Tuesday, November 30, 2010

RONDA-RONDA MAHA 2010

Bunga orkid antara tempat yang menjadi tumpuan pengunjung

Siangnya, aku meronda di sekitar Putrajaya. Malamnya pulak pusing-pusing MAHA 2010 di UPM Serdang. Ini pun sebab ramai nak pe... kalau aku sorang malas nak pergi tempat yang bersesak macam nie. Ini merupakan kali pertama aku menjengah ke MAHA. Ini pun time aku pergi malam tu hujan renyai-renyai... tapi orang sama gak ramai.

Aku sibuk nak pergi ke tempat Sua Rasa TV9. Rupanya jauh jugak.. kami masuk ikut pintu 1. Dari tempat parking kami naik pengangkutan yang disediakan. Lepas tu beratur pulak... nak kena naik bas citylink. Punya lah panjang kami kena beratur untuk mendapat giliran. Layan sekejap siaran langsung Semanis Kurma. Kami tak boleh lambat.... sebab bas yang teakhir pada pukul 10.00. Kalau nak jalan kaki tak larat aku.

Kami sempat melawat gerai di kawasan Sua Rasa je... kambing, lembu, ayam, itik kami tak sempat nak pe. Rasanya kalau datang waktu siang lagi seronok kot. Datang awal... boleh pe semua tempat. Aku ingat kalau nak melawat semua.. mahu lenguh kaki nie.

Kami datang saja nak seronok-seronok je... apa pun tak beli. Kakak aku gedit nak beli pokok bunga orkid... aku bising nak tanam kat mana. Duduk kat umah flet susah nak menanam pokok bunga. Aku ingat kalau kat MAHA murah.... sama je kat pasar malam. Buah aku tengok boleh tahan jugak mahalnya. Apa lah salahnya jual lebih murah dengan pasaran di luar. Kata para petani yang jual sendiri. Patutnya pengguna akan dapat harga yang lebih murah.

Nie antara pengangkutan yang kami naik. Kali pertama aku naik kenderaan nie. Selalu kita tengok kat ladang je. Rupanya kat UPM pun ada. Siapa yang tak pernah naik jangan lepaskan peluang... pergi lah ke MAHA. Kepada mereka yang ada anak mesti seronok sekali sekala bawa anak naik kenderaan yang mereka tak pernah tengok dan tak pernah naik. Satu pengalaman baru buat mereka.

0 ulasan: