Thursday, September 30, 2010

BUKAN KU PINTA PERPISAHAN

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini.... perpisahan akan berlaku, cuma cepat atau pun lambat. Rasanya tak sampai 2 bulan K bersama dengan warga sksb, dia telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Walaupun sekejap dia bersama dengan sksb, tapi sumbangannya tetap ada. Terutamanya dalam memantapkan lagi laman web sekolah. Tak banyak benda yang dapat aku belajar dengannya, apa yang ditinggalkan aku akan teruskan.

Ini saja jamuan yang dapat kami sediakan untuk K. Selalunya kami akan sama2 bawa makanan. Terima kasih kepada kekawan yang sudi menyumbangankan makanan semalam. Tak terkecuali tuan empunya diri pun bawa jugak.

Seronoknya, di sini tidak kira cikgu lelaki atau perempuan semuanya senang untuk berbincang. Cakap je, esok mesti jadi.

Kepada K, selamat meneruskan kerjaya baru semoga lebih happy tanpa tekanan. Kerja sendiri tak kan sama dengan makan gaji.

Patah tumbuh hilang berganti....
Yang pergi tak kan sama dgn yang datang nanti.....

Wednesday, September 29, 2010

MAKAN FREE JANGAN DITOLAK

Dua tiga hari yang lepas bos aku bukan main beriya-iya suruh kami pilih tarikh yang sesuai, katanya dia nak belanja makan. Pilih punya pilih, hari nie je yang boleh semua hadir. Dalam pada tu Haji Mokhtar tak dapat hadir sebab dia puasa sunat ari nie... so kurang sorang lah.

Kafe D manggis menjadi pilihan my bos. Aku and the gengs first time makan kat sini. Sebenarnya tempat nie baru buka pada bulan puasa ari tu. Kalau ikutkan pukul 6.00 petang baru dibuka tempat makan nie. Ari nie... dia buka awal khas untuk kami semua. Special gitu.....

Meja group cikgu lelaki terdiri daripada Guru Besar dengan isterinya, PK Kurikulum, Cikgu Rozam, Ustaz Jack, Cikgu Kamis dan Cikgu Mohd Nor.

Kesian depa yang duduk meja nie, makan sikit sebab malu kat bos... he he he kontrol lah tu. Kalau tak mahu penuh table tu dengan segala macam.

Aku, bab makan tak pernah tolak... layan je.

Tempatnya memang menarik... membuatkan orang tertarik lah nak datang.... nama kafe D manggis tu.... sebab tempat makan nie di kelilingi dengan pokok manggis. Redup je... memang selesa lah kalau bawa seisi keluarga.

Group lelaki kontrol macho tu.... cikgu perempuan sorang pun tak nak pe duduk situ.... sanggup berasak-asak satu table.... sebab nak makan bagi puas... puas apa??? puas hati.... tauke kedai nie suruh makan 3 jam tanpa henti tu.... aku memang tak larat.

Kak Nida nie dijemput khas....jiran lah kata kan. Cikgu yang lainnya, Kak Gee, Kak Wan, Izan, Wani, Kak Az dan Lucthmy. Sebenarnya my bos belanja guru-guru Tahun 6. So guru lain jangan pulak berkecil hati. Kami bukan anak emas atau anak perak... kita sama je. Mungkin Gb nak menghargai sikit pengorbanan kami, terutamanya dalam waktu cuti. Tu je...

Di akhir ucapan GB siap dah bagi tahu... tahun depan kena ajar Tahun 6 lagi. Terima je lah... sebab makan dah kenyang.

Bekerja perlukan keseronokkan....
Rakan sekerja perlukan keserasian....

Keseronokkan bekerja + keserasian rakan sekerja = Membuahkan hasil

Tuesday, September 28, 2010

SUASANA HARI RAYA MASIH TERASA

Hari nie masih diteruskan dengan aktiviti mengunjungi rumah rakan sekerja... kali nie kami ke umah En. Zul. Lepas je meeting pukul 2.30 p.m kami bergerak ke umahnya. Awal-awal lagi di maklumkan yang dia akan menyediakan makanan berat. Sebenarnya bukan semua pun yang dijemput... selalunya gengs poyo kami je.

