Thursday, May 28, 2009

HADIAH KAK YONG


Ari nie semua umah orang aku nak singgah...tapi tu lah masa tak mengizinkan. Umah k.yong nie lama sangat dah tak singgah. Tu singgah kejap. Dia offer suruh ambil hadiah nie..aku apa lagi orang bagi aku kutip buat koleksi seberapa banyak yang boleh..Terima kasih akak. Tu pergi jalan jauh2 jangan lupa pulak beli buah tangan kat kami nie....
Tangan yang memberi..
lebih baik dari yang menerima...
Tapi saya tetap terima..


Bukan senang nak dapat nie.. nsib baik ada orang yang bermurah hati... ok jugak lama tak muncul.... muncul2 je bagi hadiah.....

Wednesday, May 27, 2009

SYURGA CINTA

Selalunya pada hari jumaat.. kami ge poyo2, tapi oleh kerana ari nie aktiviti kokurikulum dibatalkan... murid2 ada peperiksaan pertengahan tahun..kami buat aktiviti sendiri kat luar...Aku sebenarnya dah lama tak tengok wayang, tak ada geng...semalam aku saja tanya minah nie nak join tak tengok wayang...aku dapat respon baik...ha..kali nie mesti jadi,dah tu ada pulak yang nak mengikutnya.

Kak wan nie tak pernah tengok wayang, nak join sekali...katanya nak belajar mcm mana nak beli tiket. Nanti senang nak ajak anak2 ge tengok.. Ingat aku je dok giler nak belajar buat facebook lah...rupanya beli tiket wayang pun ada orang nak belajar. Tapi sayang last minute...k.wan tak dapat ikut sebab dapat call kena ge meeting kat kuala selangor.... Lain kali k.wan ya..saya ajar. Saya ajar pakej lengkap...saya tunjuk jalan, tmpt parking, cara beli tiket, nak cari seat...semua lah saya ajar nanti...

Aku ingat, aku dgn nana je ge...rupanya ada lagi yg nak join sekali. Aku terkejut jgk bila wan nak join sekali... cerita nie memang sesuai dgn jiwa kami nie...memang berbaloi lah aku bayar RM6... sebab jalan cerita nie boleh membuatkan aku gelak sakan, ada pengajaran dan pelakonnya aku minat...siapa yang belum tengok, boleh lah tengok... seronok. Ari nie, aku layan lah adik2 dua orang nie...

Lepas habis menonton wan terus balik...aku dengan nana apa lagi ge makan dulu... isi perut, nanti balik umah tak yah nak fikir pasal makan.... Nana, akak enjoy kuar dengan ko... lain kali boleh akak join ko menonton teater... tapi konsert siti nie tak dapat akak nak ikut.. program penuh 2 minggu cuti sekolah nie....

Sunday, May 24, 2009

RONDA-RONDA

Hujung minggu nie, anak buah aku sibuk nak jalan... boring asyik duduk kat umah je.. So aku tanya nak ke mana minggu nie...?? Ke Putrajaya lagi. Ha.. minggu lepas dan ke sana, minggu nie ke sana lagi.. Tak kisah lah janji dia orang seronok.. Budak2 selagi tak puas, lagi tu lah nak pergi ... esok bila dah boring baru mintak nak ge tempat lain. Kita yang tua nie, yang boringnya...tapi layan je lah...

Akak aku nie ada lesen keta tapi takut nak drive... kalau abang ipar aku kena operasi... aku lah jadi mangsanya melayan budak2 nie bawak jalan2. Aku jenis tak kisah... sebenarnya jauh jugak dari sg buloh ke cheras nie... selalu aku balik pagi... jalan lapang sikit 1/2 jam dah boleh sampai umah... mandi2 terus ge kerja...

Kat atas tu lah... antara gambar yang kami rakamkan... seronok dapat abadikan gambar dan berkongsi kegembiraan dengan rakan2 yang lain.

TIBA MASANYA

Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Kalau menoreh getah, tak ada pisau toreh alamaknya termenung je lah kat kebun getah. Kalau cikgu tak ada lesson note masuk kelas alamaknya sembang je lah ari tu... Cikgu lama tak ada lesson note, tak kisah kan... sebab dah tahu nak ajar apa kan... tapi kalau cikgu baru tu... heran jugak kan tak ada lesson note. Cikgu baru ke!! cikgu lama ke!! semua orang kena ada lesson note dan setiap kali masuk kena bawa bersama. Bawa tu mestilah yang dah bertulis... jangan ajar dulu baru tulis...

Tiba masanya kita kena tulis, tiba masanya kita kena hantar untuk disemak, tiba masanya buku tu akan digunakan untuk buat penilaian prestasi..

Nie lah bilik tempat aku lepak. Bilik nie dah berwajah baru... kerusi tu ehsan daripada pss. Terima kasih su... nasib baik k.ana pandai repair kerusi tu... so aku dah tak heran balik petang pun... agak mengantuk aku tido kejap... bangun boleh sambung kerja balik. Orang kata rehat seketika boleh membuatkan seseorang tu lebih bertenaga... Aku takut bukan tido kejap.....takut tertido terus je...Tapi aku dah pesan kat kawan aku...kalau dah lewat petang keta aku ada lagi kat sekolah tu... tolong jenguk kat bengkel... takut aku tertido sedar2 dah pagi esok...

Pernah masa duduk di siber didik... aku tertido.. sedar2 dunia dah gelap gelita... rupanya dah malam.

Tiba masanya kita kena rehat... kita bukan robot yang boleh bekerja tanpa berhenti setiap masa. Komputer yang canggih pun sampai masanya perlu ditutup, takut nanti heng. Semua maklumat hilang. Kalau manusia hilang maklumat lagi susah. Takut nanti kena hantar kat........

Lagi seminggu dah nak cuti sekolah.... wah seronoknya, siapa yang seronok nie... cikgu ke murid yang seronok??? Murid lah seronok. Cikgu... kena tanda kertas peperiksaan pertengahan tahun... naik cuti dah kena hantar markah... Guru dan murid tahun 6 ...sah2 le ada bermcm-mcm program peningkatan.

Selama seminggu peperiksaan pertengahan tahun bermula 25/5 hingga 29/5. Hari pertama dah tentulah Kertas bahasa melayu, semua dah siap diklip dan dibungkus...dan diletakkan di atas rak dalam bilik kebal... esok tinggal nak agihkan kepada murid-murid.

Setelah 5 bulan aku memegang KP... kalau dalam politik 5 tahun tu dikira sepenggal... kena buat pilihan raya baru. Aku terpaksa melepaskan jawatan tu oleh beberapa sebab dan atas nasihat jemaah nazir. Aku rela melepaskan jawatan tu kerana aku tahu ada orang yang lebih layak daripada aku bagi jawatan tu...lepas nie aku dah kurang sikit menanda kertas bahasa melayu... aku akan ajar 1 kelas je bm dan yang lain matematik.... mungkin satu lagi moral kot nak cukupkan waktu... tak kisah lah, nasib baik kat oum pun aku ambil moral... mungkin dah boleh mula dipraktikan di sekolah... apa yang aku belajar di kelas..

Bila tiba masanya kita kena buat, kita kena susun, kita kena klip, kita kena tanda itu lah keja guru.

RAKAN SEKELAS FORM 5

Mamat paling macho dalam kelas kami masa form 5. Habis SPM aku dengar ceta ko sambung belajar kat UiTM... entah ya entah tak aku pun tak tahu.... Sebab lepas habis belajar aku tak pernah lagi dah jumpa ko... Cuma ada beberapa kerat je yang masih lagi berhubung sehingga ke ari nie. Ke ko sambung belajar ke oversea?... mcm tiket kapal terbang je kat tangan ko tu... ke tiket feri....

Keng kawan kita yang lain mesti seronok tengok gambar ko kat sini... tapi kan ini gambar masa ko umur berapa agaknya....? Saiful akma, nama bapak ko pun aku dah lupa... maklumlah dah lama kan. Dah berbelas tahun... nasib baik nama ko aku ingat lagi...

Saturday, May 23, 2009

INTAN SEKELUARGA

Intan bersama suami tercinta dan dua orang cahaya mata.

Intan MT3, kami nie sekelas time B.Melayu je... tambah pulak satu blok, satu aras.. jadi rapat lah jugak. Bila masing2 dah ada komitmen nie dah jarang jumpa... dulu ada jugak aku datang ke umah dia.. Umah dia area, umah mak mertua aku je...

Sekarang nie lagi sibuk dengan belajarnya lagi... kerja kat sekolahnya. Ari tu pergi sekolah dia pun tak sempat nak jumpa... Sebab niat nak jumpa kawan masa keja part time dulu... sekarang kawan aku tu dah masuk goment. Ada peluang tu... mohon KPLI..

Hidup nie biar ada matlamat, sebab berapa ramai orang yang gagal kerana tiada matlamat dalam hidup. Hanya berserah kepada keadaan dan hanya mengikut apa yang orang lain buat.

GELAGAT CIKGU2 SKSB

Permainan bola jaring tak boleh dipisahkan... dah jadi satu acara yang perlu diadakan setiap tahun... Bukan apa murid nak jugak tengok bakat2 cikgu nie.... aku nie nampak je brutal tapi bola jaring aku tak minat... teori tu boleh lah....kalau amali hancus aku....kejap kan murid yang ajar aku... tapi orang bagi jugak kat aku... permainan bola jaring.... belasah je lah kan... pilih2 sangat kan ckp kita cikgu yang mengada-ngada... nak yang dia minat je.. nak yang dia pandai lah... nak yang senang lah... siapa yang glamor, yang tak payah promosi....jawab lah sendiri...

Nie pulak, peralatan yang digunakan untuk acara mengukur kelapa. Bermula cikgu lelaki akan mengupas kelapa dengan menggunakan parang. Kemudian cikgu perempuan mengukur kelapa menggunakan alat khas... Aku pun tak tahu lah dia orang nie ge belasah kat mana alat kukur nie.. ada lagi rupanya alat nie... bayangkan mak kita dulu nak masak kari ayam bukan main susah kan.... sekarang senang je... yg segera pun banyak kat pasaran. Barang yang lama tetap ada sentimental valuenya kan...

Tengok lah suasana orang2 lama main permaianan zaman budak2...riuhnya tak usah nak cerita lah... Aku ingatkan bagus jugak buat permainan tradisional nie.... bukan apa ada sesetengah muri tu tengok mcm pelik je.... Aku ingat mereka tak pernah tengok.. apatah lagi nk main.... budak sekarang belajar2 je....zaman dah berubah negara dah maju....

Nie group perempuan... mak2 orang nak main baling tin.... kali nie aku cuma dapat jadi pemerhati dan jurugambar... sebenarnya aku ambil gambar nie untuk koleksi sendiri... mana tahu esok berubah hati nak tukar sekolah.... ada jugak gambar kawan2 lama.... Istemewanya sekolah nie dah macam satu keluarga.... ada 2-3 orang cikgu nie memang suka bergambar... so tak pelik lah kalau kat blog aku nie banyak muka dia...nak tahu sapo org tu.....tengok atas sebelah kanan tu....

Add ImageMacam2 aksi cikgu2 nie.... bila boring2 tengok balik gambar nie mesti seronok. Tambah2 lagi geng 4 jejaka depan nie.... semua dah bapak orang tu.. tapi perangai je macam bujang.... jangan marah ye Jef, Khidir, Rasyid, Nasir dan Shafie... Kecuali Ustaz je bujang lagi....
Hafiz ko jaki dgn akak ya... akak isi semua acara akak masuk. Tapi satu acara pun tak ada nama akak. Akak merajuk lah... sebab tu akak tak tukar baju sukan... Ko kan tahu akak masa kecik, tu lah permainan kat kg...baling tin. Dah la lama tak main, ada peluang orang tak bagi.... nie yang marah.. ko hafiz, cepat lupa jiran... bekas jiran nie....

Murid tak sabar menunggu acara yang akan berlangsung di tapak perhimpunan. Aku rasa, tahun nie lah sambutan hari guru yang paling meriah. Sepanjang aku bertugas di sekolah nie. Program yang dirancang berjalan dengan lancar. Ditambah lagi banyak acara yang membuatkan semua penonton nak pecah perut dibuatnya. Kira berjaya lah program tu... kalau cikgu yang selalunya serius pun boleh gelak sakan.... Tahniah kepada pengerusi kelab staf kerana dapat merancang aktiviti dengan baik.

Nie pulak group yang tak ambil bahagian dalam acara sukan.... ada yang lebih suka jadi penonton je daripada mengambil bahagian. Ada tu, berminat giler tapi tak boleh nak sertai.... sebab ada dot...... Ustaz tu apa lagi buat kat situ.... semua cikgu lelaki kat tapak perhimpunan tu... K.liza tahun nie control ayu lah pulak... kalau tak dia lah kaki gedik.... kenapa akak??? wake up 2!!! tak yah le merajuk lama-lama.... Geng ustazah tak ambil bahagian ke???? rugi bila lagi nak main sama2....

Cikgu yang rajin akan sentiasa mencari peluang untuk menanda buku. Semasa hari guru pun sempat lagi menanda buku. Cikgu nie bukan berlakon, tapi itu lah dirinya yg sebenarnya. Aku ingat kalau setiap tahun pun dia dapat anugerah khidmat cemerlang tak ada siapa pun boleh pertikaikan. Kalau aku... mungkin org pertikaikan kot, sebab tahu ambil gambar je... ha..ha.. Akak, dah tu kita sambut hari guru dulu. Esok je lah kita sambung keja2 tu. Ikutkan keja nie, tak pernah habis pun. Apa lah salahnya kita luangkan sikit masa untuk menghargai diri sendiri. Hari nie diraikan khas untuk kita semua akak...

Nana, banyaknya hadiah.... wah guru paling glamor nie... ko kira ok lah, dapat banyak hadiah akak tak heran.... kira ko mcm artis lah kat sek. kita, dalam youtube dah masuk. Wah dah ada peminat sendiri nie.. bakat yang ada tu jangan persiakan... mcm akak nie dah kayu ko suruh menari, minta maaf le.... Tapi yang akak heran tu... k. wan kaki membebel pun dapat banyak tu hadiah... sampai tak larat nak bawak.... mintak sikit pun, kedekut...

GELAGAT BLOGGER

Ani jangan marah ya...aku upload gambar ko. Aku rasa geli hati sangat dengan ko nie. Setakt nie ko lah kawan aku yang masih boleh di bawa ke hulu ke hilir walaupun ketika bersama dgn ko telefon sentiasa berbunyi.... tapi masih lagi boleh kuar sama. Aku terkilan sangat tak dapat ajak ko minum masa ambil modul ari tu.

Ani nie... konon2 nak ambil curi2 gambar aku... dia tak tahu, aku pun masa tu kamera on... apa lagi aku snap gambar dia... aksi blogger, ke mana pegi mesti ada kamera. Rasa sayang detik2 indah tak dirakamkan untuk simpanan dan mungkin boleh jadi tatapan untuk kengkawan yang lain.

Tuesday, May 19, 2009

TERBANG DI AWAN BIRU


(Dari kiri ke kanan) :

  • Lt Muhamed Afizan Bin Jaafar TUDM (373109)
  • Lt Armannizam Bin Tahir TUDM (373090)
  • Lt Shamsul Ehsan Bin Alwi TUDM (373122)
  • Lt Nazlan Shah Bin Zainal TUDM (373093)
  • Lt Mohd Yazid Bin Abu Seman TUDM (373107)
  • Lt Juhaili Hanim Bte Md Salleh TUDM (373128)
  • Lt Mohd Haniff Bin Mohammad TUDM (373111)
  • Lt Norazlan Bin Termuzi TUDM (373121)
  • Lt Anuar Bin Sungkanah TUDM (373088)
  • Lt Suresh a/l Vijayaratnam TUDM (372629)
  • Lt Ahmad Khusairi Bin Ahmad Fadli TUDM (372553)
  • Lt Mohd Razlan Bin Jamaluddin TUDM (373104)
  • Lt Magesvaran a/l Ramadas TUDM (373102)
  • Lt Mohd Anuar Bin Ahmad TUDM (373103)
  • Lt Alfan Naem Bin Katiman TUDM (373087)
  • Lt Nurul Amir Bin Othman TUDM (373011)
  • Lt Muhamad Fazri Bin Md Zin TUDM (373139)
  • Lt Suriati Bte Abd Kadir TUDM (373136)


Sebenarnya aku tak pernah berjumpa dengan rakan sekelas aku nie.... selepas tamat SPM 1995. Masing-masing membawa haluan sendiri. Jika aku pilih kerjaya TUDM dulu tak mustahil akan bekerja ataupun berpeluang bertugas di bawah satu bumbung. Bezanya aku masuk untuk jawatan rekrut, tetapi dia memohon memasuki Kolej Tentera Udara. Haniff nie dari sekolah rendah lagi sudah terserlah ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Tahniah haniff, aku sebagai kawan bangga dengan kejayaan ko... Hanif yang kelima dari kiri... paling cerah kulit tu....

Gambar nie pun aku dapat kat laman web... zaman ko tamat latihan dulu kot.....tahun 1999. Gambar 10 tahun yang lalu. Aku cari jugak gambar keng kawan yg lain.... tak jumpa... aku dengar ceta fadli pun masuk TUDM ya... ke??? Masa kawan aku di KTU ada juga aku tanya tp dia tak kenal....


Monday, May 18, 2009

PUSING2 PUTRAJAYA



Biasalah aku nie... kalau nak ke mana2 tak suka berkawan susah...sebab aku nie suka ikut kepala angin aku.... Ari Sabtu lepas ambil Modul aku terus balik... tapi sampai jalan Duta aku terus je drive menghala ke sungai besi... apa lagi ke umah anak buah aku le.... pada hal tak plan pun....udahnya Isnin pagi 6.40 am baru sampai umah....mula lah kelam kabut...

Ari Ahad... aku kuar beli KFC kat anak buah aku nie.... sebenarnya aku tak suka bagi budak2 makan fast food... tapi kesian pulak... tak pe lah.... "Kakak, angah.... setahun sekali je boleh makan tau?" " ok".... lega sebab dengar kata.... apa lagi seronoklah budak2 nie dapat mkn KFC...

Oleh kerana semua berperangai ok ari tu.... aku pun bawa lah ronda2 putrajaya... abahnya jenis tak suka pergi tempat yang dia tak tahu....( habis bila nak tahu kalau macam tu ) nie sementara dia masuk hutan... aku bawa lah budak2 nie jalan.... pusing2.... Izzat pun dah pandai bawak jalan langsung tak menangis.... kalau kat umah tu... kejanya menangis... je... budak zaman sekarang kan.... aku dulu rasa tak mcm tu pun.... elok je letak je kat situ.... kat situ lah aku.... Betul ke... org tua kata kalau budak masa kecil baik je.... tak bergerak2, bila besar pemalas... tapi kalau tak reti duduk diam tu...besar rajin..... yg nie aku tak buat kajian lagi....ada tak siapa yg dah buat kajian... boleh kita kongsi kebenarannya....

UCAPAN SMS

Sms yg aku terima daripada keng kawan semasa hari guru...terima kasih kepada keng kawan yang mengirimkan ucapan sms....akan aku simpan sms berkenaan sebagai kenang2an.....aku hargai walaupun hanya sms...tetapi cukup bermakna bagi aku...tanda kalian masih ingat kepada aku untuk mengucapkan selamat hari guru yang setahun hanya sekali disambut...

Masa terus pergi....tetapi perjuangan guru x pernah mati....murid datang dan pergi silih berganti...guru tetap sentiasa berbakti.....Selamat Hari Guru moga ceria selalu.
# Ilot - 15/5 - 21:02

Today is fifteen, esok enambelas, recess go to canteen, masa ngajar pe kelas, today is Friday, esok hari Sabtu...Happy teacher's day. Selamat hari guru khas utk kalian....yg bergelar guru.
# Ani - 15/5 - 23:59

Selamat Hari guru, Jadilah guru yang bersemangat waja.
# Ucu - 16/5 - 00:13

Banyak dapat BUNGA?...tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN?...tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM?... tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ? tanda guru sentiasa diingatan. Selamat hari guru.
# Azi OUM - 16/5 - 07:02
# Azizah Mamat - 16/5 - 09:16
# Samrah - 16/5 - 19:11

Selamat hari guru. Guru pembina negara bangsa. Berbahagialah menjadi guru, kerana jika kerja kita disertai ketekunan jadi bakti, disertai ketelusan jadi budi, disertai keikhlasan jadi amal, disertai ketakwaan jadi iman.
# Aspina jb - 16/5 - 08:33

Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurannya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah mendi guru. Selamat Hari Guru.
# As PI/KH - 16/5 - 08:34
# Kak Yati Kedah - 16/5 - 09:16

Diri mu umpama lilin, menerangi Insan dalam kegelapan. Selamat hari guru.
# Wa Kota Damansara - 16/5 - 08:46

Beluru bukan sebarang beluru, pucuk sedawang bunga gedangsa, guru bukan sebarang guru, penyuluh kampung, pembela bangsa. Selamat hari gru 2009.
Guru pembinan negara bangsa. terima kasih.
# 16/5 - 11:30

Mak ckp cikgu mcm MAGGI, makan masa susah. Ayah ckp cikgu mcm D'SEEKERS, menakutkan. Atuk ckp Cikgu mcm ASTRO, mcm2 ada. Tp saya ckp cikgu mcm LOREAL - kerana dirimu berharga! Selamat hari guru.
# Sham MPRM - 16/5 - 11:45

Happy teacher's day. Guru pembina negara bangsa. Berkhidmat selagi nadi berdenyut. Tahniah dan terima kasih guru2ku.
# Hariza kabol - 16/5 - 13.30

Yang menghafaz itu guru sejarah....yang cakap berbunga itu guru Sastera...teratur ayatnya guru BM... gelap kulitnya guru PJ...sopan orgnya guru sivik.... warak orangnya guru agama... pelik orgnya guru seni.....power ckpnya guru besar....tak pemarah guru kauseling....hebat bahasa guru Etems....banyak tuisyen guru BI..... byk klimnya guru SBT....paliang byk waktu free guru Data...yang selalu goyang kaki guru muzik...sabar orgnya guru pend. khas....walau siapa pun kita....selamat hari guru.
# Kak Im - 16/5 - 13:56

Adakala kita dicaci...kita dimusuhi....kita dimarahi...kita tidak dihargai...tapi, kita akan tetap tersenyum walaupun dalam pilu, kita akan tetap melangkah biar pun hampir rebah, kita akan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar....selamat hari guru. " Guru Pembina Negara bangsa"
# Ila Nasir - 16/5 - 18:49

Selamat hari guru. Semoga jasamu dikenang hingga ke akhir hayatmu....
# Jasmi - 16/5 - 20:15

Bila murid duduk...cikgu berdiri! bila murid di seligi..cikgu pulak kena gari...murid datang naik BMW 7 siri....cikgu naik motorburuk road tax pun dah mati! muri pe belajar sampai PHD...cikgu baru berkira2 nak sambung degree...Namun begitu...di dunia, cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi....selamat hari guru.
# Salwa P.Piol - 16/5 - 20:34

Hidup sebagai seorang guru penuh cabara & dugaan...jika terjatuh bangun, dan katakan lah.."woi sapa yang tolak aku nie? Selamat menyambut hari guru 2009!
# Rosmanizam - 17/5 - 14:15

I can appreciate coffee without susu....Nights without lampu...Burgers without keju...But not school without cikgu... Happy teacher's day....
# K.as - 18/6 - 14:48

HAPPY TEACHER'S DAY

Terdapat banyak hari yang kita sambut sepanjang tahun... Termasuklah Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tahun nie...diam tak diam, rupanya tahun yang ke 10 aku menyambut Hari Guru sebagai seorang guru terlatih....walaupun aku sekarang telah bergelar seorang guru....aku tidak lupa jasa2 guru2 yang telah mendidik aku...daripada tidak tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah ke tahap yang aku kecapi sekarang....tanpa mu guru siapalah aku....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 yang telah mengajar aku di :

  • Tadika Kemas Damak ( 1984)
  • SK Damak ( 1985 - 1990)
  • SMK Damak ( 1991 -1995)
  • SMK Ibrahim Fikri ( 1992 tak sampai setahun pun )
  • IPRM Seremban ( 1996 - 1999 )
  • OUM ( 2006 -2009)
Tak lupa kepada semua rakan2 yang bergelar pendidik, terutamanya yang berada di :
  • SK Sungai Buloh
  • Rakan2 zaman sekolah randah & menengah
  • Rakan di IPRM
  • SK (LKTP) Sungai Retang
  • Rakan2 guru di alam maya
  • kepada semua pendidik....
SELAMAT HARI GURU

Thursday, May 14, 2009

HAPPY BESDAY

Pada bulan mei nie...aku ingin menucapkan selamat Hari lahir kepada keng kawan :

  • Kak Azlina Ebil - 15 Mei
  • Kak Fadillah Sulaiman - 15 Mei
  • Mazlina Haja Maideen - 16 Mei
  • Suzanna Md Saud - 17 Mei
  • Wan Haninah - 18 Mei

Semalam aku telefon ke kampung nak dapatkan No i/c mek dengan ayah untuk isi borang..... borang apa tu???.....rahsia....rupanya mek aku pun lahir bulan mei jugak....pada 22 mei...ayah aku pulak dah lepas rupanya 30 April ari tu ..yang ke 68 tahun dah rupanya....biasalah orang tua, bila kita tanya umur berapa??......tak kira...60 lebih kot...

Apa pun selamat ulang tahun kepada semua semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik.

Bulan mei nie banyak hari yang diraikan bermula dengan:


  • Hari pekerja ( 1 Mei )
  • Hari Ibu ( 10 Mei )
  • Hari Guru ( 16 Mei )

Wednesday, May 13, 2009

KAWAN OH KAWAN

Kawan aku nie...lain daripada yang lain, pelik memang pelik. Kalau sekali dia cakap tak boleh percaya bulat2...sebab selalunya banyak yang melawak....tu anak dia belum lagi sekolah dah pandai melawak mcm mak dia...ha ha akak jangan mare ya...tapi tak pe cakap apa pun kat blog nie akak bukan tahu....sebab akak belum belajar buka lagi kan....Kak ana nie org seni, tu yang banyak sabar.....

Iman nie, kalau cakap dengan dia memang tak kering gusi dibuatnya....aku memang suka melayan budak-budak nie...kadang2 tu aku terpaksa turunkan level sama dengan budak pra sekolah...sebab nak melayan anak2 nie...bermain bola lah, bermain game ps3 la....janji bahagia....otak pun releks je....

TAG DARIPADA KINHASHIM


Memenuhi tag daripada kawan baru di alam maya...kenal saja try search sejenak....dan dia pulak sudi...la pulak...takpe, kita terima jer...


a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  • beres dah .....


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  • Yg memberikan award ini kepada aku ialah kinhashim. Dia ni sebenarnya aku kenal secara tak sengaja...apabila aku saja2 searching sejenak...rupanya ada jugak orang pilih sebagai tajuk blog....saja cuba menyapa....dibalas dan sehinggalah sekarang....tak merasa ke negara orang pun...dpt tahu cerita daripada org yang pergi pun seronok jugak kan....

c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
  • hobi baru suka menghabiskan masa di depan laptop...
  • suka berjalan2, jika poket penuh
  • jika stres, aku suka tido..letak je kepala memang jalan
  • jumpa kawan2 yg lama tak jumpa
  • melayan telatah anak buah dan anak kawan2
  • suka makan daging kambing...pening pun makan, sebab sedap
  • suka minum air panas
  • mudah kalau org minta tolong tenaga...duit tak dapet...den pun cukup2
  • periang...walaupun banyak masalah
  • tak suka ckp benda sama berulang..

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Mereka yg bertuah adalah.... (dipilih secara rawak)
  • ani
  • sue
  • zanna
  • saintis
  • izman
  • syah
Mohon maaf ye kepada nama yg tersenarai, bila2 ada kelapangan boleh buat..bukan tak ingat...


e) Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!
  • yup!

Tuesday, May 12, 2009

SEHARIAN MENCARI

Ari ahad aku dah janji dengan ani nak pergi perpustakaan Shah Alam....kami janji jumpa di stesen komuter batu 3...dalam pukul 8.00 pagi....bukan apa, konon2nya nak sarapan kat pasar pagi depan stadium shah alam.....

Sampai je kat situ...mak ai ramainya orang...tahu je lah, aku nie...jenis tak suka tempat yang bersesak2...alih2 kami pe makan tempat lain....boleh tahan jugak soto kat situ...sedap lah. kena dengan selera aku...lain kali kalau terlepas ke sana, memang aku singgah kat situ...

Lepas sarapan...sambil sembang punya sembang dah pukul 10.00 pagi. kami gerak ke perpustakaan.....lama jugak lah kami mencari bahan....satu pun tak jumpa...yang lain dicari, yang lain pulak jumpa...biasa lah tu kan....

Lepas tu, kami pusing shah alam cari tempat makan tengah hari....yang ada jual nasi campur....last sekali jumpa kat pintu nak masuk UiTM...ok lah tempat tu...banyak pilihan....ABC dia pun boleh tahan sedap....kira ari nie semua aku makan sedap lah....tambah sekarang musim panas kan....minum yang berais nie sedap je...tapi bila malam kan tanggung lah sendiri....tak tido lah.. batuk...

Lepas je makan, ani nie..sibuk je nak pergi tengok umah aku....tak pe lah...mana tahu kot2 dia ada idea...dari Shah Alam lebih kurang 20 km dah sampai umah aku...dah dpat kunci bulan Mac ari tu...tapi tak buat apa pun lagi...sibuk. Ingat nak pasang gril cuti sekolah nie...itu pun kalau tak ada program lain.....jiran2 semua dah pasang gril, tinggal umah aku je....tak kisah lah lambat sikit pun, lagi pun bukan nak pindah lagi....boleh tu... perlahan-lahan...

Nie, gambar dari jauh je...ani sempat je dia snap...mcm seronok je tinggal kat sini...sekolah masih lagi dalam pembinaan...tahun depan mungkin siap kot sekolah tu...boleh tukar sekolah sekali...seronok jugak keja dekat dengan umah...kurang sikit stres....

Aku bersama Ani meneruskan perjalanan menuju ke Klang...dari Saujana kami lalu jalan belakang je...jimat sikit tak ada tol. Ani nie sibuk je....keja dia ambil gambar....aku suruh ambil gambar pintu masuk UiTM Cawangan Puncak Alam....tak sempat. Katanya aku bawa keta laju sangat...Mana ada lajunya....jalan dalam pembinaan....

Jalan ke Meru nasib baik lah tak sesak...almaklumlah hari minggu...atas tu...gambar ani yang snap....sekitar pekan Klang yg sentiasa sesak....sebenarnya jalan masih lagi dalam pembinaan. Aku hantar dia kat komuter Klang...sebab dia parking kereta kat situ...perancangan awal dari situ aku ikut dari belakang ke umahnya.....

Nasib aku malang, entah mcm mana aku tak perasan dia masuk lorong yang mana satu....sudahnya aku tersesat hingga ke kg Jawa....aku belasah je....tahu2 dah sampai ke kawasan Kemunting Utama...alang2 dah sampai kat situ aku terus je lah ke shah alam....naik highway utara selatan balik sg. buloh.....seharian aku habiskan masa dgn minah nie...seronok jugak kan....

Ani nie, dah lama kenal aku...sampai aku pun tak boleh tipu dia...dia boleh baca isi hati aku...ani aku rasa tak salah tindakan aku, sekiranya memberikan kebaikan kepada semua...

Thursday, May 7, 2009

PERSEMBAHAN HARI GURU

Setiap tahun memang ada je persembahan daripada kalangan guru2....seingat aku la kan, aku tak pernah pun sertai...yang aku sertai hanya yang melibatkan semua guru...kerana terpaksa.... itupun menyanyi lagu 'Kami Guru Malaysia'.

Kali nie...keng kawan pujuk lagi...tapi aku rasa tak berjaya kot....suruh aku menari, memang kantoi le...malu aku, nanti semua murid dok gelak kat aku je....aku jadi pemerhati dah la....Tahun sebelumnya depa ajak aku buat persembahan dengan memetik gitar... belajar punya belajar sampai sudah tak dapat... gitar dah lama beli, belajar tak dapat2... bukan jenis seni kot.

Minggu nie, lepas kelas sibuk lah keng kawan berlatih menari... tadi aku dok cari kamera nak snap, tak sempat nak snap dah habis berlatih. Keng kawan dah tahu, "farid datang tak ada keja lain lah tu...nak ambil gambar" tahu tak pe kan..

Sunday, May 3, 2009

KESESAKAN DI TOL

Walaupun penat masih terasa...tapi aku bersemangat untuk update my blog...rindu dah 2-3 hari tak buka...bila kita minat, bila kita sayang, bila kita rindu....kepenatan akan ditolak ke tepi. Itu lah yang aku rasa...

Ari nie nasib aku baik...sebab bertolak awal. Tak sangkut lah dalam kesesakkan...cuma dekat tol lancang sesak sikit.... tu lah dah tahu nak balik kg tak top up touch n go....ha..kan dah kena beratur panjang....tengok lorong tengah tu....lorong touch n go, clear je...tapi perjalanan masih lagi lancar sekitar 2.00 petang di highway karak. Aku dapat info drpd sepupu aku jalan dah mula sesak sekitar pukul 5 petang. Biasalah kalau cuti banyak hari, ini lah situasi yang terpaksa ditempuhi....

Sesak macam mana pun orang tetap jugak balik kg kan...Orang KL tak heran sesak nie...dah biasa, kat KL pun biasa tempuh jam....ari2 lagi...

BELAJAR TAK KIRA TEMPAT

Rakan aku nie beriya-iya...nak belajar buat blog...suruh aku buat perkembangan staf....aku mana pandai pun..blog aku pun, kawan aku yang tolong buat. setakat nak masuk post baru tu...boleh lah. nak create yg baru aku tak tahu...Nasib baik lah Wan Haninah nak tolong buatkan...

Sambil makan kat kantin tu...boleh buka labtop nak buat blog. Sekarang tak kira tempat kan...kat kantin pun boleh belajar...aku tengok K.wan bersemangat nak buat blog. Lepas sorang2 cikgu kat sekolah aku buat blog. Kak ana tak berminat benda mcm nie....jenis tangan pegang tukul besi, gergaji boleh lah dia...

Paling aku geli hati, ada sorang cikgu nie...masa orang duduk sembang nak buat blog dia buat bodoh je. Rupanya dalam hati dia berminat jugak. Tahu2...balik sekolah boleh pergi beli broadband tu....aku tanya akak nak buat apa broadband?? boleh dia jawab apa "ko ingat ko je ke nak buat blog" ...bertambah lagi le...ahli blogger sksb. Jangan tak mengajar lepas nie sudah....

RAJA SEHARI NOR ASMA

Selamat pengantin baru buat Nor Asma Ambak dan pasangannya semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki hendaknya. Pasangan sama padan, bagai pinang dibelah dua. Segalanya serba biru...hantaran biru, baju biru...beg yang aku dapat pun warna biru...ada 5 jenis lagi dalam tu..

Azwan, Asma dan sorang lagi tu...semua keja KL, lepas nie boleh jumpa kan....kecuali Napisah je keja di Jerantut. Dulu keja di Pejabat Pelajaran Daerah, cuti tanpa gaji setahun buat KPLI. Sekarang keja di PPD sementara menunggu posting. Tak kisah keja di mana pun, yang penting kita seronok dengan kerja yang kita pilih dan persekitarannya sesuai dengan jiwa kita.

Aku terkejut jugak...kawan di Tingkatan 6 tegur aku....sebenarnya aku masuk tingkatan 6, 2 minggu je..kami nie, sebenarnya sekelas ( 6 wira ). Azwan memang peramah orangnya. Sory le....time nak tulis aku lupa pulak nama kawan kita sorang tu....sebelah Azwan..Setelah 14 tahun berlalu, ini lah kali pertama kami berjumpa. Asma sendiri pun aku tak pernah jumpa, hanya berhubung melalui telefon je...

Align CentreKad jemputan yang aku terima sebulan sebelum majlis berlangsung. Rasa seronok bila dapat kad jemputan daripada keng kawan. Siapa tak seronok bila dapat tahu kawan ingin menamatkan zaman bujang. Jika ada kelapangan Insya-Allah akan aku penuhi. Walaupun beratus km, kerana mu teman. First time aku masuk Kota Gelanggi 3, jenuh aku pusing....tahu je lah kalau felda jalannya....mau tak sesat...setengah jam aku pusing dalam kota gelanggi 1, baru jumpa sign board ke kota gelanggi 3.....Nasib baik time kuar aku follow napisah.