hu masa tu.. penatnya. Bagusnya umah paling atas nie... bersih je tangga kita, dan tak bising. Tidur memang boleh lena sampai mata hari naik.

Last sekali aku pe hantar tilam dengan member aku. Itu pun nasib baik ada member aku yang tolong angkut sampai atas. Kalau aku angkut... mahu berapa kali berhenti. Orang lelaki lain le... depa tu dah biasa buat kerja berat.

RONDA-RONDA MAHA 2010

Bunga orkid antara tempat yang menjadi tumpuan pengunjung

Siangnya, aku meronda di sekitar Putrajaya. Malamnya pulak pusing-pusing MAHA 2010 di UPM Serdang. Ini pun sebab ramai nak pe... kalau aku sorang malas nak pergi tempat yang bersesak macam nie. Ini merupakan kali pertama aku menjengah ke MAHA. Ini pun time aku pergi malam tu hujan renyai-renyai... tapi orang sama gak ramai.

Aku sibuk nak pergi ke tempat Sua Rasa TV9. Rupanya jauh jugak.. kami masuk ikut pintu 1. Dari tempat parking kami naik pengangkutan yang disediakan. Lepas tu beratur pulak... nak kena naik bas citylink. Punya lah panjang kami kena beratur untuk mendapat giliran. Layan sekejap siaran langsung Semanis Kurma. Kami tak boleh lambat.... sebab bas yang teakhir pada pukul 10.00. Kalau nak jalan kaki tak larat aku.

Kami sempat melawat gerai di kawasan Sua Rasa je... kambing, lembu, ayam, itik kami tak sempat nak pe. Rasanya kalau datang waktu siang lagi seronok kot. Datang awal... boleh pe semua tempat. Aku ingat kalau nak melawat semua.. mahu lenguh kaki nie.

Kami datang saja nak seronok-seronok je... apa pun tak beli. Kakak aku gedit nak beli pokok bunga orkid... aku bising nak tanam kat mana. Duduk kat umah flet susah nak menanam pokok bunga. Aku ingat kalau kat MAHA murah.... sama je kat pasar malam. Buah aku tengok boleh tahan jugak mahalnya. Apa lah salahnya jual lebih murah dengan pasaran di luar. Kata para petani yang jual sendiri. Patutnya pengguna akan dapat harga yang lebih murah.

Nie antara pengangkutan yang kami naik. Kali pertama aku naik kenderaan nie. Selalu kita tengok kat ladang je. Rupanya kat UPM pun ada. Siapa yang tak pernah naik jangan lepaskan peluang... pergi lah ke MAHA. Kepada mereka yang ada anak mesti seronok sekali sekala bawa anak naik kenderaan yang mereka tak pernah tengok dan tak pernah naik. Satu pengalaman baru buat mereka.

PUSING-PUSING PUTRAJAYA

Hari Ahad baru nie, aku pusing-pusing Putrajaya. Itu pun sebab ada hal... kalau tak ada hal... tak adanya aku nak ke sana. Bukannya dekat tu nak ke sana. Kalau saja-saja lebih baik aku melepak kat umah je. Misi aku ingin mencari ATM cash deposit Bank Islam. Nak bank in duit kawan aku nie. Lewat sikit je dah bising satu dunia. Sampai 80 miss call. Malas aku nak melayan. AKu mintak akaun bank yang senang nak cari tak nak kasi... tu lah padahnya. Tanggung lah sendiri.

Nasib baik lah kat Saujana ada Bank Islam. Senang sikit aku. Kalau tak, kena pe Selayang atau pun di Shah Alam. A ku call member aku kat Melaka... nasib baik dia beri arahan senang aku nak faham. Rupanya Bank Islam tu kat Anjung parcel E je.... kalau area tu aku tahu lah.... sebab selalu ke Kementerian Pendidikan. Terima kasih Along. Member aku nie dulu keja kat KKM area situ je. Tu yang dia tahu.. sekarang dah pindah Melaka.

Aku ke mana pun mesti kamera ada sama. Sibuk minah nie nak bergambar.... sekarang malu lah pulak, masing-masing dok guna kamera DSLR. Kita je masih lagi guna kamera cap ayam. Kamera aku nie dah menunggu masa je. Baru genap 2 tahun guna dah bermasalah lensernya.... Ingat ada masa nak hantar service center Olympus di Mont Kiara. Aku sayang kamera nie dah banyak berjasa kepada aku.

Kalau dah beli DSLR pun kamera yang bersaiz kecil mesti kena ada. Senang nak bawa ke mana-mana. Tak kan nak usung yang besar tu. Jenuh jugak. Ari tu aku berkesempatan ronda-ronda... meninjau kamera DSLR di Low Yat. Aku berkenan betul Canon model D1000 tu..... kalau ada duit memang aku sambar dah. Kalau nak beli pun nak cari yang buget dalam RM2K cukup lah. Esok dah mahir upgrate lah.... bukan nak jadi photografer profesional pun... habis tinggi pun juru gambar program sekolah je.

Penat meronda sekitar masjid tu.... kami singgah makan. Makanan kat sini mak ai... mahalnya. Aku beli 2 pinggan nasi ayam goreng dan 2 gelas orange juice. Harganya RM 23.00. Adakah tempat yang menjadi tumpuan pelancong perlu dijual dengan harga yang mahal untuk jaga standard. Cekik darah betul. Menu yang sama kat luar baru berapa hengit je. Dah lah service tak bagus. Lain kali datang Putrajaya aku nak bawa bekal lagi bagus makan tepi tasik tu. Puas hati. Aku dengar je orang cakap mahal.... tapi aku tak pernah makan kat situ. Rupanya betul mahal.

Kebetulan kami ke sana ada gerai-gerai yang menjual hasil kraf tangan. Laman Seni Putrajaya nie berlangsung selama 2 hari. Banyak jugak lah gerainya. Aku beli mug kecil untuk koleksi peribadi. Walau pun aku bukan orang seni. Tapi aku berminat untuk melihat hasil seni orang lain.

Kebolehan dalam bidang seni nie... anugerah yang tak ternilai dan perlu diberi penghargaan. Di negara kita masyarakat belum lagi boleh menerima yang seni ini merupakan satu cabang kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan seni ini secara part time sahaja.

Aku suka juga bergambar di Putrajaya nie.... viewnya memang cantik. Jika hari tu cuaca baik.... lagi cantik. Masa kami bergambar nie... dah mula hujan turun dengan renyai-renyai. Kami redah je.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin baru kepada my friend Mohd Nor Syamsul Baharin Al-Amin dan pasangannya. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Tampin Negeri Sembilan.

Aku mendoakan agar pasangan ini berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan cepat dikurniakan cahaya mata.

Selamat berbulan madu di Thailand.

MENGHADIRI KEMPEN KEBERSIHAN TANGAN 1 MALAYSIA

Semalam aku telah diarahkan untuk menghadiri kempen kebersihan tangan 1 Malaysia yang telah diadakan di Auditorium Hospital Sungai Buloh. Ini pun sebab dah tak ada orang nak pe.... aku le kena pe.

Member aku call dalam pukul 9.30 a.m. Time tu aku masih bergulung dalam kain selimut. Malasnya nak bangun. Bila aku cakap malas nak pe kat member nie... dia terus past phone kat PK.
"Faridah pegi lah... sempat lagi nie, majlis tu pukul 10.30 a.m. Pakaian formal" siap pesan lagi.
"Alah, kan ari tu saya dah cakap... saya tak nak pergi" dalam mamai-mamai tu.
"Pergi lah.... ada Zaina Zain" punya lah nak pujuk aku.

Dalam hati kalau ada Eja ke... laju lah sikit aku. Tak payah suruh... aku offer diri lagi.

"Ya lah..ya lah... saya bersiap sekarang"

PK aku suruh datang pukul 10.30 a.m... aku sampai kat sekolah ngam-ngam pukul 10.30 a.m... so aku terus ke Hospital. Masa tu aku belum sarapan apa pun. Nak sarapan dulu takut tak sempat. Segan lah pulak kalau masuk majlis dah mula. Biar awal jangan lambat.

Semasa mendaftarkan diri, baru lah aku tahu rupanya majlis akan start pada pukul 11.00 a.m. Kalau ikutkan sempat lagi aku mengeteh kat Kafe hospital. Masalahnya dah naik sampai atas... malas dah nak turun. Nak jadikan ceta...tunggu punya tunggu...YB tiba pada jam 12.00 tengah hari. Laparnya... angin dah naik sampai ke kepala. Pukul 2.00 p.m baru majlis bersurai. Nasib baik disediakan makanan.

Habis majlis aku terus balik rumah. Terus pengsan. Sakit kepala sebab lambat makan. Malam baru aku kuar pe beli penadol dan makan malam. Lepas tu sambung lena.... dah pekena penadol 2 biji. Aku jarang makan ubat kalau sakit kepala. Sakit kali nie tak boleh tahan. Pukul 4.00 a.m baru jaga. Tak tahu apa nak buat.... tu yang menulis blog nie.

Seronok, anak murid aku dapat bergambar dengan Duta Antabax Ziana Zin. Aku pun teringin gak nak bergambar... tapi malu lah pulak... sebab anak murid ada he he he he he. Gambar nie pun aku snap dari jauh je.

Tapi seronok gak datang.... dapat produk antabax satu beg lagi.... boleh buat stok untuk sebulan. Rezeki, sepatutnya orang lain yang datang... tut tut tut aku pulak yang kena paksa datang.

Monday, November 29, 2010

CIKGU MATEMATIK ATAU CIKGU BAHASA MELAYU

Perbincangan Topic Volume (Kelas 5 Mawar)

Tahun nie aku ajar Matematik, 2 kelas tahun 5 dan Bahasa Melayu.... Tahun 6 satu kelas. Tahun depan aku ingat nak ajar Matematik lah pulak Tahun 6. Nak ikut anak murid aku yang Tahun 5 nie. Dah lama aku teringin nak ajar ikut murid sendiri.

Kalau ikut kan perbincangan secara tidak formal dengan PK Pentadbiran dia telah bersetuju dengan cadangan aku. Tapi tak tahu lah kot...kot... last minute dia ubah pendirian pulak. Aku nak ajar Matematik Tahun 6 satu kelas, Matematik Tahun 5 satu kelas dan Bahasa Melayu Tahun 5 satu kelas. He he he he he ...suka-suka hati aku je... main pilih nak ajar subjek apa... kelas mana????

Bila bercerita bab ikut murid nie.... mula lah aku teringat insident Tahun 2008. Masa tu aku dicampak ke sesi petang. Aku memang sedih sangat. Sepatutnya aku ikut murid. Aku dah ajar murid berkenaan dari Tahun 4, bawa ke Tahun 5 dan sepatutnya bawa ke Tahun 6... Aku ajar kelas berkenaan subjek Matematik dan Bahasa Melayu....Tapi, last sekali orang campak aku ke sesi petang....ajar Tahun 3. Masa tu maruah aku tercalar. Malu sangat... sebab dah berangan-angan nak ajar Tahun 6.

Siapa kita kan.... aku akur je lah dengan apa yang pihak pentadbir tentukan. Dalam hati sedih... hanya tuhan je yang tahu. Member-member aku suruh aku pe merayu dengan pentadbir... aku kan ego... tak adanya aku nak terhegeh-hegeh merayu. Semua kekawan marah... sebab aku ego. Ada aku kisah....

Sikap kita kan... kita rasa, kita adalah yang terbaik. Sedangkan pentadbir ada calon yang terbaik untuk mengajar Tahun peperiksaan. Tak pe lah.... akhirnya aku boleh terima kenyataan... dan aku perlu belajar daripada kesilapan. AKu kalau tak suka.... kalau tak puas hati memang nampak sangat.

Hari nie... perinsip hidup aku.... nak beri yang terbaik kepada anak murid.... Tak kisah lah kelas peperiksaan atau pun tak. Apa yang penting murid aku dapat menerima isi pelajaran yang diajar dengan baik.

HANTARAN PERTUNANGAN HAFISAH

Sempat jugak aku snap gambar hantaran..... tapi sayang, majlis pertunang tersebut aku tak dapat join.

Gubahan kain tuala dan kain pelikat.

Gubahan sejadah

Gubahan buah-buahan

Gubahan sirih junjung dan kek

PERTEMUAN YANG DIRANCANG

Berdiri dari kiri, Anisah, Suraya Hani dan aku.
Duduk dari kiri Atie dan Kak Todak (Ning Baizura)

Pada 27 Nov 2010, seperti mana yang telah dirancang... kami telah mengadakan reunion DPM/MPRM. Bukan senang nak handle majlis yang besar melibatkan ramai orang. Pelbagai pandangan, cadangan yang diterima. Pada peringkat awal kami bercadang diadakan di Balai Kerapatan. Sebab ramai yang bersetuju untuk hadir. Di saat akhir dewan tersebut tidak mendapat kelulusan. Banyak lah pulak kerenahnya.

Kami pihak pengurusan mencadangkan agar diadakan di Hotel. Saat akhir, ramai pulak yang menarik diri dengan pelbagai alasan. Kita terima alasan yang diberikan, masing-masing ada komitmen. So, kesudahannya... aku buat keputusan diadakan juga reunion tersebut di Pizza Hut, Seremban 2. Alhamdulillah, ramai juga yang datang. Terima kasih kepada kekawan yang datang.
  • Anisah MT/PM
  • Aku MT/PM
  • Atie PI/PJ
  • Kak Todak PI/PJ
  • Arai SN/KH
  • Suraya SN/KH
  • Anis PI/PJ (bersama family dan masih dalam pantang)
  • Kak Uda PA/KT (bersama family)
  • Abg Din MU/Seni
  • Sj. Sam MU/Seni (bersama family)
Kira meriah jugak lah kat Pizza Hut ari tu. Nak tunggu gambar ramai-ramai.... entah bila lah juru gambar nie. Aku upload je lah mana yang ada.

Pasangan paling romantik.

Lepas reunion kami bergerak ke Tampin untuk menghadiri majlis kenduri rakan semaktab kami.... Saintis. Tahniah my friend semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan di atas nie bila lagi... Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang susah. Gigit jari.... nanti.

Thursday, November 25, 2010

MELAPOR DIRI SEBELUM KE MANA-MANA

Bila ingat balik nak tergelak pulak dengan mak aku nie. Aku nak pergi tempat yang jauh sikit... aku call lah beritahu. Tapi setakat kat Selangor dan KL tak ada lah nak melapor diri. Nak ke Bandung ari tu aku call lah beritahu. Mula tu aku cakap dengan ayah... membebel jugak orang tua tu... bila membebel tu, tahu lah kita yang mereka tu sayang... tu yang tak nak lepas pe jauh. Pernah sekali aku ke Indonesia tak beritahu pun.... dah balik baru beritahu. Tak senonoh kan...

Aku pun call lah mak aku. Kalau nak call ayah aku kena guna no handphone dia, tapi kalau mak aku kena guna telefon umah. Masa aku call tu hujan lebat. Umah atap zink, faham-faham je lah...bercakap pun tak berapa nak jelas.

"Hello, Assalamualaikum... mek sihat ke?? kita nak bagi tahu nie... ari Sabtu kita nak ge Indonesia." kan kalau cakap Bandung dia tak tahu pulak kat mana tempat tu.

"Mek sihat....Berapa lama tu nak ge de nu... seminggu ko?" sebab Indon kan jauh tak kan nak ge 2-3 ari je.

"Dok lah mek, kito ge 3 ari je. Mek nok kirim gapo nie, kita nak ge de nu???" siap tanya tu... sebelum nie tak pernah tanya pun nak kirim apa.

"Mu beli lah ikan kering macam mu beli baru nie. Sedap, aku makan. Ikan keli mu tak yah beli lah... ayah mu tok makan. Kain pun boo lah beli, banyak dah. Dah tak dok nantu baru." kirim hok dia suka. Kebetulan ge Labuan ari tu aku beli ikan kering nipis.

"Tengok lah mek... kalau orang jupo ikan kering tu... orang beli lah. Orang bukan nak ge beli barang pun... pitih tok bowok banyak pun. Orang nak ge kenal tempat orang je" dalam hati, mek aku nie kalau ge ganu senang.... beli ikan kering je koo dia.

"Tak poo lah hujan lebat nie... tak berapo dengar mu kecek gapo" sebenarnya mek aku nie tak suka kecek lama kat telefon. Tu dia royak gitu. Aku pehem doh.

Last sekali, kat sana aku beli sarung kaki dan sarung tangan kat dia. Banyak jugak aku beli. Nanti senang dia boleh buat gilir-gilir. Murah rupanya kat sana. Sepasang baru seringgit lebih je. Aku ingat lain kali kalau aku nak ke mana, sarung tangan dengan sarung kaki lah pulak dia kirim.

Aku baru teringat, satu hari tu mak aku suruh aku beli barang. Aku ingat nak beli nanti dapat durian runtuh. Dah lama dia suruh beli. Aku suka mak aku nie... dia suka buat persiapan awal. Belum lagi sakit dah suruh aku beli. Sebab dia sihat walafiat tu, aku buat tak hirau.... cuba dah sakit, cepat je aku ge beli. Barang dia nak tu ada jual kat farmasi. Mak dengan ayah aku nie... jarang suruh-suruh anak dia beli barang tu...barang nie. Pandai-pandai kami lah kalau nak beli.

AGAK LAMA TAK MENJENGAH


Sudah bertahun aku tak turun ke Kota Masai. Dulu, paling jarang pun setahun sekali mesti turun. Sekarang memang lah, dah tak ada port nak melepak. Tapi hotel kan banyak. Rasa rindu pulak kat Kota Masai. Harap dalam masa terdekat nie dapat lah turun ke sana.

Dah agak lama tak menjengah umah aku. Apa ceta sekarang. Paling tidak kalau turun ke sana, aku boleh juga tanya penyewa... mana lah tahu takut ada kipas atau pun lampu yang rosak. Nak harap dia laporkan memang tak ada lah... Seingat aku, memang tak pernah beri nombor phone kepada penyewa tu. Apa yang aku tahu, setiap bulan masuk je duit sewa. Sewa umah nie tak pernah dinaikkan sejak 2003 lagi.

Jiran-jiran dok bising suruh naikkan sewa umah... kalau penyewa baru mungkin boleh dinaikkan. Nie penyewa lama, segan pulak kan. Lagi pun bayaran sewa on time, tak pernah sangkut pun.

Last aku pe jengah umah di Kota Masa pada tahun 2006 kot. Lepas tu langsung dah tak ke sana. Mesti dah banyak perubahan sepanjang tempoh 4 tahun tu. Silap-silap hari bulan boleh sesat aku nak ke sana dah tak ingat jalan.

KALAU KITA TAK AMBIL TAHU, KITA TAK KAN TAHU

Y. BHG. TUAN SULAIMAN BIN WAK
PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

TARIKH LAHIR : 01/10/1959
TEMPAT LAHIR :SARAWAK

PENDIDIKAN
1. Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
2. Diploma Pendidikan (Kepujian)

PENGALAMAN PERKHIDMATAN
Bil Nama Institusi/JAB/KEM Jawatan Tempoh
1. SMK DPHA, Kuching Guru Biasa 1983 - 1984
2. Jabatan Pelajaran Sarawak, Kuching Penolong Pengarah 1985 - 1989
3. SMB Chung Hua, Sibu Penyelia Petang 1989 - 1992
4. SMK Santubong, Kuching Pengetua 1992 - 1996
5. SMK TPDPH, Daro Pengetua 1996 - 1997
6. SMK Semera, Samarahan Pengetua 1997 - 2001
7. SMK Bandar Kuching No.1, uching Pengetua 2002 - 2005
8. SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching Pengetua Jun 2005 - Mac 2006
9. Bahagian Sekolah, KPM Ketua Penolong Pengarah Dasar April 2006 - Mei 2007
10. Bahagian Sekolah, KPM Timbalan Pengarah Dasar Mei 2007 - 17 Dis 2008
11. Jabatan Pelajaran WPKL Pengarah Pelajaran 18 Dis 2008 - 25 Jan 2010

PN. DAYANG FATIMAH BT. ABANG NARUDIN
PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

Ada cerita disebalik post ini dibuat. Beberapa minggu sebelum kita bercuti Pengarah Pelajaran Selangor bersama dengan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah serta beberapa orang pegawai pembangunan datang melawat ke tapak projek pra sekolah di sekolah aku.

Kebetulan tapak projek berkenaan bersebelahan dengan kelas aku mengajar. Rombongan beliau datang semasa waktu rehat baru berakhir. Aku ada 2 kelas Tahun 5 ( ajar Matematik) di situ, bermakna 2 jam.

Oleh kerana sebelum ini aku tak pernah ambil tahu siapa nama, rupa parasnya macam mana Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran. Jadi memang aku tak tahu siapa yang datang ke sekolah aku. Bila mereka hanya melulu ke kawasan tapak projek aku beranggapan pegawai pembangunan.

Aku dengan selamber tanpa ada rasa takut apa-apa terus je mengajar macam biasa. Stail aku le, marah murid tak siap kerja... membebel lah, maklum lah dah dekat nak exam. Time tu mereka datang bersembang tak jauh pun dari kelas aku.

Sesekali mereka memerhati ke arah kelas yang aku sedang mengajar. Agak-agak hampa lah, apa lah yang tuan pengarah cakap kan.????
"cikgu nie tak kenal kita ke"

Masa mereka sampai, tiada siapa pun yang mengiringi mereka. Tu yang aku tak kisah. Selalunya jika orang atasan datang mesti pentadbir iringi mereka.

Tapi ada baik juga aku tak kenal. Kalau aku kenal, mahu menggigil aku mengajar ari tu. Aku juga cukup bernasib baik sebab mereka tak datang melawat ke kelas aku. Kalau tak, mahu kantoi aku ari tu. Lesson note aku tak bawa masuk kelas. Dalam kepala nak buat ulang kaji. Kelas sebelah kantin. So lepas makan aku terus masuk kelas. Malas nak pe ambil lesson note.

Moral of the story, sebagai cikgu kita kena tahu semua mereka yang terlibat dengan kita daripada Menteri, Timbalan, Pengarah, Penolong Pengarah dan Pegawai Pelajaran. Kalau tak jadi macam aku lah.

Rasanya, kalau aku kenal... ada ke aku pergi berjumpa dengan pengarah dan pegawai tu. Jika ada keberani pergi kot. Sebab bukan semua orang berpeluang berjumpa dengan pengarah dan pegawai sekali gus.

Wednesday, November 24, 2010

KITA SELALU MUDAH LUPA DIRI

Kita mudah lupa dan sentiasa perlu ingat-mengingati supaya tida terus alpa dengan kemewahan dunia. Apa yang kita ada hari ini hanyalah dipinjamkan buat sementara. Bukannya hak milik kekal. Tiba masa dan saatnya kalau DIA nak ambil... sesaat pun dah tak boleh tunggu.

"JANGAN BERBANGGA DENGAN CALVIN KLIEN & ARMANI EXCHANGE anda kerana....
PAKAIAN TERAKHIR ANDA ADALAH KAIN KAFAN & perfume anda adalah kapur barus....

( Suka berbangga dengan barang berjenama... kononnya jaga standard, nak up to date... yang paling aku tak suka, yang jenis nak menunjuk dan memperlekehkan orang lain yang pakai jenama cap ayam)



"JANGAN BERBANGGA DENGAN BMW & CALDINA GT FOUR anda kerana...
KENDERAAN TERAKHIR anda adalah keranda yang akan diusung...

( Kenderaan memang barang keperluan.... tapi kalau kita tengok ada sesetengah pakai keta besar... berlagaknya macam dia je ada kereta. Kita keta kodok nie baru je nak memotong, dah bagi lampu... apa lah salahnya tunggu kejap bagi kita lepas memotong. Kita pun ada akal gak... tak kan nak duduk lorong laju, cuma nak lepaskan keta yang lebih perlahan daripada kita.)



"JANGAN BERBANGGA DENGAN BANGLO DAN KONDO anda kerana....
TEMPAT PERISTIREHAT anda yang terakhir adalah kubur...

( Tempat berteduh perlu ada. Kita dituntut supaya berusaha memperbaiki taraf hidup... supaya hidup tidak meminta-minta. Kalau mampu beli lah umah yang mampu milik... tapi tak perlu lah memperlekehkan orang yang duduk umah sarang burung. Itu je umah yang dia mampu. Janji selesa, tak kira lah umah apa pun.)



"JANGAN BERBANGGA dengan kehenseman atau kecantikan anda kerana....
AKHIRNYA hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga...

( Cerita pasal cantik semua orang suka. Kalau tak masakan orang sanggup berhabisan duit untuk kecantikan. Cantik dalaman lebih mulia, jika dibandingakan dengan produk kecantikan yang kadang kala nak senyum pun susah)


Sentiasalah berdoa agar kita tidak menjadi orang yang suka berbangga diri dengan apa yang dimiliki. Dan jangan sesekali menghina mereka yang kurang bernasib baik. Semuanya milikNYA dan akan kembali kepadaNYA.

PERCUTIAN KE BANDUNG PART 4

Pukul 9.00 pagi kami harus check out. Penerbangan kami pukul 12.00. Jadi, kami kena berada di lapangan 2 jam awal sebelum berlepas. Semasa perjalanan ke Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung nanti kami akan singgah di Kartika Sari untuk membeli buah tangan. Aku beli jugak le kek lapis dan 2 loyang kuih yang kawan aku pesan.

Kat kedai nie memang terkenal dengan segala macam kuih. Kami diberi masa 10 minit je. Itu pun dah tinggal 1 jam 30 minit je. Semua kena cepat. Kan kalau lambat tertinggal kapal terbang. Jenuh jugak. Aku serik bab tak boleh check in nie. Sebab pernah kena kan.

Bergambar kenangan di sekitar Hotel Edelwess. Percutian Budget kami nie menelan belanja:
  • Tiket = RM 240 ( tu booking bulan April lagi)
  • Penginapan & pengangkutan = RM 200
  • Makan tanggung sendiri = RM 80
  • Jumlah = RM 520
Duit untuk belanja, bergantung kepada orang tu... apa dia nak beli di Bandung nie. Kalau bawak Rp. 3 juta tu pun aku sebenarnya dah banyak boleh beli. Tapi kalau beli yang mahal. Tak dapat banyak lah barang. Aku teringat member nie beli telekung sembahyang Rp. 1 juta. Terkejut aku.... macam mana kain dengan harga gitu. Aku beli gak, tapi reganya baru Rp. 70 000 je.

Pasangan suami isteri nie lah yang bertanggungjawab membawa aku dan kekawan ke Bandung. Bapak Saini dan Ibu Anita memang sering ke sana. Terima kasih bapak dan ibu. Nanti kita ke sana lagi ye. Nak kumpul duit dulu. Dalam kepala nie macam-macam nak beli.

Aku dah pesan kat member nie, print tiket Airasia... member nie degil tak nak print. Rupanya masa nak check in mereka minta tiket tu... baru mereka lepas.... aduh dah le lambat... nak ke pe print lah pulak. Menunggu orang ramai pulak. Aku mula tension, sebab beg aku tu nak kena check in kargo. Sat lagi tak dapat masuk jenuh aku.... nak pikul 2 beg yang berat tu. Ingat. Lain kali print. Bukan berat pun nak bawa.

Jangan lupa simpan Rp. 75 000 untuk cukai kepala yang perlu dibayar di lapangan terbang. Kan tak ada duit tak balik nanti.

Bapak Saini dan Ibu Anita sibuk nak menunggu di ruang menunggu VIP. Kalau nak menunggu di sini kita perlu membayar Rp. 50 000. Masa nie aku memang dah kering. Ibu Anita belanja. Terima kasih bu..

Kat sini selesa sangat. Ada kemudahan internet dan siap ada tandas.

Apa yang lebih penting, di sini makan lah apa saja dan sebanyak mana. Kalau malas nak ambil sendiri.... beritahu dia akan buat. Tu aku cakap, kalau kat Malaysia tak merasa nak dilayan macam nie.... kerana kita perlu membayar dengan bayaran yang agak tinggi. Tapi di sini segalanya kita mampu.

So naik kapal terbang, boleh tidur je. Tak payah nak fikir pasal makan lagi. Penerbangan dari Bandung ke LCCT mengambil masa 1 jam 50 minit je. Nak ke Labuan lagi jauh.

Pengalaman bercuti ke Bandung...
Satu pengalaman yang cukup bernilai....

PERCUTIAN KE BANDUNG PART 3

Destinasi seterusnya kami ke Pekan Baru yang terkenal dengan gedung membeli belah. Kalau kat Kelate pasar Siti Katijah.... kat Ganu Pasar Payang.... Banyak tingkat... aku pun tak perasan berapa tingkat. Kami di beri masa selama 2 jam 3o minit.

Kat sini lah kalau nak cari kain pasang.... telekung sembahyang.... dan segala-galanya lah. Di sini saja aku belanja hampir Rp. 2 juta. Aku beli kain pasang untuk my family.... kain batik lepas aku beli 3 helai. Kain batik lepas selalunya orang guna untuk tutup jenazah. Kat sini susahnya nak jumpa. Kebetulan dah jumpa kat sana aku beli untuk mak, ayah dan untuk aku.

Sampai je di Pekan Rabu, aku dengan kak Ita meninjau di kawasan kaki lima. Masa kami sedang pilih pakaian....ada terasa macam orang tolak-tolak.... Bila time nak bayar... baru kami perasan beg kawan aku dah kena toreh dengan pisau. Beg duit yang mengandungi kad kredit dan IC selamat kat pencopek tu. Nasib baik lah pasport dia tak kena...sebab duduk dalam beg lain.

Kesimpulannya, kalau kat sana kena berhati-hati. Nak selamat beg tu kat depan. Duit tak banyak RM100 dan Rp. 50 000. Tapi bagi pencopek tu dah kaya raya dia.... boleh makan untuk berapa hari tu. Sebab kat sana keja sawah sehari baru RM 12.

Pukul 4.00 p.m kami gerak ke Toko Tiga yang terkenal dengan tempat jeans berjenama. Mak ai kat sini aku dah rambang mata. Semua berkenan. Kat kedai nie... ramai orang Malaysia je. Kawan aku si Arai tu siap borong dua helai lagi. Dia kata kat sini mau RM 1k untuk 2 helai tu.... kat sana baru berapa. Rata-rata aku tengok orang kita, tak beli sehelai.... tapi berbeg-beg lah. Aku rembat jugak le sehelai yang tak sampai Rp. 200 000.

Lepas tu kami ke Terminal Tas. Kat sini macam-macam hang beg boleh pilih. Tapi bukan hang beg je.... beg kain baju.... kasut pun ada. Aku tak beli hang beg pun kat sana. Kasut je aku rembat satu.... jenama sama dengan aku pakai. Kat sini aku cari tak jumpa. Boleh pulak jumpa kat sana. Kasut yang aku pakai sekarang dah 5 tahun. Kasut yang aku beli kat Terminal Tas tu baru Rp. 80 000.

Pukul 7.50 p.m kami ke Rumah Mode lah pulak. Arai nie sibuk nak beli baju. Aku rasa, Arai lah orang yang paling sibuk shopping. Kat Toko Tiga, dia yang borong banyak. Dah le beli beg untuk bakal tunang dia sampai tiga. Dia yang lelaki lah pulak shopping beriya-iya. Member orang kaya.... dapat tunggakkan bertahun punya.... beribu-ribu lemon tu.

Aku, Yus & anaknya, Mak Arai serta adiknya dah tak larat. Kami tunggu kat luar Rumah Mode je. Aku pun tak tengok apa yang ada kat dalam tu.

Dah selesai shopping.... kami singgah makan di Restoran Garuda. Kami makan nasi hidang. Kat tempat kita tak ada rajin nak hidang macam nie. Mereka akan kira, mana yang kita makan je. Makan untuk 8 orang kami perlu bayar Rp. 327 200 dengar macam takut je kan. Sampai kami tak reti nak kira lah.... banyak sangat. Pada hal sekepala baru dalam Rp. 40 000 je.

Tu aku cakap, kalau nak merasa jadi orang kaya datang lah melancong ke sini. Restoran nie, kalau aku sorang pun takut nak masuk.... takut apa??? takut tak mampu nak bayar. Pada hal macam kita makan kat gerai biasa je di sini. Sekepala baru dalam RM 12 je.

Aku ingat dah nak balik.... rupanya ada cadangan supaya ronda di Jalan Cihampelas. Kat kawasan nie tutup dalam pukul 9.00 malam. Gerai menjual di kiri dan kanan sepajang jalan tersebut. Ada beg kulit dan tempat letak gambar yang diperbuat daripada kulit lembu. Aku berkenan sangat. Tapi time tu duit dah nyawa ikan. Simpan je lah hajat tu.... he he he. Kalau ikut nafsu, semua nak beli kat sana. Sebab memang murah berbanding di tempat kita.

Pukul 10 lebih baru sampai di hotel. Masing-masing penuh tangan lah dengan barang yang di shopping. Aku sempat lagi snap sekeping gambar kekawan yang dah kepenatan. Malam nie, aktiviti parking barang. Kena parking betul-betul takut nanti tak muat beg nanti kan susah. Aku datang satu beg je.... balik dah beranak beg aku. Satu beg masuk kargo 10 kg... dan satu lagi aku bawak naik atas.

Kat sana pukul 5.30 pagi dah masuk waktu subuh. Time tu dah cerah. Tidur malam tu memang lena. Sebab kepenatan berjalan.