Monday, May 31, 2010
KEMENJADIAN MURID IMPIAN GURU
ADA TOKOH JADI IBU TIRI
Tiba2 ada seorang murid nie, dengan beraninya....
"cikgu nie mcm mak tiri lah" suara nie cuma kedengaran....tapi aku tak pasti murid mana yang begitu berani bersuara.... aku malas nak cari murid mana...
"Kamu tahu ke perangai mak tiri mcm mana?, kamu nie mesti dah terpengaruh dengan cerita indon 'bawang putih, bawang merah'... ceta tu memang lah mak tiri jahat.... lagi satu mak tiri zaman dulu2 memang lah jahat.... sebab dia tak berpelajaran.... tapi mak tiri sekarang lain... mak tiri moden, berpendidikan... dia tak kan buat perkara yang tak baik.... sebab dia tahu undang2"
dengan panjang lebar aku memberi penerangan..." dalam hati depa nie jgn doa aku jadi mak tiri mcm tu sudah... jadi mak tiri tak salah, tapi biarlah mak tiri yg disayangi dan disenangi.
"Cikgu klu jadi mak tiri, tak berani nak buat anak orang... anak sendiri boleh lah pukul, cubit... anak orang mana boleh buat mcm tu... sebab mak dia sendiri pun tak pernah buat mcm tu...sempat lagi aku pesan kat mereka tu... esok klu bapak kamu nak kawin lain, suruh dia cari mak tiri yang berpelajaran"
Moral of the story, murid kita sentiasa menilai setiap tingkah laku kita... drpd perkara yg besar sehingga lah sekecil2 benda. Bagi mereka kita adalah model untuk dicontohi. Bak kata, bekas anak murid aku di SK Sg. Retang,
"hahahahahahaa,,,,aku igt chekgu faridah,,,nk jdik chekgu cam chekgu faridah lar,,,sporting abissssssss,,,,,caya la chekgu,,,,mke ak klakar siot,,,hahahaha..."
Aku copy ayat kat fb... yg dipost oleh fasehah...
Dicatat oleh eeeda di 4:58 PM 0 ulasan
Label: Anak Murid
Saturday, May 29, 2010
BIOGRAFI BLOGGER EEEDA DAMAK
Mendapat pendidikan awal di SK Damak, Jerantut Pahang (1985 hingga 1990). Pendidikan menengah di SMK Damak, Jerantut Pahang (1991-1995) dan setahun bersekolah SM Ibrahim Fikri, Seberang Takir Kuala Terangganu (1992). Berada di Tingkatan 6 bawah selama dua minggu di SM Jerantut, Pahang (1996).
Pada Ogos 1996 hingga Jun 1999 melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Perguruan Malaysia dalam opsyen Pengajian Matematik dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan. Pada tahun 2004 telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama tiga bulan di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dalam bidang Pemulihan Matematik.
Kemudian pada tahun 2006 telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama tiga bulan di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda . Kursus ini lebih dikenali KDP-OUM. Pada tahun 2006 hingga 2010 menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Pengkhususan Major Matematik dan Elektif Pendidikan Kesihatan & Pendidikan Moral bagi sekolah rendah di Open Universiti Malaysia (OUM) pusat pembelajaran di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) Lembah Pantai.
Pengalaman bekerja selama 11 tahun. Sekolah pertama posting di SK (LKTP) Sungai Retang, Jerantut Pahang (2000). Berpindah ke Sekolah SK Sungai Buloh, Selangor bermula 2001 sehingga sekarang.
Pernah memegang beberapa jawatan penting sepanjang berkhidmat sebagai guru. Menjadi Guru Data (2001-2004). Memegang jawatan Penolong Penyelaras ICT (2001-2004). Memegang jawatan Penolong Setiausaha Kurikulum (2007). Memegang Jawatan Ketua Panitia Bahasa Melayu (2009-2010) dan Memegang jawatan sebagai Setiausaha Guru Media (2010).
Friday, May 28, 2010
BELAJAR SIMPAN DOKUMEN
Nasib baik le ada fasilitataor school net kat sekolah aku tu tolong carikan....terima kasih Aishah. So, hari nie aku nak kongsikan dengan kekawan. Aku ajar ikut pemahaman aku je ye, aku belajar menggunakan cuba jaya je dulu... tekan sana, tekan sini....so faham2 je lah...nanti dah pandai hampa blh explore sendiri. Lagi satu, kalau hampa ada documents yg mantap gitu... boleh buat duit gak kat sini. Mata duitan betulah kita nie kan....
Langkah 1:
Taip alamat nie http://www.docstoc.com atau pun klu malas klik sini. Lepas tu kuar lah gambar mcm yang kat atas tu.
Langkah 2 :
Klik pada butang Register yang berada di sebelah kanan tu.... Apa pun kena register dulu. Beli keta pun register dulu baru boleh gunakan. Sama gak le dgn docstoc nie....
Langkah 3:
Dah kuar yang mcm kat atas tu...penuhkan ruangan yang disediakan dengan butiran yang patut. Lepas tu klik je butang register. Tunggu jap dia proses.
Langkah 4:
Dah siap proses, dah boleh mula guna. Seronok dah ada akaun sendiri. Jika lain kali nak masuk sign in je. Mcm biasa lah kan..... pengenalan diri mesti kena ingat.
Langkah 5:
Dah boleh mula upload bahan. Klik je butang upload your documents. Lepas tu jangan lupa klik butang select files yang berwarna biru. Aku tak tunjuk gambar.. hampa cari lah kat depan tu. Dah klik, kuar lah folder file hampa.... pilih lah file mana yang nak upload dan file tu ada kat mana...Desktop ke, My Computer ke...My Ducuments ke...nie hampa mesti dah tahu nak cari file kan...
Langkah 6:
Bila dah pilih, akan kuar mcm kat atas tu... apa yang penting tunggu sehingga file hampa complete 100%. Tunggu lah sikit, klu internet laju kejap je... tapi klu pakai brokebeng yang mcm hampeh tu, kadang2 langsung tak dapat upload pun.
Langkah 7:
Isikan tajuk yang sesuai. Bukan apa nanti senang nak cari. Pilih category, yg tu dah memang ada kat situ. So tak payah nak fikir. Pilih foler tu klu tak ada buat lah. Senang je, kuar je hampa isi je ikut selera masing2.
Langkah 8:
Apa lagi, buat apa pun jangan lupa yg nie. Kalau tak nanti penat tunggu berjam2, tapi tak ada dalam simpanan. Klik butang save dan publish. Wah, lepas nie satu dunia boleh tengok bahan kita dan boleh dicedok oleh sesiapa he he he.
Langkah 9:
Hasilnya kuarlah mcm yang kat atas. Nie banyak, sebab aku dah upload banyak. Klu hampa nanti kuar lah satu je. Tapi tak pe... hampa upload lah banyak2.
Langkah 10:
Jika kita klik pada file yg kita upload tadi, so akan kuar document penuh. Nie kira dah comfirm ada kat docstoc dalam akaun kita. Kalau kata lah nak link kat mana2. Kat blog ke....copy je url kat atas tu... atau bahasa senang alamat document and than link.
Kalau kata cikgu, banyak buat soalan nak simpan, tahun depan boleh guna lagi....Tidak pun kawan yg jauh2 mintak... so senang suruh je dia ambil kat blog atau pun search kat tenet.
Nie saja nak tunjuk lah...kita boleh tengok documents yg kita ada. Siap ada gambar document, tajuk yang kita dah letak, dah berapa orang yang view file kita, dan lagi satu docstaoc nie akan iktiraf jika file kita org view melebihi berapa2, kat situ akan diletakkan Elite doc. Masa tu kita akan seronok, bila file kita dapat dikongsi dengan orang lain.
Selamat mencuba, semoga berjaya.
SK SUNGAI BULOH DILANDA BANJIR LAGI
Kawasan padang, hampir sampai paras paha tu...kalau hujan lebat lagi... mahu parking kuarters pun tenggelam...
Tengok... boleh dikatakan tenggelam hampir keseluruhan kawasan sekolah....nie semua kelas bawah memang confirm masuk air.... satu pun tak terkecuali...
.Nie pulak keadaan dalam kelas... ari Isnin dah le periksa serentak satu Daerah... bila masa nak bersihkan nie... nak kerah cikgu pun masing2 sedang bercuti... harap2 depa ada lah plan B nanti...
.Nie lah keadaan tempat parking keta guru....
Kalau tengok keadaan air mcm nie dah hampir paras lutut... di pintu masuk utama sekolah...gambar nie aku dpt ehsan drpd my friend Afis...nasib baik ada hang ambil gambar...
Kat Pristana pun lebat gak... sampai bilik aku pun bocor... selama nie tak pernah bocor pun... tapi tu aku rasa tu ikut tiupan angin je... sebab tadi hujan berserta dengan ribut...
LAKONAN EJA BERSAHAJA
Kita klu dah minat tu kan... sanggup je...
Tinggal keja lain pe mengadap tv tu.... layan ceta sampai habis....
Tak kuar dating...semata2 nak dating dgn pelakon yg diminati....
- Rindu Semakin Jauh
- Masih Ada Cinta
- Bunga-bunga Cinta Dari Syurga
- Kalau Itu Takdirnya
- Wadi Unung
Nie aku copy paste kata2 eja selepas dia memenangi ABP tahun bila entah....
“Berilah ruang kepada bakat Eja, bukannya cerita peribadi yang tiada kaitan dengan peningkatan kerjaya seni Eja,” pintanya mengharapkan pengertian.
“Walaupun tidak banyak berlakon, Eja bersyukur kerana nama Eja diingati peminat. Dalam hal ini, Eja bernasib baik kerana banyak drama lakonan kerap diulang siar. Jadi Eja tidak tenggelam begitu saja.
Walau pun Eja nie tak lah seglamor artis lain... tapi namanya tetap orang ingat kerana lakonannya yang bersahaja dan watak dalam lakonan tu memang bersesuaian dengan penampilannya....
Tak suka jugak kalau dicaci
Cukup lah sekadar dihargai...
Dengan bakat yang dimiliki....
Thursday, May 27, 2010
BEREMOSI KAH AKU.....
Sikap aku...org yg berada di sekeliling aku je yang kenal... aku lebih suka hidup dalam realiti diri aku yg sebenar.... daripada hidup dalam serba hipokrit... tak aman jugak kan...klu asyik berlakon je... lama2 org tahu gak.
Biar org kata aku panas baran...
Biar orang kata tak kenang budi....
Biar lah orang bercakap buruk pasal aku di belakang...
Tak buat pun org kata, Buat lagi lah orang kata...dua2 pun orang kata.
Ceta pasal cikgu kecil hati...sebab ada cikgu yang tegur anak muridnya... aku rasa mungkin aku yang tegur... sebab memang aku ada tegur... tapi masalah sekarang nie aku tak tahu cikgu mana yang terasa hati tu... Cuma ada sorang cikgu nie... rajin dok menyampaikan....katanya ada cikgu terasa hati... masalah sekarang aku nak tahu sapo cikgu tu.... supaya senang lain kali tak payah nak tegur2...biarlah nak terbalik ke perpustakaan tu... lantak lah kat situ...
Masa yang aku tegur tu ada tiga orang cikgu nie.... bukan masa yang sama le... time lain2....Cikgu A, Cikgu M dan Cikgu U nie... jenis aku, nak puaskan hati aku pe tanya sorang2.... Pagi2 buta tu aku tanya cikgu A...dia kata tak terasa hati pun...tak pe lah, sebelum tu kawan aku ada pe tanya dia rupanya... klu dia tipu pun, terpulang kat dia... yg pasti, aku dah dgr sendiri jwpn drpd dia....
Tengah hari tu, aku tanya pulak cikgu U nie...
"Akak nak tanya nie.......bla bla..." dia kata tak terasa langsung pun...
"Apa salahnya tegur benda yang elok, saya lagi suka"
Huh lega.... Cikgu M nie pulak... jenis selamber dia... nak heran apa...
sebelum nie pun aku selalu gak tegur budak dia... dia tak kisah pun...lagi suka ada.
Bagi aku, apa lah salahnya....
Bak kata ustazah nie...
"K.farid yg sy kenal memang HB, tapi ari tu saya terkejut bila dia bercerita mengenai seseorang, tiba2 bercucuran air matanya"
Ada pulak member aku sorang nie tambah..
"K.farid yg saya kenal Bukan HB je tapi KB"
Mesti hampa nak tahukan HB tu apa, KB tu apa... HB stand for Hati Batu.... dan KB stand for Kepala Batu... aku sikit pun tak marah klu depa ckp depan2... bermakna kwn aku kenal siapa aku... itu yang penting.
TAK SEDAP HATI
Dah seminggu aku rasa berdebar2....mata sebelah kanan berklip2... aku rasa serba tak kena.... mungkin kah ini petanda baik atau pun sebaliknya.... masalahnya perkara mcm nie jarang berlaku pada aku.... seminggu nie aku rasa takut je... setakat ari nie tak ada lah berita buruk...harap2 yang baik2 je...
Cuma ari Rabu adalah bank call... memaklumkan kepada aku sebagai penjamin bahawa peminjam sudah 4 bulan tidak membayar loan. Bank gagal menghubungi peminjam dan altenatifnya aku lah yang dicari sebagai penjamin. Aku call kwn nie nak maklumkan...tapi tak sampai hati...last sekali sembang perkara lain. Aku send mesej je kat FB dia... aku harap sangat dia dapat selesaikan masalahnya.
Kepada kekawan yang minta tolong aku jadi penjamin tu... tolong lah jgn khianati kwn ko nie.... Aku nie kata sorang je.... tapi semua nak kena bayar... Aku nie byk jadi penjamin member buat pinjaman loan bank le... Loan keta le... loan koperasi le.... jgn sampai aku jadi muflis kerana nak tolong kawan sudah le...
Kalau ikutkan masalah....memang tak akan selesai masalah... kecuali dah meninggal baru selesai masalah...sapo pun ada masalah... cuma bagaimana kita mengatasinya...itu saja...
Bila kawan susah kita lari...
Kita selalu tak sampai hati...
Tapi akhirnya diri yg merana nanti....
Aku tolong bukan sebab aku kaya...
Tapi aku tolong sebab aku percaya...
Wednesday, May 26, 2010
EDIT GAMBAR CARA MUDAH
Langkah 1 :
Taip alamat nie ..... http://www.photofunia.com/ atau klik sini
Langkah 2 :
Select effect- kuar gambar mcm yg kat atas tu... kemudian pilih je le yang mana satu berkenan di hati....
Langkah 3 :
Select your photo - Nak select photo tu.. klip kat choose file... pilih le mana2 gambar hampa yang cu tu... tunggu lah tak sampai 5 minit dah siap..
Langkah 4 :
Here use go! - Wah dah siap... ini lah hasilnya...he he nak jugak letak gambar empunya diri....
Seterusnya nak mudah... copy and paste je gambar tu.... mcm mana nak copy... klik mouse belah kanan pilih Save Image As.... lepas tu dah boleh simpan.... simpan lah kat tempat selamat... than jgn lupa upload kat fb ke... blog ke....
Ini lah hasilnya....seronoknya dapat paste kat mana2 je gambar aku lepas nie.... he he he
Monday, May 24, 2010
LAYAN PERASAAN
Rutin aku pada hari Ahad akan ke Puchong... kalau tak pegi sebelah pagi... aku akan pegi sebelah petang.... kecuali hari yang aku ada hal je tak pegi... semalam konon2nya nak ke Cheras umah kakak aku... bukan apa dah lama aku tak ke sana.... lagi pun dah sampai Puchong tu bukan jauh sangat pun...... tambahan pulak anak buah aku demam so nak jengah le sekali.... niat ku terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.
Dalam perjalanan, aku ternampaklah sebuah kedai yang jual lampu nie... memang besar giler kedai nie.. tiga tingkat lagi....daripada tak ada program apa2 tu aku singgah le cuti mata.... bukan nak beli pun. Sebab buget tak ada... mungkin lain kali boleh beli... sambil dok tinjau2 tu ada gak yg berkenan... tapi nak buat mcm mana kuasa membeli terbatas... nak simpan duit, dalam perancangan nak ke Bandung.... tiket dah beli he he he...
Tut tut... dalam kata nak cuci mata tu... boleh berkenan pulak kat satu lampu nie... alah kebetulan offer separuh harga... so aku aku beli le.... kalu tak offer tak de nya aku nak beli.... duit banyak lagi nak pakai untuk benda lain... selalunya time offer je le aku nak beli barang.... kena pandai2 le kan... balik umah pasang kat ruang tamu... wah cantik gak... umah bujang.... baru belajar nak hidup sendiri...kena perlahan2 le... nak lengkapkan semua keperluan dalam umah nie makan masa jugak....
Apa pun, aku happy sekarang... berada di persekitaran baru... jauh daripada segala gangguan... yang penting tido ku lena selena-lenanya....tapi takut jugak kan.... tiba2 lena untuk selamanya....aku selalu pesan kat kawan2.... andainya aku tak hadir keja.... call pun tak berjawab... jengah le ke umah aku... bukan apa takut aku dijemput illahi... tolonglah buat sesuatu... andainya umahku berkunci... jangan biarkan jasad ku tersiksa....
SK SERI PRISTANA
Sekolah cantik belum tentu persekitarannya menyeronokkan....
Sekolah baru belum tentu dapat menyesuaikan diri....
Rakan sekerja baru, dah tentu perlu ambil masa untuk mengenali hati budinya....
Ceta pasal rakan sekerja nie... member aku bagi tahu ada orang terasa hati... bila bawak budak pe perpustakaan ada cikgu tegur muridnya... sedangkan dia ada... ceta nie pun ada sorang cikgu nie sampaikan kpd kwn aku... merangkap GPM....aku bab ceta atas ceta nie aku kurang nak percaya....bila kita pernah kena... kita tahu lah mcm mana....
Ikutkan kan aku nak pe cari je cikgu tu.. tanya dia sendiri. Knp aku nak terasa??? aku ada tegur ke??? sebenarnya setiap ari Isnin memang kelas aku kat Perpustakaan.. sebab murid tahun 6 balik 1.30 p.m dan aku memang ada tegur murid yang bising kat perpustakaan...semua org tahu masuk perpustakaan kena senyap....
Pelikan cikgu nie.... orang tegur anak dia... dia terasa hati... yang ko tu... anak ko buat bising kenapa tak tegur... tu lah sikap orang melayu kita.... anak buat salah tak nak tegur... bila orang lain tegur marah.... dengar ceta dah merajuk cikgu nie tak nak masuk perpustakaan lagi... sikit2 nak merajuk...
Cubalah bersikap positif sikit... klu kita malas dah nak tegur, apa salahnya org lain tegur... objektif nya kan sama... nak mendidik anak2 mematuhi peraturan... knp takut org kata kita tak tahu nak ajar murid...tak tahu nak jaga murid sendiri... jatuh maruah, malu sebab orang tegur....klu kita sentiasa berfikiran mcm tu....jenuh lah,
Terasa hati...
Makan hati....
Sakit hati....
Kalau semua nie dah sebati dalam hati.... ha alamaknya bawak ke mati lah...
Aku bukan nak cakap... dan aku rasa benda nie berlaku zaman k.sidah lagi... bawa masuk murid ke perpustakaan bagus...memang cukup bagus... tapi cikgu kena lah kawal murid cikgu... sebelum kuar pasti kemas dulu...berada dalam perpustakaan senyap...
Pernah satu kali tu... ada 3 kelas dalam perpustakaan... cuba bayangkan suasananya mcm mana.... bising bertambah gamat. Aku tegur anak murid aku jgn bising... tapi cikgu tu tak tegur anak muridnya... leka dalam lena dok layan mata.... boleh pulak tu time bising mcm tu dia lena....aku pun kaki tido jugak... tapi jangan lah depan budak cikgu tido.... malu sikit... aku tak kira lah cikgu tu nak marah ke... nak terasa hati ke... aku tegur je anak murid dia...
Sekarang nie yang penting niat...aku tegur niat aku nak bentuk murid lebih berdisiplin... terpulang lah kepada cikgu2. Sama ada boleh terima atau pun tak... Kalau tindakan aku tak betul...knp yang menyampaikan tu... tak jumpa dengan aku sendiri... beritahu elok2...tindakan aku tu tak betul....Cukup2 lah bercerita ke sana ke mari... jangan sampai org cakap kita bawak mulut pulak...
RINTIHAN GURU
"ooo keja cikgu... seronok lah keja sekerat hari"
"Dah le cuti sekolah banyak...cikgu keja cuti je....sekolah cuti dia cuti"
Masyarakat di luar memandang kerjaya seorang guru sangat mudah... semudah apa yang dituturkan... tetapi jika kita berpeluang menyelami hati seorang guru... rintihan seorang guru, baru lah kita tahu... bertapa beratnya bebanan seorang guru... sanggup membakar diri menerangi orang lain..
Ini adalah salah satu kerja guru yg harus dilakukan....kalau di pejabat, kemaskini fail nie keja kerani... tapi tidak bagi kami yang bergelar guru....ini adalah salah satu bidang tugas aku sebagai setiausaha kepada GPM merangkap penolong GPM... nak buat ari sekolah tak sempat... terpaksalah datang ari Sabtu siapkan fail2 nie....member aku nie terpaksa angkut anak sekali....
Itu belum lagi nak key in buku di perpustakaan... nak taip dokumentasi yang lain lagi... pendek kata... kalau datang pukul 7.30 a.m balik pukul 1.30 ptg... tak siap semua keja nie....
Belum kira lagi terpaksa hadir pada hari Sabtu untuk kelas tambahan....Kelas tambahan time cuti sekolah....aktiviti yang lain pada hujung minggu.... kalau keja pejabat... dah tentu Sabtu dan Ahad cuti.... boleh cuti2 Malaysia lagi... Bagi kami nak tempah tiket nak pe bercuti pun kena fikir byk kali.... takut nanti ada mesyuarat last minutes bagi tahu.... terpaksa kena hantar murid untuk perkhemahan.... dan macam2 lagi aktiviti...
Aku bukan merungut kerana pilih kerjaya sebagai guru.... aku seronok menjadi seorang guru ... kerana kerjayaku sebagai seorang guru lah... menjadikan aku insan serba boleh.... dan mungkin tak ada pada mereka yg bukan bergelar guru....
Kalau lah keja guru masuk kelas, mengajar dan menanda buku.... aku setuju kalau orang kata keja guru nie senang.... tapi sebenarnya bukan tu je keja guru....
Guru kini tak sama dengan guru dulu...
Hari nie aku terbaca di BH, 4 langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan beban tugas guru... andainya beban tugas ini dapat dikurangkan secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada para guru menumpukan perhatian kepada usaha mempertingkatkan mutu pendidikan selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Thursday, May 20, 2010
BUKAN MENGIDAM....TAPI TERINGIN
Pernah aku nak balik KL pukul 4.00 pagi...sebab ada kelas...mak aku boleh buat 3 gelas air.,, 1 gelas kopi, 1 gelas milo dan 1 gelas lagi susu...
"pilih lah yg mana mu nak minum"
Bagus betul mak aku... yg tak bagus anak dia je...tapi tak tahu lah, klu dah jadi mak berubah... harap2 berubah lah....
Kalau bulan puasa pun mcm tu lah.... sekarang je kekerapan bersahur di kampung dah makin berkurang... Kadang2 aku terfikir boleh ke aku jd mcm mak aku untuk anak2 aku....
Pernah sekali tu...kawan aku yg mengandung tapi aku pulak teringin nak makan kat bawah pokok depan bank rakyat.... dah 10 tahun kat sg. buloh tak pernah aku makan kat situ... tiba2 ari tu pulak aku teringin....kawan aku naik pelik dengan perangai aku....sampai berkali2 tanya
"kak ko nie buat tabiat ke... tak pernah2 ko makan kat sini" dia bising tapi layan jugak aku...
Kalau org yg jenis pembersih memang tak makan... dah le tepi jalan.... dgn habuknya.... kat atas pokok penuh dengan burung... silap2 ari bulan bulu burung pun boleh masuk dalam makanan....
"Sekali nie je akak nak makan kat sini, lepas nie akak tak makan dah kat sini"
Masakan kat situ memang sedap....licin mee tu aku makan....
Aku klu teringin nak makan apa je... mesti aku cari sampai dapat... takut sat lagi tak lena nak tido... asyik dok teringat... Klu mengandung lain le takut anak meleleh air liur.... nie org tua, teringin cari sendiri....
Tuesday, May 18, 2010
SETTLE MASALAH UMAH AKU
Sorang Indon nie mengerjakan paip yang bocor.... sorang lagi mengerjakan lantai yang pecah.... dan ketiga2 bilik air aku kena repair...rasa lega sangat... selesai satu masalah bab umah.
KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU
Gambar anak murid sekitar sambutan hari guru... murid2 cukup terhibur dengan persembahan daripada guru2 mereka....Abdullah, Afiqmal.... dan kawan2 yg lain tu... bukan main lagi kalau bergambar... kalau kat kelas nak buka mulut pun takut sebab cikgunya garang sangat...
Cerianya cikgu2 kat sekolah nie.... cikgu sekolah nie tak kira tua.. ke muda semuanya boleh masuk je....K.min pun bukan main lagi nak bergambar dengan lucthumy.... K.Min tu nampak muda lagi kan..... pada hal tahun depan dah nak pencen....
Suzanna tu senyum bukan apa.... anak murid dia ucapakan selamat hari lahir dan selamat hari guru.... secara kebetulan... hari guru tahun nie disambut pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya.... Guru praktikum mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada guru pembimbingnya iaitu K.Iza....
Pengawas sekolah dah bersiap sedia dengan hadiah daripada kelab staff untuk disampaikan kepada guru2.... memang setiap tahun ada hadiah drpd kelab staff. Nie dah kira mcm acara wajib je bila tiba hari guru... so semua guru akan dapat hadiah...
Perhimpunan rasmi semasa sambutan hari guru.... sepatutnya semua orang kena pakai baju rasmi... warna biru tu.... tapi biasalah kan...bukan semua orang boleh mendengar arahan yang dikeluarkan....
Tengok geng aku nak menunjuk mug yg mereka dapat daripada kelab staff.... bertambah lagi koleksi mug kat umah aku.... tak tahu bila lah... dapat buat almari pasang siap nak letak mug nie....Tengok GB aku tu....mcm YB lah pulak...tahun nie kami bertuah sebab dapat cenderahati khas drpd GB....siap dia bagi sendiri tu kepada semua guru....
Wani tu senyum lebar sebab dinobatkan sebagai guru yang paling garang....ada 5 kategori dipertandingkan....aku ingat aku dah guru paling garang.... rupanya berada di tempat kedua....
Guru yg lainnya, Cikgu Afis, K.wan, Cikgu Mohd Noor Yunus dan Cikgu Muhammad Nor Syarif. Tahniah kepada mereka semua...
Gengs yg buat persembahan dengan pasangan masing2....ada gaya zaman 80 an tak.... spoting giler cikgu sekolah nie.... Paling aku nak pecah perut time cikgu kamis menari... memang geli hati...cikgu kamis nie first time menari.... tahniah cikgu kamis...
Hari guru... ku kira hari yang paling banyak ucapan yang perlu disampaikan pada hari tersebut....Nasib baik lah aku bertugas pada minggu lepas.... kalau aku bertugas minggu nie jenuh.... mahu menggigil kat situ....K.Nida dan kekawan yang bertugas minggu nie... so dia jugaklah merangkap juruacara sambutan hari guru kali ini.... alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.
Guru yang disanyangi sentiasa dihati...
Guru yang dibenci, dendam melekat disanubari...