Friday, April 29, 2011

KEBERHUTANGAN MELAMPAU

Seminggu 2 nie, my friend dok forward sms-sms yang dihantar oleh seorang yang ingin menangih simpati daripadanya kerana kesuntukan wang. Sebenar orang yang nak pinjam duit tu dah pun bersuami... alasan yang diberikan suaminya dah lama tak kerja. Semua perbelanjaan dia yang terpaksa tanggung.

Rupanya sebelum nie pun ada jugak minah nie pinjam... belum pun bayar lagi... 2 minggu lepas my friend dah transfer RM1000. Hari Isnin gaji keluar... hari Rabu dah sms bertalu-talu nak pinjam duit. Memang gigih betul minah nie... tak henti-henti sms. Aku suruh member tu trasfer je lah RM100... tapi member aku nie bermurah hati nak transfer RM500... biarlah duit dia kan.

Gaji bersih minah tu tinggal RM425 je... mana nak bayar orang mengasuh anak... mana nak beli keperluan dapur... nak bayar ansuran kereta... nak bayar sewa bulanan rumah... mana nak bayar hutang orang lagi... kalau aku berada di tempat minah nie mahu tak pening.

Betul lah cakap kawan aku... " Bukan semua orang tak nak tolong, tapi mereka sebenarnya tak setuju dengan perangai suami yang tak nak bertanggungjawab tu" Semua bebanan letak di atas kepala isteri sorang je.

Pada pendapat aku, kalau dah sampai tahap macam nie... minah nie dah perlu buat sesuatu... pertama kereta Waja tu jual beli kereta yang tak perlu bayar ansuran. Kedua, kalau dulu menyewa rumah besar... sekarang kena cari rumah yang sewa bulanan lebih murah. Ketiga, kena berbincang dengan suami... dah dia malas bekerja, tolong lah jaga anak sendiri.

Aku ada ramai kawan yang suami mereka malas bekerja... semuanya mengharapkan isteri. Pelik kan... tapi itu lah realiti kehidupan hari ini... bila mana rasa tanggungjawab dah hilang dalam diri... semua benda nak ambil mudah... tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.

Thursday, April 28, 2011

KAU SENTIASA DI SISI

Di saat kepala sarat memikirkan masalah yang melanda diriku... aku tidak ke seorangan... mereka ini tidak jemu-jemu memberi pandangan dan pendapat. Aku hargai pandangan yang mereka berikan. Dalam keadaan tertentu kita tidak mampu berfikir secara waras... bila mana perasaan telah mengatasi fikiran. Di mata kita pada ketika itu semuanya indah... baik dan happy. Mungkin itu hanya bersifat sementara. Sedangkan perjalanan yang terpaksa kita lalui masih lagi jauh.

Saat-saat kami rancak membincangkan soal masa depan... tak sangka ada seorang rakan kami nie merakamkannya.

Pandangan dari sudut seorang wanita yang bergelar isteri... menyokong tidak... membantah tidak... tetapi minah nie berkongsi pengalaman rakannya yang mempunyai pengalaman... dan jalan cerita yang hampir sama.

Aku hanya jadi pendengar... mereka hanya mampu memberi pandangan... yang menilainya aku sendiri... sebab aku lebih mengenali siapa dia. Rupanya bukan senang nak cari teman hidup nie...

Pandangan dari kaca mata seorang yang sudah bergelar seorang suami... nak menyokong pun tak... sebaliknya ambil tips untuk diri sendiri pulak... hampeh betul kawan aku nie..

En. Zul, menyokong je... janji semuanya berjalan dengan lancar... tapi tu lah... kalau kita tahu perjalanannya lancar kita tak risau... masalah kita tak tahu... takut nanti di pertengahan perjalanan, ribut pulak yang melanda... perlu banyak persediaan... nie bukan perkara main-main. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Kalau kita sayangkan diri sendiri...
Insaf sedar muhasabah diri...

Wednesday, April 27, 2011

NIAT NAK BERGURAU

Niat hati nak bergurau... dengan member nie... tak sangka pulak dia terasa hati. Aku pepagi sampai di sekolah terus ke kantin... itu wajib. Lepas sarapan aku terus ke tapak perhimpunan. Datang sorang member nie..

"farid, slip gaji dah print"
Bukan tugas aku memerint slip gaji... tapi tolong kekawan... kesian kepada mereka yang tak berapa mahir komputer nie... dah print yang aku tu... jalan lah sekali yang kekawan. Dok print yang kekawan lain... terlupa lah pulak nak print yang madu sendiri... ari nie baru aku mintak slip gajinya yang lama.

Aku nie memang rajin menyakat... saja nak menceriakan suasana di pagi hari.
"Nie nak marah nie, kan semalam dah bagi... tak kan nak mintak lagi"
Mungkin nada aku yang meninggi sikit kot... tu terasa hati.

Rupanya member nie dah bergenang air mata... member sorang nie perasan... terus tukar tajuk.

Semalam memang aku dah print... dan kirim kat member sorang nie. Aku nie jarang naik bilik guru... aku tak perasan pulak yang dia dah 2 hari tak datang sekolah... sebab tak sihat. Kalau time aku buat relief tu... mungkin aku tahu dia tak datang.

Lepas tu mula mengelabah aku memujuk minah nie... dia nie lain sikit. Marah sikit menangis... kena tegur sikit menangis. Kategori jenis manja.

Hari nie keja aku... dok layan kerenah kekawan mengisi e-filing. Last minute baru lah nak mengisi... nasib baik tenet laju ari nie... semuanya dapat disiapkan dengan cepat... kalau dah ada maklumat sekejap je isi.

Jika kita ringan tulang membantu kawan...
Insya Allah time kita susah tak kan keseorangan...

Tuesday, April 26, 2011

AKU POS KE KELAS LAIN

Kejam tak hampa rasa apa yang aku buat... ada dua orang anak murid aku nie... seorang lelaki dan seorang perempuan... selalu tak siap kerja sekolah yang aku beri... selalu tak bawa buku... dan susah sangat nak ikut cara yang aku ajar... kalau buat penyelesaian tu, boleh suka hati dia je... aku dah tak tahu nak buat apa. Membebel tak usah cerita lah memang selalu depa kena tadah telinga.

Aku nie, antara cikgu yang garang dah rasanya... tapi anak murid aku nie tak heran... boleh depa kata aku nie suka buat lawak... nak kena betul budak nie. Ajar kelas peperiksaan nie... guru yang tension lebih... mana taknya... kelas tambahan tak usah cetalah.. pagi, petang... siang, malam. Budak tak siap keja... guru yang tension... budak tak lulus guru yang tension.

Start hari Isnin... aku pos dua orang murid tu ke kelas Kenanga... kelas nombor 3... boleh dia cakap seronok kat kelas tu... aku ingat, hantar turun kelas kot kot lah malu... merayu nak masuk balik kelas asal dan berjanji tak nak buat lagi. Tak ada maknanya budak nie... langsung tak ada perasaan. Boleh seronok duduk kat kelas tu.

Aku ada sediakan sebuat buku catatan... khas untuk mencatat nama murid yang tak siap kerja sekolah... tak bawa buku... so, bila buka helai nama murid tertentu maka terteralah berapa kali dia tak hantar... tak bawa... siap dengan tarikh. Dokumentasi penting. Kerja cikgu nie tak boleh lari daripada dokumentasi... bukti tu. Kalau di mahkamah... bukti penentu segala-galanya. Sebenarnya kat sekolah pun sama.

Niat aku cuma satu... aku nak yang terbaik untuk semua anak didik aku... sementara masih ada waktu untuk memperbetulkan keadaan... sekiranya kita dah cuba yang terbaik... tapi hasilnya kurang memuaskan... sekurang-kurangnya kita dah cuba sedaya upaya.

Buat sesuatu mesti berani bertanggungjawab...
Kalau disoal mesti ada jawapan untuk menjawab...

SEANDAINYA ADA TEMPAT AKU DI UKM

Kawan aku dah maklumkan beberapa minggu yang lalu mengenai perihal sambung belajar... aku sebenarnya lebih berminat nak sambung di UPSI... tapi kawan nie nak sambung di UKM... UKM dan UPSI keduanya ada kelebihan masing-masing. Sebenarnya kawan aku nie... adalah kekuatan bagi aku. Kekadang kita perlukan seorang kawan yang kuat semangat untuk menyahut cabaran. Sebab aku nie bukan jenis yang cekal sangat. Takut nanti hangat-hangat tahi ayam je.

Kelebihan yang pertamanya, dah tentulah dekat... senang nak ulang alik. Bagi aku jauh pun tak kisah... tapi bagi mereka yang berkeluarga... nak tinggalkan anak jauh-jauh tu kan masalah jugak. Sambung di UPSI atau pun UKM semua kos perlu ditanggung sendiri.

Yuran pengajian di UKM mahal sikit berbanding dengan UPSI... so bila bercadang nak sambung belajar nie... kena lah berjimat banyak perkara... yurannya ditambah tolak dengan kos makan minum, minyak tol, segala kertas bagai... mahu mencecah RM10k lebih.

Kepada yang berminat nak sambung tu boleh lah layari ke
untuk menyemak sendiri kursus yang ditawarkan dan bayaran yuran pengajian. Tarikh tutupnya pada 29 April 2011, Jumaat nie.

Lama jugak aku ambil masa untuk pilih kursus nie. So hari nie aku confirm ambil kursus Pengajian Matematik. Pada awalnya aku nak ambil kursus Pengujian dan Penilaian. Tapi bila fikir balik untuk jangka masa panjang... kursus Pengajian Matematik adalah yang terbaik. Mampu atau tidak kita cuba dulu. Pepatah melayu ada mengatakan, 'Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu tahap kemampuan kita.

Aku teringat pesan seorang pensyarah masa aku sambung degree dulu... dia kata, kalau nak sambung ambil bidang yang sama, baru cerah masa depan. Kebetulan dulu aku Diploma Pendidikan, opsyen Pendidikan Matematik, Ijazah Sarjana Muda pun opsyen Pendidikan Matematik... so sambung master pun ambil yang sama lah.. Pendidikan Matematik.

Jika hari ini seorang guru berilmu...
Anak murid pasti tidak akan jemu...

Sunday, April 24, 2011

E-FILING LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Hari nie, ada kelapangan... so aku ambil kesempatan untuk mengisi e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri... ini merupakan tahun kedua aku isi, alhamdulillah masih belum kena cukai pendapatan. Gaji ciput je, memang lah tak layak kena cukai... lain lah beribu lemon.

Tahun nie aku kena simpan segala resit... potongan bulanan semasa mengikut had yang dibenarkan untuk tidak dikenakan cukai pada tahun hadapan. Kalau nak tahu lebih lanjut sila lah ke sini.
  • Yuran Pendidikan Sendiri - RM5000 ( tambah sikit je dah boleh buat master kat UPSI)
  • Pemeriksaan Perubatan - RM500
  • Pembelian Buku/ Majalah - RM1000
  • Pembelian komputer peribadi - RM3000 (setiap 3 tahun tau... bukan setiap tahun)
  • Peralatan Sukan - RM300
  • Yuran Langganan Jalur Lebar - RM500
Banyak lagi sebenarnya... hampa pe lah tengok sendiri. Senarai di atas tu salah satu cara untuk mengelakkan daripada dikenakan cukai pendapatan... tapi kalau tolak yang di atas pun gaji masih banyak... tu kena bayar lah. Anda memang layak dikenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi.

Tanggungjawab tak boleh lari...
Lambat laung hampa kena serah diri...

Saturday, April 23, 2011

TERHARUNYA

Aku nie, memang jarang balik kampung... tapi kalau aku nak balik... tak kira hari. Tengah hari Ahad pun kalau aku nak balik... aku balik. Stail aku memang suka ikut gerak hati... kalau rasa nak balik... aku terus je balik. Orang selalu tanya aku... tak penat ke??? sekejap je balik dah nak balik ke KL??? jawapannya, rasanya lagi penat.. bila hati nak balik... tapi tahan tak nak balik.

Hari Jumaat saja nak maklumkan kepada mek aku... aku nak balik hari Ahad... tapi tak confirm lagi bergantung kepada keadaan... nak balik hari Sabtu dia tak ada kat rumah.... sebab sibuk mengikuti kursus haji.

Tut..tut..tut, semalam kakak aku call beritahu mek aku dah siap dah beli lauk-pauk kat pasar Jerantut lagi... punya lah nak masak untuk aku yang jarang balik nie... terharu jugak aku mendengarnya... aku sebenarnya tak kisah pun... apa yang dia masak aku makan je... aku bab makan nie tak kisah sangat. Janji kenyang sudah. Tapi tu lah orang tua kan... bila dengar anak nak balik... mula lah sibuk nak buat itu ini.

Kekawan jangan risau... kalau aku balik kampung hari nie pun.... aku akan datang sekolah... bagi aku MC tu hanya untuk yang betul-betul tak sihat dan ada hal yang tak dapat dielakkan... kalau saja-saja tak datang, nak duduk kat umah.... itu bukan aku.

Kita selalu bercerita tentang orang yang buat baik kepada kita...
Tapi kita jarang berfikir tentang kebaikan yang diberi...

Bila kebaikan diberi tidak dihargai...
Takut nanti cepat lupa diri...

Tuesday, April 19, 2011

TAHNIAH

Tahniah Amalia Azrai kerana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru nie... cikgu tumpang bangga dengan kejayaan kamu... kamu berjaya mengekalkan kecemerlangan di peringkat UPSR 5A, PMR 8A dan SPM 10A. Cikgu sentiasa mendoakan semoga kamu beroleh kejayaan di masa akan datang.

Murid nie, dari sekolah rendah lagi... sepatah aku tanya... sepatah dia jawab... aku ingat dah berubah... rupanya masih sama seperti dulu... minggu lepas sempat lah aku belanja dia makan McDonald di Bukit Rahman Putra.

Aku teringin nak jumpa mak dia... nak tanya apa rahsia dia mendidik anak... tiga orang anak perempuannya semua berjaya... anak yang kedua UPSR 5A, tahun lepas PMR 8A... sekarang kat MRSM... anak ketiga UPSR 5A... sekarang tingkatan 2.

Kejayaan anak murid...
Adalah kegembiraan bagi seorang guru...

TAK SEDAR DIRI

Orang lain punya masalah, aku pulak yang pening kepala. Mana tak peningnya, datang nak meminjam... tapi macam aku yang berhutang dengan dia. Bunyi macam pelik, tapi tu lah realiti dalam kehidupan hari ini. Aku ingat lagi cakap GB... duit nie berhantu, so kalau kutip yuran tu... serah terus... jangan simpan... bukan apa takut terguna. Bila time nak bayar nanti mula lah liat macam tahi beruk.

Aku ingatkan, dalam kursus perkahwinan kena adakan satu modul pengurusan kewangan keluarga. Sekarang masalah perceraian berpunca daripada masalah kewangan. Gaji masuk 25 hb, belum sampai seminggu dah nak meminjam... kalau sekali sekala tu kira ok lah... mungkin kita kata bulan tu dia ada kecemasan. Tapi kalau dah setiap bulan meminjam... tu dah kira parah.

Boleh dikatakan setiap bulan tak cukup... tapi bila dapat duit selonggok... beli barang bukan keperluan. Payah orang tak fikir panjang nie. Apa salahnya dapat duit tunggakan tu simpan untuk kecemasan. So, tak payah lah nak ketuk pintu umah orang nak pinjam duit... nak call sana sini nak pinjam duit. Orang tak angkat, tahu marah. Ko memang tak tahu malu betul.

Aku tak kisah, ko beli lah apa ko nak beli sekali pun... itu duit ko. Tapi barang tu tak penting... beli yang murah pun tak apa... aku sendiri pun pakai jam seratus lebih je... itu pun orang hadiahkan. Ko dengan bangganya bercerita sana sini yang ko beli jam hampir beribu lebih sepasang laki bini... ko ingat orang suka ke... orang lagi menyampah sebenarnya.

Sebab tak sampai beberapa hari lepas tu... ko dengan muka seposen nak pinjam duit... pandai pulak ko fikir alasan nak meminjam... anak tak ada susu lah... beras tak ada kat umah lah... apa salahnya ko guna akal fikiran tu untuk fikir bagaimana nak kurangkan perbelanjaan yang tak perlu supaya bebas daripada hutang.

Aku dah penat... letih cakap dengan ko... seperti mencurah air ke daun keladi. AKu menasihatkan orang yang lebih tua daripada aku. Aku ingat, kalau ko pandai uruskan kewangan... rasanya dah berlebih duit gaji ko tu.. dua orang hampir RM5k tu.... ke mana duit tu pergi sebenarnya.

Ko kena ingat anak-anak sedang membesar... banyak nak pakai duit. Nak buka sekolah pakai duit... sakit pakai duit... pendek kata semua duit. Aku rasa sampai satu tahap... semua kekawan ko dah tak larat nak melayan kerenah ko... yang suka meminjam tu. Pinjam duit untuk memenuhi kehendak... bukan keperluan.

Sepatutnya, ko dah ada simpanan... bulan lepas kenaikan gaji bukan sikit tu.... beratus. Sepatutnya dah tak berhutang dengan kekawan. Tapi sama jugak perangai ko.

Sekarang pulak ko belajar... memang lah yuran tak perlu bayar... sebab disponser sepenuhnya. Tapi ko kena ingat... bahan-bahan tu ko kena tanggung sendiri. Kemudahan belajar tu kena lah beli sendiri... jangan nak harap gunakan yang orang je. Aku dah penat... tegur dah banyak kali.

Pernah aku terfikir... andai kata, ko sakit... dah tak boleh meminjam sana sini dan dah tak mampu nak memenuhi kehendak yang membuak-buak tu... nak lagi ke orang jaga kita... ambil berat pasal kita. Kita nie, sayang seseorang biarlah berpada-pada. Jangan sampai menyiksa diri. Hari nie orang sayang sebab kita sihat. Esok lusa kita belum tahu... so persediaan untuk hari akan datang perlu ada.

Penat dah membebel... sampai member aku dok marah... sebab depa dah tak bagi pinjam... sekarang aku je yang beri pinjam.... aku ingat lepas nie malas lah beri pinjam... sebab dia bukan tak ada duit. Cuma belanja ikut kemahuan... Dah tersungkur nanti baru dia nak beringat kot.

Jangan jadi hamba duit...
Tapi urus duit supaya jangan sampai tak berduit...

Saturday, April 16, 2011

MAAFKAN AKU

Maafkan aku, sekiranya keputusan aku ini mengecewakanmu... memang aku tak mampu untuk membahagiakan semua orang... tetapi berilah aku peluang untuk cuba buat yang terbaik. Dalam keadaan ini, ramai di kalangan rakan yang tidak bersetuju dengan aku.

Aku hanya mampu mendengar segala pandangan dan pendapat yang diberikan... aku hargai semua pandangan kalian... aku tahu kalian inginkan yang terbaik untuk aku... tapi aku tak mampu untuk menolak apa yang telah tertulis untuk aku. Satu aku pinta, doakan semoga kebahagian menjadi milik kami. Niat yang ikhlas tak perlu diucap dibibir... tapi lahir dari hati nurani yang penuh tulus.

Friday, April 15, 2011

PERSIAPAN TEMUDUGA DG 41

Kekawan ramai dah yang dapat temuduga DG 41... tak lama lagi lah tu giliran aku. Berdebar lah pulak bila member yang dah dipanggil temuduga beritahu... macam-macam yang ditanya. Kena study macam nak ambil periksa lah pulak...

So, kepada kekawan yang belum tu... moh kita baca apa yang patut. Apa pun persiapan kena buat... baru lah bila berperang nanti kita lebih yakin dan bersemangat. Persediaan sangat penting... kalau gagal setelah persiapan dibuat.... sekurang-kurangnya kita dah buat yang terbaik.
  • NKRA Pendidikan
  • Pra Sekolah, Linus, SBT, Ba'ah
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Mengenai Bidang Tugas Guru
  • Program 1 Malaysia
Ramai sangat gamaknya yang hendak ditemuduga... sampai kena berkumpulan berempat lah pulak... bagus jugak kan. Aku suka je... janji boleh jawab... dah tu lulus.... dapat naik gaji... mudah sikit nak belanja.

Siapa yang rajin nak baca yang lain pun bagus juga... terima kasih kepada kawan blogger aku yang beri info... dia dah selamat semalam ditemuduga di Putrajaya.

Sunday, April 10, 2011

MAJLIS PERSARAAN RAKAN SEKERJA

Pada hari Khamis yang lepas, merupakan hari yang bersejarah buat salah seorang rakan sekerja. Majlis persaraannya diadakan dengan kerjasama kelab staff. Walaupun disambut secara sederhana, tetapi tetap meriah.

Meriah dengan pakaian seragam sekolah... beratur menunggu giliran untuk bersalaman dengan Ustazah Aminah.

Menerima cenderahati daripada Guru Besar.

Acara memotong kek, majlis persaraan.

Bergambar bersama dengan guru-guru lelaki sksb.

Bila tiba masanya...
Kita perlu berundur...

Tuesday, April 5, 2011

PERSIAPAN BERCUTI KE JOGYAKARTA

Alhamdulilah segala persiapan untuk bercuti ke Jogja telah dibuat. Tinggal tunggu masa untuk terbang je. Terima kasih kepada my boss kerana telah meluluskan Cuti Rehat Khas den selama 2 hari. Sebenarnya bab cuti nie aku risau... takut tak diluluskan je.

Hari Sabtu lepas, kami dah confirmkan hotel tempat kami menginap. Flight kami pukul 7.00 a.m. Esok member nak datang servey jalan ke rumah den... bukan apa, takut nanti pepagi buta sesat barat... terlepas pulak flight. Nasib baik dia sanggup nak datang jemput... kalau tak, terpaksalah aku minta tolong kekawan hantar. Ustaz dan Aina sanggup je nak menghantarnya... ada makna tu nak hantar... he he he he.

Duit je belum tukar lagi... untuk berbelanja di sana nanti. Penginapan dan pengangkutan dah settle. Packing baju, bagi aku tak jadi masalah. Sekejap je aku packing. Apa je yang nak dibawanya... senarai semak dah ada dalam kepala, tinggal ambil je...and than masukkan dalam beg. Selesai. Benda yang penting, posport dan duit je... kena semak berkali-kali.

Kredit from tenet

Antara aktiviti yang telah dirancang... member den nie sibuk sangat nak pe melawat tempat gunung merapi yang meletup tahun lepas. Lepas tu kami akan pergi ke tempat yang menjual cenderahati... dapat beli sikit buah tangan untuk kaum keluarga dan kekawan terdekat jadi lah kan.

Kredit from google

Member den nie sibuk nak bawa ke Pantai Parangtritis... kawan dia yang suggest kan pantai nie... katanya antara pantai yang tercantik di Jogja. Kat pantai nie kalau pe berbulan madu sesuai lah... nie nak pe berjalan. Apa pun aku suka je... boleh snap gambar. Kamera nie pun satu hal lagi... kena ingatkan awal-awal nie... sat lagi lupa pulak member den tu bawa nanti. Ingatkan sempat siap kamera den... rupanya hampeh.

Kawan den nie, hari-hari call... punya lah tak sabar nak pe bercuti. Apa lah yang seronok sangat dia nak pe bercuti ke sana tu... naik pelik aku. Macam orang kali pertama pe bercuti ke luar negara lah pulak.... pada hal setiap bulan berkali-kali ke luar negara.

Bahagia terpancar di wajahnya...
Tatkala dapat mengembirakan kawannya...

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Aku pun terpanggil untuk memeriahkan dunia berblog... sebenarnya aku tak pernah mengikuti pun blog BEN nie...

Nanti ada masa aku jelajah le ye Ben... nie tak sempat... sempat tempek gambar dengan tajuk je. Apa tujuannya Ben nie tak cakap lah pulak... kena tunggu.... tu yang letih...

Kepada kekawan yang berminat... jom kita gegar 1 ribu April bermula.

BETUL KE ANAK MURID LEBIH RAPAT DENGAN GURU TUISYEN???

Gambar Balqis bercuti ke Kota London

Setiap kali tiba hari Jumaat mesti aku teringatkan anak murid yang aku ajar tuisyen nie... selalunya aku balik lambat pada hari Jumaat... menyiapkan kerja apa yang patut... setiap kali tu lah aku teringat anak murid aku yang sorang nie...

Tahun lepas...hari Jumaat je, dia akan datang ke Siber Didik untuk tuisyen dengan aku. Aku memang tak tetapkan dia belajar apa hari tu... terpulang kepadanya... sama ada nak belajar Maths atau Bahasa Melayu. Biasalah murid nie, subjek yang paling mereka suka Maths lah.... kalau boleh setiap kali tuisyen nak belajar Maths. Kalau time aku nak buat karangan je... mula lah buat muka sposen. Sebab dia malas nak fikir... tu yang kena marah dengan aku.

Aku nie garang, memang lah dia anak tunggal... anak kawan aku... tapi aku ajar memang garang... kalau aku nak marah, memang aku marah je... tapi dia tak pernah ambil hati... tak pernah lah merajuk tak nak datang tuisyen. Dia datang kat umah aku 2 kali seminggu... ada jugak peneman kan. Sekarang sunyi je umah aku... tu yang rindu lebih kat dia... aku ajar tuisyen je... kat sekolah aku pernah ajar dia tahun satu je ... lepas tu dah tak pernah ajar. Tapi dia tuisyen dengan aku 3 tahun.

Pernah sekali, aku ajar dia tuisyen... time tu ada Ustazah Wan kat dalam Siber Didik. Aku marah dia sebab soalan yang simple pun tak boleh buat... suara aku makin lama... makin meninggi... mungkin aku target tinggi kot... so bila murid tak dapat mula lah cikgunya tension. Tapi, dia buat je... walaupun suara aku dah semakin tinggi... langsung tak menangis. Sudahnya Ustazah Wan bersuara "Balqis, kemas buku, dah cukup... kita sambung minggu depan"

Dia kemas buku, salam macam biasa. "Terima kasih cikgu" sambil keluar dari bilik yang menyiksakannya. Tinggal aku terkulat-kulat. Ustazah minta maaf dengan aku... sebab suruh Balqis keluar. Dalam hati Wan tu mesti takut aku marah kat dia... awal-awal dah minta maaf.
"Akak, saya tak sampai hati tengok akak marah Balqis macam tu... suara makin meninggi... saya nak selamatkan keadaan"
Nasib baik ada Wan... kalau tak jenuh Balqis.

Ingat aku je rindu kat dia... rupanya dia pun sama... selalu sms tanya khabar... selalu dok cakap kesian cikgu tak ada kawan kat rumah.

Marah bukan beerti benci...
Marah bersebab, akan sentiasa diingati...