Sunday, November 14, 2010

MAKAN GAJI ATAU MENOREH GETAH

Gambar copy from tenet

Rasanya sudah sekian lama aku tidak menghabiskan cuti sekolah dengan aktiviti menoreh getah. Bukan kerana sudah makan gaji, bergelar pendidik malu nak masuk kebun getah dengan pakaian yang kotor, dan takut lekat berbau getah buku. Kalau ada yang beranggapan begitu, itu tanggapan yang salah. Itu bukan aku. Sekali pun aku telah memiliki kerjaya yang hebat, belajar hingga PHD.... mak ai tingginya cita-cita aku.

Jika mempunyai kelapangan aku akan balik menoreh. Aku rasa dengan cara itu, kita akan ingat bertapa susahnya mak ayah kita bekerja menoreh getah demi menyara anaknya bersekolah sehingga berjaya dalam pelajaran. Lagi pun sekarang aku tengok.... tak ramai mereka yang perempuan nie masuk kebun menoreh getah. Tak macam aku dulu. Cuti je semester di maktab aku akan menoreh getah dengan ayah aku. Boleh lah dapat duit extra sikit untuk belanja.

Hujung tahun nie aku ada kelapangan setelah bertahun bertungkus lumus belajar secara PJJ, alhamdulillah bulan April hari tu telah habis belajar. Hasrat hati aku telah disuarakan kepada mak aku... punya lah dia seronok aku janji nak balik kampung lama sikit kali nie. Bermula 2001, boleh dikatakan aku berada di kampung tak lebih 5 hari.... kalau dapat 5 hari tu memang lama.

Kebetulan memang ada getah kosong pun, selalunya kebun getah tu kakak aku yang menoreh. Sementara di pergi menunaikan haji nie.... mak aku dengan anak buah aku yang tingkatan 4 menoreh. Bila aku balik nanti aku dengan anak buah aku menoreh... boleh lah mak aku rehat. Semalam aku tanya anak buah, harga getah buku melonjak sehingga RM6 sekilo. Tak pernah lagi mahal macam tu. Paling mahal masa aku menoreh, mencecah RM 3 lebih.

Kalau getah sendiri memang boleh buat duit lah waktu sekarang nie. Kata kan kita pergi menoreh pukul 8.00 a.m dan balik pukul 12.00. Kerja 4 jam senang-senang je nak dapat RM50 kalau tak pun lebih lagi dari tu. Bergantung kepada harga getah, hasil torehan dan keadaan cuaca.

Sebab tu, selalu cakap kepada anak buah aku... kalau rasa belajar tak nampak, cari kemahiran supaya boleh cari duit mengikut kemampuan kita. Siapa kata kerja kampung tak boleh hidup dengan selesa. Pokok pangkalnya diri sendiri. Kalau malas nak berusaha kerja apa pun tak kan berjaya. Asyik kerja berhenti.... kerja berhenti. Ada sorang anak buah aku perangai macam nie.. alih-alih balik duduk kat kampung. Menoreh pun tak pandai sudahnya tunggu je lah orang masuk meminang. Habis ceta.

Pengalaman aku kerja part time di Pizza Hut nie macam-macam aku belajar. Sebab tu, aku cakap kalau aetakat datang KL nak kerja Pizza Hut, KFC atau pun fast food yang lain.... baik tak payah. Duduk kampung, buat kerja kampung lagi baik. Biar jadi kuli ayah kita, daripada jadi kuli dia orang tu. Keja separuh nak mati, salah dah le kena maki.... aku keja tu sebab nak cari pengalaman. Tak kisah lah kena maki sekali pun. Pengalaman tu tak ternilai harganya.

Lama jugak aku kerja part time nie, dari Mac 2001 hingga Jun 2004. Sampai tak ada cuti nak balik kampung. Masa tu hidup aku kerja.... kerja je. Pernah beberapa kali raya puasa aku tak balik sebab tak dapat cuti. Aku kerja 4 jam sehari, start pukul 8.00 p.m hingga pukul 12.00 pm. Cuti seminggu hanya sehari. So aku akan bekerja 26 hari dalam sebulan.

Gaji sehari 4 jam x RM3.50 = RM14.00
Gaji Sebulan 26 hari x RM14 = RM364.00

Tolak Kwsp lagi, tolak socso, tinggal berapa je. Kerja memang penat, tak usah nak ceta. AKu rasa menoreh getah tak sepenat tu.

Bayangkan adik-adik kita datang KL kerja nie 8 jam sehari. Balik umah mesti lena kepenatan. Sebulan dapat gaji RM 650.00 belum tolak makan, sewa bilik, pengangkutan, untuk berpoyo-poyo lagi. Aku rasa kalau setakat dapat gaji macam nie baik menoreh getah kat kampung. Bagi mereka yang mak ayah ada getah sendiri tu. Lebih baik menoreh, tak perlu sewa umah.. makan mak tanggung, dapat jugak jaga mak ayah kat umah tu.

Kesimpulannya, kerja apa pun tak kisah janji halal dan mendatangkan pulangan yang lumayan. Tak perlu malu, kalau kita nie digelar sebagai penoreh getah. Jangan fikir nak jaga status kita sebagai orang yang makan gaji di Kuala Lumpur sampai segan nak tolong mak ayah menoreh di kebun. Takut orang kata. Bagi aku peduli apa orang nak kata. Orang nie bab mengata memang laju je.

Sebab aku pun pernah gak kena sindir bukan dengan orang lain pun bapa saudara sendiri.
"Cikgu balik kampung pun menoreh lagi ke?, tak cukup ke gaji cikgu tu"

Sebenarnya sepupu aku yang perempuan tak ada sorang pun pandai menoreh. Tapi adik beradik aku 6 orang tak kira laki ke perempuan semua pandai menoreh. Sebab dari sekolah rendah lagi kami diajar supaya pegang pisau menoreh getah.

Masalahnya bukan tak cukup gaji, kita nak tolong mak ayah kita time cuti nie. Kalau selalu balik lambat....nie kan menoreh ramai-ramai boleh balik cepat sikit. Kalau macam tu susah lah nak tolong mak ayah.... takut orang mengata... habis siapa yang penat.... mak ayah kita yang penat... orang yang mengata tu... ada ke tolong????....tak tolong pun.

0 ulasan: