Sunday, October 30, 2011

ELAKKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI

Adakah menjadi satu kesalahan... jika berpakaian sedondon?????

Mesti kekawan tertanya-tanya kenapa aku buat entry nie??? ... sebenarnya aku nak orang yang suka buat kontroversi tu tahu... jangan suka memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada apa pun...
bagi aku just pakai baju warna sama...
bergambar bersama...
tak salah...
yang salahnya orang yang create cerita...
dan paling sedih menyebar cerita... dengan gigihnya.
Apa jenis manusia macam nie... aku pun tak faham...

Dalam dunia nie ada banyak jenis manusia... kadang kala kita pun tak dapat nak kenal pasti kategorinya...
Tak suka tengok orang lain gembira pun ada...
Tak senang duduk bila tengok orang lain tak tension pun ada...
Tak boleh tengok orang lebih daripadanya pun ada...

Rasanya kan... pergi lah ke mana pun kita akan jumpa spesis macam nie... dan aku rasa, kekawan di luar sana pun pernah jumpa spesis luar biasa macam nie.

Kalau ko memang jujur dan ikhlas datang tegur empunya diri secara baik. Sebenarnya kami nie sangat keterbukaan dalam menerima teguran... tapi akan menjadi lebih marah jika bercakap di belakang... dan menyampaikan kepada orang lain... apa tujuan tu???

Senang cerita aku rasa orang yang bersikap macam nie...
kurang ajar pun ya...
mental tak sihat pun ya...
dan yang paling sesuai dan seangkatan dengannya...
suka membuat fitnah.

Melainkan lah... jika perbuatan berkenaan melanggari lunas-lunas agama...
Duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi ke...
Makan bersuap-suap ke....
Jalan berpegangan tangan ke...
Duduk serumah ke...

Rasanya kalau sampai tahap di atas tu... bukan dalam perhatian pihak sekolah lagi dah... perlu tindakan segera...

Kalau ko rasa nak buat aku and the gengs nie tension ke???... tertekan ke???? ko silap orang lah... aku takut je nanti ko pulak yang tertekan... dengan persekitaran yang semakin hari... semakin kelihatan akan kebenarannya...

Sekali kita buat cerita, orang akan percaya...
Dua kali kita buat cerita yang tak betul, orang mula berfikir...
Tiga kali kita buat cerita, orang akan dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Empat kali kita buat cerita... rasanya orang dah tak percaya..

Kesimpulannya, elakkan lah daripada membuat kontroversi... di kalangan rakan sekerja... sebaliknya tingkatkan lah prestasi... untung-untung tahun nie dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) baru lah berbaloi nak pindah ke sekolah lain pun... he he he he.

Saturday, October 29, 2011

MELAWAT KAWAN SAKIT

Beberapa hari yang lepas sempat lagi kami plan untuk melawat rakan sekerja yang sedang bertarung dengan sakit kanser... aku ingat dah hampir 3 tahun kawan aku nie menderita sakit berkenaan. Ajak kawan nie.. ajak kawan tu... last sekali hanya 3 orang je yang betul-betul lapang pada hari berkenaan... yang lain masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan.

Aku selalu ingat pesan sorang rakan nie...
Hargailah kelapangan yang diberi...
Dan hargai lah setiap pertemuan...
Mungkin itu, pertemuan yang terakhir.

Seawal pagi aku dah keluar rumah... sempat lagi bersarapan dengan kak Az di kedai makan depan sekolah... Aku, Kak Sidah dan Kak Ita... hanya bertiga je. Pukul 9.30 pagi kami bertolak dengan kereta yang dipandu oleh Kak Ita meredah Highway Utara Selatan... perjalanan lancar. Kami memandu terus tanpa henti dan exit di Tol Kulai Jaya pukul 12.30 tengah hari...

Suami kawan aku nie ada bekalkan GPS untuk memudahkan perjalanan kami... kami teruja nak menggunakan benda alah tu... terus je lah on... tak sangka pulak di pertengahan perjalanan dah kehabisan bateri... charge kereta member nie pulak rosak... so last sekali jadi gajah putih je lah gps berkenaan... nasib baik lah kak Az buat gps menual pada sekeping kertas... ada lah jugak panduan untuk kami ke sana.

Lepas tol kami singgah makan di Restoran Asam Pedas Madu 3... masakan memang boleh tahan sedap... maklumlah gabungan 3... aku ingat kalau 4 lagi sedap kot... melawak je ok... jangan ambil serius. Macam mana lah orang bermadu 3 boleh sama-sama bekerjasama mengusahakan kedai makan... kita, kalau sebut pasal bermadu nie punya lah fobia kan... mesti dok terbayang bergaduh je lah kerjanya. Cemburu sana... cemburu sini... pendek kata serba tak kena... Tapi rupanya dalam kehidupan realiti ada je keluarga besar macam nie hidup bahagia aman damai. Apa yang penting keikhlasan kan...

Kalau kekawan exit tol Kulai Jaya jangan lupa singgah makan kat sini... pastinya menjanjikan hidangan yang menyelerakan... siap ada WiFi lagi... so boleh layan internet sambil makan.

Kami meneruskan perjalanan ke Felda Penggeli Timur... perjalanannya lebih kurang 30 minit je guna jalan short cut... kira jalan baru nie... sebelum nie lagi jauh nak ke sana... Sampai di sana dah ada 2 buah kereta menunggu... so ari tu ada 3 buah kereta lah... cuma perjalanan masing-masing... jumpa kat sana. Alhamdulillah sampai jugak kami ke tempat yang dituju.

Masa kami sampai kebetulan kawan yang sakit nie terjaga... aku terharu dah sedih sangat... bila dia panggil nama aku... tak sangka dia ingat lagi nama aku.
"Kak Farid"
Bergenangan air matanya... bekali-kali dia panggil akak..akak... akak..
Kekawan yang lain dah laju je kuar air mata tanpa dipinta.

Kami tak lama pun berada di sana... kebetulan masa kami nak balik ada orang datang nak berubat dia... jauh... dari Kedah.

Kami bertolak balik pukul 4.30 petang... dan singgah makan serta solat di R&R Machap... lepas tu meneruskan perjalanan... perjalanan lancar... tak banyak kereta... mungkin masing-masing sedang mengadap tv kan... cuma kami perlu berhati-hati keadaan jalan agak licin selepas hujan lebat. Pukul 10.30 malam kami dah sampai di Sungai Buaya hantar Kak Sidah... biasalah huby dia tak nak jemput di Sungai Buloh... Bola punya pasal... apa pun tahniah kepada pasukan Negeri 9.

Tak lama pun kami kat umahnya... kami terus balik... sampai umah aku dah pukul 12.30 malam... penat memang penat... tapi seronok dapat melawat kawan yang sedang sakit... hari nie hari dia... hari kita di hadapan lagi kita tak tahu macam mana... sama-sama lah kita mendoakannya semoga dia cepat sembuh.

Nasib baik lah hari nie, hari minggu... so boleh lah berehat sepuasnya... sebelum ke sekolah esok. Esok aktiviti penuh sampai ke malam... he he he he.

Apa pun yang berlaku, pahit manis...
Suka duka dalam kehidupan...
Kehidupan perlu diteruskan...

Jika kita asyik memikirkannya setiap hari...
Takut akan membinasakan diri...
Akhirnya, tentunya kita juga yang rugi...

Friday, October 28, 2011

PERKHEMAHAN DI KELA CAMP, RAUB

Bersemangat Pn. Aidah (PK Koko) sekolah aku, dia pun turut serta dalam menjayakan Perkhemahan Perdana yang diadakan di Kela Camp, Raub... Perkhemahan telah diadakan pada 30 Sept hingga 2 Oktober 2011 yang lepas...

Kalau ikutkan memang aku nak join sekali... aku kalau bab camping tak pernah lepaskan peluang... tapi kali nie tak berpeluang... time tu sama lah pulak tarikh percutian aku ke Kota Kinabalu...

Tak kira lah... walaupun aku tak turut serta dalam perkhemahan nie... aku nak cerita jugak... gelagat dan telatah kekawan yang sertai perkhemahan... tapi sory lah ye kekawan... aku tulis ikut gaya bahasa aku lah ye...ikutkan cerita dah basi pun... tapi tu lah, sejak dua menjak nie sibuk sikit... padahal dah lama kawan aku upload gambar nie kat fb.

Rasanya sepanjang aku berada di sekolah nie... dah banyak kali buat perkhemahan di luar Selangor... pernah sekolah aku adakan perkhemahan di Port Dickson, di Gunung Senyum, Pahang... dan kali nie ke Raub.

Seronok peserta perkhemahan, siap dapat baju yang disponser oleh MILO lagi...

Nie bukan murid yang buat aktiviti... aku pun tak cam sangat cikgu-cikgu nie... Ustazah Sham... Ustazah Haninah... yang lain tak nampak lah pulak....

Nak jugak baju nie... boss untuk orang yang kerja sebelum perkhemahan tak dapat ke???? nie lah warga sksb yang sentiasa memberi sepenuh komitmen... tak kira lah apa aktiviti sekali pun... Susah tau nak cari rakan sekerja macam nie... ajak je mesti jadi.. kecuali lah memang ada hal yang tak dapat dielakkan. Contoh macam aku... he he he.

Nie sebenarnya nak fokus gambar 3 jejaka ke... atau 3 orang cikgu kat atas nun... tapi paling aku kesian... hang pa tak patut biarkan Tn. Hj termenung sorang-sorang kat bawah tu... ajak lah join bergambar sekali...

Ustaz tu, tak ada cermin mata boleh nampak ke???

Elok pulak hang pa nie susun... kiri kanan ustaz tu... tak pe tempat nie bukan kawasan keras pun... tak yah takut... Ustaz tu buat piss ke ada apa kat jari tu... he he he... dalam hutan banyak nyamuk... elok jugak boleh halau nyamuk.

Nie confirm gengs cikgu yang berendam sakan... syoknya kem nie... semua aktiviti ada jurulatih mereka sendiri... so cikgu tinggal nak pantau je... senang banyak kan...

Kalau tak silap aku, peserta perkhemahan kali nie lebih daripada 120 orang murid. Sambutan amat menggalakkan... mungkin dah lepas UPSR kot... masing-masing nak ambil peluang.

Jaga...jaga... Ustaz Jakaria nak buat aksi spiderman....

Aina dengan Wan... apa pulak 2 nya... hang pa kan berempat... tapi boleh jugak lah... 2 + 2 = 4 jugak kan...

Berakit lah pulak... aku suka jugak aktiviti lasak macam nie... bukan senang dapat bermain rakit macam nie... air kat lutut je... aku ok lah... kalau dalam tak berani... takut lemas... aku nie tak pandai berenang.

Tengok tu... anak murid aku seronok... tak banyak gambar murid buat aktiviti... cikgu nie asyik ambil gambar depa je... tak patut sungguh....

Apis menunjukkan kebolehannya meniti di atas seutas tali... hebat tu... dia tahu nak ambil gambar... tu yang buat aksi lebih sikit tu... layan je lah.

Masing-masing termenung menunggu giliran untuk menunjukkan kebolehan mereka meniti di atas seutas tali... tentunya pengalaman ini sukar dilupakan...

Kejayaan sesuatu program yang dianjurkan...
Bergantung kepada kerjasama daripada guru-guru...

Kerjasama yang baik tentunya kejayaan menanti di akhirnya.
Tahniah kepada semua.

Thursday, October 27, 2011

SEMINGGU HAMPIR BERLALU

Sekejap je masa berlalu... pejam celik, pejam celik dah nak habis pun cuti seminggu... rasanya tak ada aktiviti menarik yang aku lakukan sepanjang cuti nie... memang aku nak rehatkan diri sepuas-puasnya di rumah je pun... itu je yang terlintas dalam fikiran aku sejak dari awal cuti.

Cuma pada hari Rabu aku menghabiskan masa seharian bersama dengan teman di Klang... on the way ke rumahnya aku sarapan pagi di Kg Budiman, Meru... kali pertama aku sarapan... kat situ... boleh tahan jugak nasi lemaknya... sedap. Kalau minum petang tu ada jugak lah beberapa kali aku singgah.

Tengah hari kami keluar makan di Restoran Asam Pedas, Bukit Tinggi... restoran nie merupakan salah satu restoran yang menjadi kesukaan kami berdua... kalau teringin nak makan tengah hari masakan ala kampung... lepas tu kami singgah di Giant... member aku nie sibuk nak shopping barang dapur... ya lah dia memang suka masak... aku ingat dari aku kenal dia... dia memang dah pandai masak... aku tak tahu lah bila agaknya nak buat perkara yang sama... shopping barang dapur di hujung minggu. Memasak masakan kesukaan di hujung minggu... sebenarnya teringin jugak.

Ingat lepas solat Asar terus nak balik... tetiba datang member lama pulak... kebetulan aku pun dah lama tak jumpa dan berborak dengannya... lepas dia kahwin, baru nie ada kesempatan... Member aku nie sibuk pulak suruh balik lepas makan malam... layan makan lagi sekali... pukul 10.30 jugak lah sampai di rumah. Tak pe lah bukan selalu pun dapat jumpa kekawan lama-lama macam nie.

Hari Khamis semalam aku menghabiskan masa di sekolah... sempat lagi aku mengangkut 2 orang anak murid aku... Khairun Azwani dan Aisyah... aku nak minta tolong mereka susun buku SPBT mengikut bilangan... aku tinggal nak ikat je buku berkenaan...kalau aku nak susun dan nak ikat... jenuh jugak... nasib baik mereka sudi nak tolong... so senang sikit kerja aku... dalam minggu depan... settle je masalah pemulangan murid Tahun 5... aku dah boleh agihkan buku untuk Tahun 6... selesai jugak kerja aku semalam...

Terima kasih lah kepada mereka berdua tu... balik sampai rumah dah kepenatan... biasalah apa lagi layan mata... seronok tidur... tak ada orang nak ganggu... tidur lah selama mana nak pun... tak ada siapa nak marah... tapi tidur nie ada hadnya... terlebih tidur kan sakit kepala pulak.

Malam time cuti nie... aku tidur awal.. ambil peluang he he he...

Hari nie dah Jumaat... target nak siapkan kerja menanda kertas dan key in dalam sistem SAP... pepagi buta dah dapat sms... tak tahu siapa yang hantar... suruh masukkan markah... katanya pesanan daripada Setiausaha Peperiksaan. Masih berselimut di atas katil empuk... naik nombor sekolah... nak tak nak kena angkat jugak lah... mana tahu penting. PK call nak ingatkan Hari Isnin ada meeting sebelah petang.

Esok Hari Sabtu... dah plan dengan kekawan nak turun ke Johor Baharu... nak melawat kawan yang sedang bertarung sakit kanser di Hospital Besar JB... kami pergi balik hari je... ramai driver Insya Allah boleh... kalau dulu zaman muda remaja... selalu jugak buat balik ari je ke JB tu... walaupun drive sorang-sorang...

Doakan semoga perjalanan aku ke sana esok berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat balik.

LAKONAN SEMULA LAGU CINTA MUKA BUKU

Tak sangka anak murid kita nie sangat kreatif dan berbakat... aku difahamkan mereka berlatih 3 jam je... aku sebagai penonton memang geli hati lah kat belakang... terhibur dengan lakonan mereka nie... kalau suruh aku lakonkan pun belum tentu lagi menjadi... nak ke depan pun dah ketar lutut...

Tapi sayang kan... tak rakam... kalau tak boleh ulang tayang.... kepada rakan-rakan mereka yang tak hadir pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak...

Aku tak sangka... Nadia yang pemalu tu pun boleh ambil bahagian jugak... tahniah Nadia. Tak kisah lah sebagai model je pun kat belakang tu... cikgu bangga dengan keberanian kamu.

Jumpa pulak budak-budak nie payung kecil molek tu... rambut yang serabai berwarna-warni... mula tu aku tercari-cari jugak siapa pelakon lelaki tu...

Rupanya anak Kak Sarimah... tengok macam pemalu je kat kelas... rupanya ada bakat berlakon.

Memang sepatutnya kita beri peluang kepada anak-anak ketengahkan bakat mereka... tengok tu... kekawan mereka yang menonton semua melopong... dah le lagu nie tengah naik sekarang... siap menyanyi sama-sama tu...

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku

Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

SINGGAH DI TUGU NEGARA

Kalau nak ikut kan cerita nie dah basi pun... cerita hari Selasa minggu lepas... time pe mandi-manda di Desa Water Park... aku baru terjumpa gambar nie kat FB anak murid... so aku copy and buat entry kat blog nie...

Oleh kerana banyak masa... so kami singgah sekejap di Tugu Negara yang terletak berhampiran dengan Tasik Perdana...

Aku saja pakai baju sama dengan anak murid... nampak muda remaja sikit kan... sama tinggi je pun aku dengan anak murid... pakai pakaian hampir sama... so orang tak perasaan sangat yang mana satu cikgu... aku kan suka buat perangai giler-giler... he he he...

Izzah sempat tutup muka... tahu lah hari dah semakin panas... dah tak nampak muka...

Nasib baik gambar nie nampak muka kamu Izzah... kalau tak... tak glamor le ya.

Kenangan bersama anak murid tentunya setiap tahun berlainan... so setiap detik bersama mereka perlu diabadikan dan dikongsi dengan pembaca... rakan-rakan sekerja dan kekadang ada juga anak murid aku yang singgah di sini.

Monday, October 24, 2011

TIDUR, TERTIDUR, DITIDURKAN

Kalau dah kepenatan kat mana pun boleh lena kan... kesian baby nie... comel je dia tidur kat situ... aku ingat mula-mula dia nak ambil barang kat rak... lepas tu berat pulak matanya... dah tak sabar sangat... tu yang parking kat situ... ko orang rasa-rasa lah... boleh terbabas tak kalau lama kat situ????

Kalau yang ruang kat bawah tu besar... aku rasa baby nie dah lending baik kat situ... aku ingatkan budak nie jenis nak tidur tak meragam... tu senang je tertidur.... kalau setengah budak lain jenuh nak ditidurkan.

Aku adalah antara kategori yang senang tidur... pantang penat mesti tertidur... dalam bank tunggu giliran boleh tertidur... dalam pasar raya aku boleh tertidur...

Orang yang biasa dengan aku dia tahu lah...

Kat atas tu aku copy from fb... semalam chat dengan member OUM... dalam kelas masa pensyarah dok mengajar aku boleh tidur.... masa tunggu giliran temuduga aku boleh tidur...

Tapi alhamdulillah masa mengajar aku tak tidur... tapi kalau aku tunggu periksa tak buat apa-apa rasanya boleh tertidur... senang cerita aku nie pantang duduk diam mesti tertidur.

Tidur yang cukup rehatkan minda...
Tidur tak cukup mata berpinar-pinar...
Tidur yang terlebih cukup tu orang yang malas...

Sunday, October 23, 2011

PERSOALANNYA KENAPA????

Dalam kehidupan seharian kita, tentunya setiap hari kita dihujani dengan persoalan kenapa??? kenapa?? kenapa?? persoalan ini memerlukan jawapan.

Aku teringat akan kata-kata seorang kawan nie... "semua orang ada masalah, dia ada alasan tersendiri kenapa dia mesti berbuat demikian... kita jangan menghukum orang dengan tindakannya... sebaliknya cuba menyelami masalah yang dihadapi dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik"


Di saat kita bersendirian... kita punya waktu dan ketenangan untuk berfikir dengan waras akan kata-kata tersebut... sejak hari itu aku berusaha menyelami masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan aku... aku cuba sedaya upaya untuk membantu... paling tidak pun memberi sokongan moral.

Cerita Pertama:
Beberapa bulan yang lepas, rakan sekerja aku cuba untuk mempengaruhi guru-guru lelaki dengan cerita yang dibawa mengenai aku... semua cerita tu sampai ke telinga aku tak sampai beberapa je pun... ko silap orang untuk bercerita... cikgu kat sekolah tu dah kenal sangat dengan perangai aku... sekali pun kalau ko nak buat cerita kena fikir banyak kali. Sama ada orang boleh tak percayakan kata-kata ko tu... atau hanya akan memakan diri sendiri je...

Sebab cerita tu tak betul... aku buat bodoh je... aku nak tengok setakat mana ko nak hebahkan cerita tu... setakat mana kau boleh pengaruhi cerita ko tu kepada cikgu-cikgu kat sekolah nie... paling aku geli hati... Tuan Haji Mokthar pun boleh tahu cerita nie... dia sendiri yang beritahu kepada aku... macam kelakar lah pulak.

Kalau aku nie berfikiran singkat macam ko... dah lama aku malu kan ko... tapi aku nie fikir ko orang tua yang perlu dihormati... lagi satu, aku tak ada masa nak fikir perkara yang remeh temeh tu... lain lah ko... tak ada kerja nak buat kat sekolah... datang sekolah untuk bercerita prihal orang je... kerja sekolah semua sub kat orang... sanggup berhabisan. Tu yang banyak masa terluang...

Persoalannya kenapa??? kenapa ko sanggup gadaikan maruah diri sendiri untuk menyebarkan cerita yang tidak benar... pernah ke ko terfikir... apa pandangan orang terhadap ko???
Jawapan untuk persoalan kenapa??? hanya tuan empuya diri je yang mampu menjawab... kenapa ko sanggup berbuat demikian.

Bagi aku, apa pun cerita yang cuba digembar gemburkan itu tidak benar... kita tak perlu risau... kebenaran akan terlihat. Hari nie aku mampu menjalani kehidupan seperti biasa di sekolah nie... tak ada lah pulak kekawan yang pinggir kan aku... perjalanan hidup aku sama seperti dahulu.

Tahun 2011 nie macam-macam berlaku dalam hidup aku... baru je senyap satu cerita... timbul pulak cerita kedua...

Cerita Kedua:
Semua kekawan rapat aku memang dah tahu aku berkawan dengan orang nie... mungkin ko je yang tak tahu... aku pun tak sangka jugak... rupanya ko berusaha cari kawan aku sebab nak tahu perkembangan tentang aku... kalau niat ko baik... terima kasih. Tapi kalau niat sebaliknya... tuhan je lah yang membalasnya.

Ko memang seorang yang gigih... sanggup call orang nie... tanya pasal aku... call orang tu... tanya pasal aku... siapa yang ko tak call???... pendek kata, semua orang yang rapat dengan aku ko call... tahniah... usaha ko sangat berhasil... sepatutnya ko tak perlu bersusah payah pun nak tahu cerita aku... just jumpa aku... tanya apa yang ko nak tahu sangat tu. Apa yang ko tak puas hati sangat tu.

Sebenarnya tindakan ko, call sana sini... membuatkan rakan-rakan kurang selesa... orang pun tertanya-tanya... kenapa??? kenapa??? ko beriya-iya sangat nak tahu???

Tak cukup dengan call... ko jumpa cikgu baru yang tak tahu cerita hujung pangkal... ko boleh bercerita pasal aku... ko ingat semua tu tak sampai ke telinga aku... ko pantang ada peluang untuk bercerita... ko akan bercerita... hebat betul. Aku boleh senaraikan satu persatu siapa yang ko call... kepada siapa yang ko bercerita... tapi aku bukan macam ko... cukup lah... memadai aku tulis di blog nie apa yang berlaku... supaya menjadi pengajaran... mungkin juga kepada ko...kepada aku... kepada pembaca yang lain.

Aku terharu sangat sebab ko mengambil berat... ko berusaha untuk membantu... masa tu bertapa mulianya hati ko... menangis bagai tanda simpati... tapi selepas setengah jam aku tinggalkan ko... bertalu-talu sms aku terima... hebatnya betul lakonan ko... semua orang akan tergoda lah... aku sendiri pun terpengaruh jugak dengan sms yang ko hantar.

Ko pun punya alasan kan... KENAPA??? KENAPA??? mesti berbuat demikian... mungkin juga masa tu ko pun tak sempat fikir panjang... sebenarnya bahaya hantar sms nie...tu bukti... aku boleh simpan... dan mungkin juga orang yang ko story tu pun akan tahu jugak... masa tu kat mana ko nak letak muka ko yang cantik molek tu... yang tu ko kena fikir sendiri... aku dah tak boleh nak tolong.

Kalau aku nak bersihkan nama dan maruah aku yang tercalar tu... aku boleh gunakan sms yang ko hantar... aku boleh foward kepada semua orang yang telah ko bercerita tu... aku tak fikir sekarang ko senang duduk... ko lena tidur... hebat.. sangat hebat ko create cerita...

Satu lagi ko nie suka guna alasan... kalau orang tanya je KENAPA??? wah mudah sungguh ko bagi alasan ... "SEBAB AKU"... hu hu hu hu... hakikatnya aku tak pernah kacau dan usik pun ko... aku selesa je dengan keadaan sekarang.

Ko tak perlu cemburu dengan aku... hakikatnya ko jauh lebih hebat daripada aku... dari segala segi... nak aku sebut... tak perlu lah kan... nanti orang kenal pulak siapa ko yang aku cerita nie... nanti tercalar pulak maruah ko...

Sehingga ke hari ini, tak pernah lah pulak terfikir nak pindah sekolah... sebab nak lari dengan masalah nie... kita tak bersalah... melarikan diri bukan dapat menyelesaikan masalah pun.

Insya Allah jika ada peluang... akan aku katakan sesuatu kepada ko... bila??? di mana??? aku pun tak pasti... biarlah keadaan yang menentukan segalanya.

MAKAN-MAKAN DI HOTEL CRYSTAL CROWN

Dari kiri aku, Sharizan dan anak kesayangannya, Hajjah Zakiyah, Aida dan Aina

Semalam aku bersama rakan sekerja bawa anak-anak pengawas PSS Hi-Tea di Hotel Crystal Crown... rasanya dah selalu sangat makan kat sini... tahun nie je dah berapa kali... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... walaupun tak ada orang kuat... Pn. Suzanna masih lagi cuti kecemasan di Kelantan... manakala Pn. Hanida bercuti ke Bandung... semua urusan telah disettlekan oleh mereka berdua...

Pada hari Sabtu, semua tugas tersebut diambil alih oleh cikgu-cikgu yang datang...

Bergambar di luar hotel untuk kenang-kenangan...

Rupanya ada jugak anak murid aku nie yang tak pernah merasa makan di hotel...(kira first time lah nie) bawa murid yang dengar cakap senang nak handle... so memang tak ada masalah.... rata-rata murid sangat berpuas hati... dan kenyang sangat mereka makan.

Aku dulu pun tak merasa makan kat hotel... dah kerja cikgu baru lah merasa makan di hotel... itu pun sebab kursus diadakan di hotel... kalau tak... tak ada lah... ya lah aku nie orang kampung.

Seronok jugak bawa murid-murid nie sekali sekala makan di hotel... supaya mereka merasai pengalaman yang baru.

KOLEKSI MUG DARI SABAH

Selalunya aku kalau ke mana destinasi mesti akan cari mug sebagai kenangan... semasa ke Sabah awal bulan ari tu sempat aku beli 2 biji mug... sayang satu tu dah pecah... sebab masuk begasi... yang nie selamat sebab diperbuat daripada buluh... yang satu lagi tu daripada seramik...

Cantik sangat... aku beli dengan harga RM20. Tertulis perkataan Sabah... tu yang mahal.

Nie pandangan dari atas... aku beli mug yang diperbuat daripada buluh nie di gerai yang terdapat di Poring Hot Spring.

Mug nie, boleh dikategorikan:

  • Mug Tempat yang Aku Kunjungi
  • Mug Klasik yang Bukan Diperbuat daripada Seramik

Saturday, October 22, 2011

HIDUP TAK TENANG

Rasanya pembaca pernah terbaca cerita nie... di mana orang kaya nie hidupnya tak pernah tenang... tidurnya tak pernah lena... sebab sentiasa memikirkan tentang hartanya. Sedangkan orang miskin, boleh tidur dengan lena. Tak ada apa yang perlu dirisaukannya.

Begitu jugak lah dengan orang yang buat salah... ko orang ingat, orang yang buat salah boleh tidur dengan lena ke???? jawapannya tak boleh... setiap masa dia dok fikir. Dia dok fikir, takut kesalahannya nanti akan terbongkar...

semua orang akan tahu...
tahu pulak dia takut malu...

Ramai orang yang berlakon... nampak baik je kan... tapi hakikat tuhan je yang tahu... tapi agak-agak lah kan... sampai bila orang boleh berlakon... sehari, dua hari... seminggu, sebulan, setahun... larat ke???? berlakon nie nak kena ada skrip... kalau skrip terlupa nak bawa... agak-agak dia boleh ingat ke??? sampai satu tahap orang berkenaan akan bercakap yang benar... apa yang berlaku sebenarnya... Kesimpulannya, bercakap lah benar...

Walaupun mengaku salah itu berat...
Sebenarnya berlakon tu lagi tak larat...
Lambat laung kebenaran akan terlihat...

Pada minggu lepas, aku dibanjiri dengan puluhan sms... tapi sayang sms berkenaan terpaksa aku delete... sebabnya phone aku kan jenis zaman tok kadok... tak boleh simpan banyak sms... tapi semua sms tu sempat aku copy kat blog... sms yang aku terima membuatkan aku berada di dalam situasi yang sangat serba salah dan tersepit antara dua pihak yang aku hormati kerana ilmu agamanya.

Sms berkenaan sangat havy sehingga memaksa aku berfikir di luar kotak pemikiran... aku rasa kalau ko orang berada di tempat aku pun akan tertekan. Siapa antara mereka nie harus ko orang percaya... pihak A atau pun pihak B.

Pihak A orang yang menghantar sms kepada aku... mempunyai latar belakang yang cukup hebat... menjadi tempat rujuk kekawan dalam bab agama.

Pihak B pulak orang yang malang kerana perihal keburukannya dibuat cerita... dia pun sama mempunyai latar agama... setiap tahun pergi menunaikan umrah dan setiap tahun berpuasa 3 bulan penuh... dah berkali menunaikan haji.

Aku menangis, sebab sedih sangat... tak tahu pihak yang mana harus aku percayai... lepas tu aku jumpa sorang ustazah di sekolah aku nie... aku minta pandangannya mengenai dua perkara...

Pertama prihal tentang sabar...
Aku minta dia memberi pandangan tentang sabar... bukan apa supaya aku bisa sabar menerima dugaan ini dengan tenang... sebab aku nie sebenarnya bukan jenis yang sabar... panas baran orangnya... pantang dengar sikit je cerita yang kurang senang... mula lah nak serang orang tak tentu pasal.

Kedua prihal tentang redha...
Aku minta dia memberi pandangan tentang redha... ustazah nie memberi penjelasan yang cukup jelas... penerangannya yang panjang lebar... supaya aku lebih faham.

Aku minta pandangan ustaz tentang masalah yang aku hadapi... mujur lah ketika aku dalam kesusah ada kekawan yang boleh memberi cara yang terbaik untuk selesaikan masalah... ustaz nasihatkan aku supaya bangun pagi buat solat hajat minta petunjuk. Tiga hari berturut-turut aku bangun buat solat hajat... minta Allah S.W.T berikan petunjuk siapa yang berada di pihak yang benar...

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jawapannya.

INJECTION KE KARBURATOR

Kereta Wira kesayangan aku nie... masalah lain tak ada... masalah yang memeningkan kepala aku satu je... Thorttle Body... benda alah seketul kat atas tu... kecik je pun... tapi harga sebelah tangan... belum masuk upah pasang... belum masuk setting. Kalau nak check kena hantar kedai... sebab ada alat khas untuk check...

Nie rupa enjin yang serabut dengan wayer kalau guna injection... gambar lama... air filter lama empat segi kat sebelah kiri tu...

Nie lah rupa kereta aku selepas masuk wad selama seminggu... bermula hari Isnin... hari nie Sabtu baru siap. Nampak tak perbezaan... yang lama dengan yang baru... mesti lah nampak kan... kalau tak nampak, tak lama lah tu...

Lapang sikit kan... wayer yang serabut tu dah tak ada... sebelah kiri dah lopong.

Tengok air filter dah guna yang bulat... kable plug pun kena guna yang baru... kena guna intake manikold... dah tu kena wayering baru... tapi tak ada lah serabut macam injection tu... sensor-sensor apa kejadah tu dah tak pakai.

Tu aku zoom karburator yang baru reganya pun dah cecah RM300. Lepas nie minyak lebih sikit lah... tapi kawan aku kata pickup lebih jugak... he he he tu yang aku nak dengar... dulu aku selalu dok berangan nak tukar enjin 1.5... tapi rasanya tak dah kot... pakai yang nie je lah.

Lepas nie senang sikit nak jaga... kalau dulu nak tukar air filter sendiri punya lah susah... sekarang senang je...buka skru satu kat atas tu dah boleh tukar. Nak elok tukar kat kedai le, pomen tembak angin sikit supaya bersih.

Lopong sebelah kiri tu... hu hu hu senang nak tengok bahagian bawah... boleh lah tengok sendiri... barang yang mahalnya 2-3 jenis je pun... yang lain barang kecil-kecil... tapi bila dah total bilnya cecah RM1559.00.

Rupanya tank petrol injection lain dengan tank petrol karburator nie... tu pun rega dah berapa. Barang yang tukar tu... aku suruh member aku je simpan... banyak sangat. Buat balik kat umah jenuh jugak nak simpan. Buat semak je. Kalau ada kereta-kereta nak pakai barang tu boleh nego murah-murah.

Ini kereta yang ketiga kawan aku buat... dari injection tukar ke karburator... problemnya sama. So bagi member aku nie tak jadi masalah sangat... aku suka kerja member nie kemas. Semalam sempat lagi member nie test buat balik ke Klang. Jauh tu kan... kira ok lah tak ada masalah sepanjang jalan.

Tadi aku tengok satu kereta wira... pakai enjin turbo ke apa entah... hantar repair, member aku tu jugak yang bikin... daripada beli enjin... sampai lah siap... rega enjin tu je dah cecah RM10k... kereta budak muda... sanggup je berhabisan duit bab keta.