Siapa lagi kalau tak Ustaz Pejal, Ustazah Wan, Khairiah, Apis, Andy dan aku sendiri... nie lah gengs yang paling happening kat sekolah. Kami menambah nasi beriani, lauk ayam, tu menunjukkan memang sedap atau kami nie kelaparan. Mahu tak kebulur, meeting Induk Unit Kurikulum dan diikuti dengan taklimat guru dari pukul 12.30 p.m sampai 2.30 p.m.

Kenyang betul. Terima kasih En. Zul dan Kak Na.

Esok pun makan lagi.... dengar ceta GB nak belanja, siap dah tempah tempat. Makan lagi. Pendek kata sepanjang 2 minggu nie, kejanya makan je.

Monday, September 27, 2010

PROGRAM BARAAN AIDILFITRI

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menganjurkan program baraan di Aidilfitri untuk merapatkan lagi tali persaudaraan di kalangan warga sksb, terutamanya guru perempuan. Program anjuran Nur Yassin SK Sg. Buloh ini bukan sahaja dijalankan pada musim perayaan, tetapi dijalankan pada hari Jumaat untuk bacaan yassin di rumah kekawan.

Keakraban rakan sekerja membuatkan kami di sini seronok bekerja, tidak hairan lah ramai rakan yang boleh stay di sekolah ini dalam tempoh masa yang lama. Termasuk lah aku, sudah hampir 11 tahun mengajar di sekolah ini.

Jadual Baraan di Aidilfitri 2010.

Jumaat (24/9)
  • Pn. Salwa
  • Pn. Zarina
  • Pn. Zakiah
  • Pn. Normala
  • Pn. Rozana
Isnin (27/9)
  • Pn. Suzana
  • Pn. Ameeta
  • Pn. Norazuwani
Selasa(28/9)
  • Pn. Azlina
  • Pn. Alawiyah
  • Pn. Hasmiada
Rabu (29/9)
  • Pn. Zaharah
  • Pn. Zaimah
Khamis (30/9)
  • Pn. Saniah
  • Pn. Azizah
  • Pn. Samrah
Jumaat (1/10)
  • Pn. Fodziah
  • Pn. Rosnah
  • Pn. Shuriza
  • Pn. Siti Shuhada
Sabtu (2/10)
Majlis Perkahwinan Fauzana Faeez Yusri

Isnin (4/10)
  • Pn. Wan Pidura
  • Pn. Rohana
Selasa (5/10)
  • Pn. Aidah
  • Cik Wan Haninah
Rabu (6/10)
  • Pn. Noriza
  • Pn. Anazira
Khamis (7/10)
  • Pn. Ruzaini
  • Pn. Sharizan
Jumaat (8/10)
  • Pn. Sarimah
  • Pn. Sumiah
  • Pn. Umi
  • Pn. Azlina Jusin
Sabtu (9/10)
Jamuan Hari Raya di Hotel Cryistal Crown Kepong

Ahad (10/10)
Rumah Terbuka Pn. Hanida di Desa Moccis

Kunjung mengunjung amalan mulia...
Perkara yang baik, lebih baik diteruskan...

FASILITATOR SCHOOL NET

Penempatan fasilitator school net di sekolah sebenarnya memberi impak yang besar kepada pendedahan ICT di kalangan guru-guru. Sekolah aku antara yang tersenarai dalam program khas tersebut. Bukan semua sekolah dibekalkan dengan seorang fasilitator.

Pada tahun lepas sekolah aku bertuah kerana menerima seorang fasilitator yang mahir dalam bidang teknologi maklumat. Pn. Siti Aishah Jantan banyak membantu guru ICT dalam meningkatkan lagi penggunaan peralatan ICT di kalangan guru-guru. Tapi sayang belum pun kontraknya ditamatkan, dia lebih awal meletak jawatan kerana mengikut suami bertukar ke Kedah.

Kami warga sksb terasa kehilangannya. AKu adalah orang yang paling terasa, sebab sentiasa bersama dengannya terutama selepas waktu persekolahan. Banyak jugak ilmu yang dicurahkan kepada kami semua. Kami sentiasa mendoakan AIshah sukses di tempat baru.

Tidak lama selepas Aishah meletakkan jawatan, kami menerima fasilitator baru. Kekosongan tempatnya diisi oleh seorang yang tidak kurang hebatnya dalam bidang ICT. Cik Khairiah seorang yang cepat mesra dengan rakan-rakan guru. Hampir sebulan lebih dia bekerja di sksb.

Sekembali dari bercuti yang agak lama kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri, kami sekali lagi dikejutkan dengan berita yang Cik Khairiah akan meletakkan jawatan. Surat perletakkan jawatannya telah pun dihantar pada hari Jumaat lepas. Dia akan bekerja sehingga akhir bulan ini sahaja. AKu difahamkan dia akan menguruskan perniagaan keluarga. Apa pun semoga K berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan....
Tetapi perpisahan tidak beerti akan putus perhubungan...

Sunday, September 26, 2010

AKU BERHAK UNTUK DISAYANGI

Aku minta maaf sekiranya selama ini aku ada menyakiti seseorang yang pernah hadir dalam hidupku. Tidak pernah terdetik dihati ini untuk menyakiti orang yang kita disayangi. Cuma keadaan memaksa untuk aku mengambil keputusan agar mengundur diri. Ku kira keputusan ini telah mengejutkan banyak pihak. Tapi ikhlas aku cakap, sebenarnya aku tidak boleh menerima dengan apa yang telah berlaku.

Mungkin tawaran dan pilihan yang aku berikan, tidak boleh diterima olehmu dan mungkin juga keluargamu. Tidak cukup ke, selama ini kau menyiksa hidupku. Apakah keputusan yang telah kau buat itu, sebenarnya langsung tiada keikhlasan dihati. Aku ingat kau ikhlas melepaskan aku.

Rupanya kau masih tidak boleh terima hakikat, sebenarnya ikatan kita telah putus secara rasminya. Aku bukan lagi milikmu yang sah. Tidak cukup ke... dengan segala permintaanmu selama ini. Aku berusaha memenuhi segala permintaanmu, walaupun berat untuk aku penuhi. Harapan aku cuma satu, ingin bebas daripada satu ikatan yang cukup menyiksa batinku ini.

Apakah tiga permintaan itu hanya satu alasan, atau ada muslihat disebaliknya. Aku tidak mahu menuduh berdosa besar, jika tiada bukti. Permintaanmu yang ketiga berat untuk aku penuhi... tetapi bila sudah menjadi perintah mahkamah aku akur dengan permintaan tersebut.

Kehadiran aku di rumahmu ikhlas untuk meminta maaf sekiranya selama ini aku ada menyakiti hati kalian. Tapi lain pulak jadinya.

Kalau pun kau begitu menyangangi aku... tolong jangan halang orang lain untuk menyangangiku. Aku berhak untuk hidup bahagia di samping orang yang aku sayangi dan cintai. Aku berhak untuk disayangi oleh insan yang bergelar suami. Aku tidak mahu, berkawan semata-mata, tetapi tidak boleh dimiliki.

Hidup kita nie bukannya panjang, mungkin berbaki berberapa saat sahaja. Aku minta tolong sangat, cukup lah kau menyiksa hidupku. Mungkin kau ingat aku tak tahu apa yang telah kau lakukan padaku. Tapi Tuhan itu maha kaya, maha mengetahui. Sesungguhnya perbuatanmu itu salah.

Aku tak perlukan semua tu, untuk menjagaku. Lagipun aku bukan lagi milikmu. Tak perlulah kau menghantar pengawal untuk mengawal segala gerak-geri aku. Apakah pengawal yang kau hantar ini bertujuan untuk mengintip pergerakkan aku dan melaporkan kepada kau. Aku berhak pilih hidupku sendiri. Aku yakin Tuhan sentiasa bersama hambanya yang benar.

Aku sedikit pun tidak berdendam, malah sentiasa mendoakan kebahagianmu. Tapi sebaliknya kau lakukan padaku. Harapan aku satu, semoga kau sedar dengan apa yang kau lakukan itu salah di sisi agama. Insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Mungkin orang biasa tidak boleh melihat apa yang ada bersama dengan aku. Tapi orang yang pandai dan arif dalam bidang nie boleh nampak khadam-khadam yang kau hantar. Aku yakin tiada kuasa yang lagi hebat daripada Kuasa Allah s.w.t.

Betul lah, kata-kata seorang teman nie, kalau tak terjadi kepada kita.... kita tak percaya adanya jin. Tapi hakikatnya jin itu wujud. Cuma kita tidak pernah melihat dan kalau boleh aku memang tak nak melihat jelmaannya. Takut nanti pengsan kat situ gak.

Aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya dijauhi daripada mereka yang berniat jahat terhadapku.

Kita diuji,sesuai dengan kemampuan hambanya...
Orang yang takut pada ujianNYA tidak layak hidup di muka bumi ini...


MEMBER KAKI REMPIT

Aku happy betul hari nie.... mana tak nya setelah sekian lama aku dok mencari member nie... last-last sekali jumpa kat fb... tambah pulak aku dapat sembang dengannya... kami banyak sembang pasal ceta lama...kenangan kan, sampai bila pun kita akan ingat.

Kak Uda ingat sangat kat aku....bukan apa, kami nie masa belajar dulu kaki rempit .... Lepas kuliah boleh merempit pe PD....semata-mata nak mandi pantai tu... dulu pe mana pun rasa dekat je....yang syoknya high way Seremban - PD masa tu baru siap.... time pagi2 buta memang clear jalan tu... apa lagi, time nie lah seronok main kejar-kejar... naik motor sebuah sorang.... pukul 6.30 a.m baru sampai maktab... pakai baju terus pe kuliah... aku nie nakal... dari sekolah... sampai masuk maktab.

Kawan sebilik aku memang begang dgn aku... sebab selalu tinggal dia...orang kata kalau kita nak buat jahat jangan ajak orang... kalau buat baik tak pe ajak orang... aku pegang tu... jenis aku, dari dulu lagi, mana boleh berkawan dengan sorang... kalau siapa kenal aku... dia tahu lah aku macam mana... dengan siapa pun aku boleh kawan... kalau berkawan dengan aku... dan nak aku berkawan dengan ko je... memang aku tak boleh. Aku minta maaf, bukan jenis aku macam tu.

Lagi satu aku nie, dari dulu sampai sekarang memang jenis ceria dan happy good lucky... jenis hu ha hu ha... tapi tak akan menyusahkan orang lain.

Ceta ni dah 14 tahun yang lalu...tapi member nie still ingat tu no plate motor RG Sport aku... Member aku siap marah tu... kenapa jual motor tu....sebab banyak kenangan merempit masa kat maktab.

Kenangan indah bersama teman....
Menjadikan kita sentiasa diingatannya...

Friday, September 24, 2010

HARI RAYA DI UMAHKU

Bergambar kenangan bersama kawan-kawan selepas UPSR. Sebenarnya ini lah kali pertama kekawan sekolah aku datang umah... yang selalu datang umah aku, bukan kekawan sekolah... Setelah berkali-kali dipujuk aku mengalah jugak lah.. aku segan nak ajak kekawan. Umah orang bujang nie faham-faham lah.. Ikhlas umah aku nie.... aku balik untuk tidur je.

Aku sebenarnya bukan buat umah terbuka pun... sebenarya nak datang beraya umah aku, datang lah bila-bila pun tak kisah.... jangan tunggu umah terbuka.... hari raya nie tak perlu dijemput.... tapi masalahnya, aku nie jarang lekat kat umah... so kalau ada niat nak datang call lah dulu.... hujung minggu selalunya aku selalu sibuk.

Kawan-kawan je tolong ajak-ajak kekawan yang lain... aku tahu, ramai kekawan tertunggu-tunggu nak datang umah aku.. he he he nak tengok umah bujang... nie betul-betul umah bujang... kawan lelaki yang datang pun dok perli... macam mana aku boleh hidup tak ada dapur kat umah... tu sebab aku balik umah untuk tido je...aku dah siap-siap makan kat luar... tu lah rahsia aku boleh kekal badan dari dulu hingga kini.... hampa jangan ikut, nanti mati kebulur... aku dah biasa.

Kalau ada kawan yang terasa hati macam aku tak jemput... jangan gitu.... aku sedih.....raya datang je....kita ada kelapangan bila-bila boleh ziarah rakan-rakan. Aku terima je kunjungan kekawan semua. Aku jamu lah apa yang termampu. Apa penting agar silatulrahim antara kita akan berkekalan.

Aku puji lah kawan-kawan aku nie.... tak ajak sendiri pun.. kawan tolong ajak pun datang. Memang ada sesetengah orang kalau tuan punya diri tak jemput tak pe....Depa nie kali pertama datang ke umah aku... masing-masing dok telefon... aku penat memberi arahan jalan pun ya.. Tahun depan dah boleh datang sendiri kan senang.

Kak Anan sekeluarga pun datang.... dah lewat dengan anak kecilnya.... kesian gak umah aku nie jauh ke dalam.... memang kalau orang tak pernah masuk Saujana Utama jenuh lah jugak. Kak Sofea tetamu penutup tirai.... pukul 11.30 balik...kata je duduk dekat. Tapi nak jumpa punya lah susah. Dia selalu lalu depan umah aku.... tapi selalu aku yang tak ada kat umah.

Kemeriahan hari raya tu ada.... sebab kekawan datang selepas time sekolah.. pakai baju kurung... bawak anak-anak... seronoknya. Masing-masing kakak-kakak aku nie dok bising... umah besar duduk sorang. Tak takut ke....dok suruh aku cari teman.... Dia ingat senang nak cari teman yang jujur sekarang nie.... aku bukan tak percaya kat orang.... tapi susah lah sekarang nak cari yang jujur. Tapi aku tak cakap tak ada ok....

Anak buah aku pun sampai jugak.... terima kasih datang umah Mak Itam.... anak buah nie dari Cheras.... aku pun tak tahu lah macam mana boleh sampai Batu Arang.... dah tu call lagi sekali dah sampai Meru.... pening aku nak beri arahan.... GPRS aku nie kabur sikit kalau time kelam kabut...nasib baik aku bagi arahan gini...gini dia boleh faham... sampai lah jugak.

Cikgu petang, balik sekolah je terus ke umah aku... aku dah tak larat nak berbaju kurung... aku nie ramai kawan.... kalau nak jemput semua kena tunggu pasang 3 khemah nanti... doa-doakan supaya cepat aku dapat buat kenduri. Kenduri apa???... kenduri doa selamat... Tak kan nak buat kenduri kahwin pulak kan...

Terima kasih kepada jiran-jiran yang sudi hadir... tu pun jiran depan aku tak ajak.. segan aku. Aku nie fikir macam-macam sebenarnya... tak pe lah ada nanti masa aku akan jemput yang lain. Bila aku pun tak tahu....

Memutuskan silatulrahim tidak mencium syurga....

Tuesday, September 21, 2010

KESUDIAN DIHARGAI

Mungkin orang lain pernah mengalami situasi yang aku alami pada malam ini... kesudian seorang untuk berkunjung ke rumah kita aku amat dihargai... Pada awalnya aku segan gak nak jemput. Maklum lah umah orang bujang.... faham-faham je lah... Dalam kepala nie dok fikir apa aku nak jamu untuk tetamu.... Tambahan pula salah seorangnya, aku anggap agak istemewa....he he he he... untuk entry akan datang aku akan story ... apa yang istemewanya tetamu nie.... tunggu.............

Ini kuih raya yang dibekalkan oleh kakak aku.... tak sempat lagi nak top up yang baru... maklum lah sibuk anak-anak nak ambil UPSR lah kata kan....

Semua juadah yang ada di atas meja tu aku beli je... aku nak masak he he he .....aku buat teh o je... lemang dan satay aku oder kawasan Saujana nie.... Satay tu pun nasib baik aku tempah awal... kalau tak jenuh gak nak fikir nak jamu apa.... dah lah yang nak datang tu tetamu istemewa... kesudiannya membuatkan aku begitu gembira.... sehingga tak terkata-kata....

Nasib lah bila tetamu dah ada depan mata aku mampu lagi berkata-kata walaupun tak serancak selalu... kelu jugak lidah den dibuatnya.

Terima kasih kepada rakan aku Apis, anak ustaz...nama pun terlupa nak tanya... dan kawan mereka tu... kerana sudi datang ke umah aku... itu saja yang termampu aku sediakan kepada kalian semua.

Kesudian tetamu memenuhi jemputan....
Menjadi kegembiraan kepada tuan rumah....

DEBARAN HARI PERTAMA

Hari nie merupakan hari pertama calon-calon UPSR menduduki peperiksaan.... debaran peperiksaan tetap terasa... tak heran kalau ada ibu bapa yang sanggup ambil cuti semata-mata untuk memberi sokongan kepada anak mereka.... tidak kurang juga ibu bapa yang tension lebih daripada anaknya... mcm dia pulak yang nak ambil periksa...

Aku tak cakap orang jauh.... tengok rakan-rakan sejawat aku yang anak mereka ambil periksa cukup lah.... dia yang tak duduk diam...

Murid-murid beratur mengikut angka giliran sebelum masuk dewan peperiksaan.... sekali lagi cikgu akan pastikan murid masuk ke dalam dewan dengan membawa peralatan peperiksaan yang mencukupi dan tak lupa slip peperiksaan.

Cikgu Tahun 6 memang time nie sibuknya, mana nak tengok siapa yang tak hadir....dah tu nak hubungi pulak...ada pernah satu tahun tu.... pe cari kat umah..... pendek kata selagi tak masuk dewan tu macam-macam budak-budak nie... nak ke tandas lah... barang nie tertinggal lah....

Sekolah kami, sudah menjadi kebiasaan.... cikgu akan sediakan sarapan pagi untuk semua murid bagi memastikan mereka bertenaga untuk menjawab peperiksaan. Kalau ibu bapa...sorang je anaknya yang mbil periksa... tapi cikgu lagi ramai anak-anak yang ambil periksa.... ingat cikgu-cikgu boleh tenang ke???? tak boleh.... selagi tak habis periksa, tak tenang punya.... dah habis, berdebar tunggu keputusan lah pulak....

Nie adalah salah seorang rakan sekerja aku yang anaknya mengambil peperiksaan tahun nie.... tengok macam ceria kan.... tapi tuhan je yang tahu.... anak tunggal... tu lah satu-satu harapan.... selain member nie....ada lagi 2 orang kawan aku yang ada anak tunggal ambil periksa tahun nie....

Apa pun kita doakan anak-anak didik kita dapat buat yang terbaik. Kita dah berusaha bersungguh-sungguh... kita bertawakal kepadaNYA.

Orang kata peperiksaan penentu segalanya....
Bagi aku peperiksaan bukan penghujungnya...

REFORMAT HATIMU

Hari nie, nak balik sekolah tadi... mak cik guard hulurkan satu bungkusan pos laju... sebenarnya aku dah tahu dari mana dan siapa pengirimnya.... sebab semalam, ustaz cahaya dah call... memaklumkan buku yang aku pesan telah pun dipos.

Sebenarnya buku REFORMAT HATI DALAM 354 HARI telah pun berada dipasaran... buku nie ditulis oleh Ustaz Norudin Dramana @ Ustaz Cahaya yang dicetak oleh Osis dan diedarkan oleh Alaf 21.

Kalau nak ikutkan boleh je aku beli kat kedai buku mana-mana.... tapi nak dapatkan buku yang ditanda tangan oleh penulisnya sendiri....aku terpaksa tunggu lama tau...daripada sebelum raya ari tu... baru ari nie dapat... maklumlah buku nie dari Shah Alam.... naik belon ke Bintulu... ditanda tangan oleh penulis... dan naik belon lagi sekali...baru sampai ke Sungai Buloh.

Aku belum mula membacanya lagi....baru sempat baca isi kandungan dan penghargaan. Insya Allah aku akan baca kandungan buku ini sampai habis.... disebabkan tajuknya yang menarik membuatkan aku tertarik untuk memilikinya. Kita selalu dengar orang format komputer.... tapi kita jarang dengar orang format hati..... kita patut pelajari cara format hati yang berkarat nie....mudah-mudahan kita menjadi insan yang mempunyai hati yang bersih setelah diformat.

Tahniah kepada Ustaz kerana berjaya menghasilkan buku ini.

Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri....
Perubahan diri bermula daripada perubahan hati...

Sunday, September 19, 2010

AKU HALALKAN

Hari ini dan malam ini, merupakan malam terakhir dia tuisyen dengan aku... Balqis Idyanti Kamarullail (ketiga dari kanan) sebenarnya anak kawan aku... dia tuisyen Bahasa Melayu dan Matematik sejak darjah 4 lagi... pada awal dia tuisyen aku tinggal di Kuarters Institusi Pendidikan.... lepas tu, aku pindah ke Kampung Melayu.... dia masih jugak ikut... dan bermula Mac ari tu dia tuisyen di umah aku di Seri Pristana... bayangkan dalam masa 3 tahun.... 3 kali jugak lah dia ikut aku berpindah.

Sepanjang tempoh 3 tahun tu jugak lah dia sentiasa kena marah dengan aku.... adalt lah belajar kan... kena marah tu biasa.... aku harap berkat kesabaran dan ketekunannya selama ini.... insya Allah dia akan beroleh kejayaan. Betul lah orang selalu cakap... walaupun emak seorang guru, belum tentu dia boleh ajar anaknya sendiri.... padahal kawan aku tu... cikgu Bahasa Melayu. Tapi kalau dia mengajar... mcm nak makan anak sendiri....sudahnya aku yang makan anak dia...

Kepada Balqis dan semua anak murid aku yang akan mengambil peperiksaan UPSR esok... cikgu telah pun halalkan segala ilmu yang telah diberikan...dan cikgu doakan semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

Ilmu perlu dicari....
Ilmu tak boleh diwarisi....

KEHADIRAN YB DI SEKOLAH DEN

Hari Jumaat sekolah aku dah start persekolahan seperti biasa... boleh tahan gak meriahnya... pagi2 lagi kami berhimpun di kantin, kebetulan hari tu cuaca tidak mengizikan.. Hari Jumaat kebiasaannya kami akan mengadakan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid.

Selepas bacaan Yassin, sementara menunggu ketibaan YB, ada beberapa guru menyampaikan pesanan kepada murid-murid.... terutamanya murid tahun 6 mengenai peperiksaan UPSR yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi.

Kehadiran YB kali ini adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk alat tulis kepada murid-murid tahun 6.

Dari kanan, Kak Gee, Kak As, Izan, Lucthmy dan Wani

Tengok....bukan murid je yang dapat... tapi semua guru yang mengajar tahun 6.... yang tak mengajar tu jangan jelous ye.... tahun depan jumpa gb... minta nak ajar tahun 6 kot dapat hadiah lagi besor no....kalau tunggu je...takut orang tak bagi...

Tengok kekawan aku... ceria sungguh... wajah2 mereka yang mengajar tahun 6.... siapa kata tension mengajar tahun 6.... mungkin lain oranga... lain pandangannya... gengs kami memang best lah....

Anak murid aku lagi soronok.... kalau dah cikgunya pun seronok.... ada macam2 colour tu... merah, hitam, biru... aku pilih hitam... hitam itu menawan. he he he.

Hebat tu penyelaras aku.... hidup cikgu Rozam... senyum bukan main lagi dapat alat tulis drpd YB...(baju putih) Kalau UPSR tak mansuh... tahun depan boleh jadi penyelaras lagi... kami sentiasa menyokong dari belakang... janji kami tak jadi penyelaras....

Tahniah kepada yang hadir pada hari tersebut.... mereka nie antara yang berjaya memujuk mak bapak balik awal... he he he.... tak salahkan kepada yang tak hadir.... mak ayah cuti lagi... dah lah balik kg setahun sekali... time nie lah nak duduk lama sikit kat kg kan.... Lain kali kena buat cuti bagi sama dgn orang yang keja...

Menghargai pemberian yg ikhlas lebih baik...
Daripada meminta-minta daripada mereka yang belum tentu ikhlasnya....