Tuesday, July 28, 2009

ZAMAN2 BELAJAR DULU

Gambar nie sebenarnya aku copy paste daripada friendster azwa....nie satu2nya gambar aku ramai2 dengan geng MT3....gambar nie mengingatkan aku dengan keng kawan yang dah lama tak jumpa. Cuma azwa & apit je, ada aku jumpa...as ada lah jugak aku call. Dulu masa dia tinggal kat Skudai boleh lah singgah time turun sana. Sekarang dah jadi orang Kluang payah le aku nak sampai ke sana. Aya & nab langsung aku tak jumpa lepas habis belajar.... masing2 dah bawak diri entah ke mana...tak dapat di kesan. Sorang lagi tu....ami, my best friend...itu ceta beberapa tahun yang lalu....sekarang mcm anjing dgn kucing. Pantang jumpa mesti ada yg tak kena, tak puas hati...mesti bertekak nak mempertahankan pendapat masing2. Kesimpulannya, lebih baik tak yah jumpa...

Gambar nie kami ambil di Hotel Allson Kelana...masa tu kami jadi penyambut tetamu sempena hari lahir menteri besar N9....artis jemputan masa tu, Siti Nurhaliza (tak glamor pun) sekarang sebut je semua org kenal. Kami and the geng sempat jugak tu bergambar dengang dia...boleh lah buat kenangan bergambar dengan artis tanah air....Entah macam mana, MT2...aku dgn ami je terjoin...masa tu bodoh2 je....(aku lah) orang lain dah biasa pakai baju kebaya... aku mmg tak pernah pakai baju kebaya....tut tut time tu...kena pakai baju kebaya..ha sudah kali nie.... mahu langkah ku tak ketahuan....ha ha...hendak tak hendak aku pakai je lah...rupanya ok je...maklum le masa belajar aku tak ada baju kebaya pun....brutal punya org mana nak pakai baju mcm tu....cita2 pun nak jadi askar...Pernah sekali kwn aku nie...teringin sgt nak tengok aku pakai baju kebaya....sampai hbs belajar aku tak ada baju kebaya....

Itu lah kali pertama aku masuk hotel....makan kat hotel....kali pertama pakai baju kebaya...segala-galanya kali pertama. Bayangkan tak pernah makan kat hotel...org kampung lah kata kan....makan pakai sudu pun tak pernah.... sebenarnya hotel tu sediakan satu table untuk kami....last2 minute ada pulak tetamu from kl tersesat and than sampai lambat join group kami yang kat belakang...penjuru pintu....udah malu lah pulak kami nak makan....masa tu makanan memang mewah giler.....tetamunya terdiri drpd vip je....tengok pun takut...dah habis majlis kami di hantar ke maktab dan diberi sedikit saguhati sekeping not RM50... seronoknya. Time tu, RM50 tu besar....pengalaman tu aku ingat sampai bila2....

REFORMASI PENDIDIKAN

Monday, July 27, 2009

PENGAKAP TETAP DI HATI

Nie gambar ari Isnin time nak jemput budak2 nie. Hajjah nie bagus, sanggup belajar itu ini....maklumlah tahun nie baru join pengakap. Terima kasih hajjah kerana banyak membantu kami dalam pengakap.

Kami bergambar bersama dgn GB dan cikgu2 pengakap sksb selepas penyampaian sijil pengakap.

Barisan murid-murid yang menyertai kempori pengakap minggu lepas.... bertempat di Hutan Templer, Rawang. Seramai 24 orang telah menyertainya. Budak2 nie kalau bab berkhemah cepat je penuh....kalau ikut kan ramai lagi yang nak pegi...aku bangga jugak dengan keng kawan...sanggup gunakan keta sendiri buat pe hantar anak murid....jadi cikgu nie segala2nya kena berkorban....

berkorban apa saja..
masa dan juga tenaga....

Mcm Cikgu sulia, sepatutnya ari jumaat tu...nak kena balik kedah...jenguk anak yg masih kecil...tapi korban masa.... pe hantar anak murid dulu...baru balik kampung. Pendek kata, bertuah sek aku nie dapat cikgu2 yang jenis tak berkira... keta jahnam kerana bawak murid pun tak pe....kalau cikgu2 jenis berkira payah jugak kan....

MUG BARU LAGI

Mug nie, ari Sabtu dapat. Ada kawan aku tolong belikan. Dah banyak kali aku ge KLCC tapi tak terbeli mug nie....hargenya separuh RM50 tu....tak lalu jugak aku. Bila kawan aku nie beriya2 nak bayar, aku ambil je le....mmg dah lama minat. Kawan aku nie turun KL dari Kuantan, saja nak suruh aku bawak dia jalan2 sekitar KL. Lepas pusing2 KL aku hantar dia check in kat hotel Dinasty...tak sangka dapat no bilik 2112 tingkat 21. No nie memang lekat je kat kepala nie...sebab kete kawan aku JGW 2112....no keta sapo tu????? Aku pun minat gak dgn no 1 dan 2 nie....

PETIKAN GITAR MENGASYIKKAN

MY NEW MUG

Bertambah lagi koleksi mug aku. Mug nie aku beli semasa ge cuti2 ganu ari tu. Aku seronok... bila time nak buang habuk tu....sambil lap2 ingat tempat2 yang pernah aku ge. Tu sebenarnya aku pilih hobi nie....Ada kenangan, selain gambar. Setakat nie aku belum jumpa lagi orang yang mempunyai hobi sama dengan aku. Bukan apa kalau jumpa mungkin aku boleh tukar2 mug dengan dia ke???

Sunday, July 26, 2009

HAPPY BESDAY

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat ulang tahun kepada kawan baik aku yang selama ini banyak memberikan sokongan dan sentiasa dekat di hati walaupun jauh nun di Damak.

Kepada Suriani Mat Yasin selamat menyambut ulang tahun yang ke 31 pada 24 Julai ( Jumaat ) semoga pengalaman semalam menjadi pengajaran untuk hari ini. Semoga tabah menghadapi hari2 mendatang, dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur.

Sebagai kawan, aku sentiasa mendoakan agar kawan2 sentiasa beroleh kebahagian.

Saturday, July 25, 2009

AWARD FROM SHAH & ANIS


1. Letakkan award di blog anda
Sudah semestinya....penghargaan

2. Bagi kat seplo orang yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra
Sapo aaa..Berikut adalah calon-calonnye..
Semua dah dapat......ada yang sesuai nanti aku bagi ah...

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda...
Payah jugak nie....aku tak belajar lagi....nanti aku cari sifu br boleh buat...

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
Belasah je lah...

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada penerima anugerah.
Yang nie pun aku tak berapa nak faham.....

Sekian, macih.

Friday, July 24, 2009

LIKU2 KEHIDUPAN


Setiap insan impikan kehidupan yang sempurna dari pelbagai segi. Tapi, adakah semua impian itu tercapai??? Jawapannya terletak pada diri insan itu sendiri untuk merancang kehidupannya seperti mana yang diimpikan. Ramai orang gagal mencapai impian kerana gagal merancang. Sebenarnya orang yang tidak merancang itu sedang merancang untuk gagal. Tapi kita jangan lupa, kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Saturday, July 18, 2009

MODEL KAIN TUDUNG

Setiap hari rabu memang ada aktiviti ko-ko, pukul 4.30 sampai 6.30. Murid yang ceta lah memang suka je datang. Tambah lagi kalau time unit beruniform dan permainan. Confirm ramai yang hadir ari tu... Nie gambar dah beberapa minggu aku ambil. Persatuan Puteri Islam mengadakan pertandingan mengayakan kain tudung mengikut krativiti masing2. Sambutan memang menggalakkan. Ramai murid yang mengambil bahagian. Nie sebahagian yg sampai ke peringkat akhir...

Pernah ada sekali tu...sorang cikgu nie bawak getah (hok kecik2) nak buat apa???? Kami cikgu2 nie main lompat getah....rupanya ramai cikgu yang pandai main...apa lagi, anak murid kami jadi penonton le...ada tu tak pernah tengok pun orang main lompat getah....lepas cikgu2 penat main, apa lagi anak murid kami pulak kerja kan getah tu...almaklum lah..depa tu mana ada masa nak main semua tu... Ari tu aku rasa mcm berada di zaman kanak2 balik je..sebab aku nie bab main cakap je apa yang aku tak cuba....pernah kena marah dengan cikgu sebab keja main kat dalam kelas time cikgu tak ada. Udahnya kelas bising.

Friday, July 17, 2009

SMS

Benda nie...susah jugak kan...rotan tak kena cara jadi kesalahan....tak rotan pun rasa serba salah.. sebab perangai dah makin tak boleh dibendung.... Aku fobia dengan rotan nie.... tapi ada jugak ibu bapa datang jumpa sendiri dengan aku "cikgu rotan lah anak saya kalau dia tak dengar cakap....asalkan tak cedera" tapi tu ah kita pulak yang takut nak rotan....bukan apa takut balik nanti anak dia kena belasah lagi teruk....

Kita takut bila rotan dikuatkuasakan....nanti disalah gunakan... tak tahu nak cakap lah.... yang mana satu lebih berkesan....rotan atau teguran....

Aku memang suka baca ruangan sms pembaca BH....aku tertarik dengan sms yang dihantar oleh AJU76. Nie mesti kes tak selesa dengan kehadiran org2 seperti nie....aku rasa ramai lagi guru kat luar yg sependapat dengannya....termasuk lah aku....sebab tu lah...aku tak duduk kat bilik guru....aku lebih suka duduk merata-rata...supaya lebih selesa nak buat kerja...tak ada gangguan2 sebegini...

Aku ingat, ada kwn aku pernah usulkan perkara nie dalam mesyuarat...tapi aku tengok mcm tak ada tindakan apa pun....jurujual dtg mcm biasa je....nak salahkan siapa nie??? antara 3 nie....jurujual, guru, atau pentadbir..... Siapa perlu diutamakan jurujual atau guru????? Tolong2lh fikirkan.....

Thursday, July 16, 2009

KEHADIRAN

Semua orang bercakap mengenai ketepatan masa, dan berapa orang yang menepati masa.... Adakah beratur panjang itu boleh menepati masa???? siapa nak jawab nie???....Selama nie, aku datang time yang cukup selesa untuk menulis nama...mana tak nya, orang yang kelima...ketiga...so belum lagi beratur panjang.... hari nie barulah aku nampak situasi yang sebenarnya.... bila kemudahan yang ada tak boleh digunakan....tu dia beratur sampai ke tangga....aku datang lewat ari tu pun sebab ada kawan...minta tolong hantar ke komuter. Kalau tak sampai ari nie, aku tak tahu.... Aku setiap ari awal.... sebab sarapan kat sekolah....selalunya pukul 7.00 dah ada kat sekolah....minum dulu...sembang2...sebab time lain susah nak jumpa...bukan sebab aku rajin datang awal ke sekolah....bukan sebab aku rajin balik lewat dari sekolah...tapi aku suka berada di sekolah ramai kawan...balik lambat pun.... aku bukan buat keja sekolah...tapi buat keja entah apa2....janji kita bahagia kan.....

Banyak dah benda kat sekolah aku pakai kemudahan ICT nie....sistem pinjaman buku di perpustakaan.....buat jadual waktu.. dulu pernah guna scan bacod untuk sistem pinjaman buku teks ...dan sebenarnya sekolah aku nie...guna punch card ( mcm kad pejabat2 kerajaan tu)...semua nie banyak memberi kemudahan kepada banyak pihak....tapi masalah yang besar aku nampak semua nie perlu penyelenggaraan yang berterusan....bila dah bermasalah, kita biarkan....akhirnya akan jadi gajah putih macam tu je lah....Akhir sekali balik kepada zaman aku mula posting dulu.....tulis pada buku yang disediakan.....

PRINTER PUNYA HAL

.Susah betul kalau tak ada printer nie...banyak kerja tergendala, gara2 semua nak kena tunggu buat kat sekolah...kita dah biasa buat je print...lama jugak lah aku tak ada printer. Masa cuti sekolah bln 6 ari tu anak buah nak pinjam buat tugasan PMR...dah tu ada lagi keja tak siap...kesihan pulak aku nak ambil...tak pe lah beli yang lain je lah...Tapi tu ah, nak cari masa nak ge beli tu yang lamanya...dah dekat nak hantar asgment baru lah nak ge cari....(keja sendiri tak boleh buat guna harta kerajaan...laptop mcm mana?? harta kerajaan...yang nie aku pejam mata je lah...

Isnin ari tu...aku ajak si sulia nie....dia pulak tak ingat jalan...udahnya terpaksalah menyusahkan suaminya untuk ke sana....nasib baik lah si ezane nie memang minat benda2 mcm tu....ah boleh aje...aku segan gak....tapi tak pe untuk kali pertama....lepas nie aku dah boleh ge sendiri...Masa kami nak bayar parking kereta mesin pulak rosak....so kami pun buat bodoh, tak bayar...ha apa jadi lepas tu kenalah saman...mahal jugak rupanya saman kesalahan mcm tu pun....RM100 tu...dua minggu aku makan tu...

Mula2 berlagak tak nak bayar...nak buat bodoh je...tapi aku nie jenis yang tak senang duduk...kalau buat salah...apa lagi, ari nie...aku ajak K.ana teman kan aku ge bayar saman kat MBPJ..... aku belasah je tahu ke tak ke tempat tu....tapi nasib aku baik....tak sempat sesat lagi dah jumpa....settle satu beban di kepala....

Wednesday, July 15, 2009

LADAP


Pada hari Sabtu yang lepas telah diadakan perkembangan staff. Ada je aktiviti setiap hari Sabtu, 2 kali sebulan tu....hu...jenuh nak menolak nie...perkara yang aku paling tak suka bercakap depan rakan-rakan guru....depan murid ok je...terutamanya bab membebel hu...sejam pun tak pe....Kali nie nak ke, tak nak ke.... aku kena jugak lah bagi...Kak Wan dah bising suruh jugak.... sampaikan kpd guru2 semua....ha aku belasah je lah....

Ehsan kawan aku...ada jugak gambar masa aku bagi taklimat....terima kasih su....boleh akak buat kenangan...



Nie fasilitator school net sekolah yang baru melapor diri....bagus jugak kan ada dia ..aku nak ambil peluang untuk belajar apa yang patut dalam ICT...sebab minah nie bukan tetap kat sini...sampai 2010 je...Aku sanggup tunggu sampai petang...sebab nak dapatkan ilmu daripada dia nie....apa pun minah nie memang kelakar....ada je yang dia buat lawak...Ada penganti k.seha...dulu kak seha, memang laser tapi hatinya baik....susah2 kak seha....buat asgmnt k.seha....Kalau ada k. su ok juga....tapi ge kursus lah pulak...ah boring...nasib baik ada minah nie....


Terima kasih k. wan kerana tolong saya ari tu....bagi org yang terakhir bercakap...Nasib baik lah ada keng kawan yang macam nie......Kak wan nie bagus, apa pun boleh je.....aku je tak boleh2 lg, bila entah nak boleh bercakap kat depan nie....Susah jugak kan kalau tak berani nak bercakap kat depan nie....

Tuesday, July 14, 2009

TEMAN


KESIBUKAN MULA DIRASAI

Kita yang duduk kat KL nie tak rasa orang yang kat kg sekarang nie tengah sibuk buat persiapan itu dan ini.....Nak buat macam mana.... keja....keja pulak bukan jenis keja yang senang ambil cuti pulak tu.... Dalam aku sibut menaip entery nie...aku dapat sms mengatakan kelas aku ditunda pada hari Ahad....rosak program. Sepatutnya kelas hari Sabtu...dah le ari tu nak hantar tugasan...ada kelas ganti lagi....aku masih lagi berfikir2 nak ponteng ke??? atau tak???? ...Susah jugak nak buat keputusan. Sepanjang aku belajar secara PJJ aku tak pernah lagi ponteng kelas sesuka hati.... Kecuali tak sihat dan ada program sekolah yang tidak dapat dielakkan.

Sms drpd : lailysuriani OuM
Salam sejahtera, adalah dimaklumkan bahawa Tutorial 4 IPBA- OUM akan ditunda ke 19/7/09 (Ahad) berikutan terdapat midterm exampada 18/7/09 ( Sabtu) sebarang masalah mohon tuan/ puan hunbungi En. Salam 03-261.......

Terkedu aku seketika.....
Tak balik kan susah...banyak hati nak kena jaga nie.....dah lah jarang2 balik.....time2 mcm nie pulak tak balik lagi lah.....tak patut....

Aturcara majlis perkahwinan adik bongsu aku....ini mungkin kenduri kawin yang terakhir dan mungkin tak??? Ada lagi ke kenduri lepas nie...mungkin ya, mungkin tak. Yalah, ada lagi adik sepupu yang tinggal bersama dengan kami....tapi masil belajar lagi....mungkin sepuluh tahun akan datang kot baru ada kenduri lagi....


Kad jemputan pengganti diri telah diedarkan kepada para jemputan...menunggu masa je ...majlis akan dilangsungkan....aku rasa org yg paling seronok tentunya pengantin.... kedua mak ayah aku... lepas satu tanggungjawab mereka kan.... dan seterusnya kami semua....ya lah bertambah ahli keluarga... Adik aku seronok betul, cuti kawin pun sampai 2 minggu, hu...lama tu....seminggu sebelum dan seminggu selepas.....Boleh lah ge honey moon jauh sikit....

Pelan ke rumah kami di Kampung Chengkuak Damak, Jerantut Pahang.

Kampung Damak, Jerantut.

Monday, July 13, 2009

KAWAN BELANJA MAKAN

Sejak akhir2 nie....aku tengok my boss ok lak pulak....boleh tu nak buat perkembangan staff cari hari yang semua cikgu cikgi tak ada kelas PPJ tu...Aku suka lah...bukan apa tak yah aku susah payah nak ge mengadap, nak mohon pelepasan....Perkara yang paling aku tak suka, bila terpaksa kena mengadap boss....

Ari tu pulak aku datang lewat...semua orang dah ada kat dewan....my boss pun dah sampai...malu pun ada. Nie semua gara2 tido lewat dan kepenatan. Tak pe lah bukan selalu pun datang lewat...perkembangan staff mula 8.00 pagi hinggalah ke 12.30 tengah hari... standart lah tu...

Lepas habis perkembangan staff, member aku nie nak belanja makan kari kepala ikan kat lukcy garden bangsar....Aku sebenarnya tak boleh makan kari...nanti perut aku nie meragam...tapi orang dah pelawa apa lagi terjah je lah....nasib baik lah ada ayam tanduri dan sotong goreng kunyit....hu lega, aku nie sebenarnya tak makan pedas....dari dulu, kini dan selamanya....

Takut aku tengok kepala ikan merah, besar tu....first time aku tengok org makan kari kepala ikan sebesar tu.... Kak Gee, dgn Wani sibuk dok berebut mata ikan....habis dibelasanya 6 biji mata ikan....Aku dgn hafiz memang tak reti makan kepala ikan....Mazri dan Nana belasah jugak lah walaupun tak beriya sangat....K.wan dgn Cikgu Mat Noor, tu lah tempat depa selalu dating lepas kelas.....pekena kari kepala ikan mamak....

Apa pun K.Wan, terima kasih kerana belanja kami makan kari kepala ikan.

Tuesday, July 7, 2009

TAHNIAH

Semalam telah diadakan mesyuarat Induk Kurikulum....biasalah antara yang dibincangkan lebih kepada peningkatan prestasi murid2. Biasalah kerja di mana pun mesti ada mesyuarat....lsuka ke tak kena lah hadir....lepas mesyuarat besar... yang bawah2 kena buat mesyuarat pulak.....hu hua lemah den...aku masih tak confident lagi nak bercakap kat depan nie... aku lebih suka duduk kat belakang je... menjadi pendengar dan melaksana, daripada jadi yang kat depan....dan mengarah....belum ada kemampuan...

Tapi di akhir mensyuarat Gb umumkan nama2 guru yang berkenaan untuk mengambil surat di pejabat....hu hu surat apa tu..... Ha surat APC le....tahniah kat keng kawan....segala teka teki dah pun terjawab....siapa mereka tu....

Cikgu Kamis
Cikgu Mokthar
Cikgu Normala
Cikgu Wan
Cikgu Hasmiada
Hajjah Zakiah
Cikgu Hasliza

Tahniah kepada keng kawan yang dapat APC tahun nie....

Sunday, July 5, 2009

MENGHITUNG HARI

Setiap kali sang suria menjelma bermakna hari baru telah bermula....Begitu pantas masa belalu, sesaat pun tidak pernah leka. Hari ini kita telah berada di bulan Julai...ini bermakna sebulan 5 hari telah berlalu...Aku hanya berbaki sebulan 24 hari...takutnya!!! Tika ini, di kala ini hanya satu yang aku fikirkan biarlah aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari2 mendatang...

Aku sentiasa pujuk diri aku supaya yakin dengan ketentuan illahi, rezeki ada di mana2 dan bila2 masa kita akan diberi dan ditarik balik....

Aku bukannya takut untuk menerima hakikat siapa aku selepas tarikh berkenaan...tetapi aku takut tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dalam masa terdekat nie...jumlah itu sikit bagi orang yang berduit dan banyak bagi orang yang tidak berduit. Hakikatnya hari ini, semuanya duit...

Aku bersyukur, walaupun siapa aku selepas ini....sekurang2nya aku masih punya kerjaya untuk menyara hidup sendiri....aku masih punya keluarga yang menyokong aku selama ini...aku masih punya kawan2 yang sanggup bersusah payah bersama dengan aku....aku sayang semua yang berada dibelakang aku....

Kegagalan semalam mengajar aku erti sebuah kehidupan...tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti. Jika itu yang ditentukan untuk aku, aku redha....Sekurang2nya aku telah berusaha buat yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

Saturday, July 4, 2009

SALWA & KOALA

Lone Pine Koala Sanctuary
www.koala.net

Lone Pine Koala Sanctuary in Brisbane, Australia, is the world's first and largest koala sanctuary, with over 130 koalas. Cuddle a koala anytime, handfeed kangaroos and encounter a large variety of Aussie wildlife, all in beautiful, natural settings.

Send this web page to a friend

Aku ambil gambar kawan aku nie di http://photo.koala.net/0706012792.htm semasa dia pergi bercuti ke Australia baru2 nie...

Wa, nasib baik hang dengan azi tak bawa balik H1N1....Apa pun dah selamat sampai di tanah air. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman melancong ke tempat orang. Tak lupa terima kasih jugak, belikan buah tangan untuk ida....sory lah azi gambar hang tak ada....

PERLU BACA

Aku memang tak suka nak baca, terutamanya benda yang aku tak faham....tapi semalam aku beli buku dalam bahasa Inggeris....jangan tak caya. Alkisahnya, ada sorang pelajar sekolah menengah tempat aku mengajar tuisyen nie..."cikgu nak beli tak buku?" sambil menunjukkan bukunya. "Tak nak lah, cikgu nie baca pun tak faham jugak... lagipun cikgu nie tak minat BI" sambil tu, ambil jugak nak tengok. "Cikgu buku nie kami tulis sendiri, edit sendiri sehinggalah terhasilnya buku nie"

Aku mula kagum dengan kebolehan murid sekolah menengah boleh menulis dalam BI dengan baik. Tapi aku...belajar dari sekolah rendah, menengah, buat diploma....sekarang sambung lagi pun tak mampu nak menulis dalam bahasa kadua dengan baik. Kalau terpaksa tu... aku belasah je lah. Tapi memang hancus ...

Bila dia cakap tulis sendiri, aku pun belilah tanda sokongan supaya mereka terus menulis... Apa pun beli dulu...nanti ada masa lapang aku akan baca...mudah2an boleh manjadi motivasi untuk terus belajar menguasai bahasa kedua.

Dalam pada tu sempat lagi aku tanya " bolehlah lepas nie tolong translate asgmnt cikgu" "Boleh tak ada masalah".. Selama nie pun asgmnt aku upah budak sek. menengah je translate....Bertapa ruginya kan tak menguasai bahasa kedua. Mungkin salah satu faktornya tak minat kot... Buku nie baru je berada di pasaran.

Thursday, July 2, 2009

KONSERT ANNUAR ZAIN

Hu hu...ari ini dalam sejarah buat pertama kali aku dapat menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk menonton. Dah lama aku teringin... baru nie berkesempatan...Lagi bertuah dapat menonton konsert penyanyi yg aku minat. Penyanyi nie pulak buat pertama kalinya mengadakan persembahan di IB.

Aku and keng kawan enjoy betul....Annuar Zain memang best lah. Pada mulanya terasa kepenatan... tapi pabila konsert bermula hilang kepenatan dan segala bebanan tugas hilang seketika.... Aku tengok penonton yang hadir memang terhibur dengan persembahannya yang cukup bertenaga.....

Tahniah Annuar Zain kerana berjaya menghiburkan penonton yang hadir....