Monday, September 28, 2009

MENITI HARI2 MENDATANG.....

View waktu malam dr umah den menghala ke H/way

Kita selalu dengar nak jadi artis kena pekak kan telinga.... dan buat bodoh je apa orang nak cakap.... rupanya situasi mcm nie bukan berlaku kepada artis je.... orang yang tak glamor... tak dikenali... pun terpaksa melakukan perkara yang sama, pekak kan telinga.... dan buat dono je... pedulilah apa orang nak kata..... selagi kita tak menyusahkan orang....

Semalam aku call mak kawan aku... nak ucapkan selamat hari raya.... sebelum dia call aku, lebih baik aku call dia... kalau tak bising orang tua tu.... walau pun aku dengan anaknya dah perang dingin bertahun lamanya.... tepi dengan maknya masih berhubung.... kalau dia turun ke KL memang tak sah kalau tak jumpa dengan aku....

Aku ingat mak dia tak tahu kot aku perang dingin dengan anaknya.... maklumlah dia nie pandai berlakon depan mak dia... mcm kami nie tak ada masalah apa pun.... aku boleh tak contact mak dia... kalau dia sendiri sanggup beritahu situasi yang sebenar.... masalahnya dia tak sanggup nak bagi tahu.....bukan apa mak dia dah anggap aku mcm anak dia.... mana dia pergi pun ingat kat aku....tu sebab anak dia tak sampai hati....

Semalam aku call.... tak sempat aku bercakap.... dia dulu dok marah kat aku, katanya dia dapat tahu aku dah nikah.... tak bagi tahu kat dia.... tak terkata aku dibuetnya... mana pulak mak cik dengar ceta ini..... kalau ya pun saya nikah sekurang2nya saya akan bagi tahu kat orang2 yang rapat... ini kan pulak mak cik... kan saya janji akan jemput mak cik.....walau pun kenduri secara kecil2an.... aku rasa mcm aku tahu je kat mana dia dapat ceta nie.....

Dia (jejaka dot..dot...) yang nak nikah tak sabar2.... nikah je lah, tak ada sapo nak larang.....ini kaitkan org lain pulak... Ok lah... nasib baik mak kawan aku nie akhirnya percaya jugak cakap aku.... buwet apo den nak tipu bondo yang baik...... tak elok....dok gitu keng kawan....

Ari nie al kisah kat tompet kejo den... ado ko patut kawan samo2 dok minum kata muka den mcm orang mengandung .... hish tak masuk akal betul depa nie.... den nikah dok lagi tibo2 mengandung... masalah bosar nie.... depa nie suspek den nikah soyap2.... minta jauhkan lah keja tak berapa elok tu... kita perkara yang elok nak bagi tahu kepada semua... supaya tidak menimbulkan fitnah....

Mano tidaknya.... muka den nampak berisi... almaklumlah beraya sakan... makan je kejonya.... tadi sompat lagi den timbang.... rupa2nya den naik 2 kg... dalam masa 10 hari..... ari tu puasa sebulan.... turun 2 kg..... nampak gaya den nie.... senang nak naik, dari turun.....

Den sonyap.... bukan bererti den suko.....
Ekoi tu... nak cakap pun berpado-pado....

MINAT PUNYA PASAL

Gambar aku rakam ceta Wadi Unung

Masa ada ceta lakonan pelakon yang aku minat boleh aku berkejar2 balik umah.... apa keja pun aku tak buat... sampai habis ceta tu... Tut tut.... boleh episod akhir pulak aku tak perasan.... tahu2 je dah ceta lain.... frust betul tak tahu ending mcm mana....

Tapi tak pe, aku tunggu lah lain kali kot2 ada ceta lakonannya.... memang dah jenis aku... kalau sesuatu yg aku minat.... datang lah lah apa pun aku tak berganjak.... contoh tengok tv.... tak de daa... nak menyambil keja lain nanti tak dpt beri tumpuan....

Kalau belajar mcm nie... dapat beri tumpuan, bkn setakat ijazah je boleh buat.... master pun boleh tamat kan dengan cemerlang kot.... tapi tu ah dok gitu... time belajar boleh tido dalam kelas....

Aku tengok ceta pilih pelakon.....
Aku kalau makan pilih yang tak pedas....
Aku kalau berjalan tak kira masa....
Aku kalau tido tak kira tempat....
Itulah aku....

Sunday, September 27, 2009

MELUAHKAN YANG TERBUKU

Depa nie bab sembang tak pernah habis..... tak kira tempat menyembangnya.... kepalanya K.nida... yang lain tu....K.ana, wani, sue, sulia tukang ikut je.... yang aku peliknya Aishah pun boleh join sekali tu.... ada isu yang menarik lah tu...

Sory le... sebab dah mengutuk aku... tu aku snap gambar nie.... tapi tak pe... kutuk depan2 aku tak berapa nak hangat sangat.... tapi kalau main mengutuk kat belakang hampa tau lah....

Gambar ari last nak cuti raya ari tu... sebab seronok esok nak cuti ...tu yang sembang tak ingat dunia....Insaf2 le keng kawan.... borak sikit2 je....su tu nak lepas gian... selalu dia duduk sorang2 kat atas nun.... ari nie dapat jumpa dengan keng kawan... boleh tahan jugak minah nie....

Su hang temberang apa tu.... sampai depa semua dok telopong dengar hang cakap.... wani dengan k.ana bukan main lagi beri perhatian..... aku rasa time gb beri taklimat pun depa tu tak tekun macam tu.... hebat tu hang su.... lain kali maklumat drpd unit hang tak yah bagi gb cakap... hang cakap sendiri je.... confirm cikgu2 nie boleh dengar.... tengok gambar nie.. hang memang ada bakat bercakap.... hang je tak tahu potensi diri.... nie aku dah bagi tahu....boleh lah lepas nie... teruskan usaha..... hidup su.....

SMS TANDA INGATAN DI AIDILFITRI

View keindahan ke kg Liza sn/kh di Rembau N9

Perlu untuk aku abadikan kiriman keng kawan, mungkin boleh dibaca walapun bukan di musim perayaan. Maklumlah phone murah tak boleh simpan mesej banyak... Walaupun terpaksa menaip semula... tapi aku hargai sms keng kawan kerana masih ingat untuk mengucapkan selamat hari Lebaran. Terima kasih kepada semua...


Indah langit kerana awan,

Indah laut kerana kebiruan,

Indah Ramadhan kerana keinsafan,

Indah Aidilfitri kerana kemaafan,

Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

~ Asma Ambak ~


Biar kulit segelap almond London,

Asalkan hati sesuci Kuih Bangkit,

Biar Iman sekental Dodol,

Jangan Senipis Tempeyek,

Biar jiwa selembut Bahlu,

Asalkan akhlak secantik Biskut Dahlia,

Senyumlah semanis madu agar lebaran yang disambut lebih bermakna.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan Batin.

~ Khairul Niza, Ijan, Kak Im, Zam sksb ~


Pelita diletak di atas para….

Hendak dinyalakan ditepi perigi….

Sms dihantar penganti kad raya…

Tanda ingatan di Aidilfitri..

Maaf Zahir & Batin.

~ Ilot ~


Ketulusan untuk saling memaafkan,

Membuat Aidilfitri semakin bermakna,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir & Batin…

~ Sauki Indonesia ~


Pejam celik, pejam celik dah nak sebulan puasa,

Pejam celik, pejam celik dah nak raya,

Sebelum pejam tak celik-celik,

Eloklah ucap Selamat Hari Raya,

Serta Maaf Zahir & Batin.

~ Kak Shuriza, Wawa P.Piol ~


Hello my friend, I wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Cheong KDP ~


Takbir & Tahmid memuji Ilahi,

Menandakan syukur dan kemenangan di Aidilfitri,

Walaupun jarang berhubungan dan berkomunikasi,

Ingatan sentiasa terpahat di hati…

Selamat Hari Raya.

~ Ayu Pizza ~


Pelita dipasang penaik seri,

Ramadhan diganti si Aidilfitri,

Mesej pendek penganti diri,

Tanda teman sentiasa diingati,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ Sulia , Azwan smj ~


Masak lemang sambil berdiri,

Hendak makan di Aidilfitri,

Nak hantar kad raya posmen dah pakat2 cuti,

Sms sahaja dapat diberi,

Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini

Yang ada di hujung jari.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ 016……445, Iza Kecik ~


Salam Lebaran 1430,

Semoga Aidilfitri ini memberi keberkatan

dan kerahmatan yang berpanjangan dariNya,

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Sepanjang kita mengenali 1 sama lain.

~ As Pi/Kh ~


Lisan kadang2 tak terjaga,

Janji kadang2 terabai,

Hati kadang2 berprasangka,

Sikap kadang2 mneyakitkan.

Hidup ini akan menjadi indah jika masih ada rasa maaf,

Menjelang Syawal yang mulia mohon maaf

atas segalanya zahir batin 0-0 ya….

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

~ Nazrul Pizza ~


Kain berlabuh tirai Ramadhan,

Lembaian Syawal kian dinanti,

Luhur Ikhlas mohon kemaafan,

Andai kata asa salah dan silap,

~ Pak Da & Mak Da, 019….835 ~


Lembu tua hilang di sawah,

Orang kg sibuk mencari,

Jika anda tekan ke bawah, dah sah…

Andalah lembu yang kami cari!!!

Kalau ada jarum yang patah,

Tak payahlah disimpan lagi,

Kalau ada hati yang marah,

Kena ingat saya pun terkena tadi,

Jarum yg patah tu pegi la buang,

Jangan dibuang bersama kain,

Kalau tak nak kena sorang2,

Hantarkan mesej ini kat orang lain,

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

~ Hadi Pizza ~


Ramadhan berlalu sudah,

Syawal menati ria,

Rindu terhapus sudah,

Tiba masa bersuka ria,

Dari kejauhan ku menyusun jari,

Memohon ampun kesilapan diri,

Biar pun mesej dapat ku beri,

Ikhlas ku katakana ini je la buat masa ini,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

~ Ina KDP I4P ~


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,

Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa…

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

~ Kak Mala ~


Setitik embun dipohon rimbun,

Di atap nipah air bergenang,

Dosa tertimbun mohon diampun,

Silap dan salah jangan dikenagn,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

~ Jumie Kota Masai ~


Walau pun langkah tak bertemu,

Tangan tak berjabat,

Ucap tak terdengar,

Mata tak tertatap,

Tapi izinkan hati mohon maaf zahir & batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Kak Sidah ~


Friday, September 25, 2009

BERAYA DI N9

Tahun lepas aku beraya ke Johor.... tahun nie aku beraya ke N9..... Tahun depan, panjang umur ke Kedah pulak kot.... Ari nie, seawal 9.00 pagi kami bertolak ke Tampin..... Rumah pertama yang akan kami beraya.... umah siapo lagi kalau bukan syamsul.... Dari KL aku, ani dan puteri.... Liza dah memang orang N9... so tak ada masalah nak cari umah syamsul...

Dah makan kenyang makan kat umah syamsul..... sementara tunggu dia balik dari solat Jumaat.... sempat lagi kami berborak dengan maknya.... Lepas tu destinasi kami seterusnya ke umah Liza... Macam tak caya je nak jumpa kawan masa maktab dulu... Dah tu, kami nie sebenarnya bukan rapat sangat pun masa maktab... kenal mcm gitu2 je..

Mereka bertiga nie, sama kelas masa kat maktab..... liza, suraya dan syamsul.... memang rasa mcm tak percaya dapat jumpa su..... tetap comel mcm dulu..... Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada su dan pasangan.... Semoga perkahwinan kali ini berkekalan hingga keakhir hayat. Aura pengatin baru tu ada lagi.... inai masih merah dijari... kira masih dalam mood honey moon lagi nie...

Keceriaan keng kawan.... kebahagiaan kami semua.....

RAYA KEEMPAT & KELIMA

Raya keempat aku kelambut cari kambing sana sini..... bukan kambing aku hilang... tapi aku nak beli... Aku berniat, settle je segala urusan mahkamah nak sembelih kambing. Rasanya nie lah masanya.... kalau tangguh nanti, takut tak tahu bila pulak dapat balik ke kampung.... rasanya lepas nie hujung minggu penuh je dengan program....

Cari punya cari.... dapat lah kambing kat Kuala Damak..... rupanya kambing nie mahal jugak kan.... sekilo RM22 darab dengan 24 kg.... boleh tahan jugak lah..... Kami tak buat kenduri.... sembelih je kambing.... lepas tu bagi sedekah kat jiran tetangga.... Bukan apa, ari tu dah ada kenduri kat tempat lain... kesihan tukang masak dah lah org yang sama.

Tak sangka pulak time aku kuar ke Jerantut.... nak kuar duit bayar harga kambing tu.... terserempak dengan khairul.... so aku ajak lah dia minum teh tarik..... cari punya cari kedai.... sampai lah ke benting kat bandor tu.... tut.. tut.. member aku call... dia kata nampak aku.... so Nazirah nie pun terjoin lah sekali..... kami nie bukan rangcang pun nak jumpa... secara kebetulan... lama aku tak jumpa Nazirah nie.... last sekali aku jumpa tahun 1996.... mcm jejak kasih lah pulak.....berejam lah jugak kami boraknya... tahu je lah dah lama tak jumpa nie... mcm2 nak cete...

Memang raya tahun nie rezeki betul lah.... dapat jumpa ramai keng kawan.... masa hantar daging kambing kat akak aku..... ternampak ijan.... sebenarnya dah lama kami tak jumpa..... last sekali jumpa masa dia bersalin anak pertama.... nie dah nak masuk anak kedua....

Raya kelima sebelum aku bertolak ke KL.... sempat lagi aku singgah beraya ke umah kawan aku.... cikgu nani....lama jugak lah aku tak jumpa dia.... tapi sekarang dia aktif kat fb.... so tahu jugak lah perkembangan..... seronok kan ramai kawan2 dah berjaya.....

Lepas tu aku teruskan perjalanan ke KL.... sampai KL aku tak terus balik rumah.... sebaliknya ke Klang.... umah kawan aku.... ani... Tak sah kalau tak ke umahnya.... ingat nak tido je kat umahnya.... sebab esok kami ada program....

Tapi apa boleh buat... sepupu aku nak datang.... terpaksa lah balik....

RAYA KETIGA

Raya ketiga, dari pagi sampai ke petang layan program tv..... gara2 plan tak jadi.... terima kasih lah suri, ko sudi jugak datang ke umah aku. Memang jenis aku.... kalau nak ke mana kena bagi tahu awal2... takut aku ubah plan....

Malamnya aku beraya umah sepupu aku... cikgu norsaupiah, kat Damak jugak.... seronok kan... muda2 lagi dah dapat duduk umah sendiri.... taraf banglo pulak tu... rezeki kan. Beraya di rumah baru dengan kelengkapan umah serba baru....

RAYA KEDUA

Petang raya pertama, aku bersiap2 ke umah kakak aku yang sulong di Taman Sri Damak. Selalunya nie lah port aku, kalau balik ke kampung. Duduk kat umah akak aku nie tak boring, sebab ada anak buah.

Pagi raya kedua memang aku tak ke mana.... layan program kat tv je....pukul 2.00 aku dapat call drpd kawan aku ajak ge beraya...aku siap2, pukul 2.30 aku kuar umah... Sebenarnya senah ajak aku beraya ke Batu Balai....

Rumah Pertama
Kami ke umah norliza.... makan berat, layan lah kebetulan memang belum makan lagi......lama jugak aku kat situ... maklumlah senah nie tak datang kenduri liza ari tu...so ambil masa sikit berborak dengan member....Laki senah pulak dapat call, so terpaksa dia gerak dulu.. tinggal lah aku.

Rumah Kedua
Aku dengan liza beraya ke umah Suri.... call banyak kali tak dapat.... kami redah je lah... kalau ada kat umah ada lah.... alah bukan selalu buat keja meredah nie... Liza nie satu hal tinggal laki dia tengah tido kat umah.... so tak boleh lah lama2.... memang kejap je kami kat umah suri... adik liza datang bagi tahu kawan dia datang kat umah... apa pun sempat lagi kami makan laksa penang... suri buat sendiri tu....yang tak syoknya...tak sempat nak story2....

Rumah Ketiga
On the way balik aku singgah umah pak cik aku di batu 40.... nasib baik ada mak cik aku... kejap tu pakcik aku balik dari masjid solat asar... dapat jumpa dengan sepupu2....

Rumah Keempat
Dah 2-3 kali kawan aku nie call... dok tanya bila nak datang umah dia.... so aku datang lah.... sebab memang dah janji raya tahun nie nak datang.... aduh... sebelum sampai umah dia, aku berselisih dengan keta... so aku turun ke bahu jalan... tak sangka pulak hampir 1 kaki tinggi.... keta aku yang tinggi tu pun boleh sangkut jugak.... Dah lah datang umah khairul nie...dia je ada kat umah... bahaya2... sat lagi kena cekup pulak.... Nasib baik tak lama tu bapak dia balik....

Rumah Kelima
Aku ajak si Khairul nie beraya umah Azizah.... Memang rezeki kami dapat jumpa dengan dia.... dia baru je sampai....kami nie sama2 masa tadika... sekarang, sama tiga2 cikgu.... Last sekali aku jumpa Azizah, masa tu dia baru ada anak sorang... sekarang dah 3 orang. Sekejap je kan.......

Rumah Keenam
Aku ke umah pak cik aku.... semua ada...

Rumah Ketujuh
Singgah umah sepupu aku.... dapat lah jumpa sepupu2 yang keja jauh2 .... time raya mcm nie je lah dapat jumpa. Kalau tak memang susah nak jumpa.... mana taknya, sorang kat penang, kat johor, kat kedah... dah merata2, merantau...

Rumah Terakhir
Aku ke umah kinah.... masa tu dah pukul 9.30 malam..... aku orang pertama makan kuih raya yang dia hidang.....seronok kan... sebab raya pertama kat umah mak dia.....raya kedua, bar u beraya kat umah sendiri.... berborak tak ingat dunia.... mcm2 kami borak..... tahu2 dah pukul 1 pagi....

RAYA PERTAMA

Ketupat daun palas di pagi raya

Pada tahun nie, aku sambut hari raya serba sederhana... sama seperti tahun2 yang lepas....Setiap tahun, rasanya tak lengkap kalau tak ada ketupat daun palas dan rendang... selalunya lemang kami beli je....

Raya pertama aku tak ke mana... jaga rumah. Maklumlah tahun nie, aku dengan akak aku je yang ada raya pertama.... akak aku pagi2 dah masak lauk pauk....adalah sikit makanan berat untuk tetamu yang datang.... aku pulak ambil alih tugas melayan tetamu....tak berhenti2...sampai petang.... penatnya tak usah cakap.... tapi seronok bila dapat jumpa saudara mara... ada tu setahun sekali je jumpa.... time raya.

Lepas waktu asar baru lah dapat berehat.... sambil lepak dengan bapak den.... bak berborak nie dia rajin melayan.... sambil rehat, kami makan ketupat kat meja batu....sempat lagi dia dok tengok keta aku.... kebetulan aku parking depan tu je...

"Bila nak tukar keta nie...org dah pakai keta besar2..." rupanya bapak aku nie berangin jugak.... mentang2 menantu baru dia balik beraya dengan keta besar.

"Ayah, kita bukan tak nak tukar.... nie tengah belajar...banyak nak pakai duit. Sebenarnya kita sayang keta nie...nie lah keta pertama kito.... Elok2 dah tak ada hutang... nak kena buat hutang baru....biarlah kalau ada duit lebih nanti.... ingat nak ge jalan2 je...."

Nak buat macam mana.... memang dah minat berjalan. Pantang ada duit lebih ingat nak jalan je....

Nak buat sesuatu jangan ikut orang, sebaliknya ikut kemampuan diri.
Bak kata pepatah melayu Ukur baju, badan sendiri.
Supaya tidak menyusahkan awok nanti.

Friday, September 18, 2009

HARI LEBARAN

http://ninishasha.files.wordpress.com/2007/10/selamat_hari_raya_by_tormented_feet.jpg

Hari Sabtu aku masih lagi berada di KL....Sempat lagi menolong kakak aku buat kuih raya....pandai ke aku buah kuih???.... ha ha ha... akak aku dah siap bancuh tepung, tinggal buat je....Buat permulaan.... Esok nak kawin senang tak yah beli kuih...buat sendiri je....jimat sikit...

Kesihan akak aku, anak kecil..... tak nak duduk pulak tu.... baju ada 2 pasang lagi belum siap....kain langsir jiran belum siap...sudahnya aku yang kena tolong dia jahit kain langsir... alah jahit lurus je...bukan susah tekan je pedal elektrik tu...jalan lah jarum tu......

Akhirnya, semua kerja settle...sambil tunggu depa bersiap2... sempat lagi aku menaip utk n3 before raya...maklum lah dah balik damak... line tak de....

Raya nie tak meriah lah, stok mercun tak ada.... Tahun2 lepas ada je kaki nak beli mercun....member yang jual mercun dah pindah..... tambah pulak lah geng main mercun pun tak ada.... (geng dah kawin)....

Kepada semu keng kawan blogger.... keng kawan sksb.... keng kawan oum....keng kawan raja melewar.... keng kawan smj.... keng kawan TUDM... keng kawan damak..... keng kawan KDP.... dan semua keng kawan yang mengenali diri ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran. Maaf dipinta andai ada tutur kata yang menyakiti hati....

.......SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....

FIRST TIME KE LCCT

View LCCT ... aku copy from tenet

Pagi Isnin baru nie.... aku dapat panggilan daripada kawan aku... (time tu tengah perhimpunan pagi).
"Hello yang, sibuk tak ari nie?" biasalah time nak minta tolong, sayang..... time tak diperlukan, tak ingat pun....
"Kenapa?"
"Boleh tak jemput kat LCCT dalam pukul 3"
Kawan aku nie dari Kota Kinabalu. Balik beraya. Cuti panjang sempena menyambut Aidilfitri.

"Boleh, tapi tak janji boleh sampai tepat pukul 3. Petang nie dah janji dengan kawan nak hantar dia ge bank. Dah la tu... Lcct nie tak pernah sampai"

Settle segala urusan aku di Sungai Buloh, aku naik H.way. Masa tu dah pun pukul 3...Apa lagi, aku pecut lah.... Aku main redah je... Sampai kat persimpangan Litar F1 je aku tahu... lepas tu aku follow je...mana jalan yang keta banyak.... yang tu aku ikut. Tak sangka...sampai jugak aku ke LCCT. Aku ambil masa 40 minit....

Lepas tu, kami singgah ke pasar ramadhan di depan stadium shah alam.... banyak juadah kami beli. Kononnya nak berbuka dalam keta. Boleh pulak terjumpa kawan-kawan dia kat situ. Payah jalan dengan orang glamor nie. Nasib baik kawan dia tak kenal aku.

On the way nak balik, dia dapat panggilan daripada kawan dia. Ajak berbuka puasa kat Kg. Baru. Kami terpaksa ubah haluan ke ibu kota lah pulak. Sampai kat sana, dah malu pulak nak bawa kuar juadah yang kami beli. Sudahnya oder yang lain. Alamaknya, kena makan kat umah la nampaknya juadah yg beli tu....

Rupanya kawan kepada kawan aku nie.... kenal pulak aku. Black dengan Bob nie sebenarnya sama skuad dengan aku masa kat TUDM dulu. Tak sangka berbelas tahun, kami dapat jumpa semula. Sembang punya sembang.... rupanya mereka nie ada plan nak mendaki gunung kinabalu. Aku mmg dah lama pasang angan2.... apa lagi, ada peluang nak join dengan geng2 masa TUDM dulu. Depa nie ramai kat Labuan...

Lepas berbuka, aku hantar kawan aku nie ke umah abangnya di GreenWood, Gombak. Aku sampai umah, dah lewat. Basahkan diri, and than lena selena2nya..... mmg penat giler.

Esoknya pulak, member sekolah pulak minta tolong ambil anak dia kat Lapangan Terbang Subang. Nasib baik dekat. Tak ada lah terkejar2.

Kepada teman2 TUDM, selamat bercuti dan selamat bekerja di hari raya nie. Kepada Shila, yang bertugas di menara kawalan trafik KL Based, selamat bertugas.

REZEKI MASING-MASING

Aku cukup tertarik dengan ruangan sms BH 17/09/09. Tapi kan, rasanya lepas nie dah tak ada lagi guru lepasan diploma. Lepas nie IPG akan keluarkan semua guru Ijazah dalam bidang perguruan. Sekolah rendah pun tak akan ada lagi DG 29. Bagi guru yang tidak sambung belajar akan naik ke DG 32 dan ada rezeki ke DG 34.

Rezeki masing-masing kan.... dulu masa kuar lepasan diploma... semua guru sijil dapat anjakkan gaji ikut diploma. Mereka yang baru berkhimat.... Kenaikkannya banyak. Bagi mereka yang dah lama berkhidmat sikit je bezanya.

Lepas tu, time-based. Siapa yang berkhidmat lebih sepuluh tahun naik DG32. Untung orang yang memang genap 10 tahun. Kenaikkan gaji beratus. Tapi bagi mereka yang dah lama berkhidmat naik ciput je... Ada kawan aku nie, naik time-based belanja aku air kelapa je... sebab naik tak sampai 10 henggit. Sebelum nie dia dah 2 kali gaji melintang.

Sama lah jugak dengan kes nie....daripada DG29... genap 10 tahun time-based..... banyak tu naik gaji.... lepas tu lagi untung kalau sambung belajar..... lantik DG41 dah ikut gaji DG32....semua nie rezeki.... hidup nie jangan dengki2.

Cikgu yang sambung belajar sepenuh masa, tak dikira tempoh berkhidmat sepanjang belajar... dah lah separuh gaji.. ( dugaan orang belajar ). Cikgu yang buat PJJ pengalaman bekerja dikira.... gaji penuh.. Satu semester bayar modul RM120 je... Dah tu naik DG41... pengalaman mengajar akan dikira untuk time-based DG44... mereka nie, kira tak lama berada di DG 41 dah dapat DG 44. Rezeki masing-masing kan....

Kita nak gaji lebih
Tapi tak nak usaha lebih

Kita nak senang
Tapi tak boleh tengok orang lebih senang

Kita nak belajar
Tapi tak boleh terima tunjuk ajar

Kalau kita ada sikap macam nie, kita akan jadi macam nie.

Thursday, September 17, 2009

GENG SEKEPALA

Nie bilik kerja kami... kiri, eeeda (pen. Penyelaras ICT), cik siti (fasilitator school net), sulia (penyelaras ICT)

Kepada su, akak nak ucapkan selamat berhari raya... tak kisah lah di mana pun kita beraya, yang penting dapat bersama keluarga tersayang.... jangan jelous lah kami dah nak balik kg... Beraya kat KL ke kat kg pun sama je.... raya jugak kan....

Kepada cik siti, projek kita berjalan lancar.... tak sangka last day ada pulak orang nak join... hu hu tak pernah aku buat keja mcm tu.... Selamat hari raya, maaf dipinta sekiranya ada silap dan salah.... akak nie biasa lah mulut laser sikit.... cakap depan2 je.... bak kata kawan akak, yg penting kita cakap biar ikhlas... tak kisah lah kawan nak terasa ke???nak apa ke??? raya kan boleh minta maaf....Selamat memandu ke Melaka....

UCAPAN HARI RAYA

Selamat Hari Raya Diucapkan, Semoga Perjalanan Anda Selamat Sampai Ke Destinasi Yang Dituju.
"BERHATI-HATI DI JALANRAYA"

Ampun dan maaf andainya diri ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya korang terima
Termacam-macam yang kena-mengena. . ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin...

Imbas kembali kata yg diucap, Ingat kembali janji yg dikata,
Imbau kembali masa yg berlalu, renung kembali hati yg terguris,
Izinkan ku memohon maaf...

utk lisan yg tak terjaga, janji kata yg terabai,
hati yg berprasangka & sikap yg pernah menyakiti.

SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR &
BATIN.
IKHLAS DARI NOR ASMA


Antara ucapan yang aku terima daripada keng kawan melalui email...beberapa hari yang lepas...terima kasih atas ingatan kalian semua.


KAD PENGGANTI DIRI

Rasanya sudah bertahun-tahun aku tak terima kad raya penganti diri. Untuk tahun nie dapat jugak lah...tapi kaedah penghantarannya agak berbeza daripada beberapa tahun yang lalu..
Apa pun aku akan simpan sebagai kenangan.....


Kad raya daripada laman nurani.

Kad raya daripada rakan blogger kinhashim yang jauh di mata. Terima kasih. Selamat berhari raya.

Sunday, September 6, 2009

MENGHABISKAN MASA DI ..........


Tiga hari cuti...diam tak diam, nie dah petang...esok dah mula keja mcm biasa.. Takutnya. Esok UPSR. Tu... belum jadi mak....klu jadi mak...anak nak exam....mak pulak yang tak senang duduk. Aku takut nie....first time ajar B.Melayu untuk UPSR.... apa lah nanti anak2 aku tu nak jawab... harap2 anak didik aku nie dapat jawab dengan tenang... berkat di bulan puasa...

Tiga hari cuti aku tak ke mana...duduk kat umah je... petang aku ge pasar ramadan je beli juadah... itu pun semalam tak ge... kepenatan yg amat bangat.... nasib baik ada wak...dia yang belikan juadah... Sepanjang puasa nie, kami tak masak lagi kat umah...kecuali nasi je masak sendiri... yang lain semua beli... termasuklah lauk untuk bersahur pun beli ... untung jugak duduk kg melayu nie...bab nak cari makan memang tak jadi masalah. Kedai makan 24 jam pun ada....

Tiga tempat jadi kegemaran aku kalau tak kuar ke mana2.... pertama dah tentulah kat depan laptop.... minggu nie turn aku pakai broadband.... 24 jam memang on je lah komputer aku nie.... nasib baik kongsi, kalau tak mahu meletup laptop nie.... berjasa sungguh laptop nie...patutnya dah hapus kira nie.... yang lain belum sempat hapus kira... dah al-selamat.

Kedua atas sofa depan tv.... layan ceta saluran zee 108... umah besar...tapi aku telah menggunakan ruang yang ada sepenuhnya... mana taknya... satu bilik tempat aku tido... satu lagi untuk aku simpan segala harta karun yang berkotak2 tu.... satu bilik aku simpan baju... satu bilik tu... aku guna bilik air je... ha ha... yang satu lagi ruang.... tempat aku melayari tenet....

Ketiga kat bilik....aku memang kaki tido... kat mana pun aku boleh tido...kalau tido kat katil lagi lah tak ingat dunia .... nasib baik lah kg aku dekat.... kalau tak mahu tertido berkali kat dalam keta....tu pun kadang2 aku tido jugak kat R&R... bagi aku dah biasa kalau tido dalam keta tu.... dulu masa rajin turun Johor... mmg selalu sangat tido kat R&R....

Puas hati jugak tak ke mana tiga hari nie...clearlah sikit sampah2 .... aku kemas mana yang patut... dah tak lama nak raya... Nanti tuan umah balik, sejuk sikit mata dia....

" Melayari tenet pun salah satu cara untuk berhibur. Berhibur dapat mengelakkan stress."

Saturday, September 5, 2009

PINDAH JANGAN TAK PINDAH

View tempat parking my school sksb

Dalam beberapa minggu yang lalu gb sibuk dok buat servey guru yang nak pindah... aku dengar ceta, ramai jugak yang mintak tukar.... termasuk lah K. mala org kuat sek aku nie...nie kali kedua mohon... kali nie kalau dapat... confirm punya dia tukar.... mana tak nya 7.00 pagi, 7.00 petang kat sek...ya lah tunggu suami dia balik keja... and than ambil anak sek petang.... tu ah..kalu sekolah jauh dari umah....hu hu giler... dah tu bawak balik umah lagi keja... masa bila lah dia rehat.....

Aku tak tukar kot.... sayang pulak nak pindah...tengok sekolah makin cantik. Parking tu baru tar... dapat peruntukkan besar2an untuk upgrade prasarana kat sek.... banyak lagi lah.... kantin pun dah bertukar wajah.... dengan ceta nak dapat bangunan baru.... aku rasa dah berapa kali ckp nak dapat...nak dapat..tok jugak.... Sekolah dah ceria nie.... membuatkan aku bersemangat datang ke sekolah...Jangan marah rashid... aku tak tukar....

Tu ah keja cikgu... bila kuar time isi borang tukar, semua nak tukar.... nak dekat dengan umah le... nak ubah angin le.... nak balik kampung le.... nak ikut suami le.... mcm2 alasan.... dah ada kemudahan guna... jangan tak guna... untung gak jadi cikgu nie.... keja sama je... dr posting sampai pencen... tapi boleh tukar sek... tak le tetap dan berpencen kat sek tu je....

Kawan aku kat sibu tu pun.... nak isi borang tukar jugak.... anak2 boring dok kat sana... nampak gaya den kena siap2 nie.... siap2 apa yang patut... tuan umah dah nak balik....


View sekolah dalam pembinaan di Taman Sri Pristana

Sekolah nie dalam pembinaan...dijangkakan akan mula operasi pada tahun hadapan.... SK Saujana dah tak mampu menampung jumlah murid yang begitu ramai.... Ha kalau pindah kat sini jalan kaki je dari umah aku.... Tapi tengok lah macam mana nanti.... sayang nak tinggal kawan2 kat sksb.... kalau tak pindah sek.. kena ulang alik mau kena kuar 6.30 am.... parah jugak kan...

"Sekolah ku , Rumah ku"

ANTARA KESEMPATAN DAN PELUANG....

View salah satu bangunan yg terdapat di UNITEN

Betul lah faktor persekitaran mempengaruhi seseorang….memang dah banyak kajian yang dijalankan sebelum ini….nie…pulak hasil kajian yang dijalankan bakal2….kaki kelentong…..ha..ha…tak nie…ceta benar….faktor persekitaran akan mempengaruhi seseorang dari segi…..Pemikiran, Pemakanan, Gaya penampilan, Berkomunikasi, Pergaulan….banyak lah lagi….


Ari nie aku nak cete satu je…dari segi pergaulan seharian kita…..mungkin skop pergaulan seseorang berbeza-beza mengikut kerjaya, tempat tinggal, kalau aku….yang selalu jumpa setiap hari…kawan2 cikgu je…le….tak merasa lah…nak berkawan dengan arkitek ke…doktor ke…jurutera ke…angkasawan…lagi lah….siapa lah kita….


Aku sedar diri ini …

Hanya insan biasa…

Punya harga diri…


Intro je panjang… sebenarnya aku nak ceta….aku tak pernah pun termimpi pun… nak naik keta Mercedes…ya lah nak naik keta sapa….tapi nak jadi kan ceta aku merasa le naik…duduk sebelah jadi le….tapi nyaris2 dah nak merasa drive sendiri…cuaca pulak ari tu tak mengizinkan….hujan lebat. Rupanya naik keta mewah nie….memang beza…dgn keta kapcai…..keta sapa tu???….biarlah rahsia…..Secara kebetulan aku tumpang…dia ada keja di KPM Putrajaya…aku ada keja di Sepang….


Baru-baru nie pulak…kawan aku nie…sibuk dok ajak….bawak anak2 pe makan….aku on je..kebetulan le, laki dia nak periksa….anak lima, so bagi peluang kat hubby study kat umah…yang sorang nie pulak…hubby dia ada dinner…Lepas solat Magrib…kami nak gerak…Naik keta wish kawan aku nie….tak tahu pulak dia tak boleh drive malam….so malam tu merasa lah aku drive keta wish….minat tu ada…tapi sedar diri….


Samalah jugak..kalau kita berkawan dengan kawan yang belajar…kita akan seronok untuk belajar…begitulah sebaliknya…Sekarang orang berlumba2 rebut peluang yang ditawarkan oleh KPM. Kawan2 yang belum sambung tu…. Rebut peluang, umur bukan penghalang.. jadikan kawan2 yang belajar sebagai pendorong… jgn takut, mesti boleh buat.. tapi aku bkn pendorong yg baik... yg lain le...


Jangan jadi mcm K.Nida...aku suruh dia sambung belajar...siap suruh aku bagi 10 alasan mengapa dia perlu sambung belajar.... hu hu...senget punya kawan....aku bagi 10 alasan.. so dia pun sambung buat PJSR...sekarang dok bising kat aku... sebab belajar lah dia dapat darah tinggi...


" Akak target tinggi, tu dapat darah tinggi"

Belajar nie jangan stress...


Kalau dulu bila orang tanya kerja apa?…

“Cikgu” kalau sekolah menengah kuat le…kalau sekolah rendah slow je.…

”Cikgu sekolah Menengah ke…Sekolah rendah?” Soalan biasa kita dengar.

Nampak tak… dulu bezanya pandangan masyarakat antara guru sekolah rendah berbanding sekolah menengah…


Tapi sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…sama je…

Kalau dulu kelayakkan masuk maktab… pangkat 3 pun boleh…tapi sekarang , kat sek rendah bukan degree je…yg ada master pun ada….( ari nie emosional sikit) sebab dulu org pandang aku nie lekeh sangat masuk maktab sbb pangkat 3 pun layak masuk…


Tapi ari nie aku bangga menjadi guru yang bermula daripada maktab….semua yang aku belajar berkaitan dengan profesion perguruan….jangan terasa ya…cikgu2 KPLI….mmg ada KPLI yang bagus…sanggup belajar dgn guru diploma nie…yang berlagak tu tetap berlagak…biar lah dia….


Keegoan kita akan luntur, jika kita sanggup untuk belajar sesuatu yang baru daripada mereka yang ada pengalaman.


Sebab apa jadi mcm 2…dulu gaji cikgu sekolah menengah dengan sekolah rendah berbeza….sekarang sekolah rendah ke…menengah ke…gaji sama….so aiman tak kisah kat mana pun mengajar janji ikhlas… anak murid pun sayang….


"Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebaliknya rebut peluang dan kesempatan yang ada untuk memperbaiki diri"


Friday, September 4, 2009

BILA HUJAN MEMBASAHI BUMI


Macam nie lah keadaan sekolah aku setiap kali hujan lebat...nie waktu pagi..ok lah budak dah besar2... tak de le nak main air sangat.... tapi kalau petang...tahu2 je lah budak2 mcm mana??....tak tahu lah bila nak berakhir masalah nie...nasib baik air jernih....kalau air keroh...berselut,, hi hi geli jugak kan...ngada2... dulu kecik2 dok berkubang tu tak heran pun....siap lumpur yang berbau lagi.... Aku cakap awal2...takut nanti ada org kata kat aku berlagak...mentang2 le dok KL... kita duduk kat mana pun jangan lupa asal usul kita.....dok gitu???...dok kat kg pun boleh gak berlagak...kalau dah mmg jenis berlagak .... begitulah sebaliknya....

View sksb selepas hujan 11.oo am

Semalam hujan turun dengan lebatnya... elok jugak hujan.. segar sikit pokok2. Tapi KL nie bila hujan lebat je semua orang risau takut banjir kilat. Termasuklah kami warga sksb pun risau....sebab sekolah kami nie hujan je mesti air naik...termasuk lah bilik aku lepak pun tak terkecuali akan dilimpahi dengan air....