Friday, September 18, 2009

FIRST TIME KE LCCT

View LCCT ... aku copy from tenet

Pagi Isnin baru nie.... aku dapat panggilan daripada kawan aku... (time tu tengah perhimpunan pagi).
"Hello yang, sibuk tak ari nie?" biasalah time nak minta tolong, sayang..... time tak diperlukan, tak ingat pun....
"Kenapa?"
"Boleh tak jemput kat LCCT dalam pukul 3"
Kawan aku nie dari Kota Kinabalu. Balik beraya. Cuti panjang sempena menyambut Aidilfitri.

"Boleh, tapi tak janji boleh sampai tepat pukul 3. Petang nie dah janji dengan kawan nak hantar dia ge bank. Dah la tu... Lcct nie tak pernah sampai"

Settle segala urusan aku di Sungai Buloh, aku naik H.way. Masa tu dah pun pukul 3...Apa lagi, aku pecut lah.... Aku main redah je... Sampai kat persimpangan Litar F1 je aku tahu... lepas tu aku follow je...mana jalan yang keta banyak.... yang tu aku ikut. Tak sangka...sampai jugak aku ke LCCT. Aku ambil masa 40 minit....

Lepas tu, kami singgah ke pasar ramadhan di depan stadium shah alam.... banyak juadah kami beli. Kononnya nak berbuka dalam keta. Boleh pulak terjumpa kawan-kawan dia kat situ. Payah jalan dengan orang glamor nie. Nasib baik kawan dia tak kenal aku.

On the way nak balik, dia dapat panggilan daripada kawan dia. Ajak berbuka puasa kat Kg. Baru. Kami terpaksa ubah haluan ke ibu kota lah pulak. Sampai kat sana, dah malu pulak nak bawa kuar juadah yang kami beli. Sudahnya oder yang lain. Alamaknya, kena makan kat umah la nampaknya juadah yg beli tu....

Rupanya kawan kepada kawan aku nie.... kenal pulak aku. Black dengan Bob nie sebenarnya sama skuad dengan aku masa kat TUDM dulu. Tak sangka berbelas tahun, kami dapat jumpa semula. Sembang punya sembang.... rupanya mereka nie ada plan nak mendaki gunung kinabalu. Aku mmg dah lama pasang angan2.... apa lagi, ada peluang nak join dengan geng2 masa TUDM dulu. Depa nie ramai kat Labuan...

Lepas berbuka, aku hantar kawan aku nie ke umah abangnya di GreenWood, Gombak. Aku sampai umah, dah lewat. Basahkan diri, and than lena selena2nya..... mmg penat giler.

Esoknya pulak, member sekolah pulak minta tolong ambil anak dia kat Lapangan Terbang Subang. Nasib baik dekat. Tak ada lah terkejar2.

Kepada teman2 TUDM, selamat bercuti dan selamat bekerja di hari raya nie. Kepada Shila, yang bertugas di menara kawalan trafik KL Based, selamat bertugas.

0 ulasan: