Tuesday, June 29, 2010

AKU TAK MENYESAL

Pejam celik..pejam celik...dalam sedar tak sedar...hari ini hampir setahun aku tak bersua muka dan bertegur sapa... bukan niat utk menyatakan kepada dunia...(wah dunia tu....ya lah satu dunia boleh baca klu terjumpa....) yang aku nie seorang yg jenis ego, keras kepala, hati batu.... mungkin ya.... itu yang layak untuk aku... terpulanglah kepada orang yang mengenali aku untuk menilai siapa aku....kerana mereka lebih tahu...

Aku sedikit pun tak menyesal dengan apa yang terjadi.... sekurang2nya aku dah buat yang terbaik untuknya....

Dia minta pendapat... aku beri buah fikiran dan aku minta dia fikir baik buruknya...sebelum buat keputusan.....
Dia minta aku tolong pinjamkan duit....aku buat pinjaman....

Dia minta sesuatu yang aku sayang, aku beri....Pendek kata, dia minta itu ini aku cuba penuhi....sebab aku tahu, dalam hidup aku...dia sorang je yang aku ada...tiada dua... atau pun tiada tiga....

Hari nie aku nak dia tahu....
Aku nak semua yang terbaik, untuk orang yang aku sayang...
Aku tak pernah dengki dengannya.....sebab aku tahu banyak benda yang aku lebih daripadanya.....

Kalau selama ini aku dengki dengannya....aku tak akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia hajati....

Kalau dulu.... ada salah faham.... aku datang jugak ke rumahnya, walaupun aku tidak dilayan. Kalau dulu.... ada salah faham..... aku sms buat tak faham je... seolah2 tiada ada yang berlaku.

Tapi hari ini aku penuhi permintaannya...
Aku anggap, ini mungkin permintaannya yang terakhir daripada aku...

"Jangan ambil tahu, jangan bercerita mengenainya, anaknya dan suaminya"

Aku sedikit pun tidak menyesal, walaupun hidup aku aku hari ini banyak berubah....sedikit sebanyak yang berlaku dipengaruhi hari semalam. Aku sudah hampir mampu menerima keadaan ini. Sekiranya aku ditakdirkan pergi terlebih dahulu....aku tidak mengharapkan dia datang untuk melawat aku...

Apa pun, aku dah maafkan dan halalkan segalanya.

Sekurang2nya pengalaman semalam mengajar aku untuk belajar menghormati pendirian orang lain.

"Kalau kita sayangkan seseorang, beri peluang dia buat pilihan sendiri"

Monday, June 28, 2010

KIRANYA KAU TAHU

Hari nie saja aku buat post kat FB, bunyinya seolah2 aku dalam keadaan yang tidak stabil... tapi sebalik post tu ada kisah sendiri... kiranya kau tahu, tentunya kalian akan mengerti.

"Ari nie...kalau aku susah kwn sekeliling tak nak tolong... aku tahu ada org cuba untuk sabotaj aku..."

Ramai kawan2 di FB menyatakan kesudian untuk mendengar masalah aku, bersedia membantu aku... tak kurang juga memberi kata semangat. Aku hargai atas keprihatinan kalian. Kak Anizah kata aku seorang yang kuat semangat. Itu mungkin dulu. Berada disekeliling dengan mereka yang memang memberi komitmen terhadap kerja, seperti Kak Anizah sendiri, Kak Mala, Kak Seha, Kak Sidah, Kak Ita dan aku makin terasa kehilangan mereka bila Sulia juga terut serta mengikut jejak mereka. Lumpuh aku rasa.... lutut nie semakin malas untuk melangkah ke sekolah.

Tiada lagi budaya kerja, yang membuatkan aku bersemangat. Aku semakin hanyut... hanyut dengan budaya keja yang aku cipta sendiri. Tambah sekarang dunia aku cukup berbeza.... berada di tempat yang tersembunyi... kadang2 apa yang berlaku di sekolah aku pun tak tahu. Sekiranya aku berterusan begini.... boleh menghancurkan kerjayaku... kerjaya yang ku kira baru bermula untuk mendaki ke puncak. Perlukah aku berjumpa kaunselor...seperti mana pernah aku lakukan suatu ketika dahulu. Mungkin ya. Aku boleh jadi kaunselor utk org...tapi bukan utk diri sendiri.

Aku berbalik kepada pokok pangkal post tersebut. Sebenarnya kwn2 sekerja aku cukup prihatin dengan kehidupapan aku.... kalau boleh mereka ini melihat aku gembira di samping orang tersayang.... punya keluarga, ada orang utk berkongsi suka duka, ada orang ketika ditimpa musibah. Sudah tiba masanya....nak tunggu sampai bila... kucing bertanduk he he he....

Kadang2 pandangan mereka, berdasarkan permerhatian mengenai aku, ada kebenarannya. Itu aku akui. Mereka lebih mengenali aku, sikap aku... tindakan aku...dan sebagainya.

Pertama, sikap ego sehingga semuanya ingin dilakukan sendiri. Kereta rosak pun, tak minta tolong org. Terlalu berdikari...kononnya semua dia mampu buat sendiri.

Kedua, terlalu merendah diri dengan kekurangan diri...padahal semua tu akan datang sendiri...kalau sudah bergelar isteri...(tak tahu memasak he he he).

Ketiga, terlalu lama berada di zon selesa. Ke mana pergi tak perlu melapor. Tido tiada orang ganggu, makan minum tak pernah dikisah.... lapar je, start keta....oder... tinggal nak makan je.

Keempat, tidak tahu merebut peluang yang ada....dan selalu menganggap akan datang peluang yang kedua.... bila tiba yang kedua, dia nak tunggu peluang yang ketiga. Akhirnya, tahun bertukar lagi. Usia bertambah tanpa diminta.

Semua yang aku tulis nie... hasil pemerhatian rakan aku terhadap aku.. Dialah kwn yang baik berckp jujur mengenai rakannya. Banyak lagi kelemahan diri aku yang perlu diperbaiki. Jika aku ingin mengubah corak hidup aku. Sebenarnya sampai depa plan tak nak tolong aku.... supaya aku tahu.... bertapa perluya seseorang ketika kita berada dalam kesusahan.

Sampai bila aku nak harapkan kawan utk tlg aku....
Sampai bila aku nak harapkan mak bapak tolong...
Sampai bila aku nak harapkan jiran tlg aku...
Sampai bila?

Bila tiba masanya mereka tidak lagi akan berada di sisi kita. Masa tu sudah terlambat.

Adakah anda akan merasa tertekan dan terganggu bila berhadapan dengan mereka yang selalu mengambil berat... sehingga kadang2 seperti busy body?

Kita perlu tahu bahawa mereka inilah sebenarnya guru-guru sejati kita. Merekalah yang mengajarkan kita banyak hal mengenai hidup ini.

Terima kasih kawan2ku yang prihatin...

Sunday, June 27, 2010

MASIH RELEVANKAH HUKUMAN ROTAN

Hari ini guru dah tak berani nak pegang rotan.... kenapa boleh jadi sedemikian... sedangkan dulu... pantang salah sikit, cikgu akan rotan. Kalau dulu biasa kita tengok cikgu ke hulu ke hilir bersama dengan rotannya. Mengapa senario sekarang berbeza:

1) Mungkin zaman dah berubah, negara dah maju...sudah tidak sesuai menggunakan kaedah rotan untuk mendidik.
2) Mungkin cikgu takut utk menggunakan rotan kerana banyak kes yang disiarkan di akhbar, guru disaman oleh parents kerana merotan anaknya.
3) Mungkin cikgu malas untuk merotan sebab parents sendiri pun jarang menggunakan rotan untuk mendidik anaknya. Siapa kita nak rotan anak orang kan...

Sepanjang aku mengajar.... aku belum pernah merotan murid menggunakan rotan... cuma sebelum cuti ari tu...aku ada beli 3 rotan... banyak tu.. senang, kan hilang 1 ada lagi 2...

Hari pertama aku bawa rotan...biasalah murid kelas hujung nie.. ayat yang dia gunakan kadang2 membuatkan kita ketawa sendiri...
"Tengok cikgu faridah ari nie bersemangat nak mengajar sebab ada rotan baru....nak rotan kita lah tu, pantang silap lah tu... mesti kena"
Aku layan je gelagat anak murid aku nie... kelas hujung nie terlalu istemewa bagi aku. Gelagat mereka membuat aku happy..

Sebelum peperiksaan aku dah buat perjanjian dgn anak murid aku... kelas Mawar markah lulus 60% dan kelas Melor markah lulus Matematik 50%... bawah markah nie kena rotan. Mereka bersetuju. Dengan syarat mereka mesti minta kebenaran drpd ibu bapa dulu... yang benarkan je aku rotan... dalam ramai2 tu hanya seorang je ayah dia tak benarkan....

Aku pun takut gak nak rotan...silap2 ari bulan berduyong2 ibu bapa datang ke sekolah...elok nak mengajar anak orang...orang pulak yang mengajar kita...murid yang sorang nie bagun...
"cikgu, ayah saya tak benarkan cikgu rotan... sebab kaki saya baru lepas jahit" aku janji nak rotan kat kaki... so memang patut lah aku tak rotan... nasib baik dia bagi tahu awal... klu tak masalah lain pulak timbul.

Bila tiba hari aku nak rotan murid2 yang tak lulus nie... semua kuar kat depan... elok je beratur....tunggu giliran. Masing2 dah tahu.... sampai lah giliran murid sorang nie... dia boleh pe tahan betis...nasib baik aku ingat yang dia baru je lepas patah kaki....masa tu... membebel aku kat situ....nak jugak rotan...aku rotan lah jugak kat tangan...

Aku beritahu anak murid aku...ini rotan yang pertama dan terakhir... jangan beri peluang kpd cikgu utk rotan kamu lagi.... mcm mana tak bagi cikgu rotan... belajar rajin2 dan sentiasa tanamkan dalam diri, sikap suka berlumba2 dalam mencapai kejayaan.

Sekiranya kau tahu niatku...
Kau akan hargai pengorbananku...
Kau akan lebih mengerti pilihan yg aku buat....

Saturday, June 26, 2010

SETIAP PERTEMUAN PERLU DIHARGAI

Semalam (Jumaat) lepas je waktu sekolah... aku bergegas ke Putrajaya... seronok, tak sabar2 nak jumpa kawan. Bila kawan menyatakan kesudian untuk berjumpa...terharu rasanya. Pertama sebab dia sudi meluangkan masa untuk bersama dgn kita. Kedua sanggup memandu hampir 40 minit untuk sampai ke tempat yang dijanjikan. Perkara nie bukan semua org diberi kesempatan. Jadi pertemuan ini perlu dihargai...mungkin merupakan pertemuan kali terakhir.

Ikhlas aku cakap, sejak aku kenal dia... perasaan malu, segan dengan dia tetap ada. Aku pun tak tahu kenapa mesti ada perasaan tu. Klu kawan lelaki mungkin ya..ini kawan perempuan... pelik tapi benar....Tapi itu lah hakikat yang aku rasa. Aku selalu menilai itu..... menilai ini... sebelum mengenalinya... Kita tidak sedar sebenarnya orang pun sama menilai kita macam nie...macam tu. Tapi bila kita cuba berusaha untuk lebih mengenalinya barulah kita tahu ooooo.....dia tak seperti yang kita sangkakan.

Jika niat kita baik... setiap Detik yang berlalu cukup bermakna. Sedar tak sedar kami menghabiskan masa selama 4 jam di Alamanda, Putrajaya dengan makan2 sambil berbual, jalan2 cuci mata sambil bersembang....itu pun mahu lajak ke malam... tapi oleh kerana aku ada aktiviti kat sekolah so terpaksalah balik awal.

Terima kasih kawanku kerana sepanjang tempoh tu... kita tak lekang dengan gelak ketawa... ada je kata2 yang dikeluarkan membuatkan geli hati...terima kasih kerana ko membuatkan aku begitu hapy semalam. Kenapa aku hapy... biarlah menjadi rahsia. Aku seboleh2nya ingin melihat semua orang yang berada disisiku sentiasa bahagia. Bagi aku kebahagiaan orang yang kita sayang, merupakan kebahagianku jugak. Tapi bukan semua orang akan anggap niat kita tu baik....Itu hak dia, yang pasti Tuhan tahu niat aku.

Semalam ko kata aku adalah kaunselor ko.... ko kata, ko begitu selesa berkongsi suka duka bersama aku....aku bukan kaunselor, mungkin aku hanya boleh jadi seorang pendengar yang baik. Kepercayaan ko utk berkongsi kegembiraan dan kedukaan bersama aku... aku amat hargai. Aku minta maaf, semalam aku tak mampu memberi sebarang pandangan.... tapi permintaanmu akan aku cuba penuhi.....Aku dah berjanji pada diri aku... apa pun terjadi... ko kawan aku dunia akhirat.

Hari ini cuma hari nie..
Hari esok itu soal nanti...
Bergembiralah...
Berbahagialah...
Nikmatilah hidup ini...
Hari ini, tak akan kembali...
Dan nikmati, biar kelmarin tak kan kau sesali lagi.

Wednesday, June 23, 2010

KONVOKESYEN KE 8 OUM

Pejam celik...pejam celik..dah konvo member2 aku. Konvokesyen 8 nie ramai kawan yg konvo tapi tak dapat hadir sama untuk memeriahkan... sebab depa nie semua kena time ari keja... apa pun aku ucapkan tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dan mendapat segulung ijazah dalam bidang masing.

Saat yang paling menyeronokkan bagi seorang yg bergelar siswi ialah bila berjaya menamatkan pegajian. Berjalan di pentas dengan penuh bangga, apatah lagi jika org tersayang turut menyaksikan pada ketika itu...Tahniah Aziwati...tiga gambar terbaru nie... semuanya degree Bechelor of Education (Teaching of English as A Second Language)

Yusmaliza...tanhiah berjaya menamatkan pengajian walau pun terpaksa tempuhi pelbagai rintangan.

Suzilawati bersama orang yang tersayang.... tiga gambar kat atas nie aku baru tambah...sebab depa nie baru upload kat fb... kadang2 gambar menjadi pembakar semangat.. bila tengok org gembira di hari yg bersejarah dalam hidupnya.... kita pun turut ingin mereasa hari tersebut. Insya Allah hari untuk kita ada.... sekiranya masih diberi kesempatan berbuat demikian.

Hanya 2 keping gambar je aku jumpa kat fb... yang lain mungkin belum sempat upload kot... belum terlambat rasanya aku nak mengucapkan tahniah kepada Aslina, kawan masa di M4P buat degree Matematik.... Nordiana Khalid, kawan masa kat Raja Melewar... pun sama jugak degree Matematik... Yusmaliza Ayob, sama maktab... lebih kenal bila dah habis maktab.. degree Tesl.. dan sorang lagi kawan aku, merangkap best friend masa kat maktab.... sepatutnya konvo pada majlis nie... tapi nama pun aku tak nampak... tak pasti kenapa dia tak hadir... Ami Norsaadah Amran, ambil degree Matematik. Tahniah kepada semua yang berjaya.

My friend Anisah bersama dengan keluarganya...Tahniah berjaya menamatkan pengajian Degree Matematik... lagi seronok, dapat degree pun masih boleh berada di sekolah sama...dan mengajar sekolah rendah.

Nie kawan sama sekolah di SK Sungai Buloh, tapi sekarang dah balik Kedah... Kak Seha merupakan salah seorang guru yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program KDP-OUM Kohot 1. Degree Pendidikan Khas.... tak sabar lepas nie konvo KDP-OUM kohot 2....

MENGERJAKAN UMRAH

Pada hari Isnin 21 Jun, mak aku selamat berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Kalau ikutkan dia tak keseorangan... ramai ahli keluarga yang pergi sekali. Cuma yang lain semuanya pergi suami isteri. Mak aku je lah sorang... kebetulan ayah aku tak berapa sihat.

Hari Ahad petang, lepas mesyuarat aku bertolak balik kg. Sampai kat kg lebih kurang pukul 5.30 petang. Sempatlah rehat sekejap.... pukul 9.00 mlm bertolak balik ke KL... nasib baik le kg aku nie dekat dengan KL. Boleh balik ari je... klu tak jenuh jugak... Sampai KL dah hampir pukul 1.00 am. Mak cik aku nie suruh aku bawak 60 km/j... tak masuk akal... depa lena je aku tekan gak lah 100 km/j.... kalau tak pukul berapa nak sampai KL... Insya Allah 4 Julai nie balik lah..

Sempat lagi aku ambil gambar mak aku.... mak aku yang bertudung hitam tu....seronok dia nak pe umrah... aku bangun lambat pun risau takut terlepas kapal terbang... biasalah kan.. org tua nak ge mana2 mesti tak senang duduk.

Nie anak sepupu aku....cute kan. Geram je aku tengok... baru pegang kejap dah menangis... suara cikgu kuat...dia dah biasa org ckp perlahan2 je....

Tuesday, June 22, 2010

KALAU DAH KAKI JALAN

Aku nie memang minat betul bejalan... klu sorang pun aku layan... ini kan pulak ada gengs yang sekepala.... tak dapat pe jauh pun tak pe lah... janji dapat jugak pe jalan2 cuci mata. Nak jalan jauh2 kena buget banyak so... utk kali nie kami ambil kesempatan ke PD. Sebenarnya dah lama jugak aku tak ke PD nie.... Hujung minggu ada je aktiviti... tak kira yang rasmi mahu pun yang poyo2.

Bergambar kenangan di Seremban Prade.... saja cuci mata... tempat nie, masa kami belajar baru je buka... tapi tak selalu gak ke situ. Si As nie rupanya kepala giler2 gak.... aku ingat skema. Patutlah si Aishah kata nasib baik aku kenal sekarang... kalau aku kenal dulu agaknya lagi giler2 lah aku... Anis nie tak usah ceta lah... dari dulu hingga kini mcm nie lah kami.... pantang ada masa mesti ronda2..

Sampai ke senja kami berada di PD... sempat lah makan 2-3 kali kat PD nak tunggu petang... aku ingat aku je minat tengok mata hari terbenam.. sunset. Rupanya member sorang nie pun suka gak. Aku memang simpan gambar sunset buat koleksi kat blog. Keindahan yang memberi seribu ketenangan.

Jenis aku...tak harap org drive keta... pegi balik aku drive pun tak pe.... aku lagi penat klu aku duduk sebelah... sebab apa selalu dok tekan break.... selalu berdebar2 bila orang conner...selalu rasa cuak bila orang memotong.

Lepas nie kalau diberi peluang dan kesempatan aku ingin ke pulau... rehatkan minda, baca buku, menulis blog.... tapi tak moh le pe sehari dua... kalau boleh nak pe dalam seminggu ke.... mesti seronokkan... mungkin juga boleh muhasabah diri. Supaya dapat memperbaiki diri kearah kebaikan dan dapat memberi sumbangan kepada orang yang berada di sekeliling.

Dulu aku memang tak suka bergambar.... tapi sekarang aku rasa perlu mengabadikan gambar di setiap tempat yang banyak memberi kenangan kepada kita. Sekiranya suatu hari nanti aku telah tiada... mungkin ketika itu orang baru menghargai kita... baru nak ambil tahu minat kita... kesukaan kita....perasaan kita.... kegemaran kita.

Aku bukan lah seorang hipokrit...ini lah diri aku yang sebenar....dan aku cukup selesa dengan penampilan aku sekarang.... kalau orang tak suka kita nak buat mcm mana... aku ada identiti aku sendiri. Sempoi itu lah aku.

Kenapa aku suka melihat keindahan lautan yang terbentang luas....
Pertama, aku selalu anggap perjalanan aku masih jauh....dan aku tak boleh leka dengan sekeliling kadang kala boleh membuatkan kita lupa diri.

Kedua, lautan yang luas cukup tenang pada waktu2 tertentu... dan akan menakutkan pada cuaca yang tak menentu... begitulah diri kita.

Wednesday, June 16, 2010

REUNION INTAKE 22 ( JULAI 1996 - 7 JAN 1997) STU IPOH

Sebarang pertanyaan...boleh buka facebook Intake 22 dengan mengklik pada logo di atas.


Aku copy senarai nama daripada Bro Niezam untuk kekawan yang lain....

"Oleh kerana terlalu ramai yang selalu bertanyakan berapa ramai yang datang reunion ni....? sapa lagi yang datang reunion ni....? jadi saya tuliskan disini untuk perhatian semua..

sebenarnya pada saya, jangan ditanyakan berapa ramai dan siapa uang akan datang... anda lah yang patut berusaha untuk turut sama hadir ke majlis itu nanti...

MEREKA YANG AKAN MENGHADIRI MAJLIS INI

FROM P.U SUBANG

1. SJN U HAIRULNIZAM
2. LT KHAIRUDDIN TUDM
3. SJN U NORAZURA
4. SJN U MOHD FAZLEE
5. SJN U ILHAM
6. SJN U MARINA
7. FSJN HO JU TI
8. SJN U MOHD RAZI
9. SJN U GARRY
10. FSJN SHARIFF
11. SJN ZULHAFIZAL
12. SJN U MOHAMAD
13. SJN U FADZILLAH
14.SJN U ASRIN
15. SJN U MOHD RIZAL
16. SJN U ROFAIZAH
17. SJN U HALIJAH
18. FSJN RAMLI
19. SJN U SHAMSUL ANNUAR
20. SJN U SAMSOOL
21. SJN SHARUL
22. SJN AYE
23. SJN U ZAIREIN IKMAL

FROM P.U KUANTAN

1. SJN U SOFE
2. SJN U ZUZAINI
3. SJN U NURBAYA
4. SJN U U AHMAD SHAIFUDDIN
5. SJN U RUDIMAN
6. SJN U ROSLINA
7. SJN U KASSIM
8. SJN U SHAHEFULLAH
9. SJN U HASELISA
10. SJN U ZULFADLI

FROM P.U BUTTERWORTH

1. SJN U FUAT
2. KAPT SHUKOQ TUDM
3. SJN U LINDA GHAZALI
4. SJN U ZUL ABG
5. KPL U MAHADHIR
6. SJN U LEMAN CONGKUIH
7. SJN U AC
8. SJN U NORASFAWATI
9. SJN U B.J

FROM P.U LABUAN

1. SJN U BLACK AZROL
2. SJN U RASHID SYAM

FROM P.U KUCHING

1. SJN U SAIFUL ISMAIL
2. SJN U YUSRI LUNGKAI

P.U GONG KEDAK

1. SJN U MASREE

P.U KUALA LUMPUR

1. FSJN NORHAN
2. SJN U HAIRIZAM
3. SJN U FARAH
4. FSJN HAMIZI
5. SJN U HAIRUL ALLOY
6. SJN U SHEFULL EZHAN
7. SJN U FAIEZY BURN

MINDEF

1. SJN U HAMBALY

AWAM

1. CIKGU SALLEH
2. CIKGU FARIDAH MAJID
3. CIV ZAM ZAMRI
4. CIV SHAREL NORDIN
5. CIV AZROL ALLON
6. CIV HAZARIL ( MAT YEN)
7. CIV FAZLI ( LAN PET2)
8. CIV LINDA LYNN ( LINDA AIRFORCE)

Tuesday, June 15, 2010

SEHARIAN DI PORT DICKSON PART2

Jalan sakan sungguh aku ari nie....sempat lagi singgah di Port Dickson Ostrich Farm... Aku ke PD bertiga... yang sorang nie keja dia tido je.... sebab sakit perut... biasalah orang perempuan punya hal... dah nak tido sangat, aku lock keta.... aku dgn member nie je pe.... dia langsung tak sedar.....

Ostrich : "hati2 jalan tu...tengok dah tersepak tempat air aku...."
Aku: "sory lah...aku teruja nie...kali pertama aku tengok spesis ko secara live"

Aku: "tengok aku dah dapat sijil keberanian....sebab berani menunggang spesis ko"
Ostrich: "Alah aku tak cayalah ko berani"


Ostrich: "Mana nak tengok....betul ke ko nie...entah2 kertas kosong. Ya lah...ko memang berani lah....aku tahu ko cikgu...kwn aku cakap...cikgu kan serba boleh"
Aku: "akhirnya ko percaya jugak kat aku kan....betul cakap ko tu...cikgu mesti serba boleh ma...."

Ostrich: "kalau ko datang PD...jangan lupa singgah... ajak kawan2 ko....dan suruh kawan2 ko ajak kawan2nya...baru meriah sikit tempat aku nie.."
Aku: "Ok. nanti aku promosikan kat blog aku...biar satu dunia tahu tempat ko"

SEHARI DI PORT DICKSON

Hari nie, aku and the gengs ke Seremban..... ke mana lagi, klu tak ke Seremban Parade.... bukan nak shopping pun... just cuci mata, yg dah lama tak cuci nie....sambil mengimbau kenangan lama masa belajar kat sana....

Lepas tu kami gerak ke PD... niatnya nak tengok sunset... sampai awal, konon2 nak pe melawat Muzium Tentera....tutup lah pulak ari nie.... buka ari Rabu dan Khamis... tak dapat le nak posing kat situ.... so kami meneruskan perjalanan yg tiada tujuan nie.... sesat entah ke mana....tengok papan tanda lagi 30 km ke Melaka...

Aku sempat je bergambar kat jeti berhampiran Hutan Lipur Pasir Panjang... jeti baru siap nie...

Kami singgah di Kompleks Bersejarah....Keramat Sungai Udang Port Dickson, Negeri Sembilan. Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Manjun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di sini. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan kepada Inskripsi Batu Bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang wali.

Batu Megalit atan lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai batu hidup. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke2 dan ke3.

Sempat lagi kami singgah di jeti kedua yang terletak berdekatan dengan Akademi Imigresen...belakang tempat aku posing nie terdapat jeti lama.... dibina menggunakan kayu....sekarang semua pakai simen... apa pun aku suka tempat mcm nie...

Pe singgah pulak kat Pantai Tanjung Tuan....masa nie panas terik... tu yang bergambar bawah pokok... sebab pakai baju hitam....sat lagi menyerap haba... lagi kepanasan lah aku.....

PEMANDANGAN DI WAKTU SENJA

Serenity view...

Sunset at Saujana Beach, Port Dickson....scenic.

Almost Dusk...

Incompareble God's creation....

Mesmerize...... hypnotize......

Tuesday, June 8, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah dah mula...bagi sesetengah pendidik ...ini lah masa yang ditunggu-tunggu. Begitu jugak dengan aku. Wah seronoknya...... sekurang2nya dapat le bangun lambat sikit....sikit je... pukul 7 pagi dah kena kuar....Kelas tambahan mula pukul 8.00 pagi... Kelas tambahan mula hari Isnin sampai Khamis.... Hari Jumaat ingat nak settlekan fail kat Pusat Sumber....so cuti seminggu dihabiskan di sekolah je le nampak gayanya....

Hari Ahad petang nak bertolak ke Kuantan selama 3 hari. Program 3 dalam satu... nama je cuti-cuti Malaysia, tapi tak mcm cuti....nak pe umah kawan... dah kenal 4 tahun tapi tak pernah kenal lagi mak dia... selalu mak dia dok kirim salam... dan yang ketiga memenuhi jemputan seseorang... yang terlalu harap aku datang...siapa tu, biarlah rahsia.

Hari Selasa aku bertolak ke Jerantut... dah lama betul tak balik kg... last balik pun ari tu, ambil cuti sambilan...Nie pun tak tahu lagi berapa hari berada di kampung... yang pasti sebelum Jumaat malam mesti kena balik KL.. penuhnya program...habis 2 minggu terisi dengan pelbagai aktiviti.

Cuti kali nie hanya satu je jemputan kenduri yang aku terima....itu pun kenduri kawin sepupu ....Kenduri sebelah perempuan ari Khamis dan umah sepupu ari Sabtu, nasib baik sekampung....kalau jauh, selang tak banyak ari nie...jenuh jugak....Hujung tahun nie...yang dah tahu ada dua tiga orang yang nak kawin....kalau semua tu dijemput....parah kalau tak buat buget awal nie....kalau dekat tak pe lagi...kalau jauh....sendiri kena ingat le...

Monday, June 7, 2010

LUCKY LAKI

Kredit daripada hasil keja Baha SMJ ( Pemandangan Waktu Senja di Putrajaya)

Masih Merapu
Lelaki-lelaki dari yang bertie hingga ke mati kutu
Masih merayu
Kau menarik aku tertarik
Padahal apa yang kau mahu semua pun tahu

Aku bukan tuan puteri
Yang cuma duduk di istana menanti
Sang putera datang menyelamatkan diri
Aku srikandi muslimah abad ini, Yang sentiasa berpijak di alam realiti

Nah kamu, kalau mahu aku mesti lebih daripada itu
Setakat pujuk rayu tak senang tertipu
Tidak mahu kereta dan wang
Jika iman orangnya senipis kulit bawang
Tidak mahu material dan glamor, Kerana semua itu tak kekal lama
Dan ya… Mana bekalanmu tiba saatnya meninggalkan dunia

Aku mengimpi lelaki sejati
Yang akhlaknya luhur berbudi pekerti
Yang matanya awas, pandangannya berhati-hati
Yang takutkan Tuhan ke mana saja dia pergi

Aku mengimpikan lelaki sejati
Yang rasional akalnya berpandukan hukum illahi
Yang perancangan hidupnya punya strategi
Dunia dan akhirat mahu dibolot

Aku mahu lelaki itu
Iktikadnya jitu, Setianya pada yang Satu
Tangannya memberi tak siapa pernah tahu
Sentiasa berfikir, “Bagaimana dia melihat diriku”

Dan bila dia beristeri (-kan aku)
Tidak akan dihadiahkan aku penyapu
Tetapi menyusun jadual membantu
Bahagia muafakat hingga ke anak cucu

Seorang lelaki yang lucky
Sentiasa ingat akhirat menanti
Berjanji dan mengiringi
Sampaikan jumpaku di syurga nanti

Hasil Nukilan Samwan Pensyarah UiTM Shah Alam