Sunday, January 27, 2013

TIP PELABURAN HARTANAH


Apa pun kita bermula daripada kosong... belajar sikit-sikit supaya kita lebih memahami... tak kira lah apa bidang sekali pun... dan lagi satu kena ambil tahu... hari nie aku terbaca satu email yang telah di send oleh agen hartanah... menarik jugak... mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca yang lain.

Tips menarik ini boleh di dapati dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang ( Tulisan Pakdi) tentang pelaburan hartanah. Apa yang perlu kita ada sebelum buat pelaburan hartanah? 

Aku memang dari dulu berminat dengan hartanah nie... pernah suatu ketika... aku berangan untuk memiliki 3 buah rumah... sebuah di Johor... sebuah di KL dan sebuah lagi di Kedah... dasyat jugak angan-angan aku... namanya angan-angan. Tak pernah terlintas difikiran pun semua tu akan jadi kenyataan. Nak beli sebuah pun belum tentu mampu...

1. Kena tahu apa objektif pelaburan kita
Kita beli hartanah nak buat apa? nak peram? nak jual cepat? strategi apa nak guna etc. Sebab lain objektif, lain strategi nya... macam kita mengajar lah... sebelum mengajar kena tahu apa objektif yang ingin dicapai. Kalau nak buat sewa... perlu cari lokasi yang strategik... banyak kemudahan... mahal pun orang akan sewa... sebab kemudahan.

2. Kena ada modal yang mencukupi
Terutamanya kalau anda nak beli hartanah lelong. Saya guna rules of thumb di mana kita perlu ada sekurang2nya 15% nilai cash dari hartanah yang kita nak beli. Cth: kalau nak beli rumah rm100k, kena ada rm15k cash. Lagi banyak lagi bagus. Bukan apa, urusan guaman lagi... nak repair rumah mana yang patut... baru lah boleh cari penyewa.

3. Kena ada back up untuk cover installment ( at least 6 bulan) 
In case rumah kita tu tade penyewa. Ini tidak termasuk modal awal seperti yang di atas. Lagi banyak lagi bagus. 

4. Kena pilih lokasi yang betul
Namun pemilihan lokasi ni agak subjektif. So mahirkan diri dengan lokasi pilihan anda. Jangan ikut2 orang. Cari lubuk anda sendiri dan jaga lah dengan hemat. Buat apa kerja pun... kalau ikut bontot orang memang susah.

5. Jangan beli lebih dari harga pasaran
Pelaburan hartanah adalah berdasarkan kira2, bukan emosi. Kita buat duit pada ketika kita beli dan bukan masa kita jual. Sebab tu kita kena ada ilmu... Insya Allah lebih selamat.

6. Beri nilai tambahan
Ini juga satu faktor menyeronokkan dalam pelaburan hartanah. Kita ada banyak cara nak tingkatkan nilai hartanah kita sama ada untuk jual balik atau disewakan. Terpulang pada kreativiti masing2. 

Credit to : www.pakdi.net

Friday, January 18, 2013

AKTIVITI MERENTAS DESA SKSB

Semalam 18 Januari 2013... sekolah den telah mengadakan aktiviti merentas desa... kata je merentas desa... tapi Kampung Melayu nie dah tak macam desa... kesibukan jalannya tak usah nak ceta... rumah kawan aku tak sampai 1 km dari sekolah pun... ambil masa 30 minit nak sampai ke sekolah. Kesesakkan jalan raya nie, susah dah nak dielakkan... kereta bukan semakin berkurang... tapi semakin bertambah setiap tahun.


Tahniah kepada semua guru kerana aktiviti tahunan nie berjalan dengan lancar... kepada gengs senamrobik tahniah... mantap. "Zan mu memang hebat lah... cikgu serba boleh... bagi apa pun jalan... tahniah." 

Tahun nie aku dapat part tak mencabar..."Apis, hang bagi kerja senang kat akak"  hakim penamat je... releks sungguh keja aku... tapi ok jugak kan... bagi peluang merasai bahagian yang lain pulak. Selalu bahagian nie untuk ibu mengandung je.. nak kata aku mengandung tak jugak...


Meriah... dengan baju berwarna-warni. Aku tak bersenam pun... kurang sihat semalam. Sayang aku kat sekolah nie... sebab aku seronok bekerja di sini... kawan-kawan memang semua ok... walaupun terpaksa kuar dari rumah pukul 6.00 pagi pun sanggup tu... 

Bagi aku keseronokkan bekerja tu perkara yang penting... baru lah bersemangat nak datang sekolah... kalau pening kepala pun sanggup datang. 

STEP URUSAN PERLANTIKAN DG 41

Bukan senang nak senang... 
Tapi bukan susah pun kalau tak nak berubah... 
Kita memang diberi pilihan... 
So pilihan tu terletak pada diri sendiri... 
Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri... 
Jangan sampai orang lain yang tolong buat pilihan untuk kita... dan tentukan masa depan kita.

Rupanya bukan senang nak dapat DG41 nie... banyak perkara yang perlu diuruskan. Nasib baik lah aku ada seorang kawan fb yang banyak menyampaikan info terkini yang berkaitan dengan perlantikan nie. So, kepada mereka yang tak tahu ingat senang je nak dapat DG41 nie. Habis belajar terus dapat... lepas tu tanya??? best lah gaji dah besar... dia tak tahu, 3 tahun habis belajar pun belum dapat gaji baru... nak masuk tahun keempat pun urusan tak selesai lagi... 


  • Pertama - kena berhempas-pulas belajar untuk mendapatkan segulung ijazah... kalau aku dari tahun 2006 hingga 2010 baru lah lega kepala nie. Kalau tak sanggup... alamatnya tak habis belajar.
  • Kedua - dah dapat segulung ijazah, kena mohon untuk dipanggil temuduga. Kena isi secara online di e-permohonan. Lepas tu kena tunggu lah giliran untuk temuduga... kalau tak mohon macam mana???? alamatnya hang pa tak dipanggilan untuk temuduga... dah lulus lega. Tak lulus tunggu lagi... ada ke orang yang tak lulus??? jawapannya.... ADA.
  • Ketiga - lulus. Tunggu surat tawaran perlantikan... banyak jugak kerja yang perlu diselesaikan.... termasuklah kena buat medical check up... nak cepat buat lah kat klinik swasta. Lepas tu kena isi borang apa yang patut. Ikut je lah yang disuruh.... semuanya kena buat cepat lah... sebab diberi tempoh. Kalau boleh tapisan keselamatan tu kena buat awal... nasib baik sekolah aku dah dibuat untuk semua guru... lega.
  • Keempat - dah hantar... kena tunggu surat lantikan.... dah dapat surat nie boleh buat gaji... tapi urusan lain belum lagi selesai. Urusan gaji, tak perlu fikir... itu kerja kerani yang akan buat. Kepada guru lama nie dah tentu lah pernah menghadiri kursus induksi.... so kena buat surat pengecualian kursus induksi dan dihantar ke unit latihan... kalau lambat buat... silap hari bulan kena panggil kursus. Kalau rasa teringin nak ge kursus tak payah buat surat pengecualian he he he he....
  • Kelima - dah dapat surat pengecuali kursus induksi.... baru lah boleh mohon untuk pengesahan jawatan DG41... sebab surat berkenaan perlu disertakan sekali...  dah dapat surat pengesahan jawatan lega... kalau rajin boleh lah mohon belajar lagi.... kalau tak... duduk lah kat sekolah sampai pencen.
So sekarang nie aku dah sampai ke peringkat keempat... tinggal lagi satu je urusan selesai. Lega lah sikit.  

Thursday, January 17, 2013

KERJA PEMBERSIHAN TAPAK PROJEK

Sejak akhir-akhir nie aku mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian... orang buat kebun... aku pun nak buat kebun... kerja di KL, buat kebun di kampung. Semua nie, menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Aku tak nak lah, buat kebun... segalanya serah bulat-bulat... semua orang yang uruskan. 

So, nak tak nak... aku perlu ambil tahu... daripada pembersihan tapak... cari anak benih... cari pagar elektrik... cari baja... cari racun dan sebagainya. Boleh ke aku uruskan???? sebenarnya tak mampu nak buat semua... nasib baik lah share patner aku seorang yang boleh tahan jugak ligatnya... dia pun banyak membantu dari segi pengurusan. Mak ayah aku pun banyak membantu... dari segi buah fikiran dan sebagainya. Mereka kan, ada pengalaman buat kebun... tahu lah selok-beloknya. Timba pengalaman daripada orang tua.


Kalau tengok tapak yang belum dibersihkan... boleh lemah semangat aku nak buat kebun... makan masa sebulan lebih baru siap... sebab musim hujan... hari hujan tak boleh nak buat kerja. Sehari upah bersihkan  kawasan dah mencecah RM1000. Kalau dikira hari yang penuh tak sampai pun 20 hari.

Alhamdulillah semua kerja pembersihan dah pun selesai... gali lubang pun aku guna jentolak... so senang, tinggal bubuh baja lubang... biarkan 2-3 kali kena hujan... dah boleh tanam... Anak benih dah ditempah, tunggu masa untuk ditanam je.... Insya Allah kerja-kerja penanaman akan selesai sebelum akhir bulan nie.


Aku ambil gambar bulan 12 ari tu... yang terbaru aku belum sempat lagi pergi melawat tapak projek. Lepas nie kena kerap lah balik ke kampung... tapi tak lah sampai nak pindah balik kampung... aku dah serasi tinggal di KL nie. Diharap buat kebun nie... boleh kerap sikit balik kampung. Banyak yang perlu diuruskan.

Lubang yang telah siap digali pun belum dikira... so tak tahu lagi .. dapat muat berapa pokok anak sawit dengan keluasan tanah yang ditolak nie. Anak sawit pun boleh tahan jugak mahalnya... sepokok pun dah cecah RM12. Kalau perlukan 500 pokok, dah berapa modal tu... buat kebun nie, memang banyak pakai modal. 

Tapi kita boleh kurangkan kos... kalau kita pandai uruskan... sebagai contoh, beli baja dalam kuantiti yang banyak selalunya lebih murah. Beli anak benih kena servey banyak tempat. 

Lepas nie aku kena belajar lah sikit-sikit... dah masuk bidang nie, kena rajin lah buat penyelidikan. Aku kena belajar cara untuk menguruskan kebun... lepas tu nak kena cari tempat kat mana nak dapatkan baja dan racun dengan harga yang lebih murah.

RUMAH UNTUK DISEWA PART2

Setelah bertungkus-lumus akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan kerja-kerja mengemas dan mengecat rumah untuk disewa. Semua kerja buat sendiri... ambil masa 5 hari jugak lah untuk siap. Itu pun ada ketikanya aku mengecat sampai pukul 4 pagi. Penat... memang penat... sebab dah lama tak buat keja yang memenatkan... esoknya tidur, tak ingat dunia lah. 

Gambar sebelum dan selepas.
Gambar dapur sebelum dikemas dan cat, serta gambar yang siap dikemas. Ruangan memasak tu... aku beli aluminium di kedai hardware dan gunting serta pasang sendiri. Sebab sayang dinding baru je cat he he he... kain langsir aku jahit sendiri je... jimat punya pasal, terpaksa semua buat sendiri.

Bilik utama & ruang tamu ... sebelum  dan selepas
Aku guna cat 3 warna je.... so semua ruang nampak macam warna sama... kurang menarik lah kan... tapi tak pe lah... janji semua ruang warna baru... Bilik utama asal warna hijau... so aku tukar sebab dindingnya pun ada berkulat sikit... Ruang tamu aku tukar kipas baru... televisyen tu... penyewa yang punya... sebab aku ambil gambar nie, selepas penyewa dah masuk. Aku dah minta izin pun...

Berwajah baru... dengan penyewa yang baru....
Nie lah ruang-ruang yang telah dikemas oleh penyewa baru... aku harap sangat penyewa yang baru nie dapat menjaga dengan baik. Aku sayang sangat rumah nie... banyak kenangan kat sini.

Rumah yang aku tinggal sendiri pun tak secantik nie... tak sempat lagi nak hias... budget asyik tak cukup je... tunggu lah berdua nanti hias. 

Wednesday, January 2, 2013

HI-TEA DI HOTEL QUALITY SHAH ALAM


Biar pun berjauhan, tapi sentiasa dekat di hati.

Bukan senang nak kumpul rakan-rakan nie.. pertamanya tuntutan masa... maklumlah semua dah berkeluarga... ada program sendiri... aktiviti sendiri...


Plan punya plan... call sana sini... semua dah setuju aktiviti makan-makan tu akan diadakan pada 24 November 2012... tut tut terpaksa ubah esoknya 25 November 2012 gara-gara aku last minute jadi pulak terbang ke Vietnam. 


Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Makan-makan nie khas untuk meraikan perpindahan Kak Ita ke Kuala Kangsar.

Terima kasih kepada Kak Mala, Kak Sidah dan Kak Azlina kerana sudi meluangkan masa. Ingat hujung tahun nie nak plan untuk aktiviti keluarga pulak... bawa anak-anak bercuti.... plannya ke Sabah.