Wednesday, September 24, 2008

Kejayaan

Suasana di pentas ....... tak lama lagi merasa le..... kita....kadang-kadang suasana mcm nie.... lah yang membuatkan kita lagi bersemangat untuk teruskan.......

Seronok dah habis belajar.... ini saat yang paling bahagia bagi seorang penuntut u...
Skrg kwn aku nie.....ceria je.. tak mcm masa belajar dulu....tp, w.pun belajar dia nie... kerja tip top....aku mmg tak mampu buat mcm dia.....



Saturday, September 20, 2008

Prestasi

Bila masuk pertengahan tahun, semua sibuk isi borang prestasi. Prestasi....prestasi.... ada org takut, ada org tak kisah, ada org confident. Pendek kata, ada seribu mcm perasaan....

Segala kerja kita dinilai oleh pihak pentadbir....Ketelusannya mcm mana bergantung kepadanya. Tuhan saja yang tahu. Apa yg penting rezeki kita ada di mana2. Ramai yg takut tentang prestasi....bukan apa... sedikit sebanyak menjejaskan peluang sambung belajar....naik time-based, lg 1 takut dicop guru bermasalah. Tp apa yang penting kita buat kerja yg sepatutnya kita kena buat.

Bagi saya tak perlu ampu.., tak perlu bodek seseorang tu... kerana dia ada kuasa.....kalau dia betul, kita kata dia betul, walaupun dia seteru dgn kita. Tapi klu salah tetap salah. Apa yg penting, kita harus memerdekakan fikiran. Kebenaran yg harus kita jd kan pegangan. Supaya kita tidak sesat. Apabila kita sesat, perjuangan akan hancur, kerjaya hancur....semangat hancur....ingat....bukan senang nak bina semula.......benda yg dah hancur.....

Bak kata pensyarah aku nie....jgn takut GB nak bagi berapa pun prestasi kat kita..... Apa yang lebih penting buat 5 perkara nie...
  • Buat buku ringkasan mengajar
  • Masuk kelas
  • Mengajar
  • Tanda buku murid
  • Hadir aktiviti kokurikulum

Kalau buat 5 perkara nie...jgn takut lah...kita dilandasan yang benar.....untung jgk belajar nie...banyak info yg kita dapat..Maklumlah pensyarah daripada pelbagai bidang.

Semester Baru

Masa pantas meninggalkan kita, kesibukan dalam memberi komitmen dalam kerjaya, keluarga dan peribadi. Kami juga tidak lupa memperutukkan masa untuk pengajian secara PJJ. Setelah bersusah payah, berhempas pulas menyiapkan tugasan, menghadiri kelas dan peperiksaan. Bermula pula semester baru.

Semalam merupakan toturial 2, tugasan pun dah dapat....... tinggal nak cari bahan dan buat je.... Toturial 4 dah nak kena hantar. Raya tetap raya..... tapi kena buatlah sikit2 jgn buat last minute susah sendiri. Rupanya dah semester ke 7. Ada 4 lg semester perlu ditempuhi......sabar....sabar....

Kawan dari Pekan, Rompin dan Jengka masih bersemangat w.pun perlu turun ke KL untuk menghadiri kelas OUM. Pengorbanan mereka sgt besar untuk segulung Ijazah. Fairus... kwn sekelas aku nie... sgt tabah, terpaksa tinggalkan ibu yang lumpuh untuk menghadiri kelas. Datang awal sehari. Memang kesian tengok dia... penatkan. Tapi jd bangga dengan kesungguhannya.

Kak Fatin... siapa tak kenal..rajin study.. kerja smart, aku nak jgk ikut tp tak mampu. Dapat tempias sikit2 jadilah. W.pun mempunyai anak yang masih kecil, dia dapat bahagikan masa dengan baik. Rupanya belajar nie seronok.... dapat jumpa kawan2 hujung minggu....bertukar pendapat, pandangan minda pun berkembang.....

Pensyarah semester nie... pun semua yang bagus2. Pn. Halimatun memang banyak pengalaman dalam bidang Matematik. En. Baskaran....ajar Moral.... first time aku cakap matilah kali nie... skima pensyarah nie....rupanya bagus....mudah faham dia ajar. En. Faisal ajar kesihatan.... jenis selamber dia je..... semua jgn tension2.

Mudah2an dpt skor semester nie.....

Tabiat Berbelanja Berhemah

Semakin besar gaji yang kita dapat, semakin banyak yang kita belanjakan. Kita perlu rancang perbelanjaan supaya, yang sikit cukup dan yang banyak tidak membazir.
  • Selesaikan bil2 terlebih dahulu.
  • Buat pembayar di satu tempat utk semua bil.
  • Berbelanja berkala.
  • Agih wang ikut tujuan.
  • Banding harga.
  • Rancang pembelian.
  • Elak pembelian barang yg tidak perlu.
  • Rancang aktiviti keluarga.
  • Selesaikan pinjaman segera.

Sejarah SMK Damak

SMK Damak dibina pada Tahun 1981 dan mula dibuka sepenuhnya pada 4 Jan 1982. Sekolah ini di kelilingi oleh rumpunan buluh & terletak di atas bukit. Sekolah ini lebih dikenali dengan nama SMK Bukit Buluh di kalangan penduduk kampung.

Aku dan rakan-rakan merupakan orang yang bertuah kerana tiga tahun menjadi senior di sekolah ini. Tingkatan 4 mula dibuka pada Tahun 1994 dan SPM sulungnya pada Tahun 1995. Pelajarnya pada ketika itu kurang daripada 60 orang calonnya.

Pengetua yang bertanggungjawab membuat perubahan pada ketika itu ialah Tn. Hj, Hamidi Hj. Abd. Hamid. Keputusan SPM hanya 4 orang mendapat pangkat 1. Matematik hanya 4 orang gagal. Cikgu Afza seorang guru yang bagus dan menjadi idolaku.

Empat orang yang mendapat pangkat 1 SPM, alhamdulilah semua berjaya. Dua orang pelajar perempuan telah menceburi bidang perguruan. Dua orang lagi pelajar lelaki menceburi ketenteraan dalam pasukan TUDM. Mereka pernah menuntut di KTU Alor Setar Kedah dan salah seorangnya sekarang menjadi juruterbang TUDM.

Kelebihan sekolah ini ialah mempunyai tapak perkhemahan sendiri. Aku pernah berkhemah di situ pada Tahun 2000. Pengetua yang bertanggungjawab menwujudkannya ialah En. Zainuren Mohd Nor. Sekolah ini juga mempunyai asrama dan berjaya menggunakan tanah terbiar dengan menanam kelapa sawit.

Harapan kami sebagai bekas pelajar, supaya sekolah ini akan terus maju dengan usaha guru-guru yang terdiri daripada anak jati Damak. SMK Damak akan terus cemerlang.

Album MT2 Antara Gambar Yang Masih Dalam Simpanan

Wataniah kat MPRM memang aktif..... termasuklah Abg. Mie & Kak Mas nie.....

Gambar classmate..... aku mana yek.....tak ada pulak dalam nie....

Gambar berbuka puasa...kawan sekelas 12 tahun yang lalu..... wujud lagi ke tempat nie......

Konvokesyen 26 Ogos 1999 kawan2 sekelas...... sayang aku tak pergi masa tu....yang tengok kamera tu...Kak Ila, Ani, Dilla, & Kak Iza
Nie... gambar praktikum 1.. Di SK Labu. Kawan2 terdiri daripada Todak, Kak Uda, Ani, sorry baju kuning dah lupa nama....

Thursday, September 11, 2008

Anugerah

Diam2....dah 13 tahun......kita kenal, berkawan, bertanya khabar, bertukar2 pengalaman..... bagi aku kwn2 MT2 tak di lupakan..... baru-baru nie...aku dpt berita yg k.Iza br saja dpt cahaya mata ke 2 lelaki.... pecah rekod le...yg lain semua perempuan.. dah sepasang akak.....

Dila & Ilot baru sorang.....k.Ila bila lg nak bertambah ahli keluarga..... Nie....seronok kan kalu ada kelapangan kita jumpa ,.... berkumpul berceritakan......
Ami & Ani bila lagi ...belajar. belajar jugak jgn siakan masa muda...

Tahniah kengkawan... atas rezeki yg dikurniakan..... bentuklah permata hati menjdi org yang berguna ......

Wednesday, September 10, 2008

Kesihatan Adalah Segalanya

Baru-baru nie...... tempat tinggal kami telah dikejutkan dengan Denggi..Denggi...Denggi.. semua orang takut......Ramai jugak lah...kawan2 yg kena.. Tapi ada cerita desebaliknya....aku nak ceta ....

Bagi org yang bekerja & sentiasa terdedah dengan dunia luar .....byk maklumat yang mereka ketahui mengenai..... insurans.... Tapi bagaimana pula dengan kwn2 yang jauh nun di sana kurang info mengenainya.......Pengalaman kwn2 aku nie...kita jadikan pengajaran....... daripada ceta nie.... Sesetengah org menganggap Insurans tidak perlu..... Buat apa masuk kena bayar setiap bulan.... Tp kita lupa akan faedahnya....di masa akan datang terutama waktu susah....

Kip diserang denggi paling dasyat dalam sejarah.......Kawan aku nie.. kena masa tu kesian sangat.....nak kena tahan kat hospital.... tp wad kat Hosp. sg. buloh penuh...selayang penuh.....tahu kena hantar kat mana..... Putrajaya.....Jauh dengan anak2 bersekolah.... laki kena ulang-alik....bayangkan....

Tetapi....jika masa tu kita ada Medical Card.. tak kisah la daripada syarikat mana..... janji kita dapat manfaatnya. Dengan adanya card tersebut kita boleh masuk hosp... untuk dapat rawatan dengan lebih baik... tambah lg dalam keadaan kritikal....

Aku bukan nak promote insurans...sbb bukan egen pun.....tp atas dasar kesedaran kpd kwn2 kita..... Ambillah yang mampu dibayar...... Untuk kebaikan diri, keluarga & orang tersayang......

Takaful Etiqa : Nooriza Ramlan - 019-3200844
Great Esten ( singa 2 ) : Khairul Adzleen - 019-2892393

Tuesday, September 9, 2008

Sekitar SKSB

Ini lah barisan pentadbir SKSB.... Pakai cermin mata tu lah boss kesayangan saya....... tp sayang dah nak pencen......hujung tahun nie...... kesian cikgu..petang...


Jangan tak caya..... Group guru dapat kalahkan murid2....buat kali pertama dalam sejarah.




Monday, September 1, 2008

Bulan Kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Begitulah meriahnya sek.. aku setiap kali menyambut hari kemerdekaan setiap tahun......Tahun nie... sempena hari kemerdekaan yang ke-51 tahun begitu meriah dan dianggap berjaya penganjurannya......


Sek... aku apa pun program semua nak grand... bukan GB perempuan je cerewek....tau... lelaki pun boleh tahan jugak.... Kali ini lebih meriah dengan adanya pihak luar bergabung tenaga bg menjayakan program Hari Kemerdekaan kali ini...... Pihak yang terlibat iaitu JKKKP, Kemas Parlimen Subang, UIAM Gombak dan UKM Bangi.......

Guru-guru mcm biasalah bising...... le cuti tiga hari .... dah le tu nak menyambut puasa kena bertugas... mengikut bidang masing-masing......tak dapetlah kami nak balik kg...... bukan apa nanti tak pasel....glamor pulak.........

Aku jd ketua badrop.... 2 semua keja nak mengena je... 2. Tapi dengan adanya sokongan dgn..ahli yang lain kami dapat buat.... tak lah cantik..... takut tahun depan kena lagi.........Kesian cikgu2 yang kena bahagian jualan.... ada shif malam....

Malam 2 memang meriah.....awalnya Forum, persembahan dari kanak2 tadika.... ucapan YB.. persembahan guru2.... , pelajar SKSB, siswa UIAM & UKM...... tepat pkl 12 ada bunga api.....tiap tahun kami tak yah pe...dataran.... memadai dataran SKSB je.......aku minat sungguh ada sorang cikgu nie...nyanyi memang best......le.....