Sunday, July 31, 2011

HARI PERTAMA BERPUASA

Tahun nie hari pertama puasa, aku berbuka di Pristana je... sorang-sorang... kalau tahun lepas, hari pertama aku berbuka di kampung. Malam tadi bersahur di Cheras umah kakak den... niat di hati nak berbuka di sana... tapi terbayang-bayang pulak kerja di rumah yang menanti nie... keja apa lah tu yang banyak sangat??? macam-macam nak buat... itu pun kalau rajin.... kalau tak tidur je lah.

Hari nie kebetulan sekolah cuti... cuti peristiwa. Boleh lah rehat sikit... hari pertama puasa nie penatnya lain sikit... bagi aku, puasa ke??? tak puasa ke??? sama je.. berbuka di kedai je... tak pun beli je kat pasar ramadhan... bersahur aku tak kisah sangat. Setiap hari aku bangun bersahur... tapi minum air dan makan buah kurma pun dah cukup.

Dari dulu lagi, memang tak boleh makan nasi waktu bersahur... kesimpulannya, memudahkan diri sendiri jugak... tak payah susah-susah masak. Kepada kekawan semua selamat menunaikan ibadah puasa.

Tuesday, July 19, 2011

HANTAR CUCI KERETA

Hari nie, lepas taklimat pengisian markah ujian secara online... aku bersama dengan kekawan pe minum... nie biasa lah. Kebetulan ari nie kekawan tak puasa... ingat Khamis dan Jumaat nak puasa... kalau puasa ramai-ramai seronok sikit time berbuka. Bukan selalu pun dapat minum petang sama-sama... kebetulan pulak ari nie ada kesempatan... sedap jugak pekena mihun sup dengan teh ais... sambil sembang-sembang. Sembang apa ye???? biarlah rahsia.

Lepas tu aku pe hantar cuci kereta di Bukit Rahman Putra... apa yang aku nak cerita nie... dah lama pun... kira cerita dah basi... masa tu tak berkesempatan nak tulis... tetiba ari nie time hantar kereta boleh teringat pulak cerita yang dah lepas tu... rasanya rugi pulak kalau tak ditulis... memenuhi koleksi peribadi... mungkin juga menjadi peringatan kepada diri sendiri.

Sekali tu, aku hantar kereta untuk dicuci... time malas, aku hantar kedai je... bila time rajin cuci sendiri di rumah... air tak kena bayar pun... sebab penggunaan minima je. Semasa aku menunggu time kereta sedang dicuci... datang seorang mak cik nie... pakai kereta Honda CRV... dia pun nak cuci kereta jugak. Dia datang dan terus bersalaman dengan aku dan dua orang perempuan yang lain.. masing-masing menunggu kereta dicuci... so dia duduk di sebelah aku.

Kami pun bersembang lah... aku nie memang kalau orang mula bersembang... aku layan je lah. Mana lah tahu kan... kot-kot dapat petua ke... sebab orang tua nie banyak pengalaman... sebab dia makan garam lebih dulu daripada kita. Dia tanya lah dari mana... tinggal kat mana.... aku pun beritahu lah... baru balik kerja... tinggal kat saujana... dia tanya anak dah berapa??? so aku beritahu lah belum lagi ada anak... Dia kata Insya Allah ada rezeki... Amin.

So dia pun cerita lah... dia ada 10 orang anak... semua dah kerja... semua masih hidup... aku dengar je... nak cerita pasal anak pun...aku tak ada anak... dia beritahu lah... dulu senang nak jaga anak... sekarang susah... dengan macam-macam perangai dan cabaran. Dia dulu jaga sepuluh orang anak... suami dia sorang je kerja.. cukup. Alhamdulillah semua anaknya masuk Universiti... terkejut aku...

Sempat lagi aku tanya... apa petua mak cik... yang boleh dikongsi dengan saya... untuk mendidik anak-anak... bukan senang nak jumpa orang yang hebat macam nie... bagi aku mak cik nie seorang yang hebat. Aku tanya lagi... anak-anak mak cik kerja apa... dia pun cerita lah sorang-sorang... itu pun dia tak nak cerita... aku mintak dia cerita.

Dia beritahu, tak ada petua pun... melainkan minta pertolongan daripada ALLAH.... setiap malam dia bangun solat Tahjud... banyakkan mengaji dan berdoa... setiap kali anak nak ambil peperiksaan dia akan puasa dan membaca YASSIN sepanjang tempoh peperiksaan anaknya... supaya anaknya tenang menjawab peperiksaan.

Bila balik rumah... aku termenung...mengenangkan bertapa bertuahnya aku dapat berjumpa dengan seseorang insan yang bergelar ibu... ibu yang berjaya mendidik anaknya dengan menggunakan acuan yang sangat terbaik.

Monday, July 18, 2011

TERASA DIRI DIHARGAI

Rasanya semua orang suka dirinya dihargai... tak kisah lah dihargai oleh insan tersayang ke??? dihargai oleh kaum keluarga ke??? rakan taulan ke??? tak kurang jugak dihargai oleh bossnya... yang kerja swasta, mesti tertunggu-tunggu bonus hujung tahun kan... kami kalau dapat bonus tak boleh nak sorok... satu Malaya tahu... he he he he... tahun nie ada bonus kot.

Aku ada 3 orang kakak, seorang adik dan seorang abang... biasa lah dalam keluarga nie... ada adik beradik yang rapat... yang tak berapa boleh ngam... tapi tak bermakna tak ambil tahu... tu lah lumrah dalam kehidupan... sekarang aku tinggal berdua je di KL nie... dengan kakak no.3. Sebelum nie kami bertiga di KL nie. So sekarang nie ramai adik beradik den di kampung le.. dekat sikit dengan family.

Semalam kakak aku nie minta pendapat... aku rasa benda tu remeh je pun... tak perlu tanya pun dia boleh buat keputusan sendiri. Tapi dia kata, nak tanya jugak pendapat aku... tak pe lah setakat beri pendapat tak jadi masalah. Bagi aku, selagi orang percayakan kita... kita perlu hargai. AKu ingat lagi, kata-kata yang aku pernah beritahu kepada si dia... "Abg komunikasi berkesan dalam keluarga penting". Kerana kekurangan dalam komukasi lah banyak masalah lain akan timbul. Rasa ketidakpuasan hati tidak dapat disalurkan dengan cara yang betul. Kesannya akan ramai orang di sekeliling akan berasa tertekan dengan situasi berkenaan.

BERSAMA SI COMEL MAJALAH KUNTUM

Aku dan kekawan sempat lagi bergambar dengan si comel... si comel nie dijemput khas sempena dengan Bulan Pusat Sumber... Kita yang tua-tua nie pun seronok nak bergambar... anak murid lagi lah... sampai lenguh lah tangan kawan aku snap gambar murid-murid yang ingin mengabadikan kenangan bersama si comel.

Si Comel nie datang sekolah pada hari Selasa yang lepas... tapi tak sempat nak update... almaklumlah sibuk dengan macam-macam hal. Banyak gambar 200 lebih keping... tapi tenet pulak malam nie macam kura-kura.. mata pulak dah mengantuk... jadi lah sekeping nie..

Sunday, July 17, 2011

PERTEMUAN YANG CUKUP BERMAKNA

Hari semalam seperti yang dijanjikan... aku seawal pagi sudah bergerak ke JJ Equin Park, Seri Kembangan... bagi aku, tak ada masalah untuk ke sana... area tu aku dah biasa... yang menjadi masalahnya... orang yang aku nak jumpa tu... jenuh jugak lah dia call sana sini tanya jalan.

Aku hantar sms, beritahu aku boleh tunggu sampai pukul 10.3o je... ya lah kan... janji pukul 10.00 kan. Aku sebelum pukul 10.00 dah sampai... nak kena tunggu lama lagi... tak kuasa aku. Nasib baik minah nie boleh sampai sebelum pukul 10.30... Dah sampai, dia call aku... so kami pun cari tempat yang boleh makan sambil bercerita... dia kata banyak benda nak tanya aku.

So, dari pukul 10.30 sampai lah 1.30 kami jumpa memang tak berhenti bercerita. Bukan sekejap 3 jam tu... tentunya banyak perkongsian telah berlaku... niat asal aku, hanya ingin menjadi pendengar kepada masalahnya... aku memang tak nak masuk campur dalam urusannya. Tapi akhirnya aku terpaksa bersuara dan bercerita perkara yang sebenar. Apabila keadaan memaksa. Aku jadi kesian... apa yang aku pernah lalui... minah nie terpaksa lalui pada hari ini.

Aku bercakap bukan atas dasar dengki... malah aku sentiasa berdoa akan kebahagiannya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku... apa yang aku lalui... terpulang lah kepada minah nie nak percaya atau pun tak... itu hak dia... kalau aku menipu pun tak ada untungnya. Dia yang mencari aku... bersusah payah mencari aku... untuk apa? pastinya inginkan jawapan yang boleh merungkai segala masalah. Aku rasa kau boleh menilai siapa di pihak yang benar dan siapa yang bercakap benar. Dan siapa yang memutar belik keadaan.

Minah nie lebih mengenali seseorang nie berbanding dengan aku... tempoh waktu aku bersamanya yang terlalu singkat mana mungkin aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat. Aku bawa satu fail... mana lah tahu kan... minah nie nak tengok dan nak tahu sesuatu yang mungkin boleh membantunya juga suatu hari nanti.

Dulu aku pernah menjadi pelarian... hari ini terjadi juga kepada minah nie... dia menjadi pelarian... tapi apa kesudahannya??? Bukan mudah untuk lari daripada masalah... jika kita tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah. Minah nie dah cukup matang untuk menilainya... aku tak nak memberi cadangan dan pandangan... terpulang lah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan... Jangan biarkan diri kita hidup dalam keadaan menderita... kufur nikmatnya.

Aku tolong sebab orang minta tolong... mungkin pertolongan aku ini dapat membantu minah nie sedikit sebanyak dalam menyelesaikan masalahnya. Tapi aku minta tolong jangan libatkan aku dalam masalahnya. Aku tak nak ada kaitan langsung. Aku nie kesian tengok minah nie... terlalu awal untuk dia hadapi semua nie... sepatutnya dia hidup dalam suasana yang bahagia... tetapi sebaliknya berlaku... Hidup dalam keadaan tertekan dengan masalah kewangan... ditambah dengan masalah lain. Bukan mudah untuk dia hadapi semua nie.

Aku sentiasa doakan, semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik. Lepas jumpa, takut pun ada... takut orang kaitkan kita sekali dalam masalah nie. Niat kita baik, Insya Allah TUHAN akan tolong lindungi hambanya. Amin.

Friday, July 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ANIS

Pada hari Ahad, 10 Julai yang lepas... member aku selamat bergelar isteri kepada Anuar. Majlis pada hari tu memang meriah... dan berjalan dengan lancar. Ramai jemputan puji, masakan memang yang terbaik... bayangkan rata-rata tetamu menambah tu. Aku pun he he he he.

Sempat juga, aku bergambar dengan pengantin... sekarang lambat lah dapat update blog... sebab kena tunggu gambar ehsan daripada kekawan... tak ada gambar tak syok pulak... asyik tengok tulisan je. Semua tu kawan sekelas aku unit MT2 Raja Melewar... dari kiri Ilot, aku dan k.ila bersama anaknya.

Dulu aku ada kawan yang bujang ke hulu ke hilir.... sekarang tinggal aku je nie... sedih dah tak ada gengs... baru lah terasa nak kawin... baru lah terasa nak cari teman. Tapi kawan aku selalu pesan, dalam pencarian jangan terlalu gopoh gapah... takut tersalah pilih. Betul jugak...

Ada rezeki, ada jodoh tak ke mana kan... Insya Allah ada tu... cuma lambat atau cepat je.

Kepada Anis dan pasangannya, selamat pengantin baru semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke hujung nyawa.

Wednesday, July 13, 2011

KEPUTUSAN TEMUDUGA DG41

Lega sangat bila dah dapat keputusan temuduga spp DG41... dah pun DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP. Sebab ada kawan, suaminya tak lulus temuduga... aku temuduga 19 Mei... suaminya 20 Mei... mungkin ada hikmah tu.

Sebenarnya aku dah standby duit dari bulan lepas untuk belanja si dia, kalau lulus temuduga... sebelum nie aku langsung tak berpeluang belanja si dia makan. Seingat aku baru sekali aku belanja si dia makan ikan bakar di Pantai Pragratis, Jogjakarta bulan 4 yang lepas... lepas tu keluar makan, si dia yang belanja... ikutkan si dia nak minta aku belanja ikan bakar.

Hari Khamis je mesti aku akan teringatkan si dia... setiap kali lalu pekan Meru... aku akan teringat MC Donal di mana tempat kami selalu makan... bersembang lepas waktu kerja. Tapi kini tiada lagi saat-saat indah tu... semuanya tinggal kenangan... si dia nie memang suka sangat Big Mac... pernah si dia ke Hong Kong 5 ari... turun je flight di Penang, macam orang kebulur... si dia boleh habiskan 2 burger Big Mac.

Hari nie merupakan hari ke 17 si dia berada di negara orang... aku harap si dia bertambah tabah menghadapi dugaan yang ditentukan untuknya.

Sunday, July 10, 2011

MACAM REUNION LAH PULAK

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua... seronoknya ... pertama kawan baik den di Maktab telah pun selamat menjadi isteri... keduanya dapat jumpa kekawan lama... ada tu, memang dah bertahun tak jumpa pun... antara kawan maktab yang dapat meluangkan masa pada pada majlis Anis... yang sempat aku jumpa... Tan, Liza Ayob, Shah MT3, Awie Muzik, Ilot dan Kak Ila.

Tak seronoknya, sepatutnya... si dia akan hadir pada majlis tersebut bersama familynya... memang aku minta dia bawa family sekali... boleh berkenalan walaupun dalam senyap... belum masanya lagi nak bersemuka... tapi tak ada rezeki nak jumpa kali nie. Di sana, apa lah yang difikirkannya... bagaimana lah keadaannya berada di tempat orang... dalam tempoh yang lama. Aku sedih, tapi apa lah yang mampu aku tolong... kecuali dengan berdoa kepadaNya semoga dipermudahkan urusannya di sana.

Hari nie lepas je kenduri... member ajak minum... so kawan aku nie... follow kereta aku... suaminya yang drive... kali pertama aku tersalah masuk lorong... kali kedua aku tersalah masuk simpang... boleh aku masuk simpang ke bangunan PKNS depan IPD Shah Alam... padahal tempat yang nak dituju tu... bukan tak biasa pun... dah selalu pe pun... hari nie pemanduan aku langsung tak fokus... geling kepala laki kawan aku... laki kawan nie drive kereta Cambry... tetiba aku teringat si dia... dalam fikiran nie... si dia... si dia.

Dalam kepala nie dok ingat si dia... sedikit sebanyak terganggu jugak urusan seharian aku... harap aku kuat lah untuk menghadapi semua nie.

Monday, July 4, 2011

LAMA TAK JUMPA

Hari Khamis lepas... member aku nie call ajak makan kat kg Melayu... dalam hati.. main-main lah pulak si Aishah nie... malam-malam buta... masa tu, dia call dah pukul 10.50 p.m dah kat Rawang... ok lah.. time tu aku tengah layan cerita Samarinda... sayang pulak... so aku tunggu habis kan cerita tu...sambil bersiap..

Pukul 11.30 p.m baru aku sampai ke kg. melayu... tu malam boleh lah pecut sikit... kalau siang... tak dapat setengah jam tu.. Last sekali aku jumpa pun masa Iman 2 bulan kot... sekarang dah 8 bulan... nak harap aku turun sana... lambat lah... sibuk je memanjang... ingat ada masa nanti nak naik ke utara... nak menziarah kekawan...

Lama tak jumpa... sembang punya sembang... sedar-sedar dah pukul 1.00 pagi... esok sekolah tu... tapi kawan lama tak jumpa... tak ada lah pulak mengantuknya... boleh layan... kalau tak pukul 12.00 dah tidur.

Iman kat luar lagi cute... rupanya, si papa iman edit gambar... supaya sama kulit dengannya... padalah tak ada lah macam tu... Iman kecil-kecil lagi dah berjalan jauh... nak buat macam mana kan... nak balik jumpa mak tuk kat KL...

APa pun terima kasih Aishah dan Nuar belanja malam tu... dan sudi jumpa... walaupun dah lewat malam.

HILANG SABAR, ATAU BARU SEDAR

Setiap hari ada saja masalah yang menimpa, kalau tak diri sendiri, ahli keluarga... tak pun rakan taulan. Minggu lepas datang sorang rakan aku nie mengadu masalahnya... aku seperti biasa lah... bab rumah tangga nie aku tak nak komen lebih-lebih... aku sendiri pun tak punya rumah tangga nak komen masalah orang pulak... cukup lah sekadar menjadi pendengar yang baik. Bagi aku sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi.

Berbelas tahun dia hidup berkeluarga... semua urusan perbelanjaan diuruskan oleh suaminya... dia langsung tak ambil tahu... berapa perbelanjaan sebulan... berapa baki wang yang tinggal... cuma yang dia tahu bila nak pergi kerja... pasti suaminya menghulurkan wang untuk perbelanjaan seharian. Nak beli itu, ini kena mintak dengan suami.

Betul lah orang kata, makan gaji dengan kerajaan nie... gajinya sikit, tapi setiap tahun gaji tetap akan naik... walaupun RM60. Bila gaji diuruskan oleh orang nie... dah tentulah kuasa membeli agak terhad... nak beli apa pun terpaksa kena tanya suami... padahal duit gaji sendiri... ada ketikanya, kita nak jugak beli apa yang kita nak... ya lah penat-penat kerja... tapi kita tak mampu nak milikinya... bukan tidak berduit... tapi duit tak ada kat tangan.

Sebelum nie ada jugak dia bercerita... tapi aku dengar je lah luahannya... bukan apa, sejak kebelakangan nie... darah tingginya semakin meningkat.. aku risau jugak.. sekurang-kurangnya, ada juga orang mendengar masalahnya... lega sikit.

Lepas nie dia bertekad nak uruskan gajinya sendiri... dia nak belajar berdikari... tak nak lagi harapkan kepada suaminya 100% bab urusan kewangan... dalam pada tu sempat lagi dia minta tolong aku ajar tu.. ajar nie... Insya Allah aku akan bantu setakat yang termampu.

Pernah dulu ada sorang kawan aku nie... serahkan kad bank gaji dia setahun kepada aku... aku uruskan gajinya... hari keluar gaji je... aku settlekan kad kredit, pinjaman perumahan, bayar kereta, bayar bil tu dan nie... baki baru aku serahkan kepadanya... padahal dia ada suami... tapi tu lah, bila suruh suami dia uruskan setiap bulan ada je bil yang sangkut... masa tu kawan aku nie ada anak kecil so... susah nak ke bank. Aku tolong lah... lagi pun setiap bulan aku pun akan ke bank jugak. Sekarang nie je, banyak urusan bayaran bil aku di maybank2u.

Moral of the story, gaji kita... sepatutnya kita yang uruskan sendiri... bukan tak boleh suruh suami yang uruskan... tapi jangan lah serah kad tu bulat-bulat. Sampai tak tahu ke mana duit tu dibelanjakan. Aku bersetuju kalau dapat duit gaji... campurkan semua... settlekan segala bil... kemudian bakinya dibahagi sama rata. Rasanya macam nie baru lah keduanya tahu ke mana duit berkenaan dibelanjakan. Tak salah kita percayakan suami, tapi yang selalu timbul masalah... adalah mereka yang percaya kepada suami 100%.

Dalam berumah tangga nie, suami isteri perlu tahu kedudukan kewangan keluarga... jadi tak lah timbul masalah kesuntukan wang di hujung bulan... berbelanja lah mengikut keperluan dan mengikut kewangan yang kita ada.

AKu nie bukan pandai pun bab pengurusan kewangan... tapi berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dengan masalah kewangan. Aku pun pernah susah... hidup di KL nie... aku pernah makan maggi berhari-hari... malu nak pinjam duit dengan kekawan. Pengalaman nie mengajar aku supaya lebih berjimat cermat dalam berbelanja... takut cerita 10 tahun yang lalu berulang kembali.

Aku tak mintak jadi kaya...
Cukup lah sekadar mudah berbelanja...

Saturday, July 2, 2011

1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

Semalam seperti mana yang telah diwar-warkan di media massa telah diadakan larian 1 Malaysia yang melibatkan semua sekolah di Malaysia. Sekolah sksb dan aku sendiri tidak terkecuali dalam program nie.

Nak jadikan cerita... aku boleh tak jaga... dah dekat pukul 7.00 a.m baru terjaga... aku sms member nie.. dia suruh datang jugak. So aku tak ada lah terkejar-kejar... buat cool je. Pukul 8.00 a.m aku dah sampai... larian belum mula lagi... so sempat aku join sekali.

Ingatkan tidur atas tilam baru boleh lena... rupanya tak. Dalam kepala nie macam-macam dok fikir... seminggu nie, memang aku tak tenang.... selagi aku tak tahu bagaimana keadaan si dia. Aku hanya mampu berdoa agar si dia berada dalam keadaan selamat.

Begini lah keadaan sebelum larian dilepaskan... paling mencabar guru-guru tahap 1... nak kawal murid tahap 1 nie bukan senang.. tambah pulak jalan kampung melayu nie sentiasa sibuk dengan kenderaan yang bertali arus untuk ke tempat kerja.

Murid-murid tahap 2 dah bersedia untuk larian 1 Malaysia.

Cikgu-cikgu tak terkeculai melakukan senaman regangan... bersemangat cikgu-cikgu sekolah aku. Aku tak join senaman... sebaliknya ke kantin... apa yang penting minum dulu...

Murid-murid melakukan senaman regangan sebelum larian.