Thursday, November 11, 2010

TANGISAN KEGEMBIRAAN SEORANG GURU

Hari ini tanggal 11/11/2010 sksb mencatat rekod yang tersendiri apabila julung kalinya keputusan mencecah sehingga 72.24%. Peningkatan ini telah mengembirakan banyak pihak terutamanya guru-guru yang mengajar Tahun 6, guru-guru yang membantu dalam menjayakan program peningkatan dan pihak pentadbir lagi lah senyum lebar..... serta tak terkecuali seluruh warga sksb turut merasai kegembiraan ini.

So, tak hairan lah kalau hari nie my boss boleh tersenyum lebar dengan kejayaan ini. Awal pagi aku dengar ceta my boss demam. Bila keputusan meningkat, tiba-tiba je terus sihat. Sebab demam lah...dia hantar wakil je pe ambil keputusan di PPD. Demam takut ke??? kalau aku jadi boss pun takut.... mahu tak takut.... dah ada sejarah menjunam...tu yang datang 20 orang nazir berkampung kat sekolah. My boss mesti mengharapkan sesuatu di penghujung perkhimatan, agar dapat di kenang sampai bila-bila. Kenangan tu biarlah, kenangan yang manis. Dok gitu...

Cikgu Wani menangis kerana terlalu gembira subjek Bahasa Inggeris tahun ini meningkat. Semalaman dia tak lena tidur kerana memikirkan keputusan UPSR yang akan keluar. Setiap tahun keputusan keseluruhan bergantung kepada subjek BI. Berkat usaha dia selama ini bersama dengan rakan-rakan yang lain bagi menaikkan peratus.... subjek susah nak skor. Tahniah Wani.

Cikgu Wani nie pelik... menjuman pun dia menangis...
Meningkat pun dia menangis..
Aku risau je tadi... dah lah dia tu menunggu hari nak bersalin je. Mujur lah semuanya ok.

Ustaz sempat jugak snap gambar guru Matematik yang sedang menangis kerana terlalu gembira. Kali pertama dia mengajar subjek Matematik untuk UPSR, dan diminta mengajar kelas yang paling akhir. Memang dia tak sangka murid yang diajar ramai yang lulus melebihi apa yang dijangkakan. Aku sebagai kawan berbangga mempunyai seorang rakan sekerja yang begitu komited dan bersungguh-sungguh mengajar anak muridnya tanpa mengira waktu.

Salah seorang guru yang harus kita banggakan kerana sanggup belajar dan ditegur oleh guru yang berpengalaman dalam mempertingkatkan kemahiran. Tahniah kepada cikgu Sharizan di atas kejayaan ini... akak memang bangga dengan ko Izan. Permintaan ko akan akak pertimbangkan.

Kita selalu dengar guru KPLI tak berkualiti... tapi 2 orang rakan aku yang di atas tu adalah keluaran KPLI yang harus dibanggakan dan sanggup belajar daripada kakak-kakak yang hanya berkelulusan Sijil. Mereka telah membuktikan, keluaran KPLI juga mampu buat yang terbaik asalkan sanggup belajar dan sedia menerima teguran.

Guru yang baru harus dibantu....
Guru yang lama harus dihormati....

Barulah enviromen bekerja akan menjadi seronok...
Akhirnya akan memberi kesan yang membanggakan...

2 ulasan:

onnie said...

tahniah atas kejayaan warga sklh eeda.... : ))

eeeda said...

terima kasih.