Friday, April 16, 2010

SIKAP SUSAH NAK BENTUK

Ari nie aku berkejar ke Putrajaya sebab ada Perkhemahan Pengakap Wanita 2010 peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SK Persint 11(2)... aku sebagai urusetia je...Dalam perjalanan kuar dari Saujana ada lah sebuah keta Myvi putih nie... dipandu oleh seorang pemuda... memang handsome. Siap berkopiah lagi.. maklumlah baru lepas sembahyang Jumaat. Sebelah dia ada seorang kawannya pun sama berkopiah.

Aku pandang pun sebab perangai tak senonoh.... kalau tak, jarang aku nak jeling keta sebelah... cikgu2 kat sekolah selalu ajar...
"buang sampah kat mana murid2?"
Masa tu kita pandai menjawab...
"kat dalam tong sampah cikgu"
Cikgu akan cakap..."bagus...baru lah bersih"

Tapi bila dah besar... lain jadinya. Mamat yg aku kata handsome tadi tu... dengan selambanya membuang plastik bungkusan yang dia makan kat luar tingkap. Walaupun kawasan tu hutan ... tak eloklah buang keluar dari keta. Apa lah salahnya, klu simpan kejap dalam keta.... dah sampai tempatnya nanti buang lah.

Aku cukup menyampah klu orang buang sampah dari keta dan lagi satu buang putung rokok.... yang merokok tu apa lah salahnya letak tin kecil berisi pasir dalam keta.... dah siap merokok masukkan dalam tu.... Ini tak, buang atas jalan. Tengok orang memang segak... dengan tali leher.... berkot.... keta besar... belajar tinggi.. tapi otak letak kat kepala lutut.

Siapa yang rasa2 pernah buat perkara mcm nie... fikir2kan lah. Kalau kita tak jaga alam sekitar kita...siapa nak jaga... tak kan monyet2 kat atas pokok tu yg nak tolong kutip sampah yg kita buang tu.....

0 ulasan: