Sunday, July 28, 2013

PILIH JENAMA ATAU KESELESAAN

Semalam aku berkesempatan pergi membeli-belah di Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang. Jauhnya tempat aku bershopping... bukan bershopping apa pun... just beli sandle dan handbeg je pun... orang selalu tanya aku...

" Kenapa tak pergi ke Sogo banyak pilihan handbeg cantik-cantik..."

Aku nie jenis tak suka bersesak-sesak... berasak-asak... aku lebih suka tempat yang selesa untuk memilih... dan mudah untuk membayar... kalau tempat ramai orang jenuh beratur menunggu giliran untuk membayarnya. Tahun sebelumnya aku pergi lepas waktu kerja... memang lapang sesangat.

Lagi satu aku tengok orang jugak nak ajak membeli-belah... member aku sorang nie memang senang... he he he tq my friend. Selalu kita orang akan meronda tak lebih 3 jam... sebab kami akan pergi tempat barang yang nak beli je. Kan senang macam tu... jimat masa dan boleh kontrol belanja.

Sandle nie dah lama aku teringin... so raya nie ingat memang nak sambar le... pada aku tak kisah jenama apa pun... harga berapa pun... janji selesa dan mampu milik... murah pun kalau aku suka... aku beli je... mahal pun kalau time tu ada duit aku beli je... tak ada siapa pun nak kontrol duit aku...

Sambil aku mencuba sandle dan menunggu juru jual mencari saiz yang aku nak... datang seorang kakak nie... dok membelek-membelek sandle yang berkenan di hati... sambil tu dia pun bertanya kepada juru jual...
" dik tak ada diskaun ke scholl nie??"
Dalam hati aku.. dah banyak kali aku datang tak pernah tengok ada diskaun... walaupun jenama lain bagai nak rak beri diskaun.
Kakak tu pun, minta lah kat suaminya untuk dibelikan sandle tu... sekali si suami tengok harga terkejut... lagi berapa henggit je RM200... baru sandle. Si isteri nie agaknya memang dah lama berkenan gamaknya...
"Abang boleh lah... abang tak nak beli yang lain pun tak pe... dapat sandle nie jadi lah"...rayu si isteri.
Lakinya masih berkira-kira... memikirkan harga.

Dah dapat sandle aku... aku pun berlalu meninggalkan si isteri dan si suami... beli ke tak... aku tak tahu... yang penting aku dah dapat sandle aku... harganya sama dengan sandle si isteri tu minat.

Balik ke rumah aku teringat kisah di JJ siang tadi... bersyukurnya aku ada kerja... ada gaji sendiri... nak beli apa yang berkenaan dihati... boleh beli... tak perlu nak mintak-mintak dengan orang. Orang yang tak bekerja... orang yang tak ada gaji... semuanya kena fikir dan tunggu orang belikan... kalau dapat suami tak kedekut kira ok lah. Dapat si suami kedekut... alamaknya melopong lah.

Walaupun aku punya duit... tapi aku tak suka membeli barang yang tak perlu dan membazir... kalau aku beli pun memang yang akan digunakan... kalau boleh aku akan guna semaksima yang mungkin... tak pun aku akan beli barang yang mahal sikit untuk hari-hari tertentu... seperti hari raya dan hadiah besday aku... untuk menghargai diri sendiri yang penat bekerja. Tak salah kan... nak tunggu orang beli kan... tak tahu bila akan dapat.

Kesimpulannya, kalau kita rasa kita susah... sebenarnya ada orang lain yang lagi susah daripada kita. Bersyukur lah dengan apa yang kita ada... dan dengan rezeki yang kita dapat. 

Friday, July 26, 2013

BAYARAN BALIK PINJAMAN TAJAAN KPM-OUM

Hari nie happy sangat... sebab dapat surat pengesahan jawatan... surat yang ditunggu-tunggu selama nie. Dah dapat surat tetiba teringat tentang bayaran balik pinjaman yang perlu dibuat... gaji pun dah naik bulan nie... so boleh buat perancangan apa yang patut... selesaikan hutang yang ada... baru hidup tenang.

Kalau ikutkan selepas tamat pengajian aku dah buat surat... tapi sehingga ke hari nie aku tak terima apa pun mengenai pinjaman... awal tahun ari tu, aku dah buat pengemaskinian maklumat untuk memudahkan urusan pihak pengurusan pinjaman.

So untuk sekian kalinya... esok aku akan faxkan semua maklumat yang diperlukan... aku call untuk dapatkan status pinjaman... jadi aku tanya lah sekali apa perlu aku buat untuk pengurangan bayaran... ingat nak hantar je by hand... tapi pegawai berkenaan minta aku faxkan esok. Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh terus ke laman web Bahagian Tajaan Pendidikan boleh baca di situ syarat-syarat untuk pengurangan dan cara pembayaran.

Thursday, July 25, 2013

JARAK USIA BUKAN PENGHALANG

Beberapa contoh pasangan artis perempuan di negara kita yang berkahwin kali kedua dengan lelaki yang lebih muda...dan... masih bujang tu... dan... perbezaan umur mereka amat ketara... lebih 10 tahun...

Persoalannya????

1. Bahagia ke???
Ramai je yang bahagia... tapi ada jugak yang bergelora... adat lah tu asam garam rumah tangga... sikit-sikit gaduh tu memang ada... yang penting tahu cara menyelesaikannya.. yang kahwin sama umur atau yang lebih tua pun ada gak yang bercerai-berai.

2. Apa orang sekeliling akan kata???
Kalau nak fikir orang sekeliling mana ada yang tak berkata-kata.. mulut orang akan bercakap... ikut apa yang dia rasa nak cakap... tak berkahwin pun orang akan bercakap... berkahwin di Thailand pun orang akan bercakap... tapi bawa anak orang ke hulu ke hilir tak ada pulak orang bercakap... 

3. Nanti tak ada zuriat sendiri???
Zuriat tu kan rezeki daripada Allah s.w.t. Orang kahwin muda pun ada yang tak ada anak... orang kahwin berbelas tahun pun ada yang tak dikurniakan zuriat... kalau dah rezeki umur berapa pun akan dapat jugak.

4. Kenapa tak cari yang sebaya ke??? atau yang lebih muda.. kerana perempuan nie cepat nampak tua???
Dah suka nak buat macam mana... he he he he... bukan tak boleh cari. Jodoh pertemuan ajal dan maut tu kan... bukan kita yang tentukan.









Sebenarnya ada kisah disebalik entry kali nie... pada 15 Ramadhan... aku terima satu panggilan... dari seseorang nie... memang sebelum nie dia ada jugak call tanya khabar... kali nie dia call, beriya-iya nak jumpa... so aku pun bersetujulah nak jumpa selepas solat tarawih di tempat tinggal aku... dia pun sanggup datang... ok lah.

Pada mulanya aku ingat dia saja nak jumpa sebab dah lama tak jumpa... kebetulan sekarang bulan puasa dia sedang bercuti... kalau tak dia belajar di Terengganu.

Aku memang tak sangka... dia seberani tu... boleh bercakap mengenai soal hati... terkedu aku seketika... padahal dia tu aku anggap adik-adik je... dia panggil aku selama nie pun 'cikgu'.. bila dia dah mula... so aku pun beri lah soalan cepu emas seperti di atas... dan itu lah jawapan daripadanya...

Budak nie... he he he ... kan marah pulak dia aku panggil budak... padahal ada je orang muda lagi daripada dia dah kahwin... umur dia 25 tahun... tapi kalau tengok orangnya tak macam 25 tahun pun... macam orang 30-an... sorang yang sangat matang baik berbicara mahupun tingkah laku... berbadan tegak... mempunyai jambang dan janggut yang panjang... tengok sekali ala-ala ustaz gitu... ayahnya memang seorang ustaz. Aku  kenal dia 4 tahun yang lalu... ayahnya pun aku kenal.. ada jugak adiknya yang aku kenal. 

Di akhir perbualan... aku minta dia fikirkan hasratnya tu... bukan tak nak bagi peluang... tapi dia ada banyak lagi peluang... dia masih muda... dan selayaknya dapat lebih baik. Takut nanti dia nak berjalan dengan aku pun segan... dia tu handsome ramai je kat luar tu yang akan terpikat dengan dia.

Aku memang tak sangka... selama nie dia mengikuti perkembangan aku melalui Fb... sering meninjau dari jauh kawasan rumah aku... apa yang ada kat depan rumah aku semua dia tahu... wah.. wah.. bukan main lagi anak ustaz nie... report kan kat ustaz baru tahu.

Dia sibuk dok beri beberapa contoh artis yang berkahwin dengan lelaki muda... masalahnya, artis tak sama dengan orang biasa. 

Monday, July 22, 2013

TUISYEN PERSENDIRIAN

Sejarahnya bermula pada tahun 2010... tahun yang betul-betul menguji kesabaran aku... pada awal tahun berkenaan aku terpaksa berpindah masuk ke rumah sendiri yang jaraknya lebih kurang 17km dari tempat kerja. 

Bila dah duduk jauh nie, sudah pasti perbelanjaan aku meningkat... dulu pergi kerja jalan kaki je... maklum lah kuarters sebelas sekolah... sekarang terpaksa pergi kerja dengan kereta... mana nak cari duit untuk minyak kereta... penyelenggaraan kereta dan sebagainya. 

Masa tu memang perit... aku ada 2 kad kredit... semua maksima penggunaan untuk isi minyak... bulanan aku bayar minima. Jadi nak tak nak... aku terpaksa cari duit lebih untuk tampung kos sara hidup... aku ada kemahiran mengajar... aku cari tuisyen persendirian... sekurang-kurangnya dapat juga menampung perbelanjaan aku. 

Rezeki aku... nie lah first job yang aku dapat... mengajar 2 orang anak keluarga cina di kawasan elite Sungai Buloh. Aku mengajar sekali seminggu... 4 kali je sebulan... sekali datang aku akan mengajar selama 3 jam. Sebab kelasnya asing... pada awalnya aku akan ajar adiknya yang darjah 3 dan kemudian abangnya yang bersekolah di sekolah antarabangsa. Sejam aku dibayar RM40.

Buku latihan untuk tahun nie

Setiap tahun hampir berbelas buah buku latihan akan dibeli oleh ibunya sebagai latihan... semua buku berkenaan akan dibuatnya sehingga habis. Pada awalnya, aku rasa macam tak mampu nak habiskan... rupanya tanggapan aku salah... jika ada kerajinan... apa pun akan menjadi kenyataan. Dari darjah 4 sampai sekarang lebih 100 karangan yang ditulisnya semasa tuisyen. Sampai dia baca tajuk je dah tahu... tajuk karangan berkenaan pernah buat atau pun tak.

Latihan
Pemahaman dia akan buat sendiri pada masa terluang... aku datang mengajar Bahasa Melayu penulisan sambil tu semak pemahaman... aku cuma akan terangkan soalan yang salah sahaja. Dia rajin mencari makna perkataan... kalau tengok di atas tu... tulisan berwarna pink adalah perkataan yang dia tidak tahu... dia akan cari makna dan mencatat di sebelah. Kamus besta akan sentiasa bersamanya.


Aku ajar anak murid nie dari dia darjah 3 sampai sekarang dah darjah 6... seronok aku tengok perkembangannya... aku dah macam kawan dia. Seorang murid yang sangat rajin. Bahasa Melayunya sangat bagus. Sekarang di bersekolah di SJK (c)... aku dimaklumkan oleh ibunya lepas UPSR nie dia akan menyambung pelajarannya di sekolah swasta.

Aku rasa dia dah mampu buat yang terbaik... tapi dia merasakan dia masih belum bersedia... satu lagi perangai murid nie... sentiasa nak yang pertama dalam kelas... kalau ada murid lain yang tinggi daripada dia... mula lah tunjuk muka sedih.

Sesiapa pun akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang... janji rajin berusaha tanpa mengenal jemu... dan membuat latihan secara berterusan... serta bersedia dari awal lagi.

Saturday, July 20, 2013

AKTIVITI DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah pada tahun ini, murid-murid tahun 6 menggunakan waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan dengan pengisian solat hajat dan solat dhuha secara berjemaah di dewan sekolah. Kemudian diadakan bacaan yassin selepas solat. 

Manakala murid tahun 4 dan tahun 5 diadakan majlis tadarus al-quran seperti tahun-tahun sebelumnya.

Solat Hajat dan Solat Dhuha
Diadakan pada waktu rehat.

SUMBANGAN DARIPADA STAEDTLER

Bersama dengan pensel  Staedtler Noris 2B masing-maisng.
Pada hari Jumaat yang lepas, anak murid aku sangat bertuah kerana syarikat pengeluar pensel terkemuka bermurah hati untuk memberi sumbangan pensel kepada semua murid tahun 6. Seramai 204 orang calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada awal September nanti akan menggunakan pensel berkenaan.

Terima kasih kepada En. Saiful dan rakannya kerana sudi menyampaikan sumbangan berkenaan.

Cuti sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini selama 2 minggu, dua hari cuti berganti. Diharap anak didik tidak melupakan buku kerana selapas hari raya hanya tinggal 3 minggu sahaja sebelum peperiksaan.

Thursday, July 18, 2013

HAND PHONE BARANG KEPERLUAN

NOKIA 8250
Telefon pertama aku... tahun kedua bekerja baru dapat pakai phone yang comel nie... Masa tu harganya RM750.00. Aku pakai selama hampir 7 tahun.

NOKIA 1200
 Phone nie pun aku pakai lama jugak... hampir lah 5 tahun... dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Harga masa aku beli tu RM110.00. Pada aku yang penting kecil senang dibawa ke mana-mana dan dapat sms serta call cukup lah.

SAMSUNG CORBY
Telefon nie aku pakai hampir setahun lebih je.... masa nie dah macam-macam phone yang canggih-canggih keluar... tapi pada aku yang penting dapat sms dan call cukup lah.

PHONE SAMSUNG COBY DAN NOKIA 1200 MASIH KU SIMPAN
Sebenarnya aku ada 2 nombor phone... so aku kena pakai 2 phone. Macam orang bisnes lah pulak pakai 2 phone... semuanya pakai line.

SAMSUNG GALAXY GRAND
 Baru beli 2 minggu lepas... nak tahu sebab apa beli... semua kawan dok kutuk aku sebab tak mengikuti perkembangan dunia teknologi... seruh aku beli senang nak 
Whatsapp...
Line...
Wechat...

Ada yang lagi seronok dapat 3G... he he he ... padahal dari dulu lagi orang dok 3G...


Aku puas hati sangat dengan telefon nie... cuma tu lah besar sangat... susah jugak nak bawa ke mana-mana... bukan senang nak dapat nie... ini pun nasib baik ada orang yang sayang kat aku tolong belikan... terima kasih... I love u... he he he.

Belum habis lagi explore. Banyak lagi yang belum tahu... Ini lah phone aku yang ke-4... harap dapat bertahan lama lah. Aku akan guna selagi boleh guna. Pada aku phone nie boleh tahan jugak mahalnya...  RM1000 lebih tu.... pada orang berduit... berapa lah sangat kan...

SELESAI SUDAH PERCUBAAN UPSR

Bermula pada hari Selasa hingga hari nie Khamis... anak murid aku menduduki peperiksaan percubaan UPSR peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Diharap anak murid aku dapat menjawab dengan baik. 

Peperiksaan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman kepada mereka sebelum menduduki peperiksaan yang sebenar pada bulan September nanti.

Aku seperti guru-guru dan ibu bapa mengharapkan anak didik dapat menjawab dengan baik dan memperolehi keputusan dengan cemerlang.

Tekun menjawab peperiksaan.

Tuesday, July 16, 2013

MUSIM BUNGA DI SKSB

Keindahan panorama musim bunga.
Panorama di suatu pagi...
Cantiknya... bila tiba musim bunga... semua pokok akan mengeluarkan bunga yang berwarna pink dan putih. Secara tak langsung suasana di sekolah aku lebih ceria daripada kebiasaan.

Saturday, July 13, 2013

AIR TANGAN SENDIRI

Masak sendiri tau...
Sejujurnya... aku memang tak pandai memasak dan kurang berminat dengan kerja-kerja dapur... he he he. Tapi sampai satu tahap kita terpaksa lakukan kerana beberapa faktor... aku terpaksa jugak belajar memasak sebab malu... malu dengan kekawan dok perli aku... antara ayat-ayat yang biasa buat aku berubah dan cuba untuk berubah untuk kebaikan diri dan juga kesihatan.

Sampai bila nak makan kat kedai... 
Sampai bila nak makan orang masak...

Oran buat kerja belum tentu kebersihannya. Sebab kita bukan nampak amalan pengurusan dapur dia macam mana... Masak sendiri lagi puas hati.
" Harap rumah besar je besar... dapur tak ada... orang lain sewa bilik je pun masak sendiri"

" Masaklah, bukan susah pun... beritahu nak masak apa??? nanti boleh ajar... lama-lama pandai lah masak... bukan susah pun. Esok kalau ada suami, suami nak makan kat umah macam mana??? "
Masak bukan susah pun kan... tapi nak kena ada kerajinan... kalau malasan melampau semua kerja jadi susah. Hari ni dah masuk hari ke-4 berpuasa... aku masak sendiri je kat umah... masak bodoh-bodoh, simple-simple je pun... tapi sebab makan panas-panas berselera jugak. Boleh lah nak telan untuk tekak sendiri.

Bulan puasa aku sampai rumah pukul 2... nak singgah terus pasar ramadhan belum buka lagi... dah kat umah malas nak keluar... lagi satu nak cari parking pun masalah jugak... senang masak je lah... 6.30 pun sempat masak. Masak lauk dan masak sayur cukup lah.

Wednesday, July 10, 2013

4 BULAN SELEPAS DITANAM


Pokok kelapa sawit berkenaan mula ditanam selapas Tahun Baru Cina yang lepas. Mengikut perkiraan kami baru berusia 4 bulan. Keadaan pokok sudah beransur pulih. Kalau sebelum nie keadaan daunnya kuning. Ambil masa untuk pulih. Kebetulan selepas tanam, kemarau lebih sebulan.


Sebelum tanam kami bubuh baja Biotech Compound untuk lubang supaya akar cepat menerima zat yang diperlukan disamping memulihkan tanah. Kawasan tanaman ini berbukit dan berbatu kelikir.

Baja tahi ayam yang telah diproses.....
Pada awal bulan Mei kami menggunakan baja tahi ayam yang telah diproses. Ini kerana baja tahi ayam mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya: 
  • Kaya dengan unsur Nitrogen(N), Fosforus(P) dan Kalium(K).
  • Bebas bahan kimia punca pencemaran.
  • Menggalakkan kehadiran mikroorganisma baik penyumbang kesuburan tanah.
  • Memperbaiki pH,tekstur dan pengudaraan tanah.
  • Mengekalkan kesuburan dan kelempaban tanah.
  • Selamat digunakan tanpa menjejaskan kesihatan pengguna.
  • Sesuai untuk pembajaan bagi semua jenis tanah dan tanaman. (pokok bunga, sayur-sayuran , pokok buah-buah)
Pada mulanya aku ingin menggunakan baja tahi ayam yang belum diproses... tetapi memikirkan kebun yang berbukit menyukarkan untuk mengangkut baja yang masih basah tu... tak sanggup rasanya... walaupun aku tak buat kerja berkenaan... kalau aku tak sanggup... orang lain pun sama jugak tak sanggup... dengan baunya. 

Jadi terpaksa lah aku mencari baja tahi ayam yang telah diproses. Jika ada yang berminat untuk dapatkan baja tahi ayam yang telah diproses boleh ke http://golden-rengat.blogspot.com . Baja berkenaan dipacking berat bersih 40kg. Ikutkan harga baja tahi ayam yang belum diproses lebih murah berbanding dengan yang telah diproses. Baja tahi ayam yang aku maksudkan terbukti berkesan... boleh dikatakan kebanyakkan nursery bunga menggunakan baja tersebut.

Ini lah hasil selepas pembajaan menggunakan baja tahi ayam. Keadaan tanah lebih lembap dan yang penting menggalakkan kehadiran mikroorganisma baik penyumbang kepada kesuburan tanah.

Baru 4 bulan... tanam bulan 2 hari tu...

Pekebun yang masil kecil... bakal menjadi usahawan tani yang berjaya...

Daun dah mula hijau...

Anak pokok kayu mula tumbuh meliar...


Dalam keadaan cuaca sekarang... kerja-kerja menebas tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri akan menyebabkan hakisan... ini pun ada 2-3 teres runtuh disebabkan hujan yang turun.... boleh dikatakan setiap hari hujan...selepas jerebu yang hari tu. 


Mungkin kerja-kerja pembersihan kawasan akan dilakukan selepas hari raya nanti. Bukan apa, jika terlalu semak... akan timbul masalah lain... terutamanya musuh tanaman.

PETOLA BELAKANG RUMAH

Berbudi kepada tanah pasti tidak rugi...
Hasilnya boleh makan sendiri...

Kalau dah lebih nanti...
Pasti boleh dikongsi dengan mereka yang berminat untuk merasai...

Setakat hari nie aku dah petik 5 biji petola... semuanya saiz panjang lebih kurang 17".       Petola senang je kalau aku... celur lepas cicah dengan budu... sedappp....nya. Pasti tambah lah nasi.

Manfaatkan ruang yang ada.

Petola dah berbuah....

Panjang jugak... lebih kurang 17"

Tu dia... siap ukur lagi.

Monday, July 8, 2013

GELAGAT TAUKE BAJA KECIK

Tauke baja tertido
Tauke baja kecik tertido... mungkin jugak kepenatan... budak yang jenis senang tidur... kat mana pun tak kisah kalau dah penat tu... sejak awal beroperasi memang dia tak pernah miss ikut hantar baja... tak kira lah dalam kebun mana pun. Banyak mulut nie... tak larat nak melayan. 

Tauke kecik takut nak turun bukit tinggi... turun mengundur.
Dari umor 2 tahun lebih dah mula masuk kebun... memang kalau ke kebun mak ayahnya akan bawak dia... sekarang baru berumur 3 tahun 3 bulan... memang budak jenis lasak... baja 10 kg dia boleh angkat... terkejut kami. Biar dia tahu susahnya mak ayah dia nak cari duit.