Friday, August 16, 2013

CENDAWAN BATANG GETAH

  

Rasanya dah agak lama aku tak makan cendawan batang getah atau pun lebih dikenali dengan nama kulat sisir di kalangan orang kampung... masa kecik-kecik, time hujan je pe cari kulat sisir nie... time hujan kulat nie akan kembang... senang untuk diambil... berbanding pada musim kemarau.

Hari nie harga cendawan batang getah mencecah RM30/kg... terkejut jugak aku... tapi itu lah harga pasaran sekarang. Pendek kata semua benda jadi harga kan...

Aku suka goreng dengan telur... macam goreng telur dadar... cendawan nie ditumbuk bersama bawang dan letak telur... puh memang sedap... boleh masak lemak dengan kacang panjang... tak pun terung... tak pun baby jagung... nak tahu sedap ke tak... kena cuba baru tahu..

Cendawan kat atas tu mak aku bekalkan.. dia tahu aku memang suka... sekarang dah masak sendiri... dah ada dapur... kan senang... 

Cendawan tu terpaksa jemur sebab baru kutip... kalau simpan yang kering tahan lebih lama.

Tuesday, August 6, 2013

BUDAYA BERSALAM-SALAMAN

Beratur untuk bersalam-salaman
Murid bersalam dengan guru-guru
Sejak kebelakangan ini... boleh dikatakan disiplin murid sangat merosok berbanding dengan zaman kita bersekolah dulu jauh lebih baik. Hari ini, murid kurang menghormati guru, tidak takut dengan guru... di mana silapnya??? 

Alhamdulillah, sekolah aku masih mengamalkan budaya bersalaman waktu balik dan jugak hari-hari tertentu seperti hari terakhir sebelum bercuti hari raya... budaya yang baik yang boleh membentuk anak-anak menjadi insan yang saling menghormati antara satu sama lain perlu diteruskan.

Mungkin kah arus kemodenan hari ini melenyapkan semua nilai murni yang dulunya amat dititik beratkan. Sebagai seorang guru, aku amat kecewa dengan apa yang berlaku... aku yang berada di sekolah... berdepan dengan anak didik generasi akan datang menjadi takut. Apa akan berlaku 10 tahun lagi???

Setiap kali guru memberi kerja rumah... boleh dikatakan hanya 20% sahaja yang menyiapkan kerja berkenaan... lagi 80% tidak menyiapkan kerja... mereka langsung tidak berasa bersalah dan takut. Mungkin kah guru hari ini tidak dibenarkan mendenda murid yang menjadi puncanya... kalau zaman kita belajar dulu... kita akan berusaha untuk menyiapkannya... walaupun jawapannya salah... apa yang penting siap... kalau tak siap, pasti akan mendapat habuannya.

Guru mendenda murid untuk memberi pengajaran... tidak lebih daripada itu... sebagai ibu bapa pula perlu ambil berat dengan perkembangan anak-anak... sentiasa memastikan kerja rumah yang diberikan perlu disiapkan...

Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar generasi kita tidak ketinggalan dalam pendidikan.

Friday, August 2, 2013

PENYERAHAN KERJA RUMAH

Penyampaian hadiah kecemerlangan dan duit raya...
Penyerahan modul sepanjang cuti...
Hari nie merupakan hari terakhir... terdapat dua program yang telah dirancang khas... program pertama melibatkan murid tahun 6 yang dikenali sebagai Majlis Pengiktifan Kecemerlangan... Mdm Lim Siew Bian berbesar hati untuk memberi duit raya kepada murid yang mendapat 5A, 4A dan 3A sebanyak RM5 seorang, manakala murid yang lulus sekurang-kurangnya 5C mendapat RM2... 

Wah... my boss pun memberi bonus raya yang melibatkan budget bernilai???? sumbangan ikhlas...  semua murid sangat gembira... program yang julung kalinya diadakan sepanjang aku berada di sekolah ini.

Selepas itu, guru besar juga menyerahkan kepada murid set modul yang melibatkan 4 subjek kerja sepanjang cuti... (formal lagi... serah kerja rumah)... terima kasih Mdm... modul ini bukan untuk membebankan murid... tetapi sebagai bahan yang boleh digunakan sepanjang 2 minggu bercuti untuk mengulangkaji... 

Guru-guru mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa agar dapat memantau anak-anak agar membuat kerja yang dibekal... apalah gunanya kerja bertimbun tetapi tidak berusaha untuk menyiapkan...

Kepada anak didik aku... selamat bercuti dan jangan lupa pelajaran... gunakan masa terluang untuk menyiapkan kerja yang dibekalkan. Guru hanya mampu membantu... selebihnya murid perlu usaha.

Thursday, August 1, 2013

GAMBAR SLIP PEPERIKSAAN UPSR

Gambar yang telah diedit....
Bahang peperiksaan kian terasa... esok hari terakhir bersekolah dan murid akan bercuti selama 2 minggu... lama 2 minggu tu... kemudian bersekolah 3 minggu... dah peperiksaan UPSR.

Antara kerja-kerja yang perlu diselesaikan menjelang peperiksaan... penyediaan dewan dan slip peperiksaan... pada slip berkenaan disediakan ruangan untuk gambar calon UPSR... 

Berdasarkan pengalaman, jika minta murid mengambil gambar di kedai... mak ai susahnya nak dapat... berbagai-bagai alasan yang diberikan...
" Mak tak ada masa lagi nak pergi ambil gambar"
" Ayah kerja luar"
" Mak kata... minggu depan baru nak ambil gambar"

Pening kepala cikgu... hari-hari nak mintak... nak cukupkan 40 orang... berapa lama. Kalau kelas hujung lagi lah...  Atas inisiatif guru-guru tahun 6... kami bersepakat untuk ambil gambar murid-murid sendiri je... lagi senang... gambar terkumpul... yang penting seragam saiznya... 

Bukan lama pun nak buat, snap je gambar murid, alah aku guna kamera biasa je pun.... 200 orang tak sampai 2 jam... edit sehari dah boleh siap... lepas tu gunting dan masukkan dalam plastik... seorang boleh dapat 6 keping... kosnya baru RM1... daripada parents nak ambil kat kedai RM12... membazir kan...

Buat kerja-kerja gini aku minat lah... seharian mengadap laptop tak pe... nie dah tahun ke-3 aku buat kerja-kerja mengedit gambar untuk slip peperiksaan. Tahun depan dah tak mengajar tahun 6... mungkin orang lain pulak ambil alih kerja aku nie... he he he...