Thursday, April 29, 2010

MAJLIS KHAS BUAT SULIA SUHED

Penyelaras Tahun 6 menyampaikan sejambak bunga, sebagai tanda terima kasih.... sue bunga tu nanti boleh le letak atas meja di sekolah baru... Sue menjadi PK Koko di usia 29 tahun....berkat usaha dan bekerja tidak pernah berkira masa dan tenaga... Secara peribadi sue seorang guru yang mudah bekerja dengan sesiapa pun....

Murid2 yang dia ajar tak usah ceta lah menangis... bukan senang nak cari cikgu mcm sulia nie.... garang... memang garang.... tapi dia buat semua tu untuk pastikan anak muridnya berjaya....

Murid2 berpeluang bersalaman dengan cikgu Sulia sebelum dia bertugas di sekolah yang baru... aku antara orang yang terasa kehilangannya.... dalam ucapannya tadi... aku terharu... bila aku orang yang pertama dia sebut...."kepada pn faridah.... terima kasih... saya senang bekerja dengannya" sayu je bila dengar... tapi aku nie keras hati.... jarang menangis.... aku sayang air mata aku....

Wan dan Nana menyanyikan lagu khas buat sue.... bukan senang orang nak menyanyi untuk kita...
Ini je sue, yang sempat kami sediakan untuk merai hari yang akak kira dalam sejarah... peluang nie bukan semua orang dapat... sekarang nie hang telah meninggalkan kelompok yang ramai dan menuju ke puncak. Semoga terus berjaya. Kita tidak mampu menilai siapa diri kita.... orang yang pernah bekerja dengan kita je mampu menilai siapa kita sebenarnya...

Jamuan tertutup... hanya dihadiri oleh AJk siber didik je... tapi pagi tu kami cuak jugak... bila Gb jengah ke bilik nie...Sue, akak tahu hang memang harap sangat akak jadi Penyelaras ICT... tapi nak buat macam mana... jawatan dah banyak... tak terbuat dah pun... Insya Allah bak kata GB tadi... "Tahun depan ye Faridah, jadi penyelaras ICT... bukan apa kalau tahun nie saya takut Suzanna merajuk".... hebat jegak suzanna nie.... boleh main merajuk2 pulak....

Sue, tak kan potong kek pun dah menggigil nie... akak tahu, walaupun diraut wajah nampak mcm happy... tapi sebenarnya hang sayang nak tinggalkan sekolah nie... terutamanya kawan2 yang senang bekerja dengan hang. Akak ulang balik je ucapan hang tadi....

KALIAN SENTIASA DI HATI

Tiba2 aku rindu kat rakan sekerja... merangkap rakan serumah masa kami mula posting di SK(LKTP) Sungai Retang, Jerantut pada 17 Januari 2000. Dari kanan arwah Kak Rusiah....Kak Rozila dan Kak Naimah. Masa tu kami berempat tinggal serumah di kuarters Sungai Retang.... dua orang mengajar pagi dan 2 orang lagi mengajar petang.

Aku dengan kak rozi mengajar pagi.... masa tu seronoknya... balik sekolah member yang mengajar petang siap dah memasak.... petang nanti kami pulak akan sediakan minum petang.... masa nie lah aku berjinak2 nak belajar memasak.... aku bernasib baik dapat kawan2 yang memang pandai memasak.... aku sorang je tak pandai memasak...kak rozi, cakap je nak makan apa semua dia pandai buat.... tu sebab sekarang abg asri bulat.....

Kak Rozi sorang je yang masih kekal kat sekolah tu.... Kak Im dah pindah Kuantan.... dan aku lah orang yg paling awal sekali kuar dari sekolah tu...Bila teringat kat depa nie.... telefon lah penghubungnya.... time cuti.... Kak rozi selalunya balik Cherating...tu tak berpeluang nak jumpa... aku time balik kg... tak sempat nak ke mana pun....

Gambar nie kami ambil masa mengikuti perkhemahan pandu puteri peringkat daerah di SMK Damak pada tahun 2000. Time nie dapat le rasmi tapak perkhemahan yang diusahan oleh pengetua zaman tu.... aku tak tahu apa dah jadi dengan tapak perkhemahan tu.... adakah masih wujud atau pun dah ditanam dengan pokok kelapa sawit.

SEMALAM TIDAK PERNAH PADAM

Sejak dari dulu lagi aku minat nak belajar petik gitar....sampai sanggup kumpul duit beli gitar beratus harganya.... tapi belajar punya belajar.... tak dapat2 jugak...Gambar nie masa Persatuan Seni mengadakan lawatan ke Ulu Bendul....nie aku melaran gitar black... tengok orang petik gitar senang je... tapi bila aku buat sendiri... rasa payahnya nak dapat.

Kaburkan gambar nie..... tapi aku suka. Zaman yang aku kira paling seronok sebab dikelilingi dengan rakan2 yg sememangnya happy good lucky sokmo... Paling kiri tu... room mate aku semester ke 2 sampai le habis maktab. Siapa lagi kalau bukan ami norsaadah....rindu kat dia.. ari tu ke Skudai pun aku tak pe umah dia.... orang dah minta tolong kan... so kita kena hormati pendirian orang... betul tak????

Kedua tu... Zalila Kasman...aku dan Kak Mira. Kak Mira nie.... lepas je habis maktab kami terus terputus hubungan... tak tahu dah apa ceta dia lepas tu...
Nie pulak bergambar semasa hari pecah tanah lapang sasar di Bukit Gala. Tapi kami tak sempat guna pun....

Ini kenangan semasa menyertai Askar Wataniah kem Jalan Sikamat.... hujung minggu... cuti semester... masa aku banyak dihabiskan dengan aktiviti bersama dgn rakan2 askar wataniah...kalau nak ceta kenangan masa menyertai PSTD nie....3 hari 3 malam pun belum tentu habis lagi....

Bergambar di Perkampungan budaya Sarawak... masa tu ke sana sebab ada perkhemahan pengakap... jauhnya nak buat manik kayu... akhirnya 2008 barulah aku dapat manik kayu untuk digantung di leher...

Bergambar bersama dengan Sham.... room mate aku masa sem 1... tak sangka selepas 10 tahun baru aku jumpa dia... dia lagi best.. belajar kat Seremban. Sekarang pun menetap kat Seremban.... aku pun klu tak beli umah, rasanya jadi orang Seremban gak. Satu2nya gambar dia yang aku ada.

Dulu2 punya stail... pakai kain tudung ikat gitu je....petang lepas asar je kuar pe makan kat Mega Way... stail dulu senang pakai seluar track, t.shirt je... sempoi...

SUKAN TAHUNAN SKSB PART 2

Kejuaraan tahun ini secara rasminya menjadi milik rumah Laksamana..... tahniah kepada semua rumah Laksaman. Sebab ada atlet2 yang berbakat besar dalam sukan. Tahniah kepada cikgu umah Laksamana iaitu Kak Wan, Wani, Izan dan guru yang lain.

Kepenatan nampak kawan2 nie....bukan apa tak larat dah seharian kan....tengok sekali mcm org kampung yang baru balik dari sawah kan...

Guru2 yang bertugas sebagai pencatat, hakim penamat, penjaga masa.... terpaksa le seharian berada di padang.... kesian jugak kan... berpanas. Tahun nie baju sukan kami berwarna coklat... dan topi tu disponser oleh Bank Rakyat Sungai Buloh..... terima kasih Bank Rakyat..

Nie lah wajah2 anak2 murid yang bakal menyerikan sukan tahunan sksb dengan persembahan mereka. Kadang2 persembahan nie..... latihan makan masa berhari-hari.... tiba hari yang dinantikan cuma beberapa minit je. Sebagai seorang penonton pada ari tu... memang menghiburkan jemputan yang hadir. Mereka nie semuanya terdiri daripada murid tahun 5 dan seorang murid tahun 3. Skirt yang mereka pakai tu dijahit sendiri oleh cikgu Shahrul....seminggu gak le dia mengusung mesin jahit ke hulu ke hilir. Tapi hasilnya cukup memuaskan.

Pasukan tarian yang telah dilatih oleh guru2 yang sememangnya berbakat dalam bidang nie... kalau suruh aku gamaknya hancur.... depa nie dok pujuk masuk tarian sempena sambutan hari guru nanti.... aku rasa pujukkan mereka tak berjaya ko. Aku bukan apa.... nanti depa dok gelak kat aku je....menari teruk lagi drpd mawi... nie memang kayu yang tak boleh lentur punya.... maklumlah tak pernah menari....

Wednesday, April 28, 2010

SUKAN TAHUNAN SKSB

Suasana meriah mcm nie jarang kita jumpa kan.... tapi kali nie sksb menjadi sejarah adakan sukan dalam air... he he he... murid2 seronok je. Keadaan padang yang becak di garisan penamat untuk 100 m. Cikgu lelaki siap beli kasut kat pasar tu... apa pun janji selesa kan.... murid yang tak ambil bahagian... baju ok lagi. yang ambil bahagian jenuh nak menyental tu....

Aksi anak murid aku yang sempat dirakamkan.... bukan senang nie nak snap...bersusah payah snap sebab salah seorang tu ada anak murid yang selalu membuatkan aku naik darah dan cepat cool... ada je lawak yang dia buat membuatkan aku tak jadi nak marah... walaupun aku tak ada anak.... tapi kadang2 kan.... teletah anak murid membuatkan aku ketawa sendirian.

Aksi pelari yang bakal jadi pelari pecut negara suatu hari nanti.... bukan senang nak berlari dengan padang yang becak.... silap ari bulan boleh jatuh mcm nangka busuk....time aku snap gambar nie pun tak selamat... air selut mercik ke muka lah....

Kesian anak murid aku.... padang memang becak.... aku ingat kalau pakai kasut warna putih, memang kena buang je lepas nie.... tu sebab mereka lebih rela berkaki ayam... Kasut aku pun nyaris2 nak kena buang.... nasik baik warna coklat. Nak buat macam mana kan.... sekolah aku sekarang nie pantang hujan sikit je... tenggelam... padang antara kawasan yang paling awal tenggelam. Kebetulan pulak malam tu... memang hujan. Tapi kan, ada bagusnya jugak.... sebab budak bandar jarang dapat peluang bermain selut mcm nie...so mereka dapat pengalaman merasai baru.

Ajk statistik tahun nie 4 orang je.... dapat yang ok, sikit pun tak kisah janji boleh menjalankan tugas dengan baik... dan lagi satu sekepala dengan aku. Tahun nie ajk bawah aku, Suzanna, Kak Shuriza dan Kak Abi. Terima kasih, kerana dapat menjalankan tugas dengan baik. Ajk statistik tak ada masalah, cuma yang susah sikit bila time nak pilih calon olahragawati dan olahragawan je...Kepada kawan2 jgn serik le keja di bawah ketua yg kepala giler2 nie...perangai aku memang mcm tu... suruh2 tu biasalah... lagi satu jangan ambil hati.

Sempat lagi aku pinjam topi kak wan.... bagi ada geng dengan shahrul..... masa nie muka dah berminyak... dah nak balik kan... nak tunggu majlis penutupan je. Nasib baik le sukan tahun nie sehari je... tapi berjalan dengan lancar. Salah satunya, kerjasama di kalangan guru2 memang bagus.... bagi le ajk apa pun memang semua orang akan laksanankan dengan baik. Tahniah buat semua rakan2.

Tuesday, April 27, 2010

KAWAN GEMBIRA AKU PUN TURUT GEMBIRA

Beberapa hari yang lepas... aku temankan kwn aku nie pe tandatangan surat perjanjian jual beli umah.... seronok tengok member... happy nak dapat umah sendiri. Aku dah rasa mcm mana duduk umah sendiri.... duduk umah orang.... duduk umah menyewa.... duduk kuarters... seronok duduk umah sendiri ini... hanya orang tu je yang tahu. Kita nak buat apa pun suka hati kita.

Sue tahniah, akhirnya kat Sungai Buloh jugak hang kan... ingat kat Seremban dah...Aku nie dah mcm agen jual umah lah pulak.... ari tu teman member dari Jerantut pe cari umah sampai Nilai... Sue nie pun jenuh gak sampai Seremban... tapi mahal. Akhirnya Sungai Buloh gak le yg mampu milik.

Wednesday, April 21, 2010

KEGEMBIRAAN DIRASAI BERSAMA

Minggu lepas aku ke JPNS, sebenarnya aku driver je... tolong hantarkan kawan aku ke sana. Sebab nak ambil surat lantikan sebagai PK koko. Guru Besar bagi kebenaran kan.... laju je lah aku pe.... tapi lepas waktu sekolah.. jgn ckp aku nak menular... so harap2 tak ada yang bising kat belakang sebab aku rajin kuar...

Sampai je kat JPNS.... rupa2nya, Pegawai yang berkenaan memang dah tunggu member aku nie... member aku nie seganlah pulak nak masuk sorang.... so dia ajak aku sekali masuk.... padahal urusan dia.... aku pulak yang naik segan.... tapi kesian kat member punya pasal... aku teman gak le masuk ke bilik pegawai yang berkenaan.

Belum sempat pegawai tu tanya... aku cepat2 jawab....
"Encik, saya teman Pn. Sulia je... dia segan"
"Tak pe..tak pe... duduk.. duduk..."
Dalam hati lega... sebab pegawai nie mesra alam. Kalau serius tadi aku dah kuar....tak mahu aku tunggu kat situ... aku tak terlibat pun... saja menyibuk.
"Elok lah Pn. Faridah ada... saya nak baca watikah perlantikan utk Pn. Sulia nie... Pn. Faridah boleh jadi saksi....."

En. Johari bacakan watikah... selesai tu... dia beri pulak ceramah nasihat kat kami berdua nie...Perkara yang aku tak boleh lupakan....bila encik tanya aku dah berapa tahun berkhidmat.... aku beritahulah 11 tahun....
"Pn. Sulia?"
"8 tahun" jawab member aku nie.
"Kenapa Faridah tak mohon ari tu.... tengok sekarang orang yang muda dah naik pangkat"
"Tak pe lah Encik, tak ada rezeki saya... ari tu pun saya nyaris2 nak mohon...tapi tak mohon. tak ada rezeki."

Sambil2 tu kami sembang2... macam2 dia ceta pengalaman dan beri nasihat supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh berdedikasi. Sempat lagi dia tanya member aku nie..
"Pn. Sulia, kita kena fikirkan cara..... mcm mana nak tolong kawan kita nie" muka serius je.
"Sekarang cikgu pegang jawatan apa kat sekolah?"
Aku jawab lah... jawatan nie... jawatan tu....
"Sekarang orang bagi jawatan apa pun cikgu terima.... cari pengalaman sebanyak yang mungkin.. boleh guna bila naik pangkat"

Lepas tu kami terus je bergerak ke sekolah SK Taman Sea untuk melapor diri di sekolah baru.. sampai kat sekolah tu pun ada ceta gak... baru nak melapor diri... kerani memaklumkan kepada kami berdua PK koko tu tak jadi pindah.... aku pulak yang angin... member aku releks je. Aku terus minta member aku call Encik Johari....

Encik Johari bercakap sendiri dengan kerani.... aku pun tak tahu dia cakap apa... tapi akhirnya member aku tu dapat gak le melapor kat situ..

Nasib baik le tak ada masalah aku nak mencari sekolah nie... sebab dulu aku pernah hantar member aku... dia pe jumpa bakal tunang... kat balai bomba area tu... sekolah nie belakang tu je....

Apa pun sue... tahniah semua urusan dah selesai. Tinggal tunggu masa untuk bertugas di sekolah baru je....

Tuesday, April 20, 2010

MENJELANG SUKAN TAHUNAN SKSB

Minggu lepas dan minggu nie sibuk betul... kemuncak kesibukan untuk membuat persiapan menjelang Sukan Tahunan SKSB ke 21 yang akan diadakan pada hari Sabtu nie... 24 April 2010... jom ramai2 memeriahkan sukan sekolah den.

Monday, April 19, 2010

SEKITAR UJIAN SARINGAN SUKAN SKSB

Tetap bergaya walau di mana pun member nie berada...

Anak murid den yang dah bersedia untuk acara saringan untuk tahun 6.... aku bab mengurus peserta beres... semua berjalan dengan lancar... cikgu garang...jerit sikit cepat je mai...

Tengok padang... letih aku.. dah la ari Isnin tu aku lupa ada latihan sukan...aku pakai baju kurung... jenuh angkat kain... nak meredah becak tu....

Lompat jangan tak lompat... bagi cikgu lompat pun belum tentu dapat lompat...Tahniah kepada semua kekawan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Hari Rabu sampai Jumaat latihan perbarisan. Tinggal tunggu kejohanan Sabtu nie... aku tetap dan berpencen jadi ketua statistik....

KENANGAN DI SMK DAMAK

Gambar den bersama teman seperjuangan semasa di tingkatan 5 tahun 1995. Ket fb semua orang sibuk dok buet kuar gambo2 lama... den ada gak tapi tak banyak le....Boleh dikatakan kami nie rapat dengan semua... maklum lah kelas tingkatan 5 masa tu bukan ramai pun... 52 orang calon je...

Aku rasa cukup bertuah....group kami merupakan perintis SPM di SMK Damak (anak sulong SPM). Buat pertama kalinya pada tahun 1995 sekolah menyediakan calon untuk SPM. Aku merupakan orang pertama dalam senarai nama calon SPM... he he he.. nie ceta pertama. Paling takut, masa ujian lisan BI & BM sebab orang pertama... Masuk Maktab... ambilan pertama Diploma Perguruan.

Sampai bila2 pun aku akan ingat cikgu Afza... ajar kami Matematik. Aku dari dulu lagi minat matematik.... keja sekolah lain jarang siap... BI siap... sebab takut cikgunya... garang. Matematik siap....sebab aku minat. Tapi cikgu Maheran pun aku minat gak .... dia selalu guna perkataan "anda"....jangan marah cikgu.

Aku yang duduk barisan hadapan, yang kedua dari kiri. Kalau kekawan nak tahu umah Punita Kumari tak jauh pun dari sekolah aku mengajar.... aku pernah ge umah dia masa perayaan Depavali. Bila lah agaknya kita dapat kumpul semula kawan2 nie ye....

GENGS BLACK

Kawan2 masa kat maktab....kebanyakkan drp mereka nie berlainan opsyen... kami sama time buat latihan PSTD je... ada sesetengah daripada mereka nie pun aku dah lupa nama...geng2 ustazah tu... sorang pun aku tak ingat nama.... minta maaf le. Maklumlah 11 tahun sudah berlalu.

Dari kiri, ustazah, Kak Fai opsyen Sains/KH kebetulan jiran sebelah bilik, ustazah, Lela sama aras dengan aku... kebetulan besday kami sama he he he...ustazah, aku sorang je opsyen mate daripada MT2 perempuan yg masuk PSTD, ustazah (glamor dgn gelaran comby)
Tiga orang kat bawah tu opsyen PI/PJ...aku ingan Sam je.... yg lain tak ingat...

Ada sesetengah orang akan ikut kawan dia....aku tak. aku buat apa yang aku suka...walaupun roommate aku tak suka....aku suka pengakap...dia tak suka.... so dia pilih puteri islam... aku suka askar dari dulu lagi.... ada peluang aku masuk... walaupun sorang....aku bab berkawan aku tak kisah... sebab tu aku pergi mana2 sorang pun tak kisah....

Sejak belajar lagi aku selalu tinggal roommate hujung minggu.... sekarang pun aku rasa... klu ada kawan serumah pun asyik kena tinggal je lah... lepas tu bermasam muka... letih kan...

KENANGAN DI SK DAMAK

Barisan Lelaki dari kiri:
Fadli, Hamizi, Khairi, Haniff, Afzal, Fairul Rafiq, Yusuf, Wan Ezani, hujung nie aku tak pasti... sory ye..

Barisan Tengah dari kiri:
Norasmat, aku tak ingat, Badariah, Aku, Jumie, Norsaupiah, Ku Norlela, Rubiah dan Napisah.

Depan dari kiri :
Suyanteri, Suzila, Rosnani, Haziah,Cikgu Zaini, Cikgu Haris Fadillah Ahmad, Yuslizan, Azizah, dan Norhasnah.

Seronoknya dapat tengok gambar lama2 nie.... aku tak ada gambar nie... nasib baik ada dalam simpanan Ijan....Aku ingat gambar nie masa darjah 6.... tahun 1990 di SK Damak. Macam kat maktab lah pulak bilangan 25 orang sekelas.... klu sekarang sekelah mencecah 40 0rang... nak muntah menanda buku.

Seronoknya daripada 25 orang tu.... 6 orang jadi cikgu...( Cikgu Ijan, Cikgu Azizah, Cikgu Nani, Cikgu Saupiah, Cikgu Afza dan aku Cikgu Ida). Dua orang sertai badan uniform TUDM, Hanif dan Fadli. Dua orang kerja bank, Hamizi keja di bank rakyat jerantut...dah ada kawan nie....kalau nak buat pinjaman peribadi, mungkin mudah sikit kot urusannya... he he he.... Rubiah keja di Maybank Temerloh. Suyanteri jadi jururawat di Hospital Ampang Puteri. Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa....
Kawan2 yang lain aku tak pasti keja apa sekarang...... harap2 semoga semuanya berjaya dalam hidup.... dan punya keluarga yang bahagia.

Jumie keja di Johor...nak jadi kan ceta umah Jumie setaman dengan umah aku di Kota Masai. Dulu umah yang Jumie sewa selang berapa buah je dengan umah kawan aku.... walaupun aku selalu ke sana... tapi tak pernah jumpa... sebab dia keja shiff. Bila jumpa mak dia... sembang punya sembang... umah dia sendiri, setaman dengan umah aku. Kecil kan dunia nie.. pusing2 kita akan jumpa balik kawan kita.

Masa jamuan darjah empat... aku pun dah tak ingat...tapi kan... mcm mana boleh sikit nie je yang datang... yang lain mana Ijan???. AKu pelik betul... mcm mana ko boleh ada gambar yg ini... nie mesti kes baik dengan cikgu. sebab tu ko ada gambar nie.

Apa pun terima kasih le Ijan... sebab ko telah mengingatkan zaman kita sekolah rendah dulu....