Wednesday, September 28, 2011

MENGHARGAI KUNJUNGAN TETAMU

Terasa rindu, jika sehari tak menjengah ke blog kesayangan aku nie. Seboleh mungkin aku akan buka blog nie... kecuali memang kesibukkan melanda dan berada di luar liputan tenet.

Terlebih dahulu terima kasih kepada mereka yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa nie... blog nie lebih kepada catatan peribadi semata-mata dan sedikit info yang cuba dikongsikan bersama dengan pembaca di luar sana.

Beberapa minggu lepas aku pe meeting Guru Penyelaras ICT... so datang sorang cikgu nie... "cikgu ada blog kan... saya selalu masuk ke blog cikgu... saya ada rujuk contoh tugasan yang dilinkkan. Terima kasih cikgu"
Aku, mengiya je lah... aku letak kat situ memang nak kongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Ambil lah mana yang boleh pakai...

Chatbox tetamu adalah tempat pertama yang aku akan tengok. Sekiranya terdapat komen yang kurang enak... aku akan delete. Tetamu berhak komen, tetapi jika melampau boleh mencemarkan imej tu terpaksalah. AKu seorang yang terbuka dalam menerima komen-komen daripada tetamu. Komen-komen berkenaan sebenarnya boleh membantu aku untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Kepada tetamu yang membuat komen pada 27 Sept 2010 (1410 hrs) terima kasih kerana sudi jengah ke blog aku nie dan membaca coretan yang tak seberapa.

Tetamu bkan apa ckgu suka baca ckgu pnya crita..

Tetamu asmkum.sja singah baca.ckgu thun ni melancong apa kata thn dpan kita p umrah plak.


Sebenarnya niat nak pergi menunaikan umrah tu memang ada. Insya Allah tahun depan jika ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Nie dah orang yang keberapa suruh aku pe umrah.

Si dia merupakan orang yang pertama ajak aku pergi menunaikan umrah... tapi masa tu belum terbuka pintu hati...

PK Hem sekolah aku, pantang ada masa... time sembang je, mesti suruh aku pe umrah... katanya aku berkemampuan... benda lain boleh beli... pergi umrah berapa sangat je pun. Betul jugak apa yang dia cakap tu... PK aku nie, aku anggap macam mak aku berleter je. Niat dia baik, selalu ingatkan aku.

Kerani di sekolah, setiap kali aku mohon cuti untuk pergi bercuti... sibuk suruh aku pergi umrah... "cukup-cukup lah berjalan... pergi umrah dulu... nanti, dah pergi sekali mesti nak pergi lagi" katanya.

Kawan mak aku, dah berapa kali ajak aku pe buat umrah... " jom lah cikgu kita ge buat umrah sama-sama" Aku dengan orang tua boleh masuk... dengan kanak-kanak riang pun boleh join sekali... tapi sekejap je lah... lepas tu mesti budak akan menangis... aku ngenak.

Dalam bulan nie, aku berkesempatan jumpa dengan sesorang... yang baru saja balik dari menunaikan umrah selama 37 hari sepanjang bulan ramadhan... pun sama. "cikgu dah pernah pergi umrah ke?? kalau belum pernah pergi lah sekali... nanti setiap tahun rindu nak pergi lagi"

Terbaru, aku jumpa sepupu ayah aku di Hospital Selayang... masa tu aku datang melawat orang kampung... sembang punya sembang... terkeluar lah... "cikgu kena ge umrah, dah berkemampuan". Dalam hati, dah ramai mendoakan aku supaya pergi umrah.

Orang tua selalu cakap, kalau dah ada niat tu.. kita usaha Insya Allah... kita akan dapat.

KENANGAN SEMPENA PERPISAHAN

Gambar kenangan bersama dengan warga sksb sempena majlis perpisahan rakan sekerja den Kak Wan Pidura kerana dinaikkan pangkat menjadi PK Petang. Tahniah my friend. Nie hanya guru-guru sesi pagi dan kakitangan staff sokongan. Kalau semua sekali... ramai.

Aku berdiri di barisan belakang... dari kanan yang ke lima he he he... gambar pakai phone ala-ala kabur macam tak bagi orang cam je muka. Tapi boleh lah buat kenangan daripada tak ada langsung.

Cikgu Wan yang pakai kain tudung merah di barisan depan, bersebelahan dengan guru besar.

Saturday, September 24, 2011

SETAHUN HANYA SEKALI

Biasalah aku suka buat kerja giler-giler... macam tak tahu erti penat. Pepagi buta semalam 24 Sept aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Ikutkan ada 2 slot perkembangan staff. Slot pertama 1 murid 1 sukan yang telah disampaikan oleh cikgu Apis... lepas tu cikgu-cikgu dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk aktiviti praktikal. Terdapat 6 jenis sukan yang akan diberi pendedahkan kepada guru-guru. Sukan bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga, bola baling dan hoki.

Aku join group cikgu tahun 6... memang gengs yang giler-giler... bukan setakat buat latihan... tapi siap main sungguh-sungguh lagi. Memang seronok lah. Aku ingat nak cadangkan kepada KPM, hari Sabtu bukan aktiviti ko-ko untuk murid je... tapi satu hari khas untuk guru-guru... tanpa melibatkan murid. So guru-guru nie dapat bersukan untuk mengurangkan stress. Memang lenjun lah dengan peluh.

Pukul 10.30 a.m, slot kedua pengucapan bertatasulisa yang telah disampaikan oleh cikgu mohd nor yunus. Perkongsian ilmu yang sangat bagus dan diharap dapat diaplikasikan dengan sebaik yang mungkin.

Selesai je perkembangan staff aku tumpang umah kawan untuk bersihkan diri... lepas tu nak bersiap-siap sebab ada open house di Matang Jaya. Sebelum tu sempat lagi jemput mamat Labuan yang dah sejam tunggu kat stesen komuter. Orang nie kalau sayang, tak kisah tunggu lama pun... cuba tak, mahu dah mengamuk kan... sayang seorang kawan terhadap kawannya... jangan salah faham ok. Kawan lama masa belajar dulu lagi... kebetulan dia berkursus di sini... so apa lah salahnya, ajak dia jalan-jalan... masa aku ke Labuan pun dia banyak jugak membantu... itu sebenarnya guna ramainya kawan... bukan untuk jadi lawan.

Lepas open house di Matang Jaya, aku bergerak ke Kajang... sebab kawan kepada kawan aku nie ada buat open house... aku bukan biasa sangat dengan kawasan Kajang nie... so jenuh jugak lah berpusing-pusing cari rumah membernya tu... Nasib baik jumpa... kira kerja aku sehari tu makan je lah... membernya buat sampai malam... makanan memang banyak. Macam-macam, antara larat dengan tak je nak makan.

Oleh kerana hari tu je aku ada kelapangan... so aku ambil kesempatan untuk lajak beraya ke Seremban... dalam perjalanan sempat lagi aku call kawan aku si suraya nie... dia pulak maklumkan yang dia berada di Melaka ikut anaknya pergi lawatan... tapi dia suruh aku datang jugak... sebab lewat petang dia dah boleh sampai. Alang-alang dah dipertengahan jalan... aku terus jugak lah ke Seremban.

Dalam masa yang sama sempat lagi aku call member baik aku masa kat kampung... dia memang tinggal di Senawang... rezeki aku... dia ada di rumah dan kebetulan sedang bercuti untuk menyiapkan tesis masternya... kali kedua aku ke rumahnya... kali pertama tak masuk pun... just tengok kawasan sebab dah lewat malam. Senah nie kawan rapat aku masa di sekolah rendah lagi... sampai sekarang. Cuma, waktu kami dah agak terhad. Masing-masing sibuk dengan rutin harian. Bila ada peluang tu, rasa sayang nak lepaskan. Tahun depan belum tentu lagi berkesempatan.

Lepas solat Maghrib kawan aku suraya, dah call... tanya jadi tak nak datang. Dah bergegas pulak aku ke Taman Sri Pulai 3... sesat barat kat situ lah pulak... maklum lah setahun sekali datang. Pusing punya pusing... nasib baik jumpa. Member nie, aku belum panas punggung sibuk ajak pe tengok wayang... katanya nak belanja aku menonton. Penatnya tak usah cerita lah. Kami bergerak lah ke Terminal 2 Seremban... tak ada rezeki... tiket dah habis. Biasa lah malam minggu.

Sudahnya kami pe makan... aku teringin nak makan mihun sup... gerak ke tempat makan di belakang Jusco Seremban 2... tutup lah pulak... mungkin orang sibuk dengan open house kot. Last sekali kami pe makan di Ampangan... aku memang suka tempat nie... mengingatkan aku zaman belajar dulu... time dapat elaun je... mesti makan besar kat situ.

Tak sangka pulak kat situ... member aku nie boleh terjumpa bekas boss dia... biasalah, bila orang tanya dia... siapa aku... mula lah mengaku orang rumahnya... dalam hati, aku nie kawan dia je pun... suka hati lah... aku senyum je. Kat situ pun tak ada mihun sup... tak ada rezeki.

Pukul 11 lebih kami gerak balik... aku hantar dulu mamat nie di Kem TUDM Kinrara... lepas tu aku gerak balik ke Seri Pristana... mengantuknya tak usah cerita lah... penat badan bermain sukan dan memandu jauh... kawan aku tu bukan tak ada lesen... tapi dia tak biasa drive menual. Aku biasalah... tak yakin orang drive. Selagi aku mampu... aku akan drive.

Besoknya nasib baik ada orang kejutkan solat Subuh... begitu lah rutin hariannya... akan kejutkan aku Solat Subuh... lepas tu aku sambung lagi tidur he he he... bukan apa hari Ahad tu memang ada nak pe beraya umah kawan aku di Klang. Lewat petang baru aku gerak ke Klang.

Pukul 9.00 malam aku drive ke Sungai Buloh... member minta temankan dia hantar suaminya di Stesen Bas Jalan Duta... suaminya akan naik bas pada pukul 11.30 malam, so masih ada masa... tak perlulah nak terkejar-kejar. Boleh lah memandu dengan tenang. Last sekali aku dah tak larat nak memandu balik ke rumah... kepenatan. Nasib baik lah, rumahnya dah macam rumahku... so tak kisah lah... baju ke apa ke... memang dah ada standby kat rumahnya.

Buat kerja giler... setahun sekali je kan. Kalau selalu mahu bengkok aku.

Tuesday, September 20, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 8

Kalau ke Seberang Takir rugi rasanya tak singgah minum air gelas besar... kali kedua aku nak minum air durian belanda tak kesampaian... lewat sikit je dah habis. Warna kuning tu air nangka... best jugak. Warna merah tu, air buah naga dan air strawberi... semua tu sedap-sedap belaka.

Aku sorang je yang habis minum... anak buah aku dah tak larat... mana taknya, petang tu dah belasah sotong celup tepung... dah minum ABC... lepas tu, pukul 8.00 p.m nak minum lagi... mana larat.
Tangki dah le kecik je.

AKu tak kisah lah habis ke tak... janji depa seronok dapat minum air gelas besar.

Si Angah nie punya lah peramah... boleh dia pe tegur kakak 2 orang tu... aku tengok dari atas je... biasa lah... nama je pe bercuti... dalam kepala nie macam-macam dok fikir. Dok fikir plan A... plan B...sejak akhir-akhir nie otak aku tak pernah berhenti berfikir... dan berusaha cari jalan yang terbaik. Rindu memaksaku, buat semua tu.

Dah buat burung terbang lah pulak... belakang tu dah pagar airport... dulu masa kawan aku belajar kat Kustem... sekarang dah tukar UMT, dah pernah lalu kat sini... dari Seberang Takir nak ke tempatnya dekat je pun kalau ikut shortcut nie. Cerita 5-6 tahun yang lalu... masa member buat degree.

Tempat nie semalamnya aku datang jalan ditutup... siap ada abang polis jaga lagi.. mungkin hari minggu kot. .. tapi malam nie, senang pulak aku cari jalan nak masuk. Orang pun tak ada lah ramai sangai.

Malam tu sempat lagi kami ronda I-City Kuala Terengganu... di kawasan perkampungan cina. Cantik tempat nie, tapi tak siap sepenuhnya lagi. Kalau dah siap nanti mesti lagi cantik. Lepas nie tak payah susah-susah nak pe ke Shah Alam... dok gitu orang Ganu.

Bergambar dengan kereta Viva yang comel nie... masa kami nak hantar kereta, dah ada seorang anak muda menunggu untuk menyewa kereta... bertuah lah dia kalau dapat kereta nie... minyak ada lagi, setakat nak pusing Seberang Takir tu memang lepas lah.

Bayangkan kami tunggu kat tempat kereta sewa pukul 6.40 a.m... pukul 7.00 lebih baru sampai... hari bekerja... tuan kereta nak hantar anak pe sekolah lah, jadi kelam kabut jugak dia.. aku tak kisah, janji tak tertinggal kapal terbang sudah.

Semasa menunggu di dewan berlepas... sempat lagi anak buah aku nie bermain game guna gps... budak-budak nie lain... belajar sekejap je dah pandai... pada hal baru first time tengok benda alah tu... tapi dah pandai guna. Depa hidup di zaman IT... kita yang tua nie kena terima lah realiti tu.

Nie merupakan entry yang terakhir sepanjang percutian ke Terengganu bersama dengan 2 orang anak buah aku nie.. Si Angah, siap tanya tu... lepas nie kita nak ke mana pulak... seronok lah tu nak pe bercuti lagi... program tahun depan belum difikirkan... cuma yang dah ada satu ke Pulau Redang pada bulan Mei 2012.

PEMANDANGAN WAKTU SENJA

Pemandangan waktu senja di tepi Pantai Seberang Takir... kawasan nie dah jadi tempat beriadah oleh masyarakat setempat untuk bawa anak-anak menikmati pemandangan pada waktu petang. AKu memang suka duduk tepi pantai tengok matahari terbenam... sampai si dia pun dah faham sangat dengan perangai aku.

Tu yang selalu si dia dok perli aku... "ada orang tu suka tengok matahari terbenam je" yang si dia pulak suka ke pengkalan tempat nelayan buat naik hasil tangkapan... sebab si dia nie suka makan makanan lauk yang segar... ke mana pergi, tu lah tempat yang si dia cari. Kalau orang tu tak tahu nak masak ikut selera dia... dia akan ajar... tak pun, si dia sendiri akan masak.

Cantik tempat nie... dah macam teluk lah pulak... ramai kaki pancing je kawasan nie... yang berdating tak ramai... mungkin kawasan nie terbuka... so tak sesuai.

Matahari hampir terbenam.

Matahari ditutupi dengan awan tebal...

Masa nie memang dah gelap... tapi belum pukul 7.00 p.m pun lagi...

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 7

Destinasi kami seterusnya mendaki anak tangga Bukit Puteri yang terletak tak jauh pun dari Pasar Payang. Elok bawa generasi muda ke tempat macam nie... biar budak-budak nie tahu bertapa pentingnya memahami sejarah. Supaya tak mudah lupa diri.

Bukit yang tersergam megah menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan Laut China Selatan menjadi saksi sejarah pembangunan Bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan perbukitan ini satu kawasan penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan.

Asal nama Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad Ke-16 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya yang datang dari arah laut.

Info tu aku copy paste je from arkib negara.

Duduk kat atas Bukit Puteri nie... kita akan dapat lihat view yang sangat cantik... kebetulan lah pulak cuaca pada hari tu cerah.

Tengok kat berlakang tu... apa yang ada di laut, semuanya boleh nampak dengan jelas... aku pun first time naik kat atas nie... sebelum nie pergi ke Terengganu tak terfikir nak naik... atas bukit nie memang bersih. Dijaga dengan baik.

Meriam-meriam itu terdiri daripada pelbagai buatan seperti buatan Portugis, Sepanyol dan ada juga yang dibuat oleh orang-orang Melayu sendiri. Di antara nama-nama meriam yang pernah ditempatkan di Bukit Puteri itu ialah Sri Johor, Sri Buih, Laila Majnun dan Sri Jamlor.

Satu lagi kesan sejarah yang masih terdapat di atas Bukit Puteri hingga sekarang ialah sebuah Genta Besar. Genta ini sentiasa ada di atas Bukit Puteri sejak daripada zaman Raja-raja dahulu lagi. Sekiranya rosak genta itu diganti dengan yang lain pula. Genta yang ada sekarang ini diperbuat pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu kira-kira dalam tahun 1908.

Aktiviti seterusnya, mencuci mata di Pasar Besar Kedai Payang... mak ai ramainya orang ari tu... parking tak usah cerita lah.. mana-mana tempat pun penuh. Masuk dalam kedai, nak berjalan pun susah... menyelit-nyelit.

Aku tak beli apa pun... mak aku suruh beli kain batik, kalau ge Ganu... rasanya ke mana pun aku pe, tu je benda yang dia nak. Aku pun tak tahu bila masa dia nak pakai kain tu... yang nie dia kata nak standby kalau ada orang datang ke umah... terutamanya menantu-menantu perempuan yang baru. Biasa lah orang tua nie... beringat.

AKu beli 10 helai dan untuk kakak aku, aku beli 2 helai baju tidur... selalunya ke mana aku pergi, untuk diri sendiri terlepas pandang... untuk kekawan aku beli key chain je... memang lah murah je pun... tapi kenangan tu yang mahalnya.

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 6

Nie lah tempat penginapan aku pada malam pertama di Terengganu... terpaksa lah tidur di Marang... tempat nie sebenarnya bersebelahan je pun dengan Hotel Seri Malaysia Marang. Boleh lah.. setakat nak tidur je pun... bagi aku cukup selesa dengan kadar bayaran semalam RM80 siap dengan air cond dan servicenya memang terbaik lah.

Nie pulak kereta yang banyak berjasa kepada kami sepanjang berada di Ganu... TBB 2452. Cantik bersih tu aku siap hantar pe basuh luar dalam lagi... serabut tengok kotor sangat.

Bersiap sedia untuk meneruskan misi seterusnya ke Kuala Terengganu pada hari kedua. Depan kereta aku tu... rumah tuan chalet nie. Hari Sabtu penuh... pagi Ahad tu kira aku yang keluar paling lewat... yang lain pukul 7.00 a.m dah keluar.

Nie kalau sesiapa yang berminat nak bermalam di Marang boleh le try calling-calling.

Pantang ada tempat comel sikit... mula lah sibuk nak bergambar. Aku suka tempat nie, sebab senang nak cari makan. Lagi satu aman je.

Hari kedua kami bermalam di Chalet Teratak Samudera Kita yang terletak di mengabang Telipot. Tempatnya memang cantik. AKu memang bercadang nak bermalam di sini 2 malam... tapi penuh... hari kedua baru ada kosong. Lintas jalan dah pantai.

Kereta banyak tu... sebenarnya ada pesta memancing... sepanjang pantai tu penuh dengan joran. Memanag meriah lah. Kawasan nie dalam pagar... tak ada lah banyak sangat pun chaletnya. Aku suka sebab cantik. Semalam RM80 je pun. Siap ada air cond lagi. Nak dapatkan keterangan lanjut klik sini.

Mana lah tahu suatu hari nanti bercadang nak ke Terengganu cuti-cuti Malaysia. Kalau nak dekat dengan airport boleh lah menginap di DORA INN (09-6668482) boleh jalan kaki je ge airport dan jalan kaki je ge makan sotong celup tepung.

Tempat aku menginap bilik yang sebelah kanan tu... esoknya Ahad, pukul 6.00 pagi kami dah kuar pe airport check in... lepas tu pe tempat sewa kereta... nak pulangkan kereta. Lepas tu En. Rani hantar ke airport... tu aku kata service nya terbaik. Dekat je pun... tak sampai 10 minit dari tempat kereta sewa... ikut jalan belakang tepi pantai... kalau ikut depan banyak lampu isyarat... kalah Seri Pristana ke Sungai Buloh.

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 5

Petang hari pertama di Terengganu... kami ke Seberang Takir... tempat nie memang aku akan pe kalau dah sampai di Ganu... lalu depan sekolah lama... rindu pulak kat kekawan di SMK Ibrahim Fikri... kebetulan lah pulak Jumaat malam Sabtu ada pasar kat tepi pantai nie... kereta punya lah banyaknya... misi pertamanya nak makan sotong celup tepung... semua gerai penuh orang. Mungkin salah satu sebab, orang luar yang datang konvo ambil peluang makan kat sini.

Aku oder sotong sepinggan, udang sepinggan dan ikan kembung 2 ekor... air limau ais 2 gelas dan teh o ais segelas... jumlahnya RM22. Mahal tak??? bagi aku ok je... berbaloi sangat makan untuk 3 orang pun.

Lepas makan bawa anak buah aku... panjat batu penahan ombak berhadapan dengan gerai makan berkenaan. Pantai nie dah mengalami hakisan... aku ingat lagi masa tahun 1992... kawasan nie petang-petang ramai je orang mandi manda... sekarang mana ada orang berani nak mandi. Ombak besar dan sangat bahaya untuk mandi manda. Kebanyakkan mereka yang datang hanya sekadar bersantai ambil angin petang dan bermain layang-layang je.

Memang cantik lah view sini... aku ambil jugak lah peluang bergambar... sat lagi tak ada pulak gambar aku kat tepi pantai nie.

Tengok lah.. punya ramainya orang di tepi pantai nie... sekali pandang dah macam kat Jogjakarta lah pulak... sebenarnya aku teringatkan kenangan di sana... he he he. Gambar tak ada dalam simpanan aku... semalam masa si dia call... sempat lagi aku tanya pasal gambar. Katanya, gambar tu dah tak boleh buka dalam pendrive... tu mesti dah kena virus...alamaknya tak ada lah gambar kenangan kat sana... cuma ada kenangan dalam memories je lah.

Kenangan yang dalam memories nie akan sentiasa tersemat.

Sebelah sini tak ada orang memancing... tapi kalau pe yang dekat penghujung airport tu... ramai je orang memancing... mungkin kawasan tu dalam sikit... sebenarnya bahaya jugak panjat batu nie... mana tahu takut tergelincirkan... malang tu tak berbau.

Anak buah aku bawa balik tanda kat kaki... sebab tergelincir... tercalar je pun.

Kuda padi nie sesuai untuk anak-anak je naik... ada lah dalam beberapa ekor. Kalau kat Jogja tu, memang banyak je orang yang mencari sumber pendapatan. Pelancong yang datang memang ambil kesempatan untuk merasai sendiri naik kereta kuda di tepi pantai. Aku pun tak terkecuali naik gak... siap tunggang sendiri kuda tu... tapi sayang tak ada gambar.

Si Angah nie berani sikit... kakaknya tak nak naik... takut katanya. Aku kalau boleh nak suruh dia pun sama merasai pengalaman nie... bukannya senang nak datang lagi kat Ganu nie... aku pun selepas 3 tahun baru sampai balik.

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 4

Dalam kawasan Muzium Negeri Terengganu nie... terdapat jugak pelbagai jenis rumah masyarakat di negeri ini... menarik jugak rumahnya... teringat pulak rumah Mini Malaysia yang terdapat di Melaka. Rugi kan, dah sampai kalau tak bergambar.

Rumah yang nie... luas betul. Rumah orang dulu-dulu, selalunya dibina tinggi dan di bawah rumah berkenaan boleh digunakan untuk tujuan lain... kalau umah pak cik aku, hang pa tau dia buat apa... tambat lembu... malam memang tak boleh tidur...banyak agas-agas... satu lagi bau tahi lembu... tak tahan aku... Mereka yang dah biasa memang tak heran pun.

Anak buah aku nie... sebenarnya dah kepenatan... bangun seawal 4.00 pagi... ya lah perjalanan ke LCCT dah ambil masa 1 jam... pukul 5.30 pagi dah sampai sana self check in bagai... sampai di Kuala Terengganu terus berjalan... tapi tak berani nak cakap penat, lagi satu depa nie seronok dapat berjalan. Siap cakap lagi, "mak itam nanti kita ge jalan-jalan lagi... tapi kat tempat lain lah". Dalam hati sekejap je dah besar anak buah aku... dah boleh buat kawan... lepas nie tak payah susah-susah cari kawan kalau nak berjalan... nie lah kawan aku berjalan... dua beradik nie tak banyak kerenah sangat pun.

Bergambar di tempat kenderaan lama dipamerkan... antaranya kenderaan yang digunakan oleh orang besar-besar Negeri Terengganu seperti kenderaan rasmi Menteri Besar. Tu orang selalu cakap... barang lama, baik hantar masuk muzium je... tapi orang sekarang lain pulak, lagi nak cari barang lama... katanya ada sentimental value. Aku sendiri pun, antara salah seorang yang berminat mengumpul barang lama. Nasib baik si dia memang faham jiwa aku... si dia pun dah tahu aku minat barang antik-antik.

Nie pajero yang digunakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu... kenderaan rasmi lah nie.

Kereta kebal pun ada jugak... ingat di Kem Askar je ada... kat sini pun ada tau.

Kalau orang ramai... atau pun hari tertentu... keretapi nie digunakan untuk melawat kawasan sekitar muzium... ya lah kawasannya luas... boleh tahan jugak lah penatnya berjalan.

Dah tengah hari... kami bergerak ke Marang... menggunakan gps yang aku bawa... aku setting bank yang terdapat di Marang... sebab tak berapa reti nak guna kan... dalam perjalanan kami singgah sekejap di masjid terapung nie... sempat lah aku rehat sekejap sementara dua beradik tu bermain kat taman...

Lepas tu gerak ke Marang... nasib baik jumpa tempatnya. Anak buah aku dah merenget nak tidur... katanya dia mengantuk sangat... sebelum tu kami cari kedai makan untuk isi perut. Rupanya kat Terengganu pun dah macam kat KL... siang nak cari kedai makan punya susah... tapi kalau dah malam berlambak kedai makan yang buka.

Rupanya anak buah aku nie memang kuat makan... aku oder nasi goreng sepinggan seorang boleh habis.... aku pun tak habis... lepas tu balik singgah 7-eleven beli roti dan air mineral lagi. Tengah hari memang tak boleh buat apa-apa aktiviti... cuaca ari tu panas terik... aktiviti yang paling sesuai ialah kuak lentang... aktiviti bersambung lepas solat Asar